BAB 32 Part 1

Action Completed 18091

INDRA KEMBALI KE kem setelah sehari suntuk menghilang kan diri...

Dia mengerling ke arah pacuan empat roda yang tiba di hadapan kem. Beberapa buah kenderaan yang berada di belakang pacuan empat roda itu turut berhenti.

Muncul Milan bersama abangnya dari kenderaan pacuan empat roda tersebut.

Di papah keluar Dendry dari kereta menuju ke arah kerusi roda.

Sebenarnya, Dendry boleh saja berjalan perlahan tetapi dihalang oleh adiknya.

Tidak mahu ada risiko nanti...

Penyudahnya, Dendry hanya menurut sahaja kehendak adiknya.

Tak jadi Milan mahu menolak kerusi roda abangnya bila matanya perasan akan kehadiran Indra.

Billy pantas mengambil alih menolak kerusi roda Dendry dan menyuruh Milan bertemu dengan Indra.

Dia pun sebenarnya mahu bertentang muka dengan Indra sekarang... Tapi bila memikirkan yang hari ni adalah hari Dendry dan adiknya memberi keterangan... Jadi dia tangguh kan dulu niatnya...

Lepas habis nanti... Tahulah dia mahu mengajar Indra macam mana...

Milan yang faham dengan suruhan Billy pantas mengatur langkah menuju ke arah Indra yang sudah mahu melangkah pergi dari situ.

Sepantas kilat lengan Indra di paut.

Sepantas itu juga Indra merentap lengannya...

"Abang In..." Panggil Milan.

Dia berdiri betul - betul di hadapan Indra.

Indra hanya berpaling ke arah lain. Langsung tak dipandang ke wajah Milan.

"Milan minta maaf abang In... Milan bersalah... Maafkan Milan..." Ucap Milan.

Indra hanya tersenyum sinis sahaja mendengar ucapan maaf yang keluar dari mulut gadis yang mula dimusuhinya ini.

"Maaf? Kenapa pulak kau nak minta maaf dengan aku? Kau buat salah apa dengan aku sampai kau nak minta maaf bagai?" Provok Indra.

Terdiam Milan dengan provokasi Indra itu.

"Dahlah... Aku malas nak cakap dengan kau... Baik aku blah dari sini dari menghadap muka kau!" Cemuh Indra tanpa rasa bersalah sebelum dia berlalu pergi dari situ.

Ya Tuhan Indra...

Mana janji kau pada Melati? Janji yang kau akan jaga Milan sehingga gadis itu benar - benar selamat?? Mana perginya janji itu?

Arghh!!!

Dia tak pedulilah dengan janji tu...

Biarlah gadis itu hidup sendiri pula...

Tanpa perlu bergantung harap pada dirinya...

Indra... Indra... Keras betul hati kau!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience