Part 2

Action Completed 18091

"TUAN... Saya kesan ada sesuatu yang tak kena..." Lapor salah seorang anggota dalam kumpulan Inspektor Arie.

Inspektor Arie yang sedang berbicara dengan salah seorang anggota polis bergegas menuju ke arah anggota lelaki yang melaporkan kepadanya tadi.

"Kau kesan apa, Har?" Soalnya.

Anggota yang bernama Har itu memaparkan sesuatu yang mencurigakan kepada ketuanya.

Inspektor Arie meneliti paparan itu.

Membesar matanya melihat kandungan yang tidak disangka itu...

"Kau muat turun fail ni... Hantar dekat aku sekarang..." Arah Inspektor Arie.

"Baik Tuan..."

Inspektor Arie menyeluk poket seluarnya... Handphone dicapai...

Nama Billy dicari...

Terus nombor itu di dail...

Tutt... Tutt...

Talian sebelah berbunyi...

Seketika kemudian,

"Halo..." Suara garau Billy menjawab panggilan.

"Halo Billy... Kau dekat mana..."

"Aku ada dekat rumah perlindungan ni... Ada apa?"

"Aku ada sesuatu nak bagitau kau..."

"Apa dia?"

"Jumpa kau dekat sana nanti..."

Talian terus dimatikan.

"APEHAL KAU beria sangat datang sini jumpa aku ni?" Soal Billy musykil.

"NAH..."

Fail berwarna hitam dihulur kepada Billy.

Billy menyambut perlahan.

"Apa ni?" Billy menyoal dengan nada curiga.

"Kau bukak dan baca... Nanti kau akan tahu apa yang ada dekat dalam tu..." Ujar Inspektor Arie.

Billy hanya menurut sahaja.

Fail hitam itu dibuka pantas.

Isi kandungan kertas yang berada dalam di teliti satu persatu dan tiba - tiba,

"What's??" Suara Billy naik seoktaf.

Wajahnya berubah terkejut.

Terkejut dengan kenyataan yang tertulis di atas kertas di dalam fail ini...

"Indra punya adik lelaki dan adik lelaki nya itu ketua dalam sindiket pelacuran..."

Billy sudah mula tidak keruan...

"Oh My God..."

"Aku tak percaya semua ni Arie... Aku tak percaya..." Tutur Billy.

Fail di letak di atas meja.

"Aku pun pada mulanya tak percaya... Tapi ini fakta Bill... Fakta..." Ujar Inspektor Arie.

"Satu lagi... Mereka berdua ni lahir dari dua wanita berbeza... Maksudnya satu ayah... Berlainan ibu..."

"Dekat sini... Hanya tahu fakta Indra dengan lelaki ini sahaja... Fakta tentang si bapa mereka langsung tiada..."

Billy menggaru kasar kepalanya.

Kenyataan ini sungguh mengejutkan.

Inspektor Arie mencapai kembali fail hitam yang di letak oleh Billy di atas meja.

Satu muka surat di selak lalu di sua ke arah Billy.

"Ini dia gambar adik lelaki Indra..."

Billy memerhati gambar seorang lelaki yang kelihatan berbadan tegap dan tinggi yang sedang bersandar di badan sebuah kereta jenis mewah.

Billy mengeluh keras.

Bertalu - talu kenyataan yang tidak di sangka muncul sekarang.

Tapi yang ini...

Billy tidak tahu apa yang akan terjadi seterusnya...

Bisa kah Indra menghadapi kejutan ini nanti...

Nampaknya... Identiti Saran mula terbongkar sedikit demi sedikit...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience