KETUKAN DI PINTU BILIK YANG disewanya mengejutkan Indra.
Dia yang ketika itu sedang melakukan sesuatu di komputer riba miliknya pantas bangun dari tempat duduk dan terus menuju ke arah pintu.
Lubang kecil yang berada di tengah - tengah pintu di intai.
Kelihatan kelibat seorang lelaki separuh usia sedang berdiri di luar pintu.
Tersenyum sinis dia bila mengetahui siapa di balik pintu.
Pintu dibuka.
"Madam panggil kau..." Ujar Ah Long dengan nada endah tak endah.
Ooo... Lelaki yang berada di balik pintu tadi Ah Long rupanya...
Patutlah si Indra tersenyum sinis...
Dan Ah Long pula acuh tak acuh aje bagitau si Indra.... Mesti teringat peristiwa lepas dulu... Tu yang macam tak puas hati dengan Indra...
Indra mengangguk perlahan.
Wajah Ah Long yang tegang itu di pandang sekilas.
Hampir meledak ketawanya melihat wajah cemberut lelaki separuh usia itu.
Mesti rasa tak puas hati tu ada lagi!
"SAMPAI BILA kau nak sembunyi dekat sini?" Soal Madam Ling kepada Indra.
Yalah... Dia kena tanya juga...
Dah berhari - hari lelaki ini duduk terperap dekat rumah kedai milik dia ni...
Dia tak kisah pun yang Indra ni nak duduk beberapa lama dekat sini...
Tapi...
Status yang di sandang oleh Indra sekarang yang buat dia tak senang duduk!
Tak pasal - pasal nanti tempatnya ini pula di serbu oleh pihak berkuasa.
"Madam nak naikkan sewa bilik ke? Takpe... Jangan risau... Saya bayarkan nanti..." Balas Indra.
Hish Indra ni!
Orang tanya lain, dia jawab lain pula!
Madam mendengus perlahan sebelum melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Indra.
"Bukan itu yang aku soalkan... Aku tanya... Sampai bila kau nak duduk dekat sini... Aku bukan nak halau kau... Tapi... Status kau tu... Aku bimbang yang tempat ni kena serbu nanti!" Kan! Madam King dah straight to the point!
Indra yang mendengar itu hanya tersenyum sinis sahaja.
" Jangan risau madam... Saya akan pergi bila sampai masanya nanti... "
Mengeluh keras Madam King melihat kedegilan Indra ini.
" Kalau madam Ling tak apa nak cakap lagi... Izinkan saya keluar dulu..." Belum sempat Madam Ling mahu membalas, Indra sudah pun berlalu pergi dari situ.
Mendecit kegeraman Madam Ling dengan perangai Indra ini!
Betul - betul macam perangai ibunya, Melati! Rungut Madam Ling.
Share this novel