Bab 26 Part 1

Action Completed 18091

HAMPIR TIGA BULAN mereka mengendalikan kes ini. Tetapi semua menemui jalan buntu...

Bukan pasukan Billy sahaja menemui jalan buntu, kes yang di kendali oleh Inspektor Arie juga sama...

Kedua - dua pasukan ini telah bekerja keras tetapi dengan banyak nya pertikaian dalam menyiasat kes ini membuatkan kesemuanya menjadi semakin rumit...

Di tambah lagi dengan ketegangan antara Indra dan Milan, lagi membuatkan semuanya menjadi serabut....

Jalan yang paling mudah sekarang adalah, mengambil keterangan saksi dalam kes ynag kedua - dua pasukan ini siasat.

Kebetulan saksi pun dah sedar dari koma, jadi mudah untuk mereka mengambil keterangan kelak.

Itu sahaja harapan mereka saat ini...

BILLY masih memerhati diari hitam yang baru habis di bacanya tadi.

Sekarang dia dan Man Botak berada dalam sebuah bilik rehat di khas untuk anggota yang berjaga bergilir - gilir.

Hari ini giliran dia dan Man Botak bertugas di dalam rumah perlindungan ini. Bukan mereka berdua aje dekat sini... Ramai lagi anggota berkaliber dan berkebolehan dekat luar sana...

Jangan main-main...

Mereka sekarang sedang menjaga kedua - dua saksi penting...

Nuar dan Khalid ada di markas. Mereka berdua di arahkan untuk menyelesaikan masalah di markas dulu...

Esok baru giliran mereka pula berjaga...

Indra?

Hmm... Sejak bertengkar dengan Milan tempoh hari, batang hidungnya langsung tidak nampak.

Ada sini pun sekejap aje...

Selebihnya Nuar cakap,

Ada di markas...

Cakap pasal Indra, dia teringat akan diari ini.

Bukan sengaja dia mahu membaca hak milik orang. Tetapi rasa ingin tahu mengatasi segalanya...

Kalau dia tak buka dan baca, sampai ke sudah dia tak tahu apa yang terjadi antara Indra dan Milan.

"Woi... Yang kau tenung diari tu sampai nak tembus dah kenapa?" Sergah Man Botak di balik pintu.

Tuala disangkut pada batang lehernya. Wajahnya kelihatan segar sekali. Mungkin baru lepas mandi agaknya.

Billy tidak menyahut. Matanya fokus pada diari tersebut sambil memikirkan sesuatu.

Man Botak menyangkut tualanya pada penyangkut baju.

T - shirt hitam di sarung ke tubuh tegapnya.

Dia mendekati Billy.

"Kau ni dah kenapa Billy? Diam aje dari tadi?" Soal Man Botak.

Dia menarik kerusi lalu duduk di sebelah rakannya.

"Aku tengah fikirkan sesuatu ni Man..."

"Kau tengah fikirkan apa pulak ni Billy?"

"Nah... Baca ni..."

Diari berwarna hitam itu di unjuk ke arah Man Botak.

Menggeleng laju Man Botak.

"Bab diari ni aku malas lah baca... Lagipun ini hak orang lain... Tak baik tau baca tanpa keizinan tuan dia..."

Gila ke apa si Billy ni suruh aku baca diari ni?

Billy mendecit kegeraman. Kepala botak Man Botak di tujal kuat.

"Aku suruh baca tu baca ajelah... Banyak pula cekadak kau!"

"Aduh! Sakitlah!" Man Botak mengaduh.

Sakit doh kena tujal dengan si Billy ni! Dah lah kepala dia ni botak!

Man Botak merengus.

"Yelah... Yelah... Aku baca..."

Baru nak feel tak nak baca, dah kena paksa dengan si ketua kerek ni!

Dia dengan Indra sama aje perangai!

Diari hitam itu dibuka dan di baca.

Helaian demi helaian di buka.

Dari rasa malas tadi terus jadi rajin bila matanya fokus pada diari itu.

Kisah silam Indra tak payah cakap lah... Banyak yang tertulis dekat situ...

Rasa bersalah itu ada tetapi bak kata Billy tadi,

"Untuk mencari bukti... Jadi terpaksa lah kita membongkarnya walaupun kisah silam seseorang tertulis di situ..."

Matanya terhenti pada satu perkataan.

"Edry?"

"Siapa dia ni?"

"Itu yang aku musykil sangat..." Jawab Billy.

"Dan aku syak yang dia ni bersangkut paut dengan kes yang tengah kita siasat ni..."

Man Botak diam.

Dia juga seperti Billy.

Memikirkan sesuatu...

"Bila Tuan sampai sini?" Soal Billy.

"Esok dia datang..." Jawab Man Botak.

"Aku nak cari Milan dulu... Aku nak slow talk dengan dia..." Ujar Billy.

Man Botak mengangguk faham.

Billy bangun dari tempat duduknya.

Diari hitam yang berada di tangan Man Botak di capai pantas sebelum dia menghilang di balik pintu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience