Part 2

Action Completed 18091

BALIK SAHAJA petang itu, wajah Indra murung dan kelat.

Man yang sedang menonton tv langsung tak di tegur dan menonong sahaja menaiki anak tangga menuju ke bilik.

Dan sekarang, Indra berkurung pula di dalam bilik. Panggilan dari Man untuk turun makan bersama tidak diendah kan.

"Aku letak atas meja makanan tu... Kalau kau lapar nanti... Kau turun makan... Aku keluar dulu..." Ujar Man disebalik pintu.

Malas sudah dia mahu mengetuk pintu bilik Indra ini. Last - last itu sahaja cara untuk dia menyuruh rakannya itu turun makan.

Di tekap telinga ke arah pintu. Langsung tiada sahutan.

Dia mengeluh perlahan. Biarlah... Tahu lah dia cari makanan kalau lapar nanti...

Dia pantas menuruni tangga menuju ke ruang tamu. Hal berkaitan Indra dilupakan dulu. Hal berkaitan dirinya diutamakan. Biasalah kalau orang dah ada awek ni. Lain sikit perangai.

Takpe lah... Kalau ada masa... Dia akan berjumpa dengan Billy... Beritahu perihal Indra ni... Hanya Billy aje yang mampu mengorek rahsia si Indra ni... Kalau dia... Hmmm... Haram Indra nak berkongsi rasa... Di buatnya perangai keras kepalanya... Apa bendanya pun semua tak jadi...

Sementara di dalam bilik, Indra hanya berdiri termenung sambil menghadap tingkap. Laungan sahabat dari luar untuk turun makan dia buat tak peduli sahaja.

Kejadian siang tadi masih berlegar di kepalanya.

Kemunculan seorang wanita yang mengaku sebagai ibu kandungnya siang tadi membuatkan hati nya resah.

Kenapa dia perlu muncul balik setelah dia redha apa yang terjadi dalam hidupnya sekarang.

Kenapa perlu muncul balik? Kenapa??

Rambutnya diramas kasar. Dia bingung seketika.

Dia ada ibu tetapi dirinya di campak ke rumah anak yatim.

Atau dia anak yang tak di inginkan sebab itu di campak ke rumah anak yatim?

"Arghh!!!" Dia menjerit.

Dia terpunduk kelelahan sambil memeluk lutut di sisi katil.

Sekilas gambar yang menayangkan tanda lahirnya terlayar difikiran.

Dada belah kiri yang mempunyai tanda lahir itu diusap perlahan.

Tak dinafikan gambar yang ada tanda lahir itu dengan tanda lahir pada tubuhnya mempunyai persamaan.

"Kalau betul dia ibu kandung aku, kenapa perlu campak aku dekat rumah anak - anak yatim tu... Kenapa??" Pekik Indra.

Nasib baik Man sudah keluar. Kalau tak, dah lama si Man Botak tu call Billy suruh datang sini.

Yelah... Mana tak risau... Terjerit... Terpekik... Terlolong macam tu...

Air matanya mengalir laju membasahi pipi.

Dia sudah penat dengan semua ini...

Ya Tuhan... Tolong lah hamba mu ini...

Rintih Indra di dalam hati...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience