TINGG!! TING!!
Bunyi jam penggera dari telefon pintar nya membuat kan lenanya sedikit terganggu. Dia berkalih ke kanan dengan bantal menekup kepala. Selimut tebal turut dibungkus ke seluruh tubuh.
Dia kembali terlena bila jam penggera handphone nya sudah kembali senyap.
Tapi lenanya kembali terganggu bila pintu bilik nya dibuka dari luar. Terjegul wajah Rezman atau nama glamour nya Man Botak di balik pintu.
Tergeleng kepala Man melihat rakannya masih lagi berbungkus dengan selimut tebal. Dia melangkah menuju ke katil. Serta merta selimut tebal yang menutupi keseluruhan tubuh Indra ditarik.
"Kau apahal kacau aku tidur?" Marah Indra. Dia mendengus kasar bila tidur nya diganggu oleh makhluk sorang ini. Siapa lagi kalau bukan si Man Botak!
Selimut ingin ditarik semula untuk menutupi tubuh nya yang tidak berbaju tetapi tidak berjaya bila selimut itu cepat sahaja di larikan oleh Man.
"Eh Man... Kau ni apahal? Bagi balik selimut aku..." Dia sudah bangkit dari tempat baring nya. Kacau betul lah!
"Hello brother... Kau tengok jam dah pukul berapa?" Soal Man sambil jarinya lurus menunjukkan ke arah jam perengga di tepi katil Indra.
"Dah nak pukul lapan tahu tak... Kita kan ada temu janji dengan Billy dan Law..." Beritahu Man. Selimut tebal itu di gulung lalu diletakkan semula di sisi katil Indra.
"Haih! Nasib lah aku ni belum kahwin lagi tau... Boleh lah jadi jam penggera kau..." Bebel Man. Tangannya mencapai tuala yang tersangkut di penyidai lalu dicampak kasar ke wajah si Indra.
Mendengus marah Indra bila tuala menepek ke wajahnya.
"Lain kali... Cari jodoh... Kahwin... Tak payah jadi jam penggera aku..." Jawab Indra. Dia pantas bangkit dari pembaringannya lalu pantas melangkah menuju ke arah bilik mandi. Tuala di sangkut pada bahunya.
"Ewah... Ewah... Senang aje dia suruh kita kahwin... Yang dia tu... Entah bila nak tamat zaman bujang trang tang tang pun tak tahu..." Sindir Man sedas.
Menjuling mata Indra mendengar bebelan rakannya. Menceceh macam mak nenek! Kalah bebelan Billy dulu!
Dia melangkah masuk ke dalam bilik mandi tanpa berminat mahu mendengar bebelan rakannya.
Tergeleng lagi kepala Man Botak dengan gelagat rakannya.
Hmmm... Nampak gayanya, sampai ke sudah lah dia jadi jam penggera si Indra ini! Liat betul nak bangun!
"HAI... Janji pukul 8... Ni dah nak dekat pukul 9..." Ujar Billy sebaik sahaja kelibat kedua - dua rakannya menghampiri meja yang dia dan Law duduk.
Alah... Meja dekat restoran mamanya aje... Buat apa susah - susah pergi restoran lain... Lepak sini lebih afdal... Jimat masa... Dan yang paling penting... Jimat duit... Hahaha...
"Kau tanya mamat bunga ni... Dia yang buat hal... Punya lah lembab sangat nak bangun... Sampai aku kena pakai speaker tau tak nak suruh dia bangun..." Bebel Man Botak sebaik sahaja melabuhkan punggung di atas kerusi bersebelahan Law.
"Siapa? Si Indra ni?"
"Yelah... Siapa lagi..." Dijeling Indra yang sudah duduk bersebelahan Billy.
Meledak ketawa Billy dan Law mendengar bebelan Man pada Indra.
"Aduh! Kau ni Dra... Buat hal betullah..." Ujar Billy bersama sisa ketawanya.
Indra?
Dari tadi sudah buat muka tak puas hati! Tak puas hati lah bila dah kena bahan dengan member depan - depan!
Dijeling pula rakannya Man yang tumpang sekaki gelakkan dia. Ada juga yang makan kasut ni karang!
"Itulah... Nasib baik dekat rumah dia sendiri... Kalau dekat kem... Memang dah lama kena dengan pegawai atasan..." Ujar Man lagi.
Lah... Tak habis - habis lagi rupanya! Man ni kan! Kalau dapat peluang sekali nak kenakan Indra, memang kaw - law dia kenakan! Lebih - lebih lagi Billy dengan Law tumpang sekaki, lagilah gempak!
" Dah puas kena gelakkan aku... "Soal Indra dengan muka tak puas hati.
" Alah kau ni Dra... Bukan selalu dapat peluang kenakan kau... " Haih! Man ni! Memang nak makan kasut agaknya ni!
" Dah... Dah... Case closed... Tukar topik pulak... " Billy pantas menukar topik perbualan bila dilihat wajah Indra sudah berubah kelat dan ketat.
Nasib tak berubah hijau aje!
Nanti tak pasal - pasal jadi Hulk pulak si Indra dekat sini karang!
"Kau cuti beberapa hari ni?" Bijak Billy menukar topik perbualan. Alah... Dia yang lebih lama kenal Indra berbanding Man dan Law.
Jadi dia lebih kenal perangai Indra macam mana. Ada masanya gurauan pada Indra ni tak boleh berlebihan seperti tadi. Indra ni walaupun ada gelaran mamat bunga, tapi dia ada baran yang tak dapat dijangka.
Hati Indra ni lebih keras dari batu dan berhati dingin. Lebih dingin dari dia sendiri.
"Seminggu aje..." Jawab Indra perlahan.
Lepas aje operasi minggu lepas, dia terus ke pejabat meminta cuti untuk merehatkan mindanya. Sudah lama dia tidak mengambil cuti panjang.
Makanan sudah yang dipesan sudah sampai di meja mereka.
"Cuti - cuti macam ni... Kau tak pergi mana - mana ke?" Law pula menyoal setelah mengucapkan terima kasih pada pelayan yang menghantar pesanan mereka tadi.
Indra yang selesai menyedut jus tembikai menjawab.
"Tak kot... Ingat nak rehat aje dekat rumah... Letih lah nak pergi mana - mana..."
Mereka bertiga hanya mengangguk sahaja. Makanan yang berada pinggan disuap perlahan ke dalam mulut. Indra juga begitu.
"Oh ya... Mana bini - bini korang... Tak nampak pun dari tadi..." Indra menyoal setelah agak lama mendiamkan diri. Matanya melilau mencari kelibat Amelya dan Ira.
Ira?
Haaa... Ni nak cerita ni...
Ingat lagi tak dekat mamat Sabah a.k.a Law?
Dulu Law ada cerita yang dia dah ada makwe. Dan sekarang makwenya itu adalah Ira. Tak sangkakan!
Dah kahwin pun dua orang ni! Sekarang tunggu masa perut Ira meletop sahaja! Hahaha...
Okay... Kita balik semula ke perbualan empat sahabat ni pula.
"Bini aku? Kalau dah jumpa geng dia... Apa lagi... Dekat belakang lah..." Jawab Law. Bukan Law tak tahu dengan perangai si Ira tu! Kalau dah jumpa member dia si Amel tu, dah lupa dekat suami masing - masing yang dok tercongok di meja depan.
Billy hanya tersengih kambing sahaja. Malas nak jawab lebih - lebih. Karang ada jugak kena tidur luar gara - gara ikut menjawab!
Takut bini rupanya!
Bukan takut bini! Sayang bini!
Indra hanya mengangguk sahaja. Dia kembali fokus pada makanan di hadapan.
Lagu Thai yang menjadi trending di aplikasi Tik Tok berkumandang di handphone milik Indra mengejutkan rakan - rakannya yang sedang enak menjamu selera.
Berkerut dahi masing - masing mendengar lagu itu. Haih! Dah ubah selera ke mek Thai pula ke apa si Indra ni?
Handphone di bawa jauh sedikit dari meja mereka mengelak. Pantas dia menjawab panggilan itu.
"Halo..."
Berkerut dahi Indra saat mendengar suara di talian sebelah.
"Okay... Saya datang sekarang..." Ujar Indra. Talian pantas di putuskan.
Indra terburu - buru menghampiri meja tempat rakan - rakannya melepak.
"Weh korang... Aku tak boleh stay lama - lama dengan korang... Aku ada hal... Man... Aku pinjam kereta kau kejap... Nanti kau nak balik... Kau suruh Billy atau Law aje hantar..." Tangannya dihulur ke arah Man Botak. Pantas Man menyeluk poket seluar. Kunci kereta yang berada di tangan Man di rampas sebelum dia terburu - buru keluar dari restoran itu.
" Weh Indra... Apa hal ni... "
Soalan Law hanya sepintas lalu sahaja di pendengaran nya.
"Weh... Apahal dengan mamat tu... Blah macam tu aje..." Soal Law sedikit kalut.
"Mana lah aku tahu..." Tingkah Man. Hish Law ni! Banyak pula soalnya!
Billy pula hanya diam. Matanya masih merenung lagi ke depan walaupun kelibat Indra sudah menghilang.
Kalau tak silap gegendang telinga nya tadi dapat menangkap butir bicara Indra dengan pemanggil di talian sebelah walaupun amat perlahan.
Rumah Anak - Anak Yatim Sinar Cahaya.
'Rumah Anak - Anak Sinar Cahaya? Ada hal apa Indra perlu pergi ke sana?' Bisik Billy di dalam hati. Hati sudah dirasakan mula tidak enak.
Ada keperluan apa sampaikan Indra terpaksa menjejakkan kaki ke sana semula?
Share this novel