BAB 11 Part 1

Action Completed 18091

"TERIMA KASIH banyak - banyak dekat korang sebab sudi terima budak tu tumpang rumah korang ni..." Ucap Indra.

Amelya yang sedang menuang kopi ke dalam cawan terus menjawab.

"Alah abang In ni... Tak payah nak ucap terima kasih bagai... Kita kan dah macam keluarga..."

Indra hanya tersenyum mendengar jawapan keluar dari mulut Amelya ini.

"Yelah... Abang In takut kalau kedatangan mengejut kami berdua ni ganggu privasi korang pulak..." Sangkal Indra.

"Hish... Abang In ni... Ada cakap macam tu... Takde pun nak ganggu privasi kitorang... Dah si Milan tu masih tak sihat... Memang kita kena jaga dia sampai dia pulih semula... Dah... Dah... Minum air kopi ni... Jangan fikirkan sangat benda tu..." Cantas Amelya lagi. Tangannya menolak cawan berisi air kopi ke arah Indra.

Indra mengangguk mengerti. Cawan dicapai lalu air kopi dicicip perlahan.

Sedang mereka berbual, kedengaran suara Billy memanggil isterinya dari tingkat atas.

" Yang... Abang dah siap mandikan Lyna ni... Baju dia pun abang dah pakaikan... Yang susukan dia ya..." Laung Billy dari tingkat atas.

"Ya... Ya... Amel datang sekarang..." Jawab Amelya.

"Abang In duduk dulu ya... Lya nak buat kan susu untuk Lyna..." Ujar Amelya.

Indra hanya mengangguk sahaja. Amelya bergegas pergi dari situ. Pantas dia menaiki anak tangga menuju ke bilik utama mereka. Dia tak perlu khuatir kerana kelengkapan untuk membuat susu Melyna sudah pun ada di dalam bilik kecil yang telah diubah suai oleh Billy demi keselesaan permata mereka. Bilik tersebut bersebelahan dengan bilik tidur mereka.

Tidak lama kemudian, kelibat Billy pula menuruni anak tangga menuju ke arah ruang tamu.

"Sorry sibuk sikit tadi... Maklumlah Lyna tu... Kalau aku tak dodoikan... Jangan harap dia nak tidur..." Ujar Billy sebaik sahaja tiba di ruang tamu.

"Alah... Takpe... Dah memang tugas kau kan... Aku dengan Milan ni macam ganggu pulak masa korang untuk berehat..."

"Hei kau ni... Ada ke cakap macam tu... Aku dengan Amel dah anggap kau macam keluarga sendiri tau tak... Apatah lagi si Milan tu... Amel dah anggap dia macam adik sendiri dah... Dah... Kau jangan nak fikir negatif sangat... Minum kopi tu..." Cepat - cepat Billy menangkis.

Dia pun macam Amelya juga. Tak mahu Indra menganggap mereka suami isteri sebagai orang luar.

"Ada info baru tak kes yang Arie siasat sekarang?" Soal Billy setelah agak lama mereka mendiamkan diri dari tadi.

"Takde... Arie tak inform apa - apa pun dekat aku..." Jawab Indra.

"Takpelah... Nanti kalau ada apa - apa tu... Dia akan bagitau kau..." Bahu rakannya di tepuk perlahan.

Indra hanya mengangguk lemah. Semakin kuat mereka menggali kes ni, semakin rumit jadinya.

Dia yakin, pasti ada sesuatu yang berkait rapat antara kesemua kes yang mereka tengah siasat sekarang.

WAKTU SUDAH menginjak ke tengah malam tetapi mereka berempat masih setia berada di laman rumah bagi membincangkan kes yang mereka sedang siasat sekarang.

Pada mulanya Man Botak dan Law malas mahu menyertai perbincangan ini kerana memikirkan Amelya dengan anaknya serta keadaan Milan yang masih belum pulih. Mereka berasa malas gara - gara kedatangan mereka nanti akan menganggu semuanya yang mahu berehat.

Tapi atas desakan dari Billy ditambah lagi mendapat sokongan dari Amelya, akhirnya mereka turut serta juga.

Dan sekarang, mereka berdua telah pun terpacak di depan rumah Billy.

"Pening kepala aku tengok kes ni... Makin serabut..." Keluh Man Botak sambil meraup mukanya dengan kasar. Serabut kepalanya bila memikirkan kes ynag mereka kendali ini semakin rumit.

Bukan Man Botak aje yang pening kepala. Law, Indra serta Billy juga turut merasa benda yang sama.

" Eh! Kejap... Kejap... Korang tak rasa ke yang kes kita tengah siasat ni macam ada kena mengena dengan kematian ibu kau Dra?" Soal Man Botak tiba - tiba.

Berubah wajah Indra bila perihal ibunya di di sebut oleh si Man Botak ini. Tetapi pantas di kawal riak wajahnya itu agar tidak di perasan oleh sahabat nya ini.

Billy yang mendengar itu pantas mendongak kepalanya ke arah Man Botak. Matanya memberi isyarat kepada Man Botak untuk menutup mulutnya. Man Botak yang menyedari isyarat Billy pantas mengunci mulutnya.

Rupanya,di saat Man Botak mengunci mulut Law pula mengambil alih bersuara.

"Yelah... Bila di fikir kan balik... Macam semua ni ada berkait rapat pulak..."

Haih! Si Law ni kan!

Billy sudah membulatkan matanya untuk menyuruh Law menghentikan ayatnya. Tetapi amaran Billy langsung tak dipandang nya malah mulutnya masih lagi menceceh bagai bertih jagung.

"Kena siasat semua ni... Mana tau ada kena mengena dengan arwah ibu kau..."

Aduhai Law! Rasa macam nak di sagat sahaja mulut rakannya itu saat ini!

Billy sudah menggengam penumbuk. Ada jugak terlerai gigi ni karang!

Perbualan mereka terhenti bila melihat kelibat Amelya yang sedang terocoh - kocoh menuju ke arah mereka berempat.

"Kenapa ni yang? Cemas aje abang tengok... Anak tak sihat ke?" Soal Billy bertalu - talu sebaik sahaja isterinya itu berhenti di hadapan mereka. Dia sudah pun bangun dari tempat duduknya. Dihampiri tubuh isterinya yang hanya separas dadanya itu.

"Takdelah... Lyna okay aje..." Jawab Amelya dengan nada sedikit termengah.

"Dah tu... Yang muka sayang cemas ni dah kenapa?" Soal Billy lagi.

"Milan..." Nama gadis itu di seru oleh Amelya.

"Milan? Kenapa dengan dia?" Sampuk Indra. Dia sudah bingkas bangun dari tempat duduknya. Begitu juga Law dengan Man Botak.

Hatinya sudah tidak enak bila nama Milan meniti di bibir isteri sahabatnya ini.

"Milan? Kenapa dengan dia?"

"Amel risau dengan dia... Tadi masa Amel lalu depan bilik dia... Amel dengar bunyi bising... Macam bunyi benda pecah... Lepas tu dengar suara meraung dengan menangis... Amel risaulah bang..." Adu Amelya.

Ya... Masa dia lalu depan bilik Milan tadi, macam - macam bunyi dia dengar. Bunyi kaca pecah, bunyi barang di lempar ke dinding. Dia berkira - kira mahu masuk tetapi cepat - cepat akalnya menegah. Buatnya si Milan memegang benda tajam, tak ke naya aje nanti.

Sebab tu dia turun ke bawah meminta bantuan suami dan rakan - rakan suami nya untuk melihat keadaan Milan di dalam bilik.

"Arghhh!!!"

Suara jeritan dari tingkat atas atau lebih tepat dari bilik yang di huni oleh Milan menghentikan perbualan mereka.

Tanpa sempat Amelya bersuara, Indra sudah pun berlari laju menaiki anak tangga menuju ke tingkat atas. Ikuti oleh Amelya, Billy serta dua orang rakannya dari belakang.

Sebaik sahaja sampai di hadapan bilik yang di huni oleh Milan, pintu itu lantas diketuk kuat.

"Milan... Bukak pintu ni..." Seru Indra dari luar.

Billy pantas turun ke bawah semula untuk mengambil kunci pendua bilik yang di huni oleh Milan. Naik seriau dia dengan cara ketukan Indra pada pintu bilik tersebut. Macam mahu roboh pintu dibuatnya!

Dia kembali semula ke tingkat atas bersama dengan kunci pendua.

Kunci pendua pantas di masukkan ke dalam lubang kunci.

Pintu terkuak dari luar.

Terpacul wajah Milan yang serabai di balik pintu. Terdapat sebilah pisau lipat di tangannya.

"Milan!!"

Melantun suara Indra menyeru nama gadis itu. Bulat matanya melihat tingkah laku kurang siuman gadis ini.

Amelya yang berada di belakang Indra hampir menjerit melihat keadaan Milan itu.

Mana tak hampir menjeritnya. Keadaan bilik berselerak di sana sini. Serpihan kaca berterabur di atas lantai. Malah kedua - dua belah tangan gadis itu berlumuran darah.

Bukan Amelya sahaja yang terkejut. Billy, Man Botak serta Law yang berada di belakang Amelya turut terkejut sama.

"Milan... Tolong letak pisau tu dekat bawah..." Indra cuba menenangkan Milan.

Matanya tak lepas dari memandang pisau yang berada di tangan gadis itu.

Milan mendiamkan diri. Hanya tangisan nya menguasai bilik itu sekarang.

"Milan..." Seru Indra dengan lembut. Dia ingin melangkah ke arah gadis itu tetapi langkah nya mati bila jeritan gadis itu bergema.

"Jangan dekat... Selangkah kau bergangjak dari situ... Aku hiris pisau ni dekat lengan aku..." Jerit Milan. Pisau sudah di letakkan pada pergelangan tangannya.

"Ok... Ok... Aku tak berganjak..."Cepat - cepat Indra menyampuk.

" Milan... Jangan macam ni... Tolong bertenang Milan... " Indra masih lagi memujuk. Matanya langsung tak lepas dari mata pisau yang masih di pegang oleh Milan.

" Bertenang? Kau nak suruh aku bertenang? Bertenang dalam keadaan macam ni?" Soal Milan bengis. Pisau yang berada di tangan di bawa ke kiri kanan mengikut rentak tangannya.

Seriau Amelya melihat situasi itu. Billy pantas membawa isterinya menjauhi bilik itu. Dia takut sesuatu yang tak diingini terjadi nanti. Amelya hanya menurut sahaja. Biarlah Billy bersama yang lain mengendali emosi Milan yang sukar dijangka itu.

"Kau nak suruh aku bertenang buat apa hah? Buat apa?" Tengking Milan lagi. Rambutnya di ramas kuat. Otaknya makin bercelaru. Dia menunduk membelakangi kesemua yang berada di pintu. Esak tangisnya semakin menjadi - jadi.

Ketika inilah mata Indra mengarahkan Billy untuk menyelinap masuk ke dalam bilik tanpa pengetahuan Milan.

Sepantas kilat Billy memasuki bilik tanpa sebarang bunyi. Alih - alih, sekarang dia sudah pun berada di belakang Milan yang masih menunduk melayan perasaan.

Tubuh Milan di capai pantas dari belakang. Indra juga turut bertindak cepat. Pisau yang berada di tangan Milan di tepis kuat. Terpelanting pisau ke arah lain. Man Botak masuk terus menyepak pisau tersebut menjauhi mereka.

Milan yang terkejut dengan situasi itu menjerit kuat. Dia meronta - ronta mahu melepaskan diri dari cengkaman kedua - dua tentera itu.

Tapi kudratnya yang tak seberapa langsung tidak dapat menangkis kudrat yang keduanya berkali ganda kuat dirinya.

Akhirnya, dia terjelepok di sisi kaki Indra sambil meraung kuat.

"Aku manusia tak berguna Indra... Tiga orang yang paling aku sayang aku tak dapat nak lindungi mereka... Aku memang manusia tak berguna... Aku memang manusia tak berguna..." Raung Milan.

Indra yang bertinggung di sisi Milan tanpa sedar, terus membawa Milan ke dalam dakapannya.

"Dah Milan... Kau jangan cakap macam tu... Kau bukannya seorang... Kau ada kitorang... Kitorang yang akan sentiasa ada untuk kau..." Pujuk Indra.

Tangannya mengelus lembut rambut Milan yang masih lagi menangis dalam dakapan nya.

Milan tidak menjawab. Hanya esakannya sahaja semakin kecil sebelum dia rebah di riba Indra.

" Milan!! "

Milan pengsan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience