BAB 20

Action Completed 18091

TUBUH LELAKI BERHOODIE hitam itu berjaya di capai sebelum kedua - duanya bergolek ke atas jalan.

Masing - masing mengerang bila tubuh bergesel dengan jalan tar.

Rintik - rintik hujan mula menurunkan airnya. Semakin lama semakin lebat.

Billy bangun dengan di ikuti oleh lelaki berhoodie hitam itu.

Mata Billy tajam menikam wajah yang terlindung di sebalik hoodie dan penutup muka yang di pakai.

"Siapa yang arahkan kau?" Soal Billy keras.

Lelaki itu tidak menjawab. Hanya berdiri sahaja di tempatnya. Memerhati tingkah Billy yang sedang menyoal siasat dirinya.

"Jawablah bila orang tanya!" Desak Billy.

"Takde siapa pun yang arahkan aku... Aku yang sukarela untuk buat semua tu dekat budak perempuan tu..." Jawab lelaki itu dengan suara garaunya.

"Lebih baik kau jaga keluarga kau daripada kau menyibuk hal yang membosankan ini..." Ugut lelaki berhoodie hitam itu lagi. Matanya juga turut menyinar di balik penutup mata yang dipakai.

"Kurang ajar!!" Pekik Billy.

Dia sudah meluru ke arah lelaki itu.

Penumbuk dilayang ke arah lelaki itu tetapi tidak mengenai wajah lelaki itu.
Dia tersasar!

Hampir tersungkur dia tetapi berjaya di kawal. Kakinya pula memainkan peranan. Di sadung kakinya ke arah lutut lelaki itu sehingga lelaki itu terlipat merengkot di atas jalan tar.

Lelaki itu mengerang kesakitan!

Baju lelaki itu ditarik kasar.

Pada masa inilah, matanya tertancap pada tatu naga yang berada di dada sebelah kanan lelaki itu sebelum sepakan padu lelaki itu mengenai perutnya.

Dia terdorong ke belakang sebelum terlentang di atas jalan tar. Belakang kepalanya turut terhantuk pada jalan tar.

Dia mengerang kesakitan!

Melihat sekujur tubuh Billy terlentang di atas jalan tar, dia pantas berlari meninggalkan kawasan tersebut.

"APA DAH JADI NI?" Soal Man Botak cemas sebaik sahaja sampai di wad kecemasan.

Dia datang sendirian tanpa di temani Khalid dan Nuar. Rakannya dua orang itu hanya di suruh duduk di markas sahaja. Menunggu berita dari pihak polis.

Billy yang sudah sudah selesai di rawat itu hanya mengerling sahaja ke arah rakannya yang sedang terpaku berdiri di hadapannya.

"Terima kasih..." Ucap Billy sebaik sahaja jururawat yang memberi rawatan padanya tadi meminta izin untuk keluar dari situ.

Baju yang tersadai di atas katil di capai lalu dia sarung pada tubuhnya yang sasa.

"Nanti kau akan tahu jugak... Jom... Sekarang... Ikut aku..." Ajak Billy.

Dia sudah bangun dari katil lalu melangkah pantas menuju ke pintu keluar wad kecemasan. Man Botak hanya mengikuti sahaja langkah rakannya walaupun dalam kepalanya bersirat dengan pelbagai persoalan.

"MACAM MANA keadaan Milan, Dra?" Soal Billy sebaik sahaja sampai di hadapan Indra.

Lelaki itu kelihatan duduk terpunduk sambil memegang belakang kepalanya yang sudah di rawat tadi. Perit juga bila ubat di cecah pada luka di belakang kepalanya itu.

"Doktor dah inform tadi... Dia dah stabil... Tapi ada sikit bengkak pada leher dia..." Beritahu Indra.

Billy mengeluh perlahan. Dahinya di picit.

"Wait... Wait... Korang cerita pasal apa ni? Aku tak fahamlah... Apa dah dengan korang semua ni hah..." Suara Man Botak mencelah di antara mereka.

"Rumah Indra kena pecah masuk... Milan kena serang..."

"What's? Kena serang?" Suara Man Botak hampir melantun tapi pantas di kawal.

"Siapa orang tu?"

"Kitorang tak tahu siapa dia... Yang pasti... Dia nak Milan mati..." Ujar Indra perlahan.

Man Botak sudah meraup muka nya. Wah! Ini memang dah melampau ni!

Tiba - tiba Billy teringat akan sesuatu!

"Dra... Kau duduk sini dulu... Nanti aku suruh Khalid dengan yang lain cover kau dekat sini..."

"Habis kau nak pergi mana?" Billy pula di soal kembali.

"Aku ada benda penting nak di settle kan..." Ujar Billy.

"Kitorang pergi dulu..."

Indra hanya mengangguk. Billy dan Man Botak bergegas pergi dari situ.

Bagi Man Botak pula, otak kawan nya ini langsung tak mahu berehat walaupun berdepan dengan risiko tadi. Tetap juga cergas dan cerdas!

Yang pasti... Dia tahu...

Billy pasti tahu akan sesuatu! Berkaitan dengan serangan ini!

Apa yang berselirat dalam kepala Billy agaknya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience