BAB 49

Action Completed 18091

SEMPADAN MALAYSIA - INDONESIA

PUSAT KARTEL DADAH DAERAH A

Derap langkah Lau Pan terhenti bila satu sepakan mengenai tubuhnya. Terpelanting tubuhnya kebelakang menakala Milan pula terduduk di atas tanah.

Muncul Indra dengan wajah bengis nya dari arah gelap.

Ya... Sekarang mereka bertiga berada di belakang bangunan yang di penuhi hutan tebal dan belukar.

Milan yang menggigil ketakutan menjerit nyaring bila bahunya di sentuh oleh Indra. Dia tidak menyedari gerangan orang menyepak Lau Pan tadi.

"Milan!! Tenang!! Ni abang In... Abang In..." Indra menenangkan Milan mula histeria.

Milan yang menyedari kehadiran Indra di situ pantas di peluk lagi tubuh lelaki itu. Kali kedua tubuh tegap Indra di peluk.

"Abang In!!" Milan mula mengongoi di bahu Indra.

"Ya... Ya... Abang In ada.. Abang In ada... Milan jangan takut..." Pujuk Indra lagi.

Huhukk!! Hukhukk!!

Batuk keras dari Lau Pan mematikan niat Indra yang mahu memujuk Milan ynag masih trauma itu.

Tubuh Milan yang memeluk dirinya di leraikan.

"Milan duduk sana dulu... Jangan duduk sini... Bahaya!" Arah Indra pada Milan supaya duduk di sudut yang paling selamat.

Milan hanya menurut sahaja.

Dia mula mengesot ke arah sudut yang paling selamat.

Setelah memastikan Milan selamat, dia berpaling semula ke arah Lau Pan yang sudah bangun dari tempat terlentangnya tadi.

"Kuat jugak penangan kau ni! Bergegar kepala otak aku!" Rungut Lau Pan menggeleng kepalanya bagi menghilangkan rasa peningnya yang masih bersisa.

"Tapikan... Bakat kau ni memang warisi dari aku tau tak..." Gelak Lau Pan.

Sendiri yang buat lawak, sendiri yang ketawa!

Takde maknanya yang nak berlawak dengan psiko plus kejam macam Lau Pan ni!

Sakit jiwa lagi adalah!

"Kau nak sangat kan bertarung dengan aku! Meh sini! Kita bertarung!" Cabar Lau Pan.

"Baik... Kalau itu yang kau nak!" Sahut Indra.

Mereka berdua mula membuka langkah.

Perseteruan antara anak dan bapa ini di mulai!

SEMENTARA DI DALAM, pertarungan antara Araiti dan Billy semakin sengit.

Tiada di antara mereka berdua untuk mengalah!

Cara pertarungan dari kedua - dua sungguh cekap sekali. Ex - army dan army!

Billy mengintai kelemahan Araiti manakala Araiti mengintai kelemahan Billy. Pisau di tangan di hunus antara satu sama lain. Dan akhirnya bilah pisau yang digunakan mengenai salah satu anggota di badan masing - masing.

Pisau yang digunakan oleh Araiti berjaya merobek bahu Billy manakala pisau yang di gunakan oleh Billy berjaya merobek peha Araiti.

"Arghhh!!"

Kedua - duanya menjerit kesskitan.

Dalam keadaan itu, mata Billy terpandang akan wayar yang digunakan oleh Araiti untuk menjerut leher Indra. Pantas wayar itu di capai lalu sepantas kilat di jerut ke leher Araiti.

Meronta - ronta Araiti mahu melepaskan diri tetapi tidak berjaya bila Billy mengetatkan lagi jerutannya.

Darah merah yang mula mengalir di bahunya tidak di hiraukan.

Wajah - wajah sahabatnya yang terkorban angkara Araiti terlayar di hadapan matanya.

Dia mengetatkan lagi jerutan di leher pembunuh upahan itu.

Araiti masih mencuba tetapi langsung tidak berjaya. Matanya putih sudah mula kelihatan. Mukanya sudah mula kebiruan. Nafasnya sudah mula sesak.

Rontaannya dilihat semakin lemah dan akhirnya, dia menjatuhkan kepalanya le depan. Araiti mati serta merta disitu!

Mati akibat di jerut oleh Billy!

Billy menarik nafas. Dia puas hati melihat kematian Araiti!

Dia jatuh terduduk sambil menahan kesakitan di bahu kirinya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience