BAU MAGGI kari menusuk kuat ke dalam lubang hidung nya ketika dia menuruni anak tangga.
Dia menapak menuju ke dapur. Kelihatan kelibat Indra sedang menceduk maggi kari yang sudah siap di masak ke dalam dua buah mangkuk kaca bersaiz sederhana.
Dua mangkuk itu di letakkan di atas dulang lalu di bawa menuju ke meja makan.
"Hei... Kau ni kan! Buat terkejut aku aje... Nasib baik maggi kari ni tak jatuh tadi..." Tegur Indra keras pada Milan.
Mahu luruh jantung nya gara - gara Milan ini!
Yelah! Mana tak luruh nya kalau dah tercegat macam hantu dekat belakang dia! Kus semangat!
Milan terkekek ketawa suka. Sukalah bila tengok riak terperanjat Indra. Bila lagi nak tengok Indra dalam situasi macam ni!
"Lah... Ingatkan abang askar kuat semangat... Rupanya ada juga yang lemah semangat..." Ejek Milan selamba. Ketawa nya masih lagi bersisa.
Tapi ketawanya mati bila Indra meluku kepalanya.
"Aduh! Apa abang In ni main luku - luku kepala orang!" Marah Milan sambil menggosok kepalanya. Wajahnya berubah cemberut.
"Alah... Luku sikit pun dah ngadu sakit... Manja betul..." Perli Indra.
Maggi kari di sua ke arah Milan.
"Nah... Ni aku ada buat maggi kari..."
Milan hanya diam. Dia duduk berhadapan dengan Indra. Wajahnya masih lagi terpamer riak tidak puas hati.
"Dah makan... Jangan nak buat muncung itik serati tu... Buruk tau tak..." Sakat Indra.
Haih! Tak habis - habis nak menyakat Milan aje kerja si Indra ni!
Milan hanya buat toya aje. Malas nak layan! Baik dia layan Maggi kari ni!
Maggi di suap ke mulut dengan agak gelojoh sedikit.
" Gelojoh betul kau makan... Macam tak makan setahun..."
Indra ni kan! Ada juga mangkuk melayang dekat kepala ni karang!
Stress betul dia!
"Diamlah!"
Indra hanya tersengih jahat sebelum menyuap maggi ke dalam mulutnya.
DESIRAN ANGIN di luar rumah membuatkan Milan resah. Nak keluar cari Indra dekat luar dia takut sebab kiri dan kanan rumah Indra ini tidak berpenghuni.
Indra pula dari tadi masih tak pulang. Tadi cakap nak pergi ke depan runcit depan tu aje... Sekarang dah dekat pukul 9 pun masih lagi tak nampak batang hidung!
"Hish! Mana pulak mamat kerek ni? Tak kan sesat jalan balik kot..." Omel Milan sendirian. Dia sudah mundar mandir di ruang tamu.
Nombor telefon lelaki itu di dail. Talian disebelah berbunyi...
Mendengus keras dia bila panggilan di buat langsung tak di jawab. Di dail kali kedua dan seterusnya... Pun sama... Langsung tiada jawapan...
Desiran angin semakin kuat.
Plak!
Tiba - tiba lampu rumah terpadam.
Ah sudah! Letrik pulak tiba - tiba takde!
Cepat - cepat Milan menyalakan lampu di telefon pintar nya.
Ketika dia menghalakan telefon pintar ke hadapan, susuk tubuh seseorang berpakaian hitam yang tidak dikenali muncul dihadapannya.
Belum sempat Milan menjerit, mulut nya sudah ditekup dan dia diheret lalu tubuh kecilnya di hentak ke dinding.
Lehernya di cekik kuat.
MANAKALA Indra pula masih lagi berada di kawasan kedai runcit. Gara - gara terlupa satu barang, dia terpaksa berpatah balik semula ke kedai.
Selesai membeli, dia kembali semula ke arah motosikalnya. Dia menyeluk poket seluarnya. Handphone di capai.
Dia memeriksa handphone nya...
13 miss call...
5 miss call dari Billy dan selebihnya dari Milan...
Milan?
Apahal pulak minah ni call aku banyak kali?
Nombor telefon gadis itu di dail.
Deringan di masih kedengaran.
Pantas dia mematikan panggilan bila tiada jawapan.
Aik! Pelik!
Ting!
Mesej dari Billy masuk.
Aplikasi WhatsApp dibuka.
"BRO... AKU ADA DEPAN RUMAH KAU NI... KAU DEKAT MANA?" - BILLY -
"AKU KAT LUAR NI BELI BARANG JAP... JAP LAGI AKU SAMPAI..." - INDRA -
"OK..." - BILLY -
Indra pantas menyimpan semula telefon pintar ke dalam poket seluar. Motosikal di start. Tidak lama kemudian, bergema bunyi ekzos motornya meninggalkan kawasan kedai runcit itu.
SEMENTARA DI RUMAH, Milan berusaha untuk melepaskan diri dari cengkaman lelaki berpakaian serba hitam ini. Matanya dapat menangkap kelibat Billy di luar rumah. Cekikan lelaki itu membuatkan saluran nafasnya semakin sempit.
INDRA memarkir motorsikalnya di sebelah Billy yang sedang enak menyandar badan ke badan kereta.
"Weh Dra... Apsal rumah kau gelap aje... Tengok rumah orang lain cerah aje..." Soal Billy dengan suara sedikit kuat untuk melawan bunyi angin semakin kuat.
Kepala nya di dongak memandang ke atas. Langit kelihatan gelap. Sesekali pancaran kilat menyilau di langit. Nak hujan agaknya... Gelap semacam aje ni...
"Dah tidur agaknya..." Mudah aje jawapan Indra. Padahal dalam hati pelik juga melihat kawasan rumahnya kelihatan gelap.
Hati mula tidak rasa enak.
Prangg!!
Bunyi sesuatu pecah dari dalam rumah mengejutkan Indra dan Billy.
Pantas kedua - dua nya berlari - lari anak menuju ke dalam rumah.
Pintu rumah yang terbuka sedikit di tolak kasar.
Susuk tubuh seseorang yang sedang mencekik leher Milan jelas terpapar di hadapan matanya.
Meluru dia pantas dia ke arah lelaki itu. Satu tendangan tepat mengenai rusuk kiri lelaki yang berhoodie hitam itu.
Terpelanting lelaki itu ke belakang akibat mendapat tendangan padu dari Indra. Cengkaman pada leher Milan terlepas.
Milan melorot jatuh ke bawah. Dia menunduk sambil terbatuk - batuk keras. Dadanya turun naik mencari nafas.
Lelaki itu pantas bangun dan bersedia untuk melarikan diri. Tetapi tidak kesempatan bila sekali tubuhnya mendapat hentaman dari Indra.
Tubuhnya kembali tersungkur di tepi sofa.
Bila melihat Indra kembali untuk menyerang dirinya, satu sepakan padu hinggap di dada Indra sehingga lelaki itu tergolek di atas lantai.
Lelaki berhoodie hitam itu melilau mencari senjata untuk memukul tubuh Indra.
Kerusi meja makan di capai lalu dia mara ke arah Indra. Kerusi itu hendak di hempas ke arah Indra tetapi sepakan Billy menghalang tindakannya.
Tersungkur kembali dia di atas lantai. Kerusi yang di pegang sudah terpaling ke arah lain.
Muncul Billy bersama wajah yang bengis.
Lelaki itu di lihat sudah tidak tentu arah.
Jalan keluar nya sudah di halang oleh Billy dan Indra.
Segala apa yang di capai dilempar secara rambang ke arah Billy dan Indra. Termasuk sebuah pasu bunga kecil!
Salah satu pasu bunga kecil yang di lempar hampir mengenai Milan tetapi pantas di halang oleh Indra. Pasu itu mengenai belakang kepala Indra.
"Indra!!" Billy menjerit. Perhatian teralih pada Indra.
Dia leka seketika pada Indra.
Melihat kelekaan Billy, kesempatan itu di ambil oleh lelaki berhoodie hitam ini melarikan diri.
BUKK!!
Satu sepakan mengenai pinggang Billy sebelum dia berjaya melarikan diri.
Billy yang tidak bersedia dengan keadaan itu terus terjelepok jatuh di muka pintu.
Billy bingkas bangun dan terus mengatur langkah mengejar langkah lelaki berhoodie hitam itu yang sudah berlari laju keluar dari rumah.
Share this novel