ENCIK ZENRITH TIBA di markas bersama Puan Meila, Amelya serta cucu mereka, Melyna.
Mereka di iringi oleh Billy dari belakang.
Sekarang mereka berempat di tempat kan di rumah tamu yang berada di markas tersebut.
Mereka mengikuti Billy ke sini adalah atas arahan Tuan Shah Effendy kerana operasi yang Billy dan rakan - rakan banteras baru - baru ini amat berbahaya.
AMELYA LEKA mengeluarkan pakaian dari beg pakaian sehingga tidak menyedari kehadiran suaminya di pintu bilik.
Billy leka melihat kesayangan nya itu menyusun baju sebelum dia berdehem.
"Ehem..."
Pantas Amelya berpaling bila telinga nya menangkap deheman seseorang.
Tersungging senyuman manis di bibirnya bila menyedari kelibat suaminya yanbg sedang berjalan menghampiri dirinya.
"Lyna mana sayang?" Soal Billy bila menyedari tiada kelibat pengarang jantung hatinya di bilik tersebut.
Dia melabuhkan punggungnya berhadapan Amelya yang sibuk menyusun pakaian nya dan juga pakaian Melyna.
"Ooo... Lyna... Ada dekat bilik sebelah... Mama yang bawak tadi..." Beritahu Amelya.
Pekerjaan nya terhenti bila tangannya dicapai dan digenggam lembut oleh Billy.
"Sayang..." Lembut Billy memanggil Amelya.
Amelya memanggung kepalanya dan menatap wajah lelaki yang di cintai ini.
"Kalau terjadi sesuatu yang buruk pada kita... Sayang janji dengan abang... Tetap kuat dan semangat ya..." Ujar Billy perlahan.
Tersentak hati Amelya saat mendengar ayat yang di ucapkan oleh suaminya ini.
Genggaman tangan pada tangan Billy di leraikan. Kemudian, kedua - dua tangannya dibawa ke muka Billy yang kelihatan mendung sekali.
" Abang... "
Meleret Amelya memanggil Billy.
"Jangan cakap macam tu... Walau apa pun terjadi... Kita tetap bersama bang... Bersama... Selamanya..." Ucap Amelya tulus.
Ya... Dengan keadaan sekarang... Hatinya bimbang sekali... Bimbang kerana bahaya sentiasa mengintai mereka dari pelbagai sudut.
"Abang... Pandang Amel..." Wajah mendung itu di hadap ke arah wajahnya.
"Apa yang terjadi sekarang bukan kehendak kita... Tapi... Selagi kita bernafas dan punya kekuatan... Kita berusaha bang... Berusaha..." Ujar Amelya lagi.
Dia tidak mahu suaminya alami tekanan bila menghadapi keadaan seperti ini.
Situasi yang mereka semua alami sekarang berbeza dengan situasi yang mereka hadapi 3 tahun dulu.
Billy hanya mengangguk perlahan mendengar ayat yang di ucapkan oleh isterinya itu.
Terasa ringan sedikit beban yang ditanggung sekarang.
"Abang dah dapat info pasal abang In?"
Berubah wajah Billy saat mendengar soalan yang di ajukan oleh isterinya.
Perlahan - lahan Billy menggeleng kepalanya tanda tiada informasi tentang Indra.
Mengeluh kecil Amelya melihat gelengan Billy.
Berbanding dengan Amelya, dia lagi resah...
Sahabat dia kot!
Berkali - kali dia buat panggilan... Tapi hanya masuk ke peti simpanan suara sahaja...
Mereka ada pergi mencari di rumah lelaki itu, tapi kelibat lelaki itu langsung tidak kelihatan.
Bukan di rumah aje, Billy ada juga pergi mencari di rumah anak - anak yatim tempat Indra membesar dulu... Pun sama juga... Lelaki itu tiada di situ...
Malah, penjaga rumah anak - anak yatim itu juga memberi tahu bahawa sudah lama Indra tidak datang melawat mereka di situ...
Sampai mereka berpecah kepada dua kumpulan untuk mencari keberadaan Indra... Tapi hasilnya... Tetap sama...
Mereka gagal menemukan Indra!
Kemana agaknya Indra menyembunyikan diri?
Kemana perginya Indra ya...
Share this novel