BAB 25 Part 1

Action Completed 18091

MATA HELANG SARAN masih lagi tertancap pada rumah yang di huni oleh Indra.

Sudah seminggu dia dan orang kanannya, Larry berkampung di situ semata - mata mahu mengintip pergerakan abangnya.

Abang?

Ya... Indra adalah abang kandungnya...

Satu bapa... Berlainan ibu...

Dia dapat tahu melalui surat yang dihantar oleh Larry padanya tempoh hari...

"Khun Nai kha... Lama lagi ke kita nak tunggu dekat sini?" Keluh kesah Larry dengan loghat Thainya. Dia sudah menguap panjang kerana sudah hampir seminggu mereka berkampung di sini.

Mereka masuk ke dalam Malaysia pun tanpa pengetahuan Lau Pan.

Kalaulah Lau Pan tahu yang anak lelakinya ini buat kerja gila, mati mereka kena kerat lapan belas!

Saran hanya menjeling tajam sahaja pada Larry disebelah.

"Kau senyap boleh tak, Larry?" Sergah Saran.

Banyak songeh pulak budak Thai sebelah ni! Aku debik karang, baru tahu!

Larry pantas menutup mulutnya bila disergah begitu.

Dia kembali senyap dan mata nya melilau melihat keadaan sekeliling. Dia lebih rela menatap sekeliling dari menatap wajah Saran yang sudah serupa singa lapar.

Tiba - tiba matanya terarah pada sebuah kereta hitam yang terparkir agak jauh dari tempat mereka berkampung.

Larry memicing anak matanya pada kenderaan tersebut.

Membulat matanya melihat kenderaan itu.

Kenderaan yang sangat dikenali...

Enjin kereta pantas di hidupkan.

Kelam kabut gear di masuk.

"Eh... Kau ni dah kenapa Larry? Kita belum stalk penuh lagi si Indra tu!" Marah Saran pada Larry.

Dah kenapa budak Thai ni kelam kabut?

"Itu nanti baru kita settle kan Khun Nai... Yang penting sekarang... Kita kena selamatkan diri dulu..." Ujar Larry.

Kereta di undur pantas ke belakang.

Stereng kereta di pusing.

Gear di masuk sebelum kereta meluncur laju menuju ke arah jalan raya.

"Kau dah kenapa Larry?" Soal Saran lagi. Wajah cemas Larry dipandang.

"Ada orang stalk kita..." Jawab Larry.

Matanya sekejap memandang ke arah cermin pandang belakang, sekejap memandang ke depan...

Saran turut memandang ke belakang...

Memang betul ada kereta hitam sedang mengekori mereka sekarang...

"Siapa?"

"Orang suruhan Lau Pan... Pembunuh upahan... Araiti..." Jawab Larry dengan cemas.

"Araiti?"

Larry tidak menjawab.

Dia sibuk mencilok sana sini demi meloloskan mereka dari cengkaman si Araiti!

Larry menghembus nafas lega bila mereka terlepas dari di ekori oleh Araiti.

Saran masih senyap di tempatnya... Dia mula memikirkan sesuatu...

Araiti?

Siapa dia?

Ha... Siapa dia Araiti... Jom ke Part seterusnya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience