SETELAH SELESAI URUSAN DIRINYA DAN juga Man Botak di hospital tadi, mereka berdua melencong ke arah lain pula. Law masih lagi berada di rumah Man Botak.
Maklumlah, Man botakkan tiada keluarga lain selepas ibu dan bapanya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya 8 tahun lepas. Yang tinggal pun, adik perempuan Man Botak yang berusia 17 tahun. Itu pun, bukan duduk sebumbung dengan Man Botak. Awal - awal lagi Man Botak sudah mendaftar masuk adiknya ke asrama.
Kata Man Botak, biarlah adiknya duduk asrama... Lega sikit hati bila adiknya itu berada dilingkungan selamat. Tak perlu lagi dia bimbang dengan keselamatan adiknya lagi.
Okay! Close pasal cerita Man Botak!
Berbalik pula pada cerita mereka berdua ini.
Kereta yang di pandu membelok masuk ke sebuah bangunan yang jauh terperosok di pedalaman.
Bangunan ini adalah penjara.
Sebuah pusat tahanan yang menahan penjenayah dari pelbagai kes yang mereka lakukan.
INDRA PANTAS MEMAGUNGKAN kepalanya bila bunyi pintu dari dalam dibuka. Muncul wajah kusut Saran di balik pintu dengan diiringi oleh pegawai penjara yang bertugas.
Wajah kusut Saran mula berubah ceria bila matanya menangkap susuk tubuh Indra yang sedang duduk menghadap dirinya.
Dia mendekati Indra yang sedang tersenyum manis pada dirinya.
Punggung dilabuh pantas pada kerusi yang sediakan. Telefon yang berada di sebelah dicapai. Indra juga turut berbuat demikian. Mereka saling bertatapan. Tapi tidak boleh bersentuhan kerana mereka dipisahkan oleh jaring dan jeriji besi di tengah - tengah.
"Bro... Kau okay tak?" Soal Saran tanpa bertangguh. Nada suara sungguh ceria sekali. Matanya langsung tidak lepas dari menatap wajah abangnya.
"Aku okay aje... Kau tak payah risau..." Balas Indra.
"Aku syukur sangat kau selamat bro... Kau hebat bro... Kau hebat!" Puji Saran.
Ya... Masa diberitahu tahu yang Indra tidak dapat diselamatkan, dia menjerit dan meraung. Dia tidak dapat menerima hakikat yang Indra pergi begitu sahaja.
Sehinggakan dia diberi ubat penenang oleh doktor kerana keadaan nya semakin agresif.
Seharian dia tidak sedarkan diri...
Sebaik sahaja dia sedar, dia dikejutkan pula dengan berita yang menyatakan Indra hidup kembali.
Dia menangis kegembiraan.
Sampai kan doktor dan juga pegawai yang bertanggungjawab memantau dirinya naik risau bila secara tiba - tiba sahaja dia menangis kegembiraan.
Waktu tu dia tak kisah pun pandangan dan tangkapan doktor atas dirinya... Yang dia tahu... Indra kembali semula dalam keadaan selamat.
"Kau okay ke dekat dalam?" Soal Indra teragak - agak.
"Aku okay je..." Ringkas Saran menjawab.
"Aku harap... Kau hidup baik - baik dekat dalam..." Pesan Indra.
Wajah Saran sedang tersenyum manis pada dirinya di pandang sayu.
Sayu hatinya melihat pengakhiran Saran sekarang. Dia tahu, jauh di sudut hati Saran tidak mahu menjadi seperti ini.
Cuma dia tersasar sedikit sahaja!
Otak nya sudah dicuci habis oleh Lau Pan. Sebab itulah, dia menjadi seperti itu! Pada hakikatnya, dia bukan seperti itu!
"Jaga diri, jaga makan... Jaga kesihatan... Jangan buat hal yang mendatang kan masalah... Faham?" Nasihat Indra selayak seorang abang!
Ya... Mereka tetap adik beradik kandung walau apa pun terjadi kerana mereka berasal dari benih yang sama. Walaupun berlainan ibu!
Saran membalas dengan anggukan!
" Dra... Err... Aku nak minta sesuatu dengan kau boleh?" Pinta Saran secara tiba - tiba.
"Kau nak minta apa..."
Berkerut dahi Indra mendengar permintaan Saran itu.
Lain macam aje!
"Boleh tak aku panggil kau abang?"
Terdiam Indra saat mendengar permintaan Saran itu.
"Boleh tak aku panggil kau abang?" Pinta Saran lagi buat kali kedua.
Indra menggangguk perlahan memberi keizinan kepada Saran.
Saran mengeluh lega bila permintaannya di tunai oleh Indra.
"Thanks bang... Aku bukan apa... Aku takut nanti... Aku tak berpeluang panggil kau abang lagi..." Ujar Saran bersama suara menahan getar.
Indra yang mendengar ayat Saran itu mula rasa tidak selesa.
"Apa yang kau mengarut ni... Tak payah nak fikir bukan - bukan lah..." Ujar Indra dengan nada sedikit marah.
Saran hanya tersenyum manis sahaja. Wajah keruh abangnya di tenung lama.
"Masa dah habis..." Isyarat suara dari pengawai penjara mematikan lamunan Saran.
"Jaga diri..." Ucap Indra sebelum Saran di bawa kembali ke dalam sel penjara.
Kelibat adiknya yang sudah menghilang di balik pintu di tenung seketika sebelum dia keluar dari ruangan tersebut.
Share this novel