BAB 6

Action Completed 18091

SEMPADAN MALAYSIA - INDONESIA

PENGKALAN KARTEL DADAH DAERAH A

"Argh!!"

Jeritan seorang lelaki kedengaran bila belakangnya di libas dengan tali cemeti. Dia mengerang kesakitan bila tali cemeti mengenai lagi belakang tubuhnya. Tetapi belum cukup puas bagi orang yang melibasnya itu.

Belakangnya di libas lagi sehingga lelaki itu terkulai lemah. Tubuh lelaki itu tertiarap menghadap jaring besi yang dipasang di hadapannya.

Bila lelaki di libas lagi, orang suruhannya menghentikan tingkahnya dan berkalih ke arah pintu masuk ke dalam gudang tempat mereka menyeksa orang yang berpaling tadah atau pun menjadi mata - mata pihak berkuasa.

"Kun Nai..."

Orang yang dipanggil 'Kun Nai' serta merta menghentikan tindakan nya bila di lihat kelibat Lau Pan memasuki kawasan gudang tersebut.

Tali cemeti di letakkan di atas meja. Lelaki yang di libas tadi dibiarkan begitu dulu sementara dia pula berdiri tegak menunggu Lau Pan melangkah menghampiri tempat mereka.

Mata Lau Pan tajam memandang ke arah lelaki yang di tibai itu sebaik sampai di tempat tersebut.

"Lau Pan..."

Orang - orang suruhan yang berada di situ menunduk hormat pada dirinya. Kecuali lelaki yang di panggil Kun Nai! Lelaki itu hanya membuat gaya endah tak endah sahaja dengan kehadiran Lau Pan.

Rokok di ambil. Pemetik api dicapai. Hujung rokok terus dinyala. Berkepul - kepul asap rokok keluar dari celah hidung dan mulut Kun Nai. Lau Pan hanya membatu melihat tingkah Kun Nai kelihatan sedikit kurang ajar!

"Apsal ni?"

Tanya Lau Pan dengan matanya kembali berkalih pada lelaki yang di libas tadi.

"Kami dapat tangkap dia sebab dia cuba nak larikan diri dari sini Lau Pan..." Orang kanan Kun Nai bersuara bagi pihak ketuanya.

"Nonsense... Stupid..." Cemuh Lau Pan perlahan. Matanya masih lagi melekat pada tubuh lelaki ini yang dilihat seperti sudah nyawa - nyawa ikan.

Lelaki itu dibiarkan sakarat begitu.

Matanya berkalih semula ke arah Kun Nai yang sedang asyik dengan rokoknya.

" Saran... Follow me..." Nama sebenar lelaki yang dipanggil Kun Nai di seru.

Kun Nai atau nama sebenarnya Saran hanya buat tak tahu sahaja dengan panggilan Lau Pan itu.

"Saran... Dengar tak apa yang daddy cakap kan ni... Follow me... Now..."

Merengus Saran bila dipaksa begitu. Rokoknya yang baru dihisap separuh dibuang kasar.

Dia memberi isyarat pada orang kanannya untuk menyelesaikan apa yang ditangguhkan tadi. Orang kanannya hanya mengangguk faham.

Kemudian, dia melangkah mengekori Lau Pan yang sudah pun ke hadapan.

Ya... Lau Pan adalah bapanya... Yang berkecimpung dalam dunia kartel dadah dan permerdangan manusia terutama sekali wanita untuk dijadikan pelacur di pelbagai negara.

"APEHAL DADDY nak jumpa Ran ni?" Malas - malas Saran bertanya pada daddynya.

Lebih - lebih lagi menghadap orang kanan dan juga orang kepercayaan daddynya, Benji!

"Sit down..." Arah Lau Pan pada anaknya.

Saran hanya buat muka bodoh sahaja. Tak hadaplah dia nak duduk satu meja dengan daddy nya. Lebih - lebih lagi menghadap si Bendi ni! Naik muak dia!

"Sit down..." Arah Lau Pan pada anaknya.

Saran hanya buat muka toya sahaja. Tubuhnya sengaja di keraskan.

"Ada benda daddy nak Saran dan Benji lakukan..."

Lau Pan terus ke titik bicara utama. Malas dia mahu menyuruh Saran duduk menghadap dirinya. Apatah lagi melihat ketegangan antara Saran dan Benji.

Saran hanya kekal di tempat berdirinya. Tapi dia tetap memasang telinga apa yang ingin mahu di suruh oleh daddynya ini. Termasuk Benji!

Lelaki itu turut diam dan memasang telinga.

"Daddy nak Saran ke pengakalan kita dekat Thailand dan Benji..."

Matanya mengarah pada Benji yang sedang berdiri tegak di sisinya.

"Aku nak kau uruskan diorang yang dekat Malaysia... Faham?"

Tersentak Saran bila mendengar butir bicara daddynya. Dia pantas melangkah mengahimpiri lelaki yang sedang enak menghisap cerutnya.

"Daddy nak buat apa dengan diorang... Daddy jangan nak buat gila..." Kedua - dua tangannya ditampung pada meja. Dia tahu siapa 'diorang' yang dimaksudkan oleh lelaki itu tadi. Matanya tajam menikam wajah daddynya.

"Daddy terpaksa hapuskan diorang sebab diorang akan musnahkan apa yang daddy dah bangunkan selama ni..."

"Daddy!!"

Pap!!

Tangan Saran menghentak kuat meja di hadapannya.

Serentak itu juga Lau Pan bangun dan terus mencengkam kolar baju Saran. Sehinggakan anaknya itu terdorong menghadap dirinya.

"Kau jangan kurang ajar dengan daddy..." Deram Lau Pan. Matanya bertembung dengan anak mata anaknya.

"Kalau tak... Nahas kau daddy kerjakan!" Bisiknya keras pada cuping telinga anaknya. Cekauan pada kolar baju anaknya di lepas kasar.

Benji hanya mendiamkan diri sahaja. Tak berani untuk mencampuri urusan anak beranak itu.

"Dah... Korang semua pergi... Aku nak... Semua yang aku arahkan tadi... Semua settle... Dan..."

Satu persatu yang berada di situ di jeling tajam.

"Aku tak nak dengar yang korang gagal dalam selesaikan tugas korang... Faham?"

"Faham Lau Pan..."

Saran hanya membeku sahaja.

Arahan yang di terima tadi langsung tidak masuk ke dalam kepalanya.

Apa yang terlekat di kepala otaknya adalah Benji!

Ya... Dia harus buat sesuatu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience