Part 2

Action Completed 18091

MEREKA BERTIGA MULA BERJALAN masuk ke dalam ruangan itu.

Mata ketiga - tiganya meliar memandang sekitar ruang tersebut. Saran lagilah! Mata nya rakus meliar melihat persekitaran ruangan tersebut.

Sejak dia diasuh dari kecil sehingga dewasa ini, belum pernah dia dibawa masuk ke ruangan ini. Ini kali pertama dia masuk ke dalam ruangan ini.

Kelihatan Benji, pengikut kanan Lau Pan yang paling setia sedang merenung tajam ke arah mereka.

Hanya kelibat Araiti sahaja tidak kelihatan.

Mata Indra tunak memandang tubuh seorang lelaki yang sedang menghisap cerut membelakangi mereka.

"Lau Pan... Mereka dah sampai..." Bisik Benji pada lelaki pertengahan usia 50-an itu.

Lau Pan mengangguk.

Tubuh nya di paling perlahan - lahan menghadap Indra dan yang lain.

Akhirnya, Lau Pan mendedahkan wajahnya sebenarnya pada Indra!

"Halo... Welcome to my world..." Sapa Lau Pan bersama senyuman psiko nya.

Matanya tajam menikam wajah Indra yang kebetulan turut memandang tajam ke arah dirinya.

Ya... Apa yang di katakan oleh orang disekitar nya benar sekali!

Indra yang berdiri di hadapan nya sekarang iras sekali dengan wajahnya sewaktu muda dulu... Terutama sekali matanya!

Malah, sikap lelaki itu juga hampir menyamai dirinya! Keras kepala dan panas baran!

Tapi tidak bagi Indra!

Pertemuan pertama nya dengan Lau Pan ini yang merupakan bapa kandungnya semakin menyemarakkan lagi api dendam yang semakin marak di hatinya.

Melihat wajah lelaki ini, sekilas wajah ibunya, sahabat ibunya dan juga wajah rakan - rakannya yang terkorban angkara Lau Pan ini terlayar di ruang matanya.

"Milan mana?" Soal Indra dengan nada menahan marah. Sedaya upaya amarahnya dikawal.

Lau Pan hanya tergelak sahaja mendengar soalan Indra. Seolah - olah apa yang disoal oleh Indra itu menggeletek hatinya.

"Haih... Sampai - sampai aje... Terus tanya budak tu... Kenapa tak tanya bapak kau ni..."

"Aku takde masa nak tanya keadaan iblis macam kau ni! Yang aku nak tahu... Milan mana?" Sekali lagi Indra menyoal.

"Woo... Woo..." Lau Pan bertepuk tangan.

Tubuh Indra yang berdiri tegak dihadapannya di rapati. Wajahnya di rapatkan pada wajah tegang Indra!

"Kau nak tahu satu benda tak... Macam ni lah perangai mak kau dulu... Sebijik macam perangai kau sekarang... Dan penyudahnya... Dia..."

Lau Pan membuat isyarat mati pada Indra.

"Mampus!" Ujar Lau Pan bersama gelak ketawanya.

"Kau memang binatang lah Lau Pan!" Kolar baju kemeja yang di pakai oleh Lau Pan dicekau kasar.

Orang - orang disekitar nya mahu menyerang Indra tetapi pantas di sabarkan oleh Lau Pan.

"Aku memang binatang pun... Kalau aku bukan binatang... Takkan mak kau dengan mak si Saran ni mati dekat tangan aku!" Balas Lau Pan dengan wajah psiko nya.

Ya... Orang yang bertanggungjawab menyebabkan kematian Melati dan mummy Saran adalah dia!

Araiti ada lah di tugas untuk membakar nya sahaja. Yang lain, Araiti yang melakukan!

" Apa?? " Soal Saran bersama suara bergetar menahan perasaan marah dan sedih.

Tak mungkin!

Telinganya salah dengar agaknya!

Daddy bunuh mummy? Apa motif daddy buat mummy macam tu?

Lau Pan memandang wajah Saran dengan pandangan menjengkelkan.

"Telinga kau pekak ke Saran? Hah?" Sembur Lau Pan.

"Tak mungkin daddy buat macam tu dekat mummy... Tak mungkin kan..." Ujar Saran bersama gelak yang sengaja di buat.

"Agaknya kau masih lagi tak dapat tangkap apa yang aku cakap kan tadi... Kau dengar sini Saran! Aku yang buat mak kau mati!"

Bagai di panah petir hatinya saat ini bila mengetahui kebenaran tentang kematian mummynya. Selama ini dia hanya di momok kan dengan cerita yang tidak betul.

Dan sekarang, dia sudah tahu siapa pembunuhnya!

" Kau tak payah nak psiko dialah... Aku tanya mana Milan?" Tengking Indra.

"Okay... Okay... Kau akan beritahu dekat mana budak perempuan tu..."

Dia mengisyaratkan pada Benji untuk membuka skrin besar yang berada di hadapan mereka. Benji menangguk menurut perintah.

Skrin besar di hadapan dibuka pantas.

Terpapar wajah Milan yang berlumuran darah yang sedang terikat di atas kerusi.

" Milan! "

Bisik Indra bila wajah Milan terpapar di skrin besar tersebut.

"Kau nak kau lepaskan dia!" Desak Indra.

Lau Pan hanya tersengih sinis sahaja mendengar desakan Indra.

"Kau ingat... Aku akan lepaskan budak tu macam tu aje... No!... Ada sesuatu yang perlu kau lakukan untuk aku..." Sengih psiko Lau Pan mula bergayut di bibirnya.

Sengih psikonya makin melebar melihat wajah Indra sudah mula berubah riak.

Rupanya... Mak Saran pun dia yang bunuh... Kejam sungguh si Lau Pan ni...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience