PARA PESAKIT DARI pusat jagaan termasuk Dendry dipindahkan ke hospital yang berdekatan. Hospital yang sama menempatkan Milan.
Tuan Shah Effendy - pegawai yang bertanggungjawab dalam misi pasukan Indra turut turun padang sebaik sahaja mendengar berita tentang kebakaran yang terjadi di pusat jagaan tersebut.
Beliau mengarahkan kepada Billy, selaku ketua pasukan untuk melindungi saksi yang diketahui selamat dalam insiden kebakaran itu.
Billy menurut perintah pegawai atasannya.
Dia kemudian mengarahkan kesemua anak buahnya untuk membawa Dendry ke tempat yang lebih selamat.
Sekali lagi Dendry terpisah dari adiknya.
INDRA DUDUK berteluku sambil matanya tajam memandang wajah Milan yang masih tidak sedarkan diri.
Dia kembali semula ke wad yang menempatkan Milan setelah mendengar taklimat ringkas dari pegawai atasan mereka tadi sebelum Dendry di bawa ke tempat yang lebih selamat.
Atas saranan Tuan Shah Effendy, Milan kini di bawah jagaan nya buat sementara waktu sebelum gadis itu akan di bawa ke tempat yang lebih selamat. Di mana abangnya di tempatkan.
Dada si gadis yang turun naik mengepam oksigen di pandang tanpa berkelip.
Setelah agak lama meneliti wajah Milan, matanya mengarah pada laci meja kecil di sebelah katil Milan. Dia memusing tubuhnya ke arah laci tersebut. Pintu tak laci di buka.
Buka diari yang berwarna hitam di capai.
Buka diari itu dibawa ke ribanya.
Lama dia menatap diari hitam itu sebelum nafasnya di hela kasar.
Isi kandungan diari sudah di baca separuh...
Semakin dibaca mendalam, semakin tidak keruan hatinya....
Hatinya bagai dihiris saat membaca isi kandungan diari tersebut.
Dia tahu...
Adalah menjadi satu kesalahan menyelongkar dan membaca barang peribadi orang tanpa kebenaran empunya diri...
Tapi...
Kerana perasaan ingin tahu terlalu kuat, akhirnya dia membaca juga walaupun hanya separuh sahaja.
Ingatannya kembali ke asal...
Matanya kembali tunak memandang wajah Milan lagi...
"Berapa banyak lagi rahsia yang kau dan abang kau cuba sembunyikan dari aku Milan?" Getus Indra perlahan.
Matanya sudah merah menahan rasa sedih, terhiris dan amarah yang sudah menguasai hatinya saat ini. Sehinggakan urat didahinya timbul gara - gara menahan rasa yang bercampur aduk di dalam hatinya sekarang...
Buku diari hitam itu di genggam kuat...
Tanpa sedar...
Setitis demi setitis air matanya jatuh mengalir ke pipi...
Buat kali pertama... Dia mengalir air mata tanpa esak dan tangis...
Kali lepas, air mata mengalir dengan esak tangis...
Tapi tidak untuk kali ini...
Tapi kan...
Apa yang telah di baca oleh Indra sehinggakan lelaki itu menjadi keras dan dingin?
Apa rahsia yang tersembunyi dalam diari itu?
Indra... Sudah mula berubah gara - gara sebuah diari...
Share this novel