BERITA waran penahanan Indra sudah tersebar luas.
Tidak terkecuali Milan, Dendry dan ahli keluarga Billy!
Malah sahabat - sahabat Billy juga...
Mereka tidak menyangka yang Indra mengalami situasi berat sebegini...
INDRA YANG BERADA di tempat persembunyian Saran sudah seperti cacing kepanasan.
Sudah lah di hentikan dari menyertai misi... Sekarang... Di keluar kan pula waran untuk menahan dirinya...
Dia terpunduk kegelisahan...
Kepalanya di garu kasar...
Serabut kepalanya memikirkan hal yang telah terjadi ini...
Dia tidak tinggal diam...
Dia harus cari tahu siapa orang yang telah memerangkap dirinya...
Dan meletakkan dirinya dalam situasi sekarang...
Dia tiba - tiba teringat akan sesuatu...
Topi di capai...
Dia harus keluar...
Dia harus menemui seseorang yang dia amat percayai...
Dia yakin...
Orang itu yang telah menganiaya dirinya!
LANGKAH LEMAH BILLY terhenti bila merasai getaran telefon pintar nya di poket seluar yang di pakai.
Di seluk poket seluar...
Telefon pintarnya pantas di keluarkan.
Satu notifikasi mesej di peti mesej masuk.
Dia membuka juga mesej itu walaupun hatinya masih galau saat ini.
Memikirkan keberadaan Indra saat ini!
Sihatkah sahabatnya itu setelah berminggu - minggu menghilangkan diri...
'TOLONG DATANG KE TEMPAT BIASA KITA LEPAK... ADA SESUATU YANG PERLU AKU TAHU... DAN AKU PERLUKAN KAU SEKARANG... " - INDRA -
Terbeliak matanya saat membaca mesej tersebut.
Mesej dari Indra!
Setelah berminggu - minggu menghilang kan diri, tiba - tiba Indra menghantar mesej. Bukan melalui WhatsApp atau Aplikasi lain.
Tapi melalui mesej biasa.
Dia memerhati nombor telefon yang tertera di skrin telefon pintarnya.
Rasanya ini bukan nombor telefon Indra!
Mungkin Indra menggunakan telefon pakai buang kerana tidak mahu dikesan oleh pihak berkuasa.
Arggh!
Itu tak penting!
Yang penting sekarang, dia harus menemui Indra!
Setelah memastikan tiada siapa yang mengikutinya, kereta terus di pandu laju menuju ke destinasi yang di maksud kan oleh Indra tadi.
Tapi...
Apa yang dimaksudkan oleh Indra dalam mesej itu?
Dia perlukan sesuatu? Sesuatu yang bagaimana?
Indra dah macam pelarian dah... Angkara dianiaya oleh seseorang...
Share this novel