MR. JOSEPH sibuk melihat formula yang baru di cipta di dalam komputer.
Isi kandungan paparan itu di catat di dalam buku catatan nya.
Dia berhenti seketika bila merasa matanya sedikit berdenyut. Cermin mata di buka. Kelopak mata di picit perlahan.
Terasa lega bila kelopak mata di picit.
Bebola matanya tiba -tiba terarah ke sebuah gambar yang di letakkan di atas meja kerjanya.
Gambar yang berisi figura kedua - dua anaknya, Milan dan Dendry di tenung sayu.
Dicapai bingkai gambar itu dan dibawa dekat dengan wajahnya.
Dia merenung gambar sambil memikirkan sesuatu.
Rasa bersalah mula menyelinap di dalam hati.
Jauh di dalam sudut hati, dia mahu berhenti dalam pekerjaan nya yang sungguh membahayakan ini.
Tetapi dia tidak mampu...
Nyawa anak - anaknya berada dalam keadaan bahaya sekarang...
Dia mengeluh keras. Kepalanya di tunduk ke bawah.
Cuping telinganya menangkap tapak kaki seseorang memasuki ruang makmal ini.
Kepalanya pantas di panggung semula.
Berubah terus wajahnya bila wajah seseorang yang dia kenali terpacul di hadapannya.
"Den... Apa yang Den buat dekat sini?"
SEMENTARA DI DALAM KERETA, Milan sudah kelihatan seperti cacing kepanasan.
Sekejap matanya melihat ke arah rumah banglo, sekejap matanya melihat ke arah jam di dashboard...
"Hish... Mana abang Den ni... Kenapa lama sangat ni..." Rungut Milan sendirian.
Kelibat abangnya langsung tidak kelihatan walaupun setelah hampir 20 minit lelaki itu masuk ke dalam rumah.
Tadi cakap sekejap... Ni dah nak hampir setengah jam... Batang hidung pun tak nampak...
Sedang merungut sendirian, tiba -tiba dari kejauhan silauan lampu beberapa buah kereta mewah memanah anak matanya.
Jantung nya mula berdegup kencang bila kenderaan - kenderaan yang menyilau pandangan matanya tadi membelok masuk ke dalam rumah banglo itu.
Dia teringat akan abangnya.
Handphone pantas di capai. Nombor abang nya di dail laju.
Menyumpah dia bila panggilan di buat masuk ke dalam peti simpanan suara.
"Mana abang ni? Call langsung tak jawab..."
Panggilan di buat lagi.
Sekali lagi dia menyumpah bila panggilan yang dibuat masih lagi sama.
Dia menyimpan telefon ke dalam poket seluar.
Matanya kembali di arah ke beberapa buah kereta yang sudah berhenti betul - betul di halaman banglo milik Mr. Joseph.
Dia mengemam bibir sebelum dia keluar dari kereta abangnya.
Matanya melilau ke arah kini dan kanan.
Perlahan - lahan dia melangkah menuju ke arah jalan yang di lalui oleh abangnya tadi.
Apa pun terjadi, dia langsung tak kisah... Yang penting sekarang... Abang dan daddy mereka harus di cari...
Kerana bahaya sudah mendekat...
"DEN... APA YANG kamu buat dekat sini?" Soal Mr. Joseph terkejut.
Dia bingkas bangun dan terus menghampiri tubuh anak lelakinya yang sedang berdiri tegak di hadapannya.
Mata Dendry tidak fokus pada daddynya tapi matanya fokus pada bahan yang sedang diuji kaji oleh daddynya itu.
Bagai mahu tersentap jantung nya saat mengetahui isi kandungan bahan tersebut.
"Serbuk dadah??"
Hampir tak keluar suara Dendry melihat bahan yang sedang di uji kaji oleh Mr. Joseph itu.
Terburu - buru lelaki pertengahan usia 40 - an itu menutup kesemuanya tapi tindakan nya itu sudah terlambat.
Dendry sudah tahu segala - galanya.
" Daddy?? Apa semua ni?" Soal Dendry tidak percaya.
Riak wajahnya sudah bertukar kecewa.
Ya... Hatinya kecewa dengan perbuatan daddy nya ini.
Tergamak Mr. Joseph memproses benda terlarang ini...
Mr. Joseph ini bukan sebarangan orang... Profesion nya sebagai profesor yang mengajar dalam subjek Biologi dan Kimia di sebuah universiti tempatan sungguh di segani ramai.
Tapi tengok lah sekarang...
Seorang profesor tergamak melakukan sesuatu yang boleh membuatkan kerjayanya musnah dalam sekelip mata...
Bukan kerjayanya sahaja... Kehidupan orang lain juga boleh musnah disebabkan benda haram jadah ini!
"Den... Dengar dulu apa yang daddy nak cakap ni..."
"Nak cakap apa lagi daddy? Dah terang - terang daddy proses benda haram jadah ni... Daddy nak cakap apa lagi?" Melantun suara Dendry menyoal daddynya.
"Den..."
"Apa yang tengah daddy fikirkan sekarang ni... Apa yang ada dalam kepala daddy hah? Cuba cakap... Apa yang ada dalam kepala daddy..." Soal Dendry lagi.
Separuh hatinya tidak percaya dan separuh lagi hatinya seperti mengiakan.
"Den..."
Itu sahaja yang mampu Mr. Joseph ucapkan. Lidah nay seakan kelu mahu berkata.
"Den tak sangka yang daddy sanggup memperjudikan semua ni hanya kerana duit! Den tak sangka... Daddy yang selama ini kami dua beradik sanjung adalah keldai dadah!"
"Dendry!!" Tengking Mr. Joseph.
Pang!!
Serentak itu juga buat pertama kali penampar sulungnya hinggap di wajah Dendry. Terteleng ke kanan wajah Dendry dek penangan daddynya.
"Cukup Den! Cukup! Jangan hina daddy lagi!" Marah Mr. Joseph.
Nafasnya turun naik menahan amarah yang berkumpul di dada.
Dendry yang sedang menggosok pipi yang terasa pijar hanya tersenyum sinis sahaja.
"Sanggup daddy tampar wajah Dendry sebabkan benda haram jadah tu!" Dendry bersuara juga walaupun pipinya terasa pijar saat ini.
"Den! Bukan itu maksud daddy..." Ujar Mr. Joseph. Rasa bersalah mula berkampung di dalam hati.
Dia mengutuk dirinya kerana ringan tangan menampar wajah anaknya tadi.
Tapi itu tidak memandai baginya... Keselamatan dendry yang lebih penting sekarang...
"Daddy nak kmau keluar dari makmal ni sekarang..."Halau Mr. Joseph.
Tangannya anak lelakinya ditarik kasar menuju ke arah pintu makmal.
Tapi pautan nya itu direntap kasar oleh Dendry.
" Den takkan pergi dari sini sampai daddy jelaskan semuanya pada Dendry... "Ujar Dendry dengan riak tegang.
" Den.. "
" NO... Keputusan Den muktamad! " Dendry masih berdegil.
" Dendry!! "
Mencanak naik darahnya melihat kedegilan si anak. Sehinggakan tanpa sedar kolar baju anaknya di cekau kasar.
Dendry menayangkan riak pasrah saja dengan tindakan daddynya. Dia tidak kisah asalkan Mr. Joseph membuka mulut untuk memberitahu jawapan yang berlegar di kepalanya saat ini.
Klapp!! Klapp!!
Satu tepukan seseorang dari arah depan mereka membuatkan perkelahian antara bapa dan anak itu terhenti.
"Wah! Nampaknya ada pertunjukan lah depan kita sekarang!"
Share this novel