TENDANGAN KUAT DARI luar pintu mengejutkan Saran dan Larry yang ketika itu sedang berbual kan sesuatu.
Muncul Indra bersama wajah yang bengis dari balik pintu yang di tendang tadi.
"Kau dah kenapa tetiba bantai pintu rumah orang pulak? Kau dah gila ke apa?" Sembur Saran tanpa bertangguh.
Sakit pulak hati dia melihat pintu yang sudah terkopak akan tendangan Indra tadi.
Indra tidak menjawab.
Dia melangkah dan terus meluru ke arah Saran.
BUKK!!
Satu tumbukan padu hinggap di wajah Saran.
Saran yang tidak bersedia dengan tumbukan itu terus jatuh tersungkur ke belakang.
Larry yang melihat bosnya jatuh tersungkur terus mara ke arah Indra.
Tubuh Indra pantas di dakap dari belakang bila dilihat lelaki itu mahu mara ke arah Saran lagi.
Tapi dakapan Larry itu dapat di lepaskan dengan mudah.
BUKK!!
Giliran Larry pula mendapat habuan!
Terjelepok Larry di sisi sofa bila mendapat habuan dari Indra.
Larry mendesis kesakitan.
Gila! Macam besi mamat ni bagi buku lima dekat aku!
Melihat orang kanan Saran terjelepok kesakitan di sisi sofa, dia berpaling semula ke depan dan terus maju ke arah Saran.
Saran bingkas bangun dan terus membalingkan barang yang berada di sekitar nya secara rambang ke arah Indra.
Indra pantas menepis.
Mata nya tak lepas dari memandang anak mata Saran yang masih lagi membaling barang ke arahnya.
Dan keadaan kelam kabut itu, kolar baju Saran dapat di tangkap tetapi dengan pantas Saran menepisnya.
Berlakulah pergelutan antara dua beradik itu.
Bila Indra mencuba untuk melayangkan penumbuknya lagi, Saran dengan pantas mengelak.
Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali!
Sakit doh kena buku lima si Indra ni! Ingat tak sakit ke!
Di sini kita dapat lihat, pergelutan antara Indra dan Saran di sebabkan oleh orang yang sama...
Edry a.k.a Lau Pan!
Saran mengintai kelemahan abangnya.
Bila dapat mengintai kelemahan Indra, dengan pantas dia mengorak langkah nya sehingga lelaki bertubuh tegap itu tersungkur jatuh di atas lantai.
Dengan pantas pengerakan Indra di kunci sehingga kan lelaki itu sukar untuk melepaskan diri.
"Lepaskan akulah!" Bentak Indra sambil meronta - ronta mahu melepaskan diri.
"Tak... Aku takkan lepaskan kau... Kalau aku lepaskan kau... Mahu pecah muka aku kena buku lima kau!" Tekan Saran sambil mengetatkan lagi gerak kunci pada tubuh Indra.
"Arghhh!!" Indra menjerit geram.
"Aku nak tanya kau ni... Apsal kau meroyan tak tentu pasal ni? Kau kena sampuk dengan syaitan ke apa?" Dalam kepayahan mengawal tubuh Indra, sempat lagi menanya kan soalan.
Yelah... Logik lah kena tanya soalan... Tiba - tiba datang tendang pintu rumah orang... Lepas tu... Cari pasal... Tak ke rasa hairan bin ajaib!
"Aku kata lepaskan aku kalau kau tak nak muka kau hancur..." Indra menghantar amaran.
Saran buat tak endah dengan amaran Indra. Dia masih lagi dengan cara nya tadi.
Saran mungkin terlupa sesuatu!
Walaupun dia dapat mengintai kelemahan Indra tadi, dia tidak tahu kekuatan lelaki itu bila di perlakukan sebegini.
Indra boleh jadi kuat tanpa di sangka!
Saran merasa ada kelainan dalam gerakan kuncinya itu. Seperti ada sesuatu yang akan terjadi.
Tidak semena - mena tubuh nya seakan terlayang kebelakang bila Indra menghantukkan kepalanya sekuat tenaga ke dada Saran.
Pergerakan kuncinya pada Indra terlepas.
Sepantas itu juga Indra bangun dan menderam geram ke arah Saran!
Wajah dan matanya sudah berubah merah. Seperti harimau ingin menerkam mangsanya!
Tahap kemarahan nya sudah berada di kemuncak!
Tubuh Saran di paut kasar menghadap dirinya.
"Aku dah cakap tadi... Lepaskan aku kalau kau tak nak muka kau hancur!" Bisik Indra keras sebelum dia melayang penumbuk ke muka Saran.
Buk!! Buk!! Buk!!
Berkali - kali dia melayang kan penumbuk ke muka Saran sehinggakan lelaki itu lembik tidak berdaya.
Larry yang melihat situasi itu pantas meluru ke arah Indra
Di tolaknya sekuat hati tubuh Indra ke tepi sehingga lelaki itu tersungkur ke kaki bangku.
Entah dari mana dia dapat kekuatan pun dia tidak tahu. Padahal dari cara Indra belasah Saran tadi pun boleh lunyai dia kena penangan lelaki baran ini!
"Sudah lah Indra! Jangan belasah Kun Nai lagi!" Pekik Larry. Tubuh lemah Saran yang berlumuran darah muka di bangunkan perlahan.
Indra yang mendengar pekikan Larry pantas menjawab geram.
"Kau ke tepi Larry sebelum kau pula aku lunyaikan nanti..."
"Kalau kau nak tahu... Saran ni adik kau... Adik kandung kau!" Larry memecah rahsia.
Tapi anehnya! Indra langsung tidak terkejut dengan rahsia yang diberitahu Larry itu sebaliknya dia hanya tertawa sinis.
"Sebab dia adik aku lah... Aku nak bagi dia mampus! Supaya tak menyusahkan orang nanti!" Maki Indra tanpa perasaan!
Ya Tuhan Indra!
Kau sedar tak apa yang kau cakap ni!
Sejahat mana pun Saran itu, dia tetap adik kau! Adik dari benih yang sama! Dari bapa yang sama!
Tergamam Larry mendengar ayat yang diucapkan oleh Indra itu!
" Eh... Itu baru sikit aku bagi pelajaran dekat kau!"
Dia bangkit perlahan - lahan dari tempatnya tersungkur tadi.
Di dekati tubuh Saran yang sudah lunyai di bantainya tadi.
"Jangan berani kau tunjukkan muka kau depan aku lagi! Sebab aku takde adik macam kau! Seorang penjenayah!" Cemuh Indra sebelum berlalu pergi dari situ.
Langkahnya di atur laju keluar dari rumah yang didiami oleh Saran dan Larry.
Saran kesakitan akibat dibelasahnya tadi langsung tidak di hiraukan.
Tega betul hati Indra ini!
Share this novel