MILAN BERJALAN kaki menyusuri jalan tar menuju ke arah rumahnya, rumah peninggalan arwah daddy nya pernah di sewakan pada suatu ketika dahulu. Tapi sekarang sudah menjadi hak miliknya kekal.
Rumah ini berada di pinggir kota dan jauh juga dari kediaman orang lain. Maklumlah, tanah lot ini dibeli atas nama daddy Milan. Dan mendiang daddy Milan pula orang yang berkemampuan. Tak jadi masalah untuk mendiang membina sebuah rumah di atas tanah tersebut.
Bibir Milan sudah koyak dengan senyuman bila dari jauh rumahnya sudah kelihatan.
Tak sabar nak masak dengan ibu... Desis Milan.
Beban barang di kedua - dua belah tangan tidak dihiraukan.
Bibirnya yang koyak dengan senyuman tadi berubah kendur bila melihat sebuah kereta pacuan empat roda dan juga sebuah kereta mewah berwarna hitam berada di hadapan rumahnya.
"Siapa pulak datang ni..." Desis Milan sendirian.
Ditolak pagar besi yang terbuka sedikit untuk dikuak lebar bagi memudahkan dirinya masuk.
Aik... Takkan ibu suruh mamat arrogant tu datang sini bawak kawan... Motor dia pun aku tak nampak... Takkanlah...
Matanya meliar mencari motosikal milik Indra. Kot - kot ada di parkir di situ. Tapi langsung tak kelihatan.
Mungkin dia naik kereta kot... Rumus hatinya.
Tapi kan... Boleh tahan jugak member si mamat arrogant ni... High class...
Dalam keadaan resah sedikit, boleh pula si Milan memuji.
Hish... Dari aku mengarut entah apa, baik aku masuk dalam... Tanya ibu terus lagi bagus...
Masuk sahaja kakinya ke dalam rumah,
"Ibu!!!"
Jerit Milan.
Membesar matanya melihat sekujur tubuh Melati yang tertiarap berlumuran darah. Barang yang berada di tangan dicampak kasar dan terus mendapatkan tubuh lemah Melati.
"Ibu... Apa dah jadi ni bu..." Tubuh Melati di angkat lalu dibawa ke ribanya. Perut Melati yang berlumuran darah dipandang dengan tangisan. Bukan di perut sahaja berdarah, kepala Melati juga turut berdarah. Sekeliling matanya juga ada kesan lebam. Kesan seperti di tumbuk.
" Ibu... Cakap dengan Iyan... Apa dah jadi ni... Siapa yang buat buat ibu macam ni..." Tangis Milan kuat. Tubuh Melati di peluk erat.
Melati tidak mampu untuk bercakap. Hanya mata kuyu nya sahaja mengerdip ke arah Melati. Sesekali dia mendesis kesakitan.
"Ibu... Please cakap dengan Iyan... Siapa yang buat ibu macam ni..." Milan masih lagi dengan soalannya.
"Aku... Aku yang buat dia macam tu..."
Terangkat kepala Milan bila suara garau seseorang yang tidak asing bersuara dibelakangnya.
Pantas dia menoleh ke belakang.
Terkejut Milan bila wajah seorang lelaki yang cukup dia kenali berada tepat di belakangnya.
"Kau??"
Suara Milan sudah berubah gagap dan terketar - ketar. Dia ketakutan!
"Yes... Aku... Rindu aku tak..." Sinis lelaki itu menjawab.
Klak!
Satu pukulan hinggap di kepalanya.
Pandangannya sudah berbalam. Telinganya masih menangkap butir bicara lelaki itu sebelum dia terjelepok tidak sedarkan diri di sebelah Melati.
"Aku kembali semula untuk buru kau... Milan... "
HAMPIR KERING DARAHNYA bila mendapat panggilan dari pihak polis yang menyatakan Melati berada dalam keadaan kritikal.
Dan sekarang, dia dan Billy dalam perjalanan ke hospital. Mujur ada Billy temankan. Kalau dia seorang tadi, belum tentu dia boleh mengendali kenderaan dalam keadaan begitu.
Mereka sudah pun berada di perkarangan hospital yang memakan masa hampir 20 minit.
Belum sempat Billy meletakkan kereta nya di tempat letak kereta dengan betul, Indra sudah pun meloloskan dirinya dari kenderaan tersebut.
"Eh, Indra... Tunggu!!" Jerit Billy dari dalam kereta. Kereta di letak sedikit terburu - buru. Dia keluar dari kereta dan punat alat kawalan jauh ditekan. Langkahnya pantas mengejar langkah Indra yang sudah semakin jauh ke hadapan.
HAMPIR REBAH tubuh Indra saat mendengar penyataan dari doktor yang merawat ibunya.
"Kami minta maaf... Pihak kami cuba untuk selamatkan Puan Melati... Tapi kecederaan yang dialami dengan kesan melecur hampir 80% di seluruh tubuh membuatkan dia tidak mampu bertahan... Sekali lagi maafkan kami..." Sayu sahaja doktor yang merawat Melati memberi tahu.
Tubuhnya sudah mahu terjelepok tetapi pantas di tahan oleh sahabatnya, Billy.
" Kalau tiada apa lagi, mohon kami beredar dulu untuk selesaikan di bilik mayat... " Mohon doktor tersebut.
Selebihnya, hati si doktor tidak mampu untuk terpacak lagi di situ bila wajah kosong Indra menatap pintu bilik kecemasan.
Billy hanya mengangguk sahaja menjawab permohonan doktor. Sudah tidak mampu mahu bersuara lagi.
Doktor bersama jururawat bertugas terus berlalu dari situ.
MATA INDRA langsung tak berkelip melihat sekujur tubuh yang sudah ditutup dengan kain putih.
Tubuh itu di hampiri perlahan. Terketar - ketar tangannya menyelak kain yang menutup tubuh itu.
"Ibu..."
Panggil Indra bersama suara yang bergetar menahan tangis.
"Ibu..."
Wajah yang ada kesan melecur itu hanya mampu di pandang sahaja. Pihak hospital sudah memberi peringatan untuk menyentuh jenazah akibat dari kesan yang melecur teruk dari tubuh sehingga ke muka.
Wajah yang melecur teruk itu dipandang dengan pandangan sayu.
"Ibu... Maafkan Dra bu... Maafkan Dra... Dra tak mampu nak selamatkan ibu... Maafkan Dra..." Tangis Indra. Air mata mengalir laju membasahi wajahnya.
Billy yang melihat turut tidak dapat membendung rasa sedih. Biji matanya di liar kan ke arah lain bila dirasa air mata mula bergenang di pelupuk mata.
" Ibu... "
Tangan Indra mahu menyentuh wajah Melati tetapi pantas di halang oleh Billy.
"Kenapa kau halang aku, Billy? Tu ibu akulah... Aku nak pegang dia... Nak cium dia... Kau ke tepi..." Marah Indra bila tindakan dihalang oleh Billy.
Dia mahu menyentuh wajah ibu nya lagi tetapi sekali lagi di halang oleh Billy.
"Kau kenapa hah, Billy? Kau tau tak tu ibu aku... Aku anak dia... Aku nak peluk dia... Aku nak cium dia... Yang kau halang aku ni apsal... Ke tepilah..." Jerkah Indra berang.
"Jangan Dra... Pihak hospital dah pesan tadi... Jangan sentuh..." Billy bersuara. Dia bersuara berdasarkan pesanan yang diutarakan oleh pihak hospital tadi.
"Eh, suka hati akulah... Itu ibu aku..." Indra masih lagi berdegil.
"Dra... Aku tahu itu ibu kau... Tapi dengan keadaan yang cedera teruk macam tu... Kau dilarang sentuh sama sekali... Dengar cakap aku Dra..." Pinta Billy.
"Tapi dia ibu aku Billy... Ibu aku..." Dia terjelepok di sisi katil jenazah ibunya. Dia mengongoi di situ.
"Aku banyak buat salah dengan dia Billy... Aku anak derhaka Billy... Aku anak tak guna... Bu... Maafkan Dra bu... Maafkan Dra..." Indra masih lagi mengongoi di situ sambil meratap kesilapan diri.
Billy yang tidak sanggup melihat keadaan rakannya itu pantas mencangkung di hadapan Indra.
" Dra... Sudah... Jangan menangis... Aku yakin... Untie tak berdendam dengan kau... Dia sayang sangat dekat kau... Percayalah... Dia akan maafkan kau..." Pujuk Billy.
"Ibu aku Billy... Ibu aku..." Tangisan Indra semakin keras.
Hatinya dicengkam dengan perasaan bersalah yang amat dahsyat.
Tidak dapat tidak, tubuh rakannya di bawa ke dalam pelukan. Untuk menenangkan sahabatnya itu.
"Ibu..."
Rintih Indra lagi.
Benarlah...
Keegoan dan keangkuhan yang berlebihan tidak akan ke mana - mana...
Ini yang terjadi pada Indra...
Bila kehilangan terjadi, perasaan kesal dan bersalah menghimpit hati...
Tapi apakan daya... Nasi sudah menjadi bubur...
Moga mendiang Melati di tempat kan di kalangan orang yang beriman...
Amin...
Nasi sudah menjadi bubur... Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya...
Share this novel