SEMINGGU KEMUDIAN...
Milan ralit memandang sekitar kawasan rumah yang dijadikan sebagai pusat pelindungan.
Sejak dari hari dia sedar sampailah sekarang, wajah Indra langsung tidak kelihatan di rumah ini.
Hanya kelibat Billy, Man Botak serta dua orang rakan mereka yang selalu menjengah dirinya di sini.
Bila di tanya pada Billy dan rakan - rakan, hanya senyuman pahit sahaja yang mereka lemparkan pada dia.
PETANG ITU, dia pergi menjenguk abangnya yang berada di bilik sebelah. Kelihatan jururawat sedang memeriksa keadaan abangnya.
Jururawat yang merawat abangnya memberi keizinan kepada dia untuk melawat abangnya.
Setelah selesai tugasnya, jururawat tersebut keluar dari bilik itu. Tinggallah Milan bersama abangnya, Dendry.
"Hari ni abang Den macam mana?" Milan mula berbicara.
Tapak tangan abangnya di genggam erat.
"Kalau abang Den tak sihat ke, tak selesa ke... Bagitau lah Iyan... Nanti... Iyan bagitau nurse atau doktor..." Celoteh Milan lagi.
Dia tahu walaupun peluang untuk abangnya kembali pulih semakin tipis, sekurang - kurangnya dengan berbicara dengan abang nya begini dapatlah sedikit sebanyak mengubat hatinya yang resah ini.
Sedang dia berceloteh, tiba - tiba tapak tangan nya terasa di genggam erat.
Mata Milan terpaku pada tapak tangan nya abangnya yang mula bergerak perlahan.
"Abang Den..." Seru Milan bersama wajah ynag sudah mula mahu menangis.
Genggaman tapak tangan Dendry pada adiknya semakin kejap.
Kelopak matanya mula bergerak perlahan.
Tapi itu hanya seketika.
Dada Dendry berombak kuat.
Nafasnya seakan tidak stabil.
Milan cemas melihat keadaan abangnya.
"Nurse!! Doktor!!" Teriak Milan.
Dia berusaha meleraikan genggaman tangan abangnya tetapi tidak berjaya bila Dendry semakin mengejapkan genggamannya...
"Doktor!! Nurse!!" Milan berteriak lagi.
Tidak lama kemudian, pintu di kuak lebar dari luar.
Masuk seorang doktor dan dua orang jururawat ke dalam bilik itu...
Malah Billy dan yang lain juga turut berada di belakang doktor tersebut...
Logik lah Billy dan yang lain berada dekat situ... Mereka berada di situ pun sebab terdengar teriakkan Milan tadi. Itu yang mereka semua bergegas ke bilik itu.
"Doktor... Tolong abang saya doktor..." Ujar Milan bersama tangisan yang sudah mula pecah.
Sepantas kilat doktor dan jururawat melakukan kerja mereka bila melihat keadaan Dendry semakin tidak stabil.
Genggaman tangan Dendry pada adiknya juga dileraikan...
" Maaf... Tolong tunggu di liar sebentar..." Lembut suara salah seorang dari dua orang jururawat menyuruh Milan termasuk yang lain keluar dari bilik tersebut.
Milan akur.
Billy yang berada di sisi Milan pantas memaut bahu gadis itu keluar dari bilik tersebut.
Moga Dendry baik - baik sahaja....
Dendry dah mula sedar dari koma dah ke?
Share this novel