BAB 46

Action Completed 18091

"MAAFKAN SAYA TUAN..." Ujar Billy dengan tubuhnya menunduk di hadapan ketuanya.

Itu sahaja yang mampu di ucapkan oleh Billy saat ini.

Tuan Shah Effendy hanya mampu menggeleng sahaja. Kepalanya sudah sesak dengan perli laku Indra dan Billy yang selalu sahaja di luar jangkaan.

Lebih - lebih lagi Indra!

Anak buahnya yang seorang itu sungguh keras kepala sekali!

"Tuan..." Panggil Alex.

Tak jadi Tuan Shah Effendy mahu membasuh Billy bila Alex bersuara. Hanya jelingan tajam sahaja dipamer kepada Billy sebelum tubuhnya mendekati Alex yang sedang memerhati sesuatu di skrin layar skrin komputer.

"Saya kesan sesuatu dekat penjejak ni..."

"Kamu kesan apa?"

"Koordinat penjejak ni bagitau..."

Ayat Alex terhenti sementara.

Mata dan tangannya tidak lekang dari papan kekunci dan juga layar komputer.

Bip!

Bunyi sesuatu keluar dari penjejak yang dikesan.

"Penjejak ini dikesan telah melepasi Malaysia dan sekarang... Dia di kesan berada di sempadan Malaysia - Indonesia..." Beritahu Alex.

"Sempadan Malaysia - Indonesia?"

"Ya Tuan..." Jawab Alex yakin.

"Baiklah kalau begitu... Hubungi ketua pasukan keselamatan yang bertugas menjaga sempadan Malaysia -Indonesia..." Arah Tuan Shah Effendy.

"Dan akan hubungi sendiri pegawai atasan Indonesia untuk meminta izin penangkapan Lau Pan dan sekutunya..."

Usai sahaja ucapan Tuan Shah Effendy, suasana di bilik operasi kembali sibuk.

Kemarahannya pada Billy di surutkan dulu... Yang penting sekarang, adalah keselamatan Indra dan Milan.

Kerana mereka berdua berada dalam keadaan bahaya!

BILLY DAN LAW kelihatan sibuk memakai pakaian pelindung yang lengkap. Segala senjata yang di gunakan untuk operasi telah di siapkan.

Kedua - dua nya menghembuskan nafas kasar bila memikirkan operasi yang akan mereka jalani ini.

Rasa canggung mula mencengkam hati bila ketiadaan kelibat Man Botak, arwah Nuar dan Khalid.

Tapi... Hati perlu di kuatkan juga... Ini juga adalah untuk Man Botak juga... Dan juga arwah Nuar dan Khalid...

Sebelum pergi, mereka dibenarkan bertemu dengan ahli keluarga masing - masing.

Terpamer wajah kerisauan dan juga kesedihan di wajah kesayangannya, Amelya.

Tidak kurang juga wajah mama dan babahnya. Wajah kerisauan jelas terpamer di muka kedua - duanya...

Dia mengerling sekilas ke arah Law.

Ya.. Wajah Ira juga sama seperti Amelya. Penuh dengan kerisauan!

"Bang pergi dulu ya sayang..." Ujar Billy dengan lembut. Wajah kesayangan nya diusap lembut sebelum tubuh kecil itu di dakap erat. Amelya membalas dakapan Billy dengan penuh kasih. Dakapan di leraikan. Melyna yang berada di dalam dukungan Encik Zenrith Zen di angkat lalu dikendong.

" Lyna jangan nakal - nakal tau... Ikut cakap mommy sementara daddy pergi kerja ni..." Ujar Billy pada puterinya sebelum pipi tembam Melyna di cium lembut.

Kemudian, tubuh kedua - dua orang tuanya pula di peluk. Melyna pula tersepit di antara mereka bertiga.

Dakapan dileraikan.

Melyna kembali di serah pada babahnya.

" Abang pergi hati - hati tau... Amel sentiasa mendoakan abang..." Ucap Amelya tulus sebelum mencium tangan suaminya dengan penuh lembut.

Billy hanya menggangguk perlahan sebelum pergi melangkah meninggalkan keluarganya menuju ke trak tentera yang sudah sedia menunggu mereka.

Dia, Law serta beberapa anggota yang lain menaiki trak pertama. Manakala Hayrren and the gang menaiki trak yang kedua. Sementara team anggota Inspektor Arie bersama Inspektor Arie sendiri menaiki trak yang ketiga.

Perlahan - lahan ketiga - tiga trak tentera itu berlalu keluar dari perkarangan markas tentera.

Amelya dan ahli keluarga tentera yang lain melambai - lambai ke arah mereka.

Hilang sahaja kelibat trak yang membawa suaminya, setitis demi setitis air mata Amelya mula mengalir membasahi pipi.

Puan Meila yang melihat keadaan menantunya terus membawa tubuh kecil menantunya itu kedalam dakapannya.

Amelya mula menangis teresak - esak di dalam dakapan ibu mentuanya. Ira juga tidak terkecuali!

Dia juga turut mengalir kan air mata.

"Susahlah Amel... Kita doakan mereka semua pulang dengan selamat..." Pujuk Puan Meila.

Belakang menantu nya diusap perlahan.

Amelya tidak menjawab.

Hanya esakan nya masih kedengaran.

Encik Zenrith Zen yang sedang mengendong cucunya yang sudah mula mengantuk turut memujuk Amelya.

" Betul cakap mama tu... Kita doakan semoga mereka semua pulang dengan selamat... Terutama sekali Indra dan Milan..."

Dia pun seperti Amelya juga. Tapi sebagai bapa, dia redha dan restui apa yang di jalani oleh anaknya itu.

Setelah agak lama, barulah Amelya melepaskan dakapan ibu mentuanya.

" Dah... Jom kita masuk kedalam... Lyna pun dah terlentok lena dekat bahu babah ni..." Ajak Encik Zenrith Zen.

Melyna yang terlentok mengantuk di bahunya di kerling kasihan.

Amelya mengiyakan ajakan bapa mentuanya.

Mereka berlima mula melangkah masuk ke dalam markas.

Moga kesemua team yang terlibat dalam misi ini pulang dengan selamat...

Moga mereka pulang dengan selamat... Selamat membawa pulang indra dan Milan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience