AMELYA HANYA memerhati sahaja tingkah Milan yang sedang duduk termenung menghadap jendela sejak sedar 2 hari lalu.
Bubur yang di bawa oleh Puan Meila ketika melawat Milan tadi hanya luak beberapa sudu sahaja.
Sebenarnya, Puan Meila bukan datang seorang tapi datang bertiga. Encik Zenrith Zen bersama cucu kesayangan mereka, Melyna.
Dan sekarang, mereka hanya menunggu masa untuk keluar wad sahaja.
Hasil pemeriksaan dari doktor, Milan sudah boleh di benar kan pulang tetapi dia masih menerima rawatan berkaitan masalah kesihatan mentalnya.
Hanya menunggu tarikh di tetapkan sahaja oleh pakar psikiatri yang merawat dirinya.
"Milan... Jom balik... Akak dah siap kemas ni..." Panggil Amelya perlahan.
Beg yang mengandungi pakaian Milan sudah pun di capai.
Milan hanya mengangguk sahaja. Langkahnya perlahan mengekori tubuh kecil molek Amelya dari belakang.
BOLA MATA Milan meliar ke kiri dan kanan bila kereta yang di pandu oleh Encik Zenrith Zen memasuki sebuah rumah agam yang agak mewah.
"Jom..." Tangan nya di tarik Amelya setelah kereta berhenti betul - betul berhenti di hadapan rumah agam mewah itu.
Milan hanya menurut sahaja. Mereka berdua keluar dari perut kereta. Anak Amelya yang tertidur di pangkuan ibunya sudah pun di ambil oleh neneknya lalu di bawa masuk ke dalam rumah.
"Rumah siapa ni kak?" Tanya Milan.
Matanya masih lagi meliar memandang sekeliling rumah itu.
Encik Zenrith Zen yang sedang memunggah barang dalam bonet kereta menyampuk.
"Ini rumah Uncle dan Untie... Apa lagi tercegat dekat situ... Dah mari masuk..." Pelawa Encik Zenrith Zen.
Barang - barang isterinya termasuk beg pakaian Milan di bawa masuk ke dalam rumah.
Milan ingin mencapai beg pakaian dari tangan lelaki pertengahan usia 50 - an itu tetapi pantas di tegah.
Nak tak nak, Milan merelakan juga beg pakaian nya dibawa oleh bapa mentua Amelya itu walaupun wajah nya sudah tebal menahan malu saat ini.
Sebaik sahaja kelibat Encik Zenrith Zen menghilang di balik pintu utama, kelibat Puan Meila pula muncul.
"Milan... Amel... Apa lagi tercegat dekat situ... Mari masuk dalam rumah... Milan tu bukan sihat mana pun lagi..." Laung Puan Meila di muka pintu.
"Dah... Jom masuk... Mama dah panggil tu..." Ujar Amelya.
Tangan Milan sekali lagi ditarik mengekori langkahnya menuju ke pintu utama.
Tanpa pilihan, Milan melangkah jua.
SEBUAH kereta berwarna hitam berhenti di sebuah rumah yang separuh terbakar dalam insiden kebakaran dua minggu lalu.
Keluar Indra dari perut diikuti oleh Billy dan Inspektor Arie, selaku pegawai yang mengendali kes ini.
Mereka bertiga melangkah perlahan menuju ke tempat kejadian. Sebelum memasuki tempat kejadian, mereka bertiga harus memakai sesuatu agar tidak meninggalkan sesuatu yang mencurigakan di tempat kejadian. Dalam erti kata lain, tidak mengacau bukti tempat kejadian!
Sebenarnya, Indra dan Billy di larang untuk pergi ke lokasi kejadian kerana kes ini hanya dapat di kendalikan oleh pegawai yang bertugas sahaja.
Tetapi atas desakan Indra di tambah lagi dengan rekaan cerita oleh Billy, akhirnya Inspektor Arie mengalah juga. Lagipun kes yang dikendali olehnya ini seperti ada sangkut paut dengan kes yang sedang di siasat oleh pasukan Indra.
"Menurut saksi yang ada dekat tempat kejadian waktu tu... Ada beberapa buah kenderaan mewah keluar dari rumah ni..." Inspektor Arie memulakan perbualan.
"Dah check ke cctv sekitar kawasan ni?" Soal Billy.
"Kawasan ni memang tiada kemudahan cctv... Lagipun... Kawasan ni pinggir bandar... Agak payah nak kesan cctv dekat sini..." Beritahu Inspektor Arie lagi.
Billy mengeluh lemah.
Susah juga kalau macam ni... Kalau ada cctv, senang sikit... Tapi bak kata Arie tadi, kawasan pinggir bandar memang payah nak jumpa benda alah tu... Nama aje abad ke - 21... Kemudahan cctv pun masih berkurang...
Mereka masih lagi berlegar - legar di kawasan tersebut.
Kesan terbakar hampir 70% jelas di hadapan mereka.
Indra pantas memulas tombol pintu rumah yang hampir roboh itu. Dia memasuki rumah tersebut.
Matanya meliar memandang sekeliling rumah. Rumah yang pernah dia singgah ketika menghantar Milan itu. Hampir menitis air matanya melihat keadaan rumah itu sekarang. Tetapi pantas di tahan.
Dia tidak mahu Billy dan Arie melihat air matanya nanti.
Dia melangkah perlahan mengelilingi sekitar rumah itu.
Billy dan Inspektor Arie masih berlegar di luar rumah sambil berbual.
Tiba - tiba kakinya seperti tersepak sesuatu. Matanya mengarah ke bawah.
Sesuatu yang agak keras berada di bawah kasutnya.
Dia pantas mencangkung.
Benda yang di sepak itu di perhati. Seperti sebuah bingkai gambar.
Pantas benda itu di capai.
Ya... Memang betul tekaan nya tadi... Sebuah bingkai gambar...
Bingkai itu di terbalikkan.
Abu yang melekat di bingkai gambar itu di sapu bersih.
Figura seorang remaja perempuan yang amat dikenalinya menghiasi pandangan matanya. Di sisi remaja itu kelihatan figura seorang lelaki pertengahan 40 - an dan juga figura seorang lelaki tampan yang sedang tersenyum mesra.
Hampir terjatuh bingkai gambar itu dari tangan nya saat melihat wajah lelaki tampan itu.
Ya... Wajah lelaki tampan itu sama dengan gambar wajah lelaki yang tengah mereka siasat sekarang.
Bingkai gambar itu di ambil lalu di bawa keluar.
"Korang..." Panggil Indra.
Billy dan Inspektor Arie yang sedang memeriksa keadaan sekitar pantas mendekati Indra apabila lelaki itu memanggil mereka.
"Aku ada jumpa sesuatu..." Beritahu Indra.
"Apa dia?"
"Nah... Tengok ni.."
Bingkai gambar yang berada di tangan nya di hulur ke arah kedua rakan nya.
Pantas Billy mencapainya. Inspektor Arie turut mengintai di sebelah.
"Ini bukan mendiang Mr. Joseph ke..."
Mata Billy terarah pula pada gambar seorang remaja perempuan di sebelah mendiang Mr. Joseph itu.
"Ini bukan ke..."
Membesar mata Billy saat melihat wajah remaja perempuan itu.
Milan?
"Ini bukan Milan ke?"
"Yup... Itu memang Milan... Dan ini..." Jari telunjuk Indra mengarah ke arah gambar di sebelah Milan.
"Weh... Ni bukan ke gambar lelaki yang kita tengah siasat sekarang?"
Indra mengangguk pantas.
"Makna kata... Lelaki ni..."
"Yes... Lelaki ni adalah abang Milan!"
Terkelu Billy mendengarnya.
Kenapa dia tak pernah terfikir kes yang mereka siasat ini bersangjut paut dengan semua ni?
Indra hanya tersenyum sinis sahaja.
Gerak hatinya tak pernah salah!
Nampaknya, rahsia yang Milan simpan sedikit demi sedikit mula terurai.
Milan!
Bersiap sedialah...
Indra sedang menunggu jawapan kau penjelasan dari kau sekarang!
Sedikit demi sedikit mula terbongkar...
Share this novel