BAB 47 Part 1

Action Completed 18091

SEMPADAN MALAYSIA - INDONESIA

PUSAT KARTEL DADAH DAERAH A

Kapal yang membawa kontena yang dinaiki oleh Indra, Saran dan Larry berhenti pada sebuah jeti.

Bukan Indra, Saran dan Larry sahaja yang menaiki kapal kontena ini.

Di dalam kapal kontena ini, beberapa paket 'Dadah Bidadari' dan juga beberapa orang wanita dari Malaysia dan juga Kemboja dibawa seludup ke dalam negara ini.

Akibat dari serbuan pihak berkuasa di pengkalan utama mereka di sempadan Malaysia - Thailand, barang penyeludupan mereka semakin berkurang dan mengalami banyak kerugian.

Dan sebagai keselamatan, kesemuanya yang masih sempat di selamatkan di bawa masuk ke sempadan Malaysia - Indonesia ini.

Pintu kontena yang menempatkan Indra, Saran dan Larry dibuka dari luar.

"Keluar!" Arah seorang lelaki dengan nada kasar berserta muka bengis kepada mereka bertiga.

Perlahan - lahan mereka bertiga keluar dari kontena itu.

"Cepatlah jalan! Yang terhegeh - hegeh tu dah kenapa?" Marah lelaki itu bila melihat Saran berjalan dengan lambat sekali.

Tubuh Saran di tolak kasar sehinggakan lelaki itu tersungkur di atas lantai jeti.

"Aduh!" Saran mengaduh.

"Kun Nai..." Larry pantas mendekati majikan nya itu.

"Tolak macam tu pun dah jatuh... Lembik!!" Ejek lelaki yang menolak tubuh Saran tadi bersama gelak ketawanya. Orang - orang di sekitar yang di yakini anak - anak buahnya turut gelak bersama.

"Kau tau tak dia ni siapa?" Marah Larry. Matanya tajam menikam wajah lelaki yang menolak tubuh Saran tadi.

Lelaki itu hanya tersenyum sinis sahaja.

"Aku tau siapa dia... Tapi itu dulu... Sekarang... Lau Pan dah bagi kebenaran untuk aku buat apa saja dekat dia ni..." Cemuh lelaki itu sambil meludah di hadapan Saran. Cukup kurang ajar!

Indra yang melihat itu sudah mula mendidih.

"Kalau cakap elok - elok tak boleh ke?" Celah Indra.

Lelaki itu mematikan sengihan sinis nya dan mendekati Indra pula.

"Wah! Ada backup nampak!" Perli lelaki itu dengan lagak angkuhnya.

"Sekarang kau dah kawan dengan mamat ni ke... Tu yang back up kuat sangat..." Gelaknya lagi.

"Bos!!"

Satu suara dari arah belakang mematikan gelak ketawanya.

"Apa dia?" Dengus si ketua dengan muka kelatnya.

"Bos Benji suruh bos bawak diorang masuk dalam... Lau Pan dah tunggu..." Beritahu si anak buah pada ketuanya.

Mendengus geram si ketua bila si anak buah menganggu perbualannya dengan tiga orang lelaki ini.

"Bawak diorang masuk!" Arahnya dengan nada marah.

Marahnya bila rancangannya mahu mengkhianat Indra, Saran dan Larry tak menjadi.

Dia mendekati Indra mahu menapak.

Saran dan Larry sudah pun menapak ke depan.

Tubuh Indra di tahan.

"Kau beruntung sebab Lau Pan mahu jumpa kau cepat... Kalau tak... Dah lama kau aku lunyai kan..." Bisik si ketua dengan keras di telinga Indra.

Indra hanya tersenyum sinis sahaja mendengar bisikan lelaki ini.

Dia berjalan ke depan tanpa berniat mahu membalas bisikan si ketua itu.

Samseng pun samseng taik kucing!

Ada hati nak lunyai kan orang!

Takut nanti... Belum apa - apa lagi... Indra dulu yang lunyaikan dia!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience