Part 2

Action Completed 18091

"ADUH... BOSANNYA LAH... MASUK KERJA LEPAS NAIK CUTI DAH masuk meeting..." Keluh Man Botak sebaik sahaja mereka bertiga memasuki bilik mesyuarat. Law terkecuali!

Lelaki itu sudah awal - awal mengambil cuti kerana Ira tidak lama akan bersalin. Wah! Sudah mahu jadi ibu bapa dah Law dan Ira!

Indra yang mendengar keluhan si Man Botak sudah menjuling matanya ke atas.

"Kau ingat kau sorang aje penat... " Sindir Indra. Drama betullah si Botak ni!

Billy pula hanya mendiam kan diri sahaja. Malas nak port!

Aik maklum lah... Kapten kan!

Ceh! Kapten konon!

Dalam bilik meeting ni aje buat muka serius. Padahal kalau dekat luar, 2 × 5 aje macam diorang!

" Weh... Diam - diam... Tuan dah masuk..." Bisik Billy memberi amaran pada Man dan Indra yang dari tadi tak habis bertelagah.

Terus senyap keduanya bila kelibat seorang berpakaian tentera memasuki bilik mensyuarat tersebut.

"Tuan..."

Terus mereka yang berada di situ bangun dan menabik hormat pada lelaki yang diyakini ketua mereka sekarang.

Tuan Shah Effendy Syah Rizan - pegawai dan ketua baru mereka turut melakukan perkara yang sama.

"Duduk semua..." Arah Tuan Shah Effendy Syah Rizan atau dikenali dengan panggilan Tuan Shah Effendy sahaja.

Mereka semua kembali duduk di tempat masing - masing.

"Seperti yang sedia maklum sebelum ini... Saya Syah Effendy, pegawai yang akan bertanggungjawab dalam apa jua operasi yang dijalankan bagi menggantikan Tuan Ismail Said yang sudah bersara..." Tuan Syah Effendy memulakan perbualan. Satu persatu anggota dibawah seliaan nya dipandang.

" Dan saya yakin... Kamu semua sudah diberitahu sebaik sahaja masuk bekerja selepas naik cuti... Kamu semua akan menyertai satu operasi... "

" Hah? "

Berdengung bilik mesyuarat dengan bisikan - bisikan dari beberapa orang anggota termasuk orang disebelah Indra!

"Aku dah agak dah... " Rungut Man Botak.

Dia dah agak dah tadi. Akan ada operasi selepas naik cuti.

"Dengar sini semua..." Suara lantang Tuan Shah Effendy mematikan bisikan - bisikan mereka. Mata mereka fokus pada wajah serius ketua mereka.

"Operasi kali ni amat berbahaya... Jadi... Saya dan pihak atas dah pilih... Dan kamu yang berada di sini adalah anggota yang dipilih itu..." Terbuka luas mata Man Botak bila mendengar ayat yang keluar dari mulut ketua mereka itu.

Gila! Aku jugak terbabit sama?

Alahai si Botak ni! Dari tadi asyik dok merungut aje! Sampaikan Indra di sebelah dah naik menyampah dengan rungutan dia tu! Kalaulah si Botak ni loli pop, dah agaknya kena ngap dengan Indra! Merungut tak habis - habis!

"Operasi kita kali ni adalah Ops Bidadari..."

"Hah? Bidadari? Puteri tujuh kayangan ke?"

Berdecit geram Indra dengan soalan bodoh alang si Man Botak ni! Nak fokus pun tak senang!

Bibir nya di dekatkan pada cuping telinga si Man Botak.

"Kalau kau rasa tak nak makan bubur seumur hidup... Baik mulut kau tu diam..." Bisik Indra agak keras sebelum kepala sahabatnya di tujal perlahan. Dia kembali fokus pada penerangan ketua mereka. Wajah kelat sahabatnya di biarkan begitu.

Ceh! Main ugut nampak!

Tapi mulutnya didiamkan. Nanti tak pasal - pasal si Indra ni kotakan apa yang dia cakapkan tadi. Tak nak dia jadi orang tua cepat! Tau pun takut!

Matanya kembali di fokus pada slaid yang di paparkan.

"Kenapa di beri nama Bidadari... Apa yang tersirat di situ..." Salah satu anggota yang berada dibelakang Billy bersuara.

"Yes... Good question..."

"Bidadari adalah nama yang diberi dari dadah yang di campur dengan bahan yang terlarang yang lain... Dan di sini juga..."

Slaid seterusnya di buka.

"Hampir 90% purata kepekatan dari dadah ini..."

Gila! Kaw tu! Tubuh manusia mana yang boleh tahan dengan kepekatan purata 90% dadah itu?

Slaid seterusnya dibuka lagi.

"Dan ini rupa bentuk dadah Bidadari..." Slaid yang memaparkan sejenis dadah berbentuk seperti pil.

"Mana ada jenis dadah bentuk macam ni..." Billy pula bersuara. Setahunya, dari tokan besar sampai ke pengedar kecil, hanya dadah berbentuk serbuk sahaja dijual.

Tapi kali ni, dadah ini lain dari lain.

"Tak mustahil Billy... Pelbagai jenis campuran dibuat untuk menghasilkan dadah berbentuk seperti ini..." Jawab Tuan Shah Effendy.

"Dan ini..."

Slaid memaparkan wajah seorang lelaki pertengahan umur 40 - an.

"Ini adalah lelaki yang bertanggungjawab dalam penghasilan dadah jenis ini... Dan dia juga telah ditemui mati rentung dalam sebuah kebakaran enam bulan lalu..."

Terus mereka menunduk kepala bila mendengar ayat keluar dari mulut Tuan Shah Effendy.

"Bukti yang mengatakan dia telah menjadi informan telah di hapuskan dalam kebakaran itu... Dan sekarang..."

Slaid lain dibuka lagi.

Dua tempat kosong tanpa gambar itu di pandang khusyuk oleh mereka.

" Maklumat berkaitan pengasas dadah Bidadari ada pada dia ini... " Jari Tuan Shah Effendy menunjuk ke arah gambar kosong pertama.

" Jumpa dia... Kita akan tahu siapa dalang di sebalik ini..." Gambar kosong kedua di tunjuk pula.

"Dia siapa Tuan?" Barulah giliran Indra pula bertanya setelah agak lama berdiam diri tadi.

"Dia adalah anak perempuan pada orang bertanggungjawab dalam penghasilan dadah bidadari ini..."

'Anak perempuan?'

Entah kenapa wajah lelaki yang bertanggungjawab dalam penghasilan dadah bidadari itu seperti pernah di lihat.

"Baiklah... Itu sahaja meeting hari ni... Minggu depan... Kita akan bertemu di sini... Saya keluar dulu..."

"Terima kasih tuan..."

Semua bangun dan menabik hormat pada ketua mereka. Tuan Shah Effendy mengangguk lalu bergegas keluar dari bilik mesyuarat tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience