32

Romance Completed 28168

DUA mayat yang membusuk ditutupi dengan kain hitam. Lalat pula tak henti-henti mengelilingi keadaan mayat tersebut. Mazlan tidak dapat menahan diri lantas memuntahkan isi dalam perut. Loya tekaknya apabila mencium bau busuk itu.
Zaid dan Firdaus memerhati keadaan sekeliling. Hanya beberapa anggota polis dan seorang pengawal keselamatan yang berada di rumah banglo itu.
"Siapa yang jumpa mayat?" tanya Firdaus kepada Erika.
"Saya tuan" Firdaus menoleh ke arah pengawal keselamatan tersebut.
"Awak siapa?" soal Zaid pula.
"Saya Hakimi, guard di rumah ni"
Zaid mengangguk. "Dalam pukul berapa awak jumpa mayat ni?"
"Sekitar jam 9-10 malam semalam tuan. Saya memang biasa meronda sekitar waktu tu. Cik Ainul memang tinggal sorang. Dia anak yatim piatu. Dia memang upah saya dan isteri saya untuk tinggal dengan dia" cerita Hakimi.
"Semalam awak ada dengar apa-apa tak? Sebarang bunyi?" tanya Zaid lagi.
Hakimi cuba untuk mengingati sesuatu. Kemudian, dia memandang wajah Firdaus dan Zaid silih berganti. "Takde tuan. Semalam bilik tidur Cik Ainul memang gelap. Cik memang suka tidur dalam gelap. Katanya, dia tak pandai tidur dalam cahaya yang terang"
Firdaus mengetatkan wajah. Takde apa-apa bunyi? Habis tu? Mayat pulak macam mana? "Arwah ada bagitau apa-apa tak? Pasal seseorang ke? Atau ada yang ganggu dia ke?"
Hakimi menggeleng laju. Seingat dia, tidak ada apa-apa yang pernah diluahkan oleh Ainul sepanjang dia bertugas di situ. Tiba-tiba, Hakimi teringat sesuatu. "Oh ya tuan. Dua tiga minggu ni, cik Ainul ada terima sekuntum bunga mawar dari seseorang tiap-tiap hari. Tapi dia tak tahu dari siapa. Sebab takde nama pengirim"
Zaid dan Firdaus berpandangan.
"Mawar?" tanya Zaid, sengaja ulang perkataan itu.
Hakimi mengangguk. "Ya tuan. Tapi cik Ainul buang semua mawar tu. Katanya, dari orang yang tak penting. Tapi setiap kali cik Ainul dapat mawar tu, dia macam ketakutan. Tak tahu pulak apa sebab. Ada satu hari tu cik Ainul pernah dapat sekuntum bunga mawar yang dah layu. Bau dia pun busuk"
"Dia ada musuh ke?" Erika pula bersuara setelah agak lama mendiamkan diri.
"Takde tuan. Setahu saya, sepanjang saya mengenali cik Ainul, orangnya memang baik. Percakapan dia lembut. Jauh sekali nak tengok dia bermusuh. Kalau ada pun, mungkin orang cemburukan dia"
Firdaus menoleh ke arah mayat-mayat tersebut. Kemudian, dihampirinya mayat itu lalu dibuka kain yang menutupi mayat. Keadaan mayat sangat mengerikan. Seperti mayat-mayat lain yang pernah diceritakan oleh Zaid sebelum ini, mayat kali ini juga sama kerana dibiarkan tanpa sebarang urat benang. Ada beberapa kesan gigitan di leher, lengan dan perut. Melihatkan pada keadaan mayat yang reput, dia dapat mengagak mayat tersebut telah meninggal dunia dalam 2 ke 3 hari yang lepas.
"Awak cakap, awak jumpa mayat ni dalam pukul 9-10 malam semalam kan?" Firdaus memandang wajah Hakimi. Soalannya dijawab dengan anggukan daripada Hakimi.
"Tapi mayat ni dah reput. Bau dia kuat. Mungkin mangsa dah meninggal dunia 2 ke 3 hari yang lepas" Firdaus membuat kesimpulan.
Zaid dan Erika masing-masing terkesima.
"Tapi takkanlah.. kalau betul mangsa meninggal beberapa hari yang lepas, kenapa baru malam semalam Hakimi jumpa mayat ni?" Erika bingung. Sungguh kurang memahami perkara sebenar.
"Mungkin dia bunuh mangsa di tempat lain dan sengaja hantar mangsa ke rumah dia semula" Zaid pula meluahkan pendapat.
"Tak mungkin tuan. Sebab saya tak tengok apa-apa yang mencurigakan berlaku. Bilik Cik Ainul sentiasa dalam keadaan kemas. Bila nak tidur je, dia akan tutup lampu" bantah Hakimi. Dia tidak bersetuju dengan pendapat Zaid dan Firdaus. Masakan dia tersalah pandang.
"Awak ada kerja dari pagi?" soal Firdaus.
Hakimi terdiam. Perlahan-lahan, dia menggelengkan kepala. "Saya shift malam je tuan. Sebab cik Ainul tak kasi kerja siang. Dia suruh saya berjaga malam saja"
"So macam mana awak boleh pastikan yang takde benda yang mencurigakan berlaku? Sedangkan awak cuma bertugas pada malam hari. Siang hari? Takde siapa yang tahu. Dan siang hari jugak macam-macam benda boleh berlaku kan?" tukas Firdaus, sekaligus mematahkan hujah Hakimi.
Hakimi senyap. Mencerna kata-kata Firdaus, lantas menyetujui pendapat lelaki itu.
"Mayat yang satu lagi, awak kenal perempuan tu?" tanya Firdaus lagi.
"Saya tak kenal tuan. Cik Ainul tak pernah bawak mana-mana kenalan dia ke rumah ni"
"CCTV on tak?" giliran Zaid pula bertanya.
"On tapi pembunuh dah spray guna gas. So kita tak dapat detect apa-apa melalui CCTV" sahut Erika pula.
Zaid mengeluh. Hampir berputus asa dengan permainan si pembunuh. Saban hari, dia ditekankan oleh pihak atasan mengenai perkembangan kes tersebut. Belum lagi dengan soalan cepumas pihak wartawan, sosial media yang lain pula turut menambahkan tekanannya. Dia dicucuk dari segala tempat.
"Okey, thanks Kimi. Nanti kalau ada apa-apa, kami akan hubungi awak lagi. Tapi kalau awak ada ingat apa-apa, jangan lupa maklumkan kami" ujar Firdaus.
Hakimi mengangguk kepala lantas berlalu pergi meninggalkan mereka bertiga di situ.
"Aku stress!" adu Zaid sambil memicit dahinya. "Semua pihak bagi tekanan pada aku. Kurang dari 24 jam, ada je berita yang tak elok aku terima. Tidur pun tak lena, memikirkan kejahatan dan mangsa mana lagi yang dia korbankan. Aku tak tahu apa motif dia buat semua tu!"
Firdaus menepuk bahu Zaid. "Once kau dah berikrar dalam pasukan polis, bermula dari hari itulah kau kena kongsi hidup kau dengan dunia luar. Selalu on call, tak kira masa. Sabarlah. Kita akan jumpa jugak petunjuk dia nanti"
"Tuan! Saya jumpa ni!" Erika mendekati Firdaus dan Zaid. Dua helaian kecil nota diserahkan kepada Zaid.
"Orang jahat akan terima balasannya"
Zaid mengeluh. Ayat yang sama. Sah! Memang pembunuh adalah orang yang sama.Arghhh! Pembunuh memang seorang yang psikik!
" Ni nota yang sama dalam laporan tu kan?" tanya Firdaus.
Zaid mengangguk lemah.
"Hantar kat lab. Tengok darah siapa yang dia guna"
Erika mengangguk menerima arahan daripada Firdaus.
"Jom, kita balik balai. Kau kena bertenang. Kita akan selesaikan ni sama-sama"
Firdaus menarik Zaid ke kereta. Ada banyak perkara yang harus mereka fikirkan.

MENGHIRUP udara segar mampu melenyapkan segala keresahan hatinya kala itu. Matanya menjamu pemandangan sekeliling dengan senyuman yang tak lekang di bibir. Kelilingan rumah agam Firdaus sungguh cantik dan agak flora. Kiri kanannya dipenuhi dengan mekaran dan wangian bunga. Hijau saujana mata memandang! Dalam diam, dia memuji kerajinan mama mertuanya itu.
Rossa menapak dari satu tempat ke satu tempat. Bertembung dengan kembangan pelbagai bunga, dia tunduk mencium harumannya.
Tiba-tiba, matanya menangkap satu figura di sebalik pagar ukiran bunga. Dia menghampiri pagar tersebut untuk mengenalpasti gerangan orang yang bertopi kelabu itu. Namun hatinya hampa apabila tiada sesiapa di situ.
Rossa ingin kembali ke dalam rumah namun matanya terpandangkan sekuntum mawar merah yang diselitkan di sebalik kotak peti surat berwarna merah. Tanpa ada rasa was-was, dia menarik keluar mawar tersebut.
"Siapa yang bagi mawar ni?"
Bunyi deruman enjin menyentakkan Rossa. Dia menoleh ke belakang lalu berdepan pandangan redup milik Firdaus.
"Rossa nak keluar ke?" tanya Firdaus ramah sebaik saja kakinya menginjak lantai marmar.
Rossa pantas menggeleng. "Tak. Tadi ada..." Dia berjeda. Berkira-kira untuk memberitahu mengenai figura tersebut kepada Firdaus.
"Tadi kenapa?" Firdaus sudah berdiri di hadapan Rossa. Menatap wajah Rossa sudah cukup meleburkan rindunya yang terbuku.
"Takde apa-apalah! Awak dari mana ni?"
"Ohh dari balai. Ada kes sikit"
Penerangan Firdaus mencampakkan Rossa ke lembah kebingungan. Setahu dia, Firdaus bukanlah seorang pegawai polis lagi. Profesi itu telah lama dia tinggalkan. Kenapa lagi dia ke balai?
"Zaid wants me to help him with something" jelas Firdaus sebelum sempat Rossa bertanya.
Erkkk! Terkedu Rossa dibuatnya. Suaminya itu bisa menebak setiap pemikirannya.
"Mana dapat mawar tu?" Firdaus baru terperasankan sekuntum mawar merah yang berada dalam genggaman Rossa. Hatinya mulai dipagut rasa cemburu dengan kehadiran mawar yang tak bertuan itu.
"Saya jumpa kat tepi mailbox ni"
"Siapa yang hantar?"
Rossa menjongket bahu. Melihatkan reaksi Rossa, Firdaus mulai diburu perasaan takut. Mawar merah tersebut mengingatkan dia kepada kes mangsa bunuh yang disiasatnya kini.
"Kenapa?" tanya Rossa tatkala wajah resah Firdaus menghiasi tubir mata.
"Masuk dalam kereta. Ada benda abang nak bagitau. Tapi lepas Isyak nanti" Tidak menunggu jawapan daripada Rossa, terus saja tangan isterinya ditarik. Membawa Rossa masuk ke dalam kereta sambil matanya melirik keadaan sekeliling.
Sejurus selepas itu, Range Rover milik Firdaus memasuki ruang parkir.
Dari sepohon pokok, seorang lelaki bertopi kelabu menundukkan wajah, memerhati gerak-geri Rossa dan Firdaus. Gerahamnya bergerak-gerak, menandakan dia sedang diamuk kemarahan yang bukan sedikit.
Arghh! Hampir saja dia berjaya menculik Rossa sebentar tadi. Jika bukan kerana Firdaus, sudah pasti Rossa berada dalam genggamannya saat ini. Tapi takpe! Dia masih punya banyak waktu untuk menjayakan rancangannya. Rossa adalah mangsa terakhirnya. Dan dia akan pastikan semuanya berjalan lancar.
Bibirnya menyungging senyuman sinis.

SEUSAI mengerjakan solat Isyak, Firdaus segera menelefon Zaid.
"Ada something yang aku nak tahu"
"Apa dia?" suara Zaid di hujung talian kedengaran penat. Malam-malam begini seharusnya dia sudah bermanjaan dengan katil, tilam dan berada di awangan. Namun tuntutan kerja susulan kes-kes terbaru itu menapakkan dia di pejabat saat ini. Sudah beberapa hari ini lenanya dicuri tanpa rela.
"Kau okey ke ni? Nampak penat je"
"Aku okey je. Penat sikit. Kau nak tahu apa tadi?"
"Ohh pasal tu" Firdaus berjeda lantas bergerak mendekati meja kerjanya. Mawar merah yang terbaring di atas meja digapai lalu ditilik seketika. Dia sempat mencium kelopak bunga tersebut. Dahinya berkerut. Lantas dijauhkan semula mawar itu dari dirinya.
"Mawar yang kita jumpa pada Ainul tu ada bagi apa-apa petunjuk tak?"
"Pihak forensik belum keluarkan laporan lagi. Kenapa?"
"Aku rasa, mawar yang Ainul dapat tu ada kandungan kloroform. Pembunuh memang sengaja letakkan kloroform pada kelopak mawar tu untuk buat Ainul pengsan. Kau tahu kan isi kandungan dan kesan kloroform pada tubuh badan manusia tu macam mana"
Zaid yang sibuk meneliti laporan yang didapatinya bulan lepas sempat terkesima. Penerangan Firdaus tidak pernah terlintas di benaknya.
"Macam mana kau tahu?"
Firdaus sempat menoleh ke belakang dan melihat Rossa yang sudah terlelap di atas katil. Kesan yang menimpa ke atas diri Rossa adalah kerana bau dari mawar tersebut. Rossa sempat pengsan sebelum Isyak tadi. Justeru dia yakin ada sesuatu yang disembunyikan oleh pembunuh.
"Aku cerita esok" putus Firdaus sambil mengeluh kecil. Rossa sudah termasuk dalam senarai mangsa pembunuh yang seterusnya. Hatinya semakin takut apabila nama Rossa turut sama di dalam pertempuran ini. Dia semakin bijak membaca pergerakan dan permainan pembunuh. Tetapi dia masih belum mampu untuk mencari jawapan kaitan antara Rossa dan pembunuh. Terlalu banyak kemungkinan, dan setiap satunya sangat merumitkan.
"Kau okey ke Az?" Suara garau Zaid menyentakkan Firdaus.
"Not really" Firdaus berjeda lalu menapak ke balkoni bilik. "Rossa..."Bicaranya tergantung. Bibir diketap.
"Rossa kenapa?" Zaid sabar menanti bicara selanjutnya.
"I think, she's the next!"
Zaid mengerutkan dahi. "Pardon?"
"Pembunuh tu. Aku rasa, Rossa mangsa dia yang seterusnya" Agak berketar Firdaus menuturkan itu.
"What the???" Zaid kaget. Seakan tidak mampu untuk mempercayai kata-kata Firdaus barusan. Namun jika ianya benar, maka mereka tidak boleh sewenangnya berdiam diri. "Are you sure about this?"
"100%! Aku jumpa kau esok. Got to go" ujar Firdaus seraya mematikan panggilan. Langkah diatur menuju ke sisi Rossa. Diperhatikan wajah sang isteri yang sedang lena tidur. Tiba-tiba dia dihambat kerisauan yang bukan sedikit. Gerun hatinya mengenangkan nasib yang bakal menimpa Rossa seperti mangsa-mangsa lain. Dia tidak mungkin silap percaturan. Mawar merah yang berisi kloroform mampu membuktikan segala-galanya. Jika benar niat si pemberi hanya ingin bermain-main, tidak mungkin dicampurkan sekali kandungan kloroform tersebut. Kes ini semakin berat dan rumit. Niatnya hanya ingin membantu ala kadar sahaja kerana terasak dengan masalah rumah tangga yang tak pernah ada jalan keluarnya. Tetapi apabila nama Rossa sudah turut tersenarai di dalam permainan pembunuh, dia tahu dia tidak boleh pandang enteng sahaja perkara ini. Dia harus melakukan sesuatu. Tetapi apa?

FIRDAUS tersedar dari tidur. Dia menggeliat sambil mata mengerling ke arah jam laptopnya. Jam 3 pagi! Seawal itu dia tersedar setelah sibuk menganalisis laporan kewangan syarikat, diikuti pula dengan laporan forensik mangsa sebelum Ainul. Dia tidak sedar pula dia ketiduran di atas meja kerja.
Sempat juga matanya mengerling ke arah katil. Sosok Rossa tidak kelihatan di situ. Firdaus mulai kaget. Dia lantas bangkit dan menjenguk ke arah bilik mandi. Namun hampa apabila bayang-bayang Rossa tiada di situ. Hatinya sudah berubah rentak. Dia bergerak ke pintu namun langkahnya terhenti saat matanya menangkap suatu objek di atas meja tepi katil.
Dahinya mengerut. Keningnya terangkat. Irama jantungnya sudah hilang tempo. Sekuntum mawar merah yang sudah layu digapai lalu dicium. Tiada bau kloroform. Namun kelopaknya sudah layu dan tiada haruman. Firdaus semakin kaget. Tidak mahu terlalu memikirkan kemungkinan yang satu itu. Dia memandang sekeliling. Keadaannya rapi dan kelihatan seperti biasa. Tidak ada tanda-tanda seperti diceroboh. Namun bagaimana mawar itu bisa sampai ke dalam tangannya? Dia menoleh ke arah meja kerja. Mawar yang diterima Rossa petang tadi masih ada di situ.
Deringan telefon bimbit menyentakkan Firdaus. Laju sahaja derap kakinya menuju ke meja kerja dan menggapai telefon bimbitnya. Nama Zaid tertera di situ.
"Az, aku dah dapat laporan forensik. Betul cakap kau. Mawar yang Ainul dapat tu ada kandungan kloroform. Dan itu yang memudahkan kerja pembunuh!"
Firdaus terkesima. Benar dugaannya. Pembunuh akan memastikan mangsa pengsan terlebih dahulu sebelum membawa mangsa ke sesuatu tempat. Dan di situlah, segala-galanya bermula dan semuanya juga berakhir! Dia jadi teringat akan mawar layu yang pernah diterima Ainul sebelum ini. Sama seperti Rossa. Tetapi apa maksudnya?
Demi teringatkan Rossa, hati Firdaus digoncang maha hebat. Dia tidak melihat bayang Rossa di mana-mana.
"Thanks for the info. Kita jumpa nanti. Bye" Sesudah mematikan panggilan, Firdaus dikejutkan dengan bunyi pintu terkuak. Terpancul wajah Rossa di situ.
Firdaus menarik nafas lega lantas mendekati Rossa. Tubuh isterinya didakap erat. Dalam diam, dia sempat ucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana melindungi Rossa kali ini. Kalau tidak, dia tidak mampu untuk memaafkan diri sendiri. Selepas ini, dia tidak boleh terlepas pandang. Kerana bila-bila masa saja nyawa Rossa menjadi taruhan.
Rossa terkebil-kebil dengan perlakuan spontan suaminya. Dia menolak tubuh Firdaus namun tidak berhasil. Tubuh sasa Firdaus terus lekap pada tubuh kecilnya.
"Where have you been?"
Rossa tersentak dengan suara keras Firdaus. Pagi-pagi buta sergah orang ni kenapa?! Datang bulan ke apa dia ni?
"Toilet" sahut Rossa sepatah.
Firdaus melepaskan pelukan. Wajah Rossa ditatap. "Kita kan ada toilet dan bilik mandi kat sini. Kenapa nak guna toilet bawah?" Pelik pula dia dengan sikap Rossa. Punyalah dekat toilet, yang jauh tu jugak dia jelajah!
"Toilet tu problem. Lagipun, tadi masa saya masuk dalam, bau busuk kuat sangat. Saya spray guna Dettol pun masih tak berkesan"
Cerita Rossa bikin Firdaus kaget. Seketika dia teringatkan sesuatu. Lantas, dia menapak ke tandas dan membuka pintunya. Bau busuk menguasai segenap ruang. Firdaus menjejak kaki ke dalam sambil sebelah tangannya menutup hidung. Dia memeriksa jika ada terdapat sesuatu. Dipusing pili air namun tiada aliran air yang keluar.
"Kan saya dah cakap? Awak tak bayar bil air ke? Tapi air kat bawah ada. Peliklah" Rossa muncul di hadapan Firdaus. Dia turut menutup hidung kerana tidak tahan dengan bau busuk yang kuat itu.
"Ni bau bangkai" tutur Firdaus. Dia tahu persis bau itu. Posisi sebagai pegawai polis selama belasan tahun memudahkan dia untuk mengenalpasti bau-bau busuk.
"Haaa? Bangkai? Jangan buat cerita seram boleh tak?" gerutu Rossa. Meremang bulu romanya saat mendengarkan kata-kata Firdaus.
"Bau ni datang dari atas siling" tokok Firdaus lagi sambil kepala didongakkan ke atas. Saat itu, matanya menangkap sesuatu. Ada cairan merah yang mengalir keluar dari atas siling. Dia kaget. Hatinya walang.
Mayat! Dia yakin ada mayat di atas siling! Tubuh Rossa ditarik keluar lantas laju sahaja tangannya mendail nombor Zaid.
Ada sesuatu yang 'disampaikan' pembunuh. Tidak pasti sama ada ianya petunjuk atau malapetaka selanjutnya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience