BAB 28

Action Completed 18091

"AKU TAHU... Kau nak datang sini sebab nak tahu sesuatu kan..." Ujar perempuan berpakaian cheongsam itu sebaik sahaja Indra sampai di dalam biliknya.

Dia adalah Madam Ling...

Tuan empunya rumah kedai ini...

Dia sengaja membawa Indra ke dalam biliknya kerana di sini ada privasi sikit.

Jangan salah faham, dia langsung tak terliur dengan Indra walaupun lelaki itu berupa dan mempunyai tubuh yang tegap...

Citarasanya adalah pada lelaki yang sudah separuh usia... Seperti Ah Long...

Perumpaannya sahaja... Nanti perasan pulak si tua dekat bawah tu...

Dah... Kembali ke cerita asal pulak...

Indra tidak menyahut.

Matanya tunak memandang tubuh langsing yang membelakangi dirinya.

"Aku tak tahu apa yang kau cuba cari dekat sini... Aku yakin, ada sesuatu yang berselirat dalam otak kau kan..."

Dia kembali berpaling ke arah Indra yang bertegak di hadapannya.

Rokok yang sudah tinggal puntung di cucuh pada bekas abu rokok.

"Cik mesti kenalkan perempuan bernama Melati?"

Tiba - tiba tawa Madam Ling meledak.

"Melati? Takkan aku tak kenal kawan baik aku sendiri..."

Dia duduk di atas kerusi sambil menyilang kakinya.

Kepalanya di dongak memandang Indra yang masih lagi berdiri tegap di tempatnya.

"Cik tahu kan apa yang telah terjadi dekat dia sekarang..."

"Aku tak tahu... Dah lama aku dengan dia lost contact..."Jawab wanita itu bersahaja.

" Melati dah mati... Dia dah mati dalam kebakaran 3 bulan lepas... "

Terhenti tingkah wanita berpakaian cheongsam ini saat mendengar berita yang menyedihkan keluar dari mulut pemuda ini.

" Me... Melati d.. Dah mati? " Soal wanita itu dengan nada tergagap - gagap.

Matanya sudah mula bergenang dengan air mata.

Melati dah mati? Betul ke Melati dah mati?

"Macam mana kau tahu dia dah mati?"

"Sebab aku anak dia... Anak Melati..." Beritahu Indra.

"Mustahil!!" Tingkah Madam Ling dengan kasar.

Mustahil Melati ada anak sedangkan yang dia tahu, Melati sudah pun menggugurkan kandungannya ketika itu.

"Apa yang mustahilnya? Memang saya anak Melati..." Sanggah Indra.

"Kalau kau betul anak kandung dia... Apa bukti yang kau ada..." Cabar Madam Ling.

Indra mengeluarkan sepucuk surat dari beg silangnya.

Dia menghulurkan surat itu pada Madam Lee.

"Ni buktinya kalau Cik tak percaya..."

Surat yang berada di tangan Indra di capai pantas lalu dibuka.

Melopong mulutnya bila isi kandungan surat itu dibaca.

Melati... Apa kau dah buat ni?

Kenapa kau perlu sembunyi kan semuanya dari aku?

Kenapa kau tipu aku? Kenapa kau cakap kau dah gugurkan kandungan kau itu walhal kau dah lahirkan dia?

Kenapa Melati? Kenapa?

Rintih Madam Lee...

Matanya sudah berkaca kemudian berkalih ke arah Indra.

Diteliti wajah Indra saat ini...

Ya... Memang betul... Indra memiliki wajah yang iras dengan ibunya... Tetapi mata Indra...

Mata itu...

Indra warisi dari mata lelaki yang sangat kejam...

Mata lelaki yang sudah merosakkan Melati... Yang meninggalkan wanita itu terkapai - kapai sendirian...

Kerana lelaki itulah, Melati harus menanggung semua ini...

"Cik dah percaya sekarang... Siapa saya sebenarnya..."

Madam Ling diam.

"Sekarang saya nak tanya lagi... Siapa Edry... Apa hubung nya dengan ibu saya?"

Tersentak Madam Ling saat mendengar nama Edry keluar dari mulut pemuda ini.

"Kenapa kau tanya?"

"Saya just nak tahu apa hubungan nya dengan ibu saya..."

"Kau tak payah tanya soal dia..." Dalih Madam Ling.

Dia sudah kalih ke arah lain.

Indra hairan melihat tingkah Madam Lee ynag sudah bertukar karakter.

"Saya nak tahu jugak siapa dia..." Indra masih berdegil mahu tahu.

"Kau tak perlu tahu siapa dia..." Suara Madam Ling berubah kasar.

"Tapi saya..."

"Kau tak perlu tahu siapa dia..." Tekan Madam Ling berulang kali.

"Tapi kenapa..."

"Sebab kau sasaran dia selanjutnya... Faham tak?"

"Apa??"

Sedikit demi sedikit Indra dah tahu siapa diri dia yang sebenar...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience