Part 2

Action Completed 18091

"KAU SIAPA SEBENARNYA? Kenapa kau selamatkan aku?" Soal Indra.

Itu soalan yang berlegar di kepalanya sebaik sahaja sampai di rumah lelaki ini tadi.

Saran tidak menjawab.

Tangan nya sibuk menyedia peralatan mencuci luka Indra.

"Aduh! Sakitlah!" Adu Indra bila kapas yang sudah di celup ubat luka itu dicecah pada luka di belakang kepalanya.

"Sebab tulah aku suruh kau tunduk..." Marah Saran.

Kepala Indra di tunduk kasar.

Mendengus Indra bila diperlakukan sebegitu.

Nasib baik lelaki ini selamat kan dia tadi...

Kalau tak... Dah lama makan penumbuknya mamat ni!

Larry yang baru masuk sambil membawa beberapa helai pakaian bersih hanya menggeleng kepala sahaja melihat gelagat Indra dan Saran.

"Dah siap..."

Pantas Indra mendongakkan kepalanya.

Pergh!! Lega...

Nasib baik kepalanya tak biul...

Bukan sekali dia kena hempuk macam ni... Kali lepas kena hempuk dengan pasu bunga... Hari ni kena dengan batang kayu pulak... Nasib baik tak biul Otaknya!

Eh, bila cakap pasal pasu bunga, teringat pulak dekat Hayrren... Dan - dan kepala member tu kena hempuk dengan pasu bunga... Nasib baik selamat lagi member tu...

Tapi sekarang, macam mana kehidupan si Hayrren sekarang... Bahagia ke dengan Luna?

Dah sah - sah lah member tu tengah bahagia sekarang... Apa punya soalan dah?

Dah - dah...

Tutup pasal cerita ni...

Kita kembali pulak ke cerita asal... Karang melarat lagi si author ni mengarang cerita yang dah lengkap! Hahaha...

"Thanks mat..." Ucap Indra selamba.

Saran yang sedang mengemas peralatan mendengus geram bila Indra dengan selambanya menggelarkan dirinya 'mat'.

Mat kau panggil aku?

"Saran... Panggil aku Saran..." Saran memperkenalkan diri.

"Aku Indra..." Giliran Indra pula memperkenalkan diri.

Ceh! Tak payah perkenalkan diri pun dia dah tahu siapa Indra sebenarnya...

Itu bagi kau...

Bagi Indra...

Dia masih tak tahu apa - apa lagi...

"So... Kenapa kau selamatkan aku tadi?" Indra menyoal semula.

Soalan yang sama...

Tadi dia malas nak menyoal sebab tengah sibuk mencuci lukanya.

Sekarang, bila dah siap semuanya...

Barulah ada kesempatan dia menyoal kembali...

"Aku tolong kau sebab belas kasihan sesama insan aje..." Ringkas Saran menjawab.

"Yeke... Tapi aku tengok cara kau tibai mamat yang serang aku tadi... Macam ada rasa tak puas hati aje..." Indra mula memasang ayat.

Saran mengeluh.

Dia melangkah menuju ke arah Indra lalu berdiri tegak di hadapan abangnya ini.

"Kebetulan aku lalu situ... Jadi aku tolonglah kau... Pasal mamat yang aku tibai tadi tu sebab mulut dia bau longkang... Tu yang aku tibai tu..." Merapu aje si Saran ni bagi jawapan.

Eloklah tu bagi jawapan dari tak bagi langsung...

"Kau nak balik ke? Kalau kau nak balik..
Aku suruh Larry hantarkan..." Saran mengalih topik.

"Tak payah... Aku boleh balik sendiri..." Tolak Indra.

"Ada Larry hantar kan kau balik... Buatnya kau kena bantai lagi... Macam mana..." Perli Saran.

Kecil besar kecil besar aje si Indra tengok si Saran ni!

"Sebelum balik... Nah!"

Sepasang kemeja berwarna biru pekat di layang ke arah Indra. Indra menyambut pantas.

"Pakai... Pakaian kau yang lama tu aku tengok dah lekat dengan darah..."

Indra tak membantah.

Dia membuka t - shirt lama dan menyarung kemeja biru laut itu ke tubuh nya yang sasa. T-shirt yang berlumuran darah di masukkan ke dalam beg plastik.

"Satu lagi aku nak pesan dekat kau..."

Tak jadi Indra mahu melangkah bila suara Saran bergema.

Dia berpaling semula menghadap lelaki itu.

"Apa dia?"

"Tolong jangan campur tangan dalam urusan ni... Kalau kau campur tangan jugak... Kau atau orang sekeliling kau terima akibatnya..." Pesan Saran.

"Apa maksud kau ni?" Soal Indra kembali dengan nada pelik.

Pelik sebab kali kedua dah orang menasihati nya dengan perkara yang sama...

Dulu Madam Ling... Dan sekarang... Saran pulak...

Saran tersenyum sinis...

"Bukan semua soalan ada jawapannya..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience