BAB 24

Action Completed 18091

MILAN menangis kegembiraan bila mengetahui abangnya, Dendry sudah sedar dari koma yang panjang.

Akhirnya, doa yang dipohon selama ini termakbul.

Dengan sedarnya Dendry dari koma, maka segala yang tersirat akan terbongkar tidak lama lagi.

TERLUKIS SENYUMAN di bibir Milan bila melihat kelibat Indra ada di rumah pelindungan itu.

Senyuman manisnya serta merta mati bila Indra mencampak kasar buku diari berwarna hitam di hadapan Milan.

Terkejut Milan dengan tindakan kasar Indra itu.

Dia mengalihkan pandangan pada buku diari tersebut.

Terbuntang matanya melihat rupa diari tersebut.

Diari milik arwah ibu!

"Kau bagitau aku sekarang... Apa lagi yang kau dan abang kau sorokkan dari aku selain dari diari ni?" Soal Indra dengan kasar.

Tajam matanya menikam ke wajah Milan sekarang. Merah matanya.

Menahan perasaan mungkin...

Mestilah...

Dah lama dia pendam semua ni...

Hari ini...

Dia tekad memaksa Milan untuk menceritakan semuanya...

Milan tidak menjawab... Perlahan - lahan dia mencangkung. Tangannya pantas mencapai buku diari warna hitam itu.

"Dari mana abang In dapat buku diari ni?" Soal Milan perlahan.

Matanya masih tunak memandang ke arah buku diari itu.

"Tak kisah lah aku dapat dari mana... Yang aku nak tahu sekarang... Berapa banyak lagi rahsia yang kau dengan abang kau rahsiakan dari aku hah?" Suara Indra sudah naik seoktaf.

Milan masih mendiamkan diri. Kepala nya tunduk kebawah. Gerun ingin menatap wajah Indra yang sudah menyinga.

Sabar Indra sudah semakin nipis.

Hatinya makin sakit melihat kebisuan gadis itu.

" Hei! Kenapa kau diam? Aku tanya... Apa lagi ynag kau sorokkan dari aku..."

Milan masih tetap lagi mendiamkan diri.

Berang dengan kebisuan Milan, pantas lengan gadis dipaut kasar.

"Eh apa ni abang In... Sakitlah!" Marah Milan. Dia meronta mahu melepaskan lengan nya dari pautan Indra tetapi tidak berjaya bila Indra menguatkan lagi pautannya.

Sakit lengan nya bila dipaut kasar sebegitu.

"Ooo... Tahu sakit..." Perli Indra.

"Abang In... Tolong lepaskan Milan sebelum hormat Milan pada abang In hilang..." Ugut Milan.

Pada masa yang sama, dia sedaya upaya untuk meleraikan pautan Indra ini.

Tetapi pautan lelaki ini sungguh kuat...

Mana mungkin seorang gadis kecil seperti dirinya boleh terlepas dari pautan tangan sasa milik Indra ini.

" Aku takkan lepaskan kau sebelum kau bagitau aku semuanya..." Tekan Indra.

"Bagitau apa lagi abang In... Dah jelas kan semua dekat dalam diari tu... Apa lagi abang In nak penjelasan dari Milan lagi?" Soal Milan berani.

"Kau boleh tanya soalan macam tu dekat aku lagi... Kau tau tak... Sejak kau muncul dalam hidup aku... Macam - macam perkara dah berlaku... Dan sekarang... Dengan angkuhnya, kau boleh lagi tanya soalan macam tu... Kau memang perempuan tak sedar diri... Patutnya aku tak payah selamatkan kau dari dulu... " Tengking Indra.

Terhinggut bahu Milan mendengar tengkingan Indra. Lebih parah lagi, setiap patah kata yang di ucapkan oleh Indra itu menghiris kuat hatinya.

"Kalau Milan menyusahkan abang In... Kenapa abang In bersusah payah selamatkan Milan... Milan tak minta semua ni terjadi lah..." Jerit Milan.

Serentak itu juga tubuhnya di tolak kasar oleh Indra ke lantai. Mengaduh sakit Milan dengan tindakan kasar Indra itu.

" Kau memang nak kena dengan aku lah Milan! "

Tangan kanan nya sudah di angkat tinggi.

Belum sempat tangannya itu dilayang ke arah Milan, tubuh sudah didorong kasar ke belakang.

Hampir tersungkur dia ke arah dinding.

Dia memandang ke arah orang yang mendorongnya tadi.

Muncul wajah tegang Billy di hadapan matanya. Man Botak sudah meluru ke arah Milan yang masih terduduk di atas lantai dengan tangisan yang mula pecah.

"Kau dah kenapa hah Indra sampai nak naik tangan ni?" Soal Billy kasar.

Wajah kusut sahabatnya ini di pandang tajam.

Dia dengan Man Botak yang baru masuk ke dalam rumah itu terus meluru ke arah Indra ynag dilihat sudah mahu melayang tangannya ke arah Milan.

"Aku ada sebab kenapa aku naik tangan dekat perempuan ni!" Jawab Indra.

"Kalau pun ada sebabnya... Kenapa perlu naik tangan? Mana pergi nya etika kau selama ni Dra?" Billy membalas.

Ini bukan kali pertama Indra mahu naik tangan pada Milan.

Mesti ada sesuatu yang terjadi antara Indra dan Milan ni... Tu yang boleh jadi sampai macam ni sekali...

Itu bukan pointnya...

Tapi yang sampai nak naik tangan tu dah kenapa...

"ARGHH!! Pening aku duduk dekat sini... Serabut!!" Rengus Indra sebelum berlalu pergi dari situ.

Lagi lama dia duduk dekat situ, lagi sakit hatinya...

Billy hanya membiarkan Indra berlalu pergi dari situ...

Dia memandang ke arah Man Botak yang sedang membantu Milan bangun.

Dia mengisyaratkan sahabatnya itu membawa gadis itu ke biliknya. Man Botak menggangguk faham.

Di pimpin Milan menuju ke bilik gadis itu.

Billy tidak sengaja tersepak sesuatu ketika ingin berlalu dari situ. Dia mengamati perlahan benda itu.

Diari?

Dia mencangkung dan mengutip diari berwarna hitam itu.

Mungkin diari hitam itu terlepas dari tangan Milan sewaktu dia kena tolak dengan Indra tadi.

Benda ni ke yang buat Indra marah besar dekat Milan tadi? Detik hati Billy.

Makin hari makin kuat panas baran si Indra ni... Seram jgak...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience