BAB 30

Action Completed 18091

NAIK KEMATU DAH jari jemari Billy menekan nombor telefon Indra. Tetapi langsung tiada jawapan.

Wajahnya kelihatan cemas dan tegang sekali.

Mana tak cemasnya kalau sehari suntuk si Indra langsung tak jawab call dia...

Dah tanya budak - budak dekat kem...

Kata mereka,

Indra tiada di situ...

Di suruh nya Nuar dan Khalid pergi ke rumah Indra... Pun dapat jawapan yang sama... Lelaki itu tiada di rumahnya...

Billy mencari ikhtiar lain...

Rumah keluarganya di telefon...

Kot - kot Indra ada dekat sana...

Pun sama juga jawapannya...

Nasib baik dapat dekat babahnya... Kalau dapat dek Amelya tadi... Panjang berjela dah dia kena bebel dengan isteri tercinta nya itu...

Yelah... Indra dah dianggap sebahagian keluarga dari mereka... Dan Amelya sudah menganggap lelaki itu seperti abang kandungnya sendiri...

"Hish... Mana pulak budak ni pergi?" Rungut Billy sendirian.

Dah lah handphone mati... Tu yang susahnya Man Botak nak kesan jejak dia...

Dia sudah mundar mandir di situ.

Nak keluar cari sekarang tak boleh sebab giliran dia dengan Man Botak berjaga sekarang...

Khalid dan salah seorang dari anggota mereka malam nanti pulak berjaga...

Haih... Kenapa lah time gini jugak lah kau nak hilang Dra?

Rungut Billy.

Wajah cemas dan tegang Billy yang sedang mundar mandir di ruang ramu itu menarik perhatian Milan yang berada di tingkat atas.

Man Botak pula tidak kelihatan.

Mungkin berada di bilik kawalan kot.

Nak kesan jejak si Indra...

Dia memerhati tingkah kalut si Billy itu...

Butir bicara Billy walaupun perlahan, masih dapat di tangkap dengan jelas.

Dia mengeluh perlahan sebelum berlalu semula kearah biliknya.

SAMPAI DI bilik, dia berdiri di tepi balkoni sambil mengingati kembali ayat Billy tadi.

Indra tak jawab panggilan?

Indra tak dapat dikesan?

Dia jadi macam tu sebab aku ke? Milan berdiskusi sendirian.

Sejak dari hari dia dan Indra bertengkar, kelibat lelaki itu langsung tidak kelihatan di rumah ini.

Untuk menjenguk dirinya di sini pun amat payah dah sekarang...

Hanya markas dan kem tentera sahaja tempat lelaki itu sekarang...

Kalau ada pun hanya Billy dan yang lain aje yang selalu datang ke rumah pelindungan ini...

Itu pun sebab mereka bergilir - gilir menjaga rumah pelindungan ini...

Dia menyandar tubuh kecil molek nya ke pintu balkoni.

Tak di nafikan yang Indra mempunyai sikap yang panas baran... Tapi dalam masa yang sama, lelaki itu sentiasa ada dengan nya... Dari hari kematian Melati sampailah sekarang...

Tapi sejak dari peristiwa diari hitam, karakter Indra mula berubah...

Mula berubah dingin dan jadi pemarah...

Dia mengeluh perlahan...

Sampai bila Indra mahu mengelak kan diri dari bertemu dengannya...

Jawapan nya hanya ada pada Indra...

Dia mengeluh lagi untuk sekian kalinya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience