INDRA MELANGKAH PERLAHAN MENYELUSURI di tepi jalan raya.
Wajahnya kelihatan tegang sekali.
Dia ingat bila datang ke tempat tinggal lama arwah ibunya, dia dapat jawapan yang berselirat di dalam kepalanya ini.
Tapi harapan tinggal harapan...
Pemilik tempat itu Madam Ling selaku bekas kawan baik ibunya langsung tidak mahu bekerjasama dengan nya.
Dia ingin tahu saja siapa Edry sebenarnya...
Tetapi langsung di tolak bulat - bulat...
Malah dia juga di ingatkan jangan mencampuri urusan ini kerana ia amat berbahaya sekali kepada dia dan orang di sekeliling nya...
Sedang dia berjalan, tiba - tiba sebuah kenderaan mewah dan sebuah pikap berhenti mengejut di hadapannya.
Hampir melompat dia ke tepi bila tiba - tiba di halang sebegitu.
Keluar beberapa orang lelaki berpakaian hitam dengan separuh muka mereka di tutup oleh pelitup muka.
Siapa mereka ni? Detik hati Indra.
Dia memerhati satu persatu lelaki yang kelihatan tinggi dan tegap sama seperti dirinya...
Seketika kemudian, keluar seorang lelaki dari kenderaan mewah dengan lagak angkuhnya.
Lelaki itu juga sama seperti yang lain...
Memakai pakaian berwarna hitam serta separuh mukanya di tutup mask.
"Halo..." Sapa lelaki yang di yakini ketua dari kumpulan lelaki tersebut.
"Korang ni siapa?" Soal Indra.
"Dia boleh tanya pulak kita ni siapa..." Gelak si ketua diikuti oleh anak - anak buahnya.
"Aku adalah malaikat maut yang mahu mencabut nyawa kau!" Serentak itu dia memberi isyarat kepada anak - anak buahnya untuk menyerang Indra.
Mereka semua terus menyerang Indra.
Satu persatu serangan itu dipatahkan oleh Indra.
"Korang ni siapa hah? Apa yang korang nak dari aku?" Tengking Indra setelah berjaya mematahkan serangan ynag dibuat kepada dirinya.
"Kau tak perlu tahu... Aku kena hapuskan kau sebelum semuanya berhasil... Serang dia!" Usai berkata, si ketua menyuruh lagi anak - anak buahnya untuk menyerang Indra kembali.
Apa maksud lelaki ini?
Indra melawan satu persatu.
Dia berusaha untuk melawan walaupun kudratnya seakan mahu lumpuh saat ini.
Bayangkan, kesemua yang berada di sini semua nya badan berketak - ketak. Walaupun dia seorang tentera, kadang kala tenaga nya berkurang juga.
Dia tersilap langkah...
BUKK!!
Satu pukulan hinggap di belakang kepalanya...
Berpinar biji matanya saat menerima pukulan itu.
Hampir tersungkur dia di atas jalan tar.
"Haih... Ingat jadi tentera ni kuat... Rupanya lembik... Macam mana lah bos besar berkenan nak bagi kuasa dekat kau ni sedangkan sekarang ni pun dah lembik macam biskut..." Ejek si ketua dengan angkuhnya.
Walaupun dalam keadaan kesakitan, hujung - hujung ayat si ketua kerek ini dapat ditangkap.
Bos besar? Kuasa?
Apa yang lelaki ni mengarut?
Tapi senyuman mengejek si ketua terhenti di situ bila satu tumbukan padu hinggap di wajahnya yang berlagak angkuh.
Gedebuk!!
Tubuh bertemu dengan jalan tar.
Si ketua mengaduh kesakitan.
Rahang di sentuhnya.
Mesti rahangnya sudah terseliuh sekarang.
Dalam kekaburan dia dapat melihat siapakah gerangan yang menumbuk mukanya tadi.
Matanya membesar.
"Khun Nai..." Bisik nya perlahan.
Khun Nai?
Siapa lagi ada gelaran begitu kalau bukan Saran!
Ya... Saran lah yang bertanggungjawab menumbuk muka si ketua a.k.a Benji tadi.
Ooo... Si Benji rupanya yang menyerang Indra.
Tak sedar diri betullah si Bendi ni!
Tak serik ke kena tibai dengan Lau Pan hari itu.
Dan sekarang, kau nak tibai di Indra pulak!
Memang taklah si Saran ni nak bagi muka dekat si Bendi talam dua muka ni!
Ada hati nak tibai Indra! Abang dia pulak tu!
"Ya aku... Kau dah lupa ke wajah aku?" Soal Saran sinis.
"Mana aku boleh lupa muka kau... Muka yang selalu duduk di bawah ketiak bapak!" Cemuh Benji selamba.
Eh... Eh... Si Benji ni! Tak sedar ke yang rahang tu dah nak roboh si Saran ni kerjakan. Lagi sengaja buat mulut longkang dia!
"Aku dah cakap kan... Jangan berani sentuh dia!" Deram Saran.
Benji ketawa sinis.
"Sebab dia abang kau... Itu yang aku tak sentuh... Eh, kau dengar sini... Kau dengan bangang tu sama aje perangai... Bodoh!"
BUKK!!
Sekali lagi penumbuk Saran mengenai muka Benji.
Bukan sekali... Tapi berkali - kali...
Darah memercik dan melekat di baju kemejanya.
Larry yang baru sahaja selesai membantu Indra melawan saki baki anak - anak buah Benji meluru ke arah bosnya.
"Khun Nai... Stop it..." Larry menegah.
Tubuh Saran di bawa menjauhi tubuh Benji yang sudah lunyai di kerjakan oleh Saran.
"Sudah Khun Nai... Kita pergi dari sini sebelum polis sampai..." Ujar Larry.
Nafas Saran turun naik. Dia masih belum selesai dengan Benji tetapi saranan dari anak buahnya mematikan niatnya.
Betul juga apa yang si Larry ni cakap.
Karang tak pasal - pasal kena tangkap dengan polis.
Mereka berdua meninggalkan Benji yang sudah tidak sedarkan diri dan terus melangkah laju merapati Indra yang sedang berdiri terbongkok sambil tangannya memegang belakang kepala.
Nafas Indra kelihatan mengah sekali.
Tanpa disangka, tubuh Indra dipaut dan dipapah menuju ke arah kenderaan mereka.
Terkejut Indra dengan tindakan Saran ini...
Padahal dia langsung tidak kenal siapa lelaki ini...
Lebih - lebih si Larry...
Dia sudah melopong melihat perlakuan bosnya itu...
Pertama kali bosnya memperlakukan orang dengan baik... Lebih - lebih lelaki yang di papah oleh bosnya ini mempunyai ikatan dengan bosnya...
Wlaupun berlainan ibu.. Tapi kalau berbapakan sama... Tetap adik beradik kandung...
Share this novel