URUSAN PENGEBUMIAN NUAR dan Khalid sudah selesai.
Esak tangis dari kedua - dua ahli keluarga mangsa semakin menyesakkan dada Billy dan Law.
Malah ibu kandung dari salah satu sahabat mereka pengsan beberapa kali menbuatkan hati Billy dan Law semakin sedih.
Tuan Shah Effendy juga turut serta. Malah seluruh anggota pasukan yang di mana arwah Nuar dan Khalid bertugas juga ikut serta.
Encik Zenrith, babah Billy juga ada ikut serta.
Mereka tidak tahu yang Indra juga ikut serta melihat proses pengebumian dua sahabatnya itu walaupun melihat dari jauh.
TUBUH Man Botak yang terbaring kaku di atas katil itu dipandang sepi.
Selesai sahaja proses pengebumian Nuar dan Khalid tadi, mereka berdua terus bergegas menuju ke hospital yang menempatkan Man Botak.
Sekarang, Man Botak di tempatkan di wad ICU selepas menjalani pembedahan di bahu kiri dan juga di bahagian rusuk kiri.
Hanya pembedahan membuang peluru sahaja belum dilakukan kerana ia berisiko tinggi.
Menurut doktor yang akan menjalani pembedahan pada Man Botak, peluru itu sudah tertanam pada bahagian yang paling hampir dengan organ penting.
Satu peluru pada bahunya sudah di buang tapi di bahagian hampir dengan organ penting belum di buang.
Menurut doktor juga, kalau di lakukan juga ini akan merisikokan keselamatan pesakit.
Billy dan Law hanya menggangguk lemah sahaja meminta izin untuk keluar dari bilik doktor tersebut.
Dan sekarang, mereka berdua berada di luar ICU setelah masing - masing selesai melawat Man Botak.
Billy meraup mukanya.
Dia cuba untuk tidak menangis tetapi akhirnya, dia tewas juga.
Teresak - esak dia menangis sambil kedua - dua tangan nya menekup muka..
Dia tidak kuat melihat kesengsaraan dan kesakitan yang dilalui oleh sahabatnya itu.
Law yang melihat tangisan Billy pantas di peluk tubuh sahabatnya itu dari belakang.
Dia juga turut mengalirkan air mata.
Dia tidak menyangka yang misi jalani ini sungguh bahaya dan akhirnya meragut dua nyawa sahabat mereka.
Ya... Hati mereka sudah rapuh saat ini.
Sangat rapuh!
Moga Man Botak diberi kesembuhan dan kesihatan yang baik...
Kau kuat Man Botak... Kau kuat....
Nuar dan Khalid meninggal.... Angkara lau pan...
Share this novel