Prolog

Action Completed 18091

SEMPADAN MALAYSIA - INDONESIA

SUATU TEMPAT YANG TERPENCIL...

"Lau Pan... Barang yang Lau Pan suruh orang saya cari tu dah sampai..." Salah seorang anak buah dari lelaki bernama Lau Pan ini bersuara lalu menyerahkan sampul surat besar berwarna coklat di hadapan lelaki ini. Dibelakangnya kelihatan seorang lelaki berpakaian serba hitam. Mungkin itu adalah orang upahan dari salah seorang anak buah Lau Pan ini.

Lau Pan memandang sekilas ke arah sampul surat besar itu. Dia masih asyik dengan hisapan cerut yang terkepit dicelahan bibirnya. Berkepul - kepul asap cerut keluar dari celahan bibir serta lubang hidungnya.

"Semua benda yang aku suruh kau cari ada dalam ni?" Suara garau Lau Pan menyapa gegendang telinga anak buah Lau Pan serta orang upahan.

Mereka berdua mengangguk.

Setelah cerut habis dihisap, barulah tangannya mencapai sampul surat besar itu. Ikatan pada belakang sampul surat itu di buka. Tangannya menyeluk ke dalam sampul setelah ikatan dibuka.

Beberapa keping gambar berada di tangannya kini. Dia menilik satu persatu gambar yang berada dihadapannya kini. Hinggalah matanya hinggap pada gambar seseorang yang berada dalam kelompok anggota tentera itu.

Jumpa pun kau... Bertahun - tahun aku cari kau... Akhirnya...

Lau Pan tersenyum sinis. Kali ini kau tak boleh lepas dari aku. Termasuk orang - orang di sekeliling kau!

Gambar itu diletakkan semula diatas meja. Sepucuk pistol dikeluarkan dari laci meja. Muncung pistol itu dihalakan ke arah orang upahan dan...

Pang!!!

Pistol itu memuntahkan pelurunya lau tepat mengenai dahi orang upahan itu.

Terus orang upahan itu terlentang jatuh ke belakang.

Dia mati serta merta di situ.

Tanpa imbuhan ynag dijanjikan.
Hanya indah khabar dari rupa!

Anak buah yang mengupah orang upahan itu hanya mampu mendiamkan diri sahaja. Tanpa niat mahu melawan.

"Khidmat kau sebagai orang upahan tamat di sini sahaja..." Ujar Lau Pan tanpa rasa bersalah. Pistol kembali disimpan pada tempat asal.

"Hapuskan 'benda' ni..." Arah Lau Pan.

Mayat orang upahan itu dlangkah lalu terus keluar dari tempat tersebut. Orang - orang bawahannya mengangguk sahaja. Pantas mereka membuat kerja.

Gambar-gambar yang berada di atas meja langsung tidak terusik. Kerana mereka melakukan kerja yang disuruh sahaja.

Nampaknya, kali ini mereka yang berada di dalam gambar tersebut harus berjuang sekali lagi kerana musuh yang mecari mereka ini bukan musuh sembarangan.

Ini kerana berkaitan dengan salah seorang daripada mereka.

Kesetiaan, semangat setia kawan, pekerjaan dan keluarga akan terbongkar satu persatu di sini.

Dan salah seorang dari mereka harus menerima hakikat siapa Lau Pan sebenarnya...

Halo... Sis kembali dengan novel terbaru... Bertajuk INDRA... Indra ni sequel dari Dia Amelya... Ingat tak Dia Amelya... Jadi... Dalam Indra ni... Hanya fokus pada watak Indra sahaja iaitu sahabat karib Billy... Ada juga selit kan watak Billy dengan Amelya nanti... Jangan risau... Hahaha... Oh ya... Ada pertambahan watak baru iaitu Melati, ibu Indra dan Milan... Tak boleh cter panjang sangat... Ok... Sila nikmatinya... Enjoy... Bye... Muahhh...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience