BAB 35 Part 1

Action Completed 18091

SIASATAN MENYELURUH telah di lakukan berdasarkan bukti yang di kemukakan oleh Milan dan Dendry.

"Sekarang... Bukti tentang penghasilan Dadah Bidadari ini telah kita perolehi... Cara pembuatannya, uji kajinya dan juga... Campuran komponen asas atau bahan utama juga kita dah ada bukti..." Ujar Tuan Shah Effendy sambil tangannya ditunjuk ke arah slaid yang terpapar di hadapan.

Ketika ini, mereka semua diarahkan untuk masuk ke dalam bilik mesyuarat setelah selesai mengambil keterangan dari Milan dan Dendry sebentar tadi.

Kesemuanya di situ mengangguk faham mendengar penjelasan dari ketua mereka.

"Saya dah dapat info dari informan kita... Telah berlaku penjualan besar - besaran dadah jenis ini di kawasan utara dan selatan... Dan sekarang... Saya arahkan Billy untuk mengetuai misi ini..." Arah Tuan Shah Effendy.

"Baik Tuan..." Billy menurut perintah.

"Tapi ingat... Lakukan dengan berhati - hati kerana musuh kita kali ini lebih ganas dan kejam dari sebelum ini... Kamu semua boleh bersurai dan buat persiapan... Kecuali Indra..." Dalam memberi peringatan, nama Indra di panggil.

"Ya Tuan..."

Tak jadi dia mahu melangkah bila namanya di seru oleh pegawai atasan itu.

"Saya ada sesuatu mahu beritahu kamu... Ikut ke pejabat saya sekarang..." Arah Tuan Shah Effendy sebelum dia melangkah keluar dari bilik mesyuarat tersebut.

Indra hanya menurut sahaja arahan ketuanya. Langkah ketua nya di ekori dari belakang dengan perasaan yang tertanya - tanya!

Beberapa pasang mata anggota yang mula - mula keluar tadi sudah mengarah ke arah dia dan Tuan Shah Effendy. Termasuk juga Billy and the gang!

Perasaan Billy mula tidak enak.

Firasat nya kuat mengatakan sesuatu yang buruk akan terjadi nanti!

Ah sudah... Apa yang nak diberitahu oleh Tuan Shah Effendy ni... Suspen betullah...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience