BAB 19 Part 1

Action Completed 18091

BERAT RASANYA dia mahu melangkah masuk ke dalam rumah ini.

Haih! Selama ni kau boleh aje keluar masuk rumah ni... Takde masalah pun... Apsal hari ni rasa berat pulak?

Bukan macam tu... Memang dia rasa bebas keluar masuk rumah ni sebab masa tu ada ibu... Sekarang... Ibu dah takde... Rasa macam segan pulak... Dah lah tinggal berdua dengan dia... Seram doh!

"Nak aku jemput kau macam tuan puteri ke baru kau nak masuk dalam?" Mula dah mamat arrogant plus kerek bersuara.

Mendengus Milan mendengar ayat pedas keluar mulut longkang si Indra ini! Bagasi di tarik kasar lalu kakinya melangkah masuk ke dalam rumah.

Eh! Kejap... Kejap...

Ayat yang digunakan Indra tadi sebijik macam ayat Billy gunakan pada Amelya dulu sewaktu mahu ambil Amelya dekat Universiti.

Ceh! Indra ni! Ciplak ayat member nampak!

Jangan kau sombong sangat Dra! Karang tak memasal kau jatuh hati dekat si Milan tu nanti! Nanti tak pasal - pasal jadi Billy versi 2.0! Hahaha...

"Kejap... Mari ikut aku... Aku nak tunjukkan bilik kau..." Ujar Indra sebelum berlalu ke tingkat atas.

Milan mengeluh perlahan.

Malas -malas dia mengatur langkah mengikuti langkah Indra ke tingkat atas.

Langkah mereka berhenti pada sebuah bilik.

Mata Milan meliar memandang sekeliling. Terdapat dua bilik di tingkat atas. Satu bilik di tingkat bawah.

"Ni bilik untuk kau... Dan yang bertentangan dengan bilik kau ni bilik aku... Jangan kau nak mengada masuk ke dalam aku..." Indra memberi amaran.

Milan sudah menjuling matanya ke atas. Menyampah dengan amaran yang di beri oelh Indra itu. Macam lah orang tak kerja sangat nak masuk bilik dia tu!

Kenapa arwah ibu ada anak lelaki kerek gila macam ni!

"Ha... Ha... Juling mata ke atas... Ketuk kepala tu nanti baru tahu..."

Hish! Dia ni kan! Ada aje salah aku dekat mata dia! Menyampah betul!

"Lagi satu... Dekat Billy, Man Botak dengan Law tu pandai pulak kau bahasakan diorang abang... Aku ni yang lebih tua 8 tahun dari kau tak pulak kau panggil aku macam tu... Kalau dengan diorang... Bukan main gedik lagi..." Sindir Indra.

Berdesing telinga Milan mendengar sindiran itu. Ada jugak kena sumbat dengan stokin ni karang! Mulut langsung takde insurans!

"Habis tu... Nak panggil 'abang' jugak ke?"

Hampir tergeliat lidah Milan menyebut perkataan abang kepada Indra. Kalau dengan Billy dan Man Botak, panggilan itu automatik keluar tanpa tergeliat lidah.

"Ya... Harus!"

Milan menarik nafas menahan rasa geram nya yang sudah sampai ke kemuncak!

"Baik... Abang..." Jawab Milan perlahan.

"Apa dia? Aku tak dengarlah..." Tubuh tingginya di bongkok ke arah Milan. Cuping telinganya sengaja di hadap ke arah Milan.

"Baik abang..." Kali ini dia menjawab lebih lantang pula.

Tersenyum sinis Indra mendengar panggilan itu.

"Oklah... Aku keluar dulu... Bye..." Ujar Indra sebelum dia keluar dari bilik Milan bersama senyuman sinis masih bergayut di bibirnya.

Pintu bilik gadis itu ditutup dari dalam.

Sebaik sahaja pintu bilik di tutup, Milan mencapai bantal lalu di baling ke pintu.

Dadanya tercungap - cungap menahan amarah yang menyala - nyala di hatinya. Sakit betul hatinya dengan Indra ni!

Kau memang tak guna Indra!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience