SEPERTI YANG dijanjikan, selepas sahaja waktu kerja dia dan Billy bertemu di tempat yang ditentukan oleh Billy.
Jalan menuju ke atas bukit!
Hampir jatuh rahang Indra melihat tempat pertemuan mereka.
Ceh!! Ingatkan nama belanja aku!! Rupanya dibawanya kita lepak atas bukit ni!
Yang paling tak boleh blahnya, Billy sudah siap dengan peralatan yang sentiasa dibawa oleh anggota tentera jika mereka menyertai operasi di dalam hutan.
Gila ke apa si Billy ni bawak semua benda ni dekat sini? Bukannya mereka nak berkhemah pun dekat sini...
"Duduklah... Yang kau tercegat lagi dekat situ dah kenapa?" Pelawa Billy sambil menghirup air kopi yang baru buatnya sebentar tadi. Santai aje caranya.
Hendak tak hendak, akhirnya Indra melabuhkan punggung pada kerusi yang sudah disediakan oleh Billy.
"Nah... Air untuk kau..." Muk hitam berisi air kopi di hulurkan pada Indra. Indra menyambut lalu diletakkan muk itu tanpa niat mahu menghirup.
"Apsal kau nak jumpa kau sangat ni..." Cepat sahaja Indra mengutarakan soalannya. Sengaja dia menyoal padahal dia tahu apa yang Billy akan cakap padanya nanti.
"Heh... Aku ingat kan cerdik member aku ni... Rupanya bengap!" Selamba badak aje si Billy ni menghentam Indra.
"Eh kau ni..."
"Apa? Salah ke aku cakap tu?" Riak wajahnya langsung tidak bersalah.
"Eh... Kalau kau ajak aku datang ni semata - mata nak kutuk aku... Baik aku blah dari sini..." Indra sudah angkat punggung mahu pergi dari situ.
Sakit hatinya bila di label 'bengap' oleh Billy sebegitu!
"Pandai jugak kau nak sakit hati bila orang cakap macam tu dekat kau..." Tak jadi dia mahu berpaling bila mendengar bicara Billy itu.
"Cuba kau bayangkan apa perasaan ibu kau bila kau cakap main lepas aje dekat dia... I mean... Macam aku cakap dekat kau tadi..."
Air kopi di hirup lagi.
"Sakit hati kan... Macam tulah apa yang ibu kau rasa..." sambungnya lagi.
"Eh... Kau nak cakap apa sebenarnya ni hah..." Tubuh dikalih menghadap Billy yang enak duduk bersilang kaki.
Billy meletakkan muk di atas meja. Dia bangun dari tempat duduknya lalu melangkah menghampiri Indra.
"Sampai bila kau nak jadi macam ni Dra... Apa pun yang Untie Melati dah buat dekat kau selama ni... Dia tetap ibu kau... Ibu yang bertanggungjawab melahirkan kau dekat dunia ni..." Akhirnya Billy terus bersuara ke inti sebenar. Malas mahu memprovok Indra seperti tadi.
Tergelak sinis Indra mendengar ayat rakannya.
"Kau untung tau sebab kau ada mak... Ada ayah... Aku?... Aku takde siapa - siapa nak dibanggakan..." Ujar Indra penuh sendu. Wajahnya di paling ke arah lain.
"Dra... Kau sedar tak apa yang kau cakapkan ni... Kau ada mak Dra... Kau ada dia sekarang... Kenapa kau nak bezakan antara aku dengan kau..." Hampir melenting Billy mengeluarkan suara.
Indra hanya diam membatu.
"Aku tahu yang kau dah dewasa sekarang... Dah tahu cara berfikir...Terpulang kau nak fikir macam mana... Aku tak nak... Suatu hari nanti kau akan menyesal atas apa yang kau dah buat ni..." Hanya itu yang mampu di nasihatkan oleh Billy kepada sahabatnya.
Bahu rakannya di tepuk perlahan sebelum dia kembali ke arah tempat duduknya. Menikmati pemandangan petang sambil menghirup air kopi.
Indra sengaja ditinggalkan sendirian.
Biarlah...
Biarlah lelaki itu ditinggalkan sendirian.
Moga terdetik hati Indra untuk memaafkan ibu kandungnya.
Share this novel