SEMPADAN MALAYSIA - INDONESIA
PENGKALAN KARTEL DADAH DAERAH A
BUKK!!
Satu tumbukan padu melekat di wajah Benji. Tersungkur lelaki bila mendapat tumbukan padu dari Lau Pan.
Darah tersembur keluar dari mulutnya.
"Aku suruh kau buat kerja mudah pun kau tak boleh buat... Kau dah kenapa Benji??" Amuk Lau Pan.
Dada lelaki itu turun naik menahan marah.
Benji yang tersungkur tadi pantas menjawab.
"Maafkan saya Lau Pan... Saya lalai... Maafkan saya..." Benji menunduk sambil melutut di hadapan bosnya.
Konco - konco yang lain hanya mampu melihat sahaja. Silap langkah, nyawa mereka akan melayang nanti!
"Kau bangun Benji..." Tubuh tegap Benji di tarik kasar menghadap dirinya. Kolar baju lelaki itu di cekau kasar.
"Kau dengar sini Benji... Ini amaran terakhir aku... Kau settle kan cepat budak perempuan tu... Atau kau aku timbus dalam tanah... Faham?" Bengis Lau Pan bersuara.
"Faham Lau Pan..." Jawab Benji bersama suara yang bergetar.
"Dah... Kau boleh blah dari sini..." Cekauan di kolar baju Benji di lepas kasar.
Benji menunduk lalu pantas berlalu di dari situ.
Berdengus geram dia bila orang kepercayaan nya gagal dalam misi yang dia amanahkan.
Telefon pakai buang di capai. Telefon pintar dilarang sama sekali untuk digunakan dalam markas mereka ini kerana lokasi mereka akan dapat di kesan oleh pihak berkuasa.
"Aku ada sesuatu untuk kau selesaikan..." Ujar Lau Pan setelah panggilan di sebelah bersambung.
"Apa dia?" Jawab suara garau di talian sebelah.
"Aku akan hantar maklumat ni dekat kau... Kau boleh ikut apa yang tertera dekat situ... Tapi ingat... Kau boleh hapuskan apa yang menghalang kerja kau... Tapi jangan sesekali sentuh dia faham?" Lau Pan memberi amaran.
"Yeah... Aku tahu..." Jawab suara garau itu lagi sebelum talian di putus kan.
Lau Pan mengeluh kuat.
Bukan Benji satu - satunya menjadi orang kepercayaan Lau Pan... Ada lagi yang gagah dan berkuasa dari Benji... Benji hanya sekadar jadi kambing hitam sahaja.
Bila malah tidak dapat diselesaikan oleh Benji, orang itu akan mengambil alih tanpa banyak bicara.
Hanya Lau Pan sahaja mengenali orang ini.
Saran pula langsung tidak mengetahui kewujudan lelaki ini kerana lelaki ini seperti hantu. Benji juga tidak terkecuali!
Makin suspen pulak jadinya...
Share this novel