BILLY DAN AHLI KUMPULAN NYA tergamam saat diberitahu yang Indra di keluarkan dari operasi khas yang sedang mereka jalani sekarang.
Gara - gara khabar itulah Billy membawa langkahnya menuju ke pejabat pegawai atasannya sekarang.
Dan sekarang, dia menghadap pula wajah pegawai atasannya yang kelihatan murung dan tegang itu.
"Boleh saya tahu kenapa tuan keluarkan Indra dari operasi khas ini?" Setelah agak lama berdiam diri, akhirnya Billy mengutarakan soalan.
Tuan Shah Effendy tidak menjawab sebaliknya hanya keluhannya sahaja kedengaran.
Fail berwarna hitam yang berada di timbunan fail di sisi meja di capai. Fail itu di letakkan ke hadapan Billy.
"Jawapan kenapa saya perlu keluarkan Indra dari operasi ini ada di dalam fail hitam ni..." Ujar Tuan Shah Effendy sambil menunjukkan fail itu kepada Billy.
Mata tajam Billy terarah pada fail hitam itu. Pada mulanya, dia teragak - agak mahu mencapai fail tersebut tapi bila mengenangkan jawapan pada persoalannya tadi ada di dalam fail tersebut, dia capai jua.
Di selak satu persatu helaian kertas yang bercetak itu.
Mengeluh keras Billy saat membaca helaian kertas tersebut. Fail di tutup dan diletakkan kembali di atas meja pegawai nya.
"Apa semua ni Tuan?" Soal Billy.
Otak nya masih tidak boleh menghadamkan apa yang tertakluk pada helaian kertas yang dia baca tadi.
"Saya dah jangkakan yang kamu akan bertanya... Tapi macam saya cakapkan tadi... Saya terpaksa memberitahu dia kerana ini melibatkan diri dia juga... Lebih tepat lagi... Kerjaya dia dan institusi ketenteraan kita..." Ulas Tuan Shah Effendy.
Billy hanya mendiamkan diri sahaja.
Kelakuan nya keruan saat itu.
"Jadi betullah yang Lau Pan tu ada kaitan dengan Indra?" Amat payah Billy mahu bertanya.
Tapi bila melibatkan sahabatnya, akhirnya di tanya juga.
"Ya... Lau Pan a.k.a Edry... Si kartel dadah antarabangsa ada kaitan dengan Indra..." Ujar Tuan Shah Effendy bersama anggukkan.
Lihat sahaja anggukan ketuanya, Billy mengeluh keras.
Lau Pan ada kaitan dengan Indra?
Hampir meletup dadanya saat itu...
Akhirnya... Dah tahu siapa Lau Pan pada Indra...
Share this novel