FIRDAUS menggeliat malas. Dia menggosok mata beberapa kali. Menoleh ke sisi lalu dahinya berkerut. Rossa tiada di sebelah. Jam pula dikerling. Sudah pukul 9 pagi. Hmm. Tersenyum-senyum bibirnya mengingati peristiwa semalam. Galak mereka beraksi sehingga tak sedar jam sudah merangkak ke angka 2.
Firdaus termalu sendiri. Dia bingkas bangkit lalu mengutip boxer yang sempat dia campak ke lantai semalam. Tuala di tepi balkoni dia gapai lalu dipasang ke tubuh.
Pada masa yang sama, matanya menangkap beberapa tompok merah pada cadar tilam yang berwarna putih. Firdaus mendekati birai katil. Senyumannya memekar. Rossa sudah tewas dalam genggamannya. Untuk pertama kalinya, dia bangga bergelar lelaki. Itu membuktikan bahawa dialah lelaki pertama yang telah berjaya menakhluki mahkota isterinya.
Pintu bilik mandi terbuka. Rossa menapak keluar dengan hanya berkemban menggunakan kain batik. Terkelu lidahnya saat berdepan dengan Firdaus. Seketika, kejadian malam semalam terbayang dalam tubir mata. Wajah Rossa tiba-tiba merona merah.
Segera dia menapak ke almari baju. Sengaja buat-buat tak perasan mata Firdaus yang dari tadi memerhatikannya. Perlakuannya jadi tak tentu arah. Dari ekor mata dapat dia lihat mata tajam Firdaus tak henti-henti memandangnya.
"Sayang..." Romantis suara Firdaus menyapa gegendang telinganya. Bulu tengkuk Rossa meremang. Aishhh! Tak boleh jadi ni! Satu demi satu baju yang ditarik keluar tidak mencuri hatinya.
"Ni apa?" Firdaus mengganggu konsterasi isterinya. Dia mengangkat cadar tilam yang bertompok merah itu.
Rossa mengetap bibir. Ohmyy! Malunya semakin menebal. Rossa bergerak mendekati Firdaus. Ditarik lembut cadar tersebut dari tangan suaminya. Dia tidak perasan pula ada tompokan merah pada cadar tersebut.
"Tu apa sayang?" sakat Firdaus. Niatnya hanya ingin bergurau.
"Entah! Mana tahu? Hmm abang pergilah mandi"Tubuh Firdaus ditolak. Dia ingin cepat-cepat mengusir Firdaus dari situ agar debarannya berkurang.
Firdaus tergelak. "Kejap. Abang nak tanya lagi ni"
"Hmmm?"Rossa menggumam.
"Nak mandi biasa ke mandi wajib?" Galak Firdaus mengusik. Wajah Rossa membahang.
"Sengaja tau?!" Rossa tarik muka.
"Okey, last question"
"Apa dia?" Mengada tak sudah betullah suami aku ni!
"Yang kat leher tu apa?" usik Firdaus lantas berlari ke bilik mandi. Risau sekiranya Rossa mengeluarkan sepit ketamnya.
Rossa kurang memahami maksud Firdaus. Dia menapak ke meja solek bagi melihat bahagian lehernya. Wajahnya semakin membahang apabila ada beberapa kesan gigitan yang Firdaus tinggalkan di situ. Cop cinta dari sang suami!
MEMEKAR senyuman Che Mon apabila terserempak dengan wajah Rossa. Sejak dari hari pertama lagi dia suka melihat wajah ceria Rossa.
"Rossa nak keluar ke?" tanya Che Mon apabila dilihatnya Rossa mengenakan shawl berwarna merah jambu.
Rossa sudah melabuh punggung di atas kerusi sambil menggeleng kepala. Nak keluar ke mana? Firdaus sudah awal-awal melarangnya untuk keluar. Hari ini, hari mereka duduk di rumah saja.
"Che Mon ingatkan Rossa nak keluar. Che Mon tengok Rossa pakai tudung"
Bicara Che Mon membuatkan wajah Rossa membahang. Dia memang sengaja mengenakan tudung pagi itu kerana kesan gigitan pada lehernya jelas kelihatan. Walaupun dia berkulit sawo matang, namun kesan gigitan tersebut masih dapat dilihat.
"Ohh saja Rossa pakai tudung. Errr Che Mon tak makan sekali ke?" Rossa cepat-cepat menukar topik perbualan.
"Tak. Hari ni Che Mon balik kampung. Fir bagi cuti seminggu"
Demi mendengarkan kata-kata Che Mon, Rossa hampir tergigit lidah sendiri. Dia mulai diasak dengan pelbagai persoalan. Rasa-rasanya, dia tahu kenapa Che Mon diberikan cuti oleh suaminya. Rossa naik geram pula.
"Morningg" sapa Firdaus. Tubuh Rossa didekati lantas sebuah kucupan singgah di dahinya.
"Haaa dah turun pun. Ingatkan nak tidur sampai petang" ujar Che Mon.
Firdaus tersenyum manja. Punggung sudah dihantar ke kerusi berhadapan Rossa. Laju saja tangan Rossa menyedok mihun goreng ke dalam pinggannya.
"Thank you dear" ucapnya apabila Rossa menyudahkan tugas. "Fir penat sangat bekerja malam tadi Che Mon. Tu yang bangun lewat. Subuh pun tertinggal" Firdaus tersenyum nakal. Wajah Rossa yang merona merah dipandang.
"Kerja? Kerja apanya?" Che Mon kurang mengerti.
"Alaa kerja. Tanya Rossa. Dia tahu" Firdaus mengusik sambil mengerdipkan matanya kepada Rossa.
Rossa menjegilkan mata. Malu sendiri dengan usikan Firdaus.
Che Mon ketawa. Dia mulai menangkap maksud kata-kata Firdaus. Namun tidak pula dia menyahut kerana risau perasaan Rossa yang mulai tidak keruan.
"Che Mon balik kampung mana?" Rossa mengalih topik perbualan.
"Muar. Lama dah Che Mon tak balik. Nak dekat setahun kot" balas Che Mon. Dia sudah duduk di kerusi apabila dipelawa Rossa untuk bersarapan bersama.
"Uiii lamanya. Che Mon tak rindu keluarga ke?"
"Che Mon cuma ada seorang anak je. Tu pun kerja kat Sarawak. Dia janji nak balik lusa. Tu pasal Fir bagi Che Mon cuti"
"Keluarga Che Mon yang lain??"
"Dah takde. Che Mon anak tunggal. Mak ayah pula dah lama meninggal. Suami pun dah lama meninggal"
Rossa mengangguk faham. Wajarlah wanita tua itu jarang balik kampung. "Che Mon balik nanti siapa yang hantar? Abang ke?"
"Ehh taklah. Che Mon tak nak susahkan Fir"
"Alaaa Che Mon tu bukan tak nak susahkan Fir, msalahnya Che Mon nak dating dengan kekasih dia" sampuk Firdaus pula. Teringat pula dengan Pak Mail, duda anak lima itu. Setiap kali Che Mon ke supermarket atau nak ke mana-mana, Pak Maillah orang yang dipertanggungjawabkan untuk membawa Che Mon.
Rossa tergelak. Che Mon turut sama tertawa.
"Mana ada dating. Memandai je Fir ni!" Che Mon termalu sendiri.
"Alaa Che Mon. Kawen jelah dengan Pak Mail tu. Dia duda, Che Mon balu. Sesuai sangat tu" Firdaus mengusul cadangan. Mihun goreng sudah habis dimakan.
"Ehh budak ni! Dah tua-tua macam ni nak kawen!" tukas Che Mon pula. Takkan nak duduk pelamin lagi dengan umur dah tua ni?
"Apalah salahnya? Banyak je orang yang sebaya Che Mon tu kawen lagi. Tu namanya jodoh. Jodoh yang penuh rahsia. Ketentuan Allah takde siapa yang mampu menduga Che Mon" Sempat dia kerling manja Rossa di hadapan. Semakin hari semakin mekar cintanya pada wanita yang satu itu. "Lagipun kalau Che Mon dah kawen, takdelah sorang-sorang lagi. Mikail tu sibuk memanjang kat Sarawak. Mana ada masa nak jenguk Che Mon. Kalau dah kawen nanti, Che Mon dengan Pak Mail duduk je sini" tokok Firdaus lagi. Che Mon sudah dianggap seperti ibu kandung. Dia rapat dengan Che Mon sejak berumur lima tahun lagi. Segala rahsia hati turut dikongsi bersama wanita itu.
Che Mon diam. Tidak berani hendak komen lebih-lebih. Dia seorang perempuan. Biarlah dia menunggu saja tindakan selanjutnya dari Pak Mail. Kalau benar Pak Mail berkenan, dia juga tidak akan menolak.
"ABANG memang saja kan bagi Che Mon cuti?" Rossa serkap jarang. Sesudah bersarapan, mereka menghantar Che Mon ke bawah saja. Che Mon kata, dia tidak mahu menyusahkan mereka untuk menghantarnya sehingga ke terminal bas. Kebetulan Pak Mail juga menjemput dari sini.
Firdaus tergelak. Isterinya yang satu ini cukup pandai membaca isi hati. Siaran di televisyen tidak langsung menarik perhatiannya.Ubun-ubun Rossa dikucup.
"Tahu pun..Kekok nak peluk-peluk macam ni kalau Che Mon ada" ujar Firdaus sambil mengemaskan pelukannya. Berdua dengan Rossa cukup membahagiakan hatinya.
"Mengada!" omel Rossa sambil mengetatkan lagi pelukan. Meskipun niatnya hanya bergurau saja, namun Firdaus tetap mengekek.
Siaran di televisyen memaparkan kisah Fahmi yang dijatuhkan hukuman gantung dan dikenakan sebatan. Rossa dan Firdaus fokus pada berita itu.
"Padan muka dia! Hukuman dunia ni baru sikit. Belum lagi azab di akhirat nanti" Rossa sempat mengutuk. Sakit hatinya masih bersisa apabila terkenangkan nasib yang menimpa Aina.
"Did he do something wrong to you?" Sengaja Firdaus ketatkan wajah. Sekadar hendak bergurau padahal dia tahu Rossa masih suci sebelum mahkotanya ditakhluki semalam.
"Apalah abang ni! Habis tu yang semalam tu apa?" Rossa menunduk wajah, malu dengan omongan sendiri. Walaupun Fahmi hampir pernah hendak menyentuhnya, namun pada saat-saat akhir dia sempat diselamatkan oleh Firdaus dan anggota polis yang lain.
Firdaus tertawa, terhibur dengan jawapan Rossa. Jari-jemari Rossa dibawa ke bibir lalu dikucup mesra. "Apa yang jadi masa tu? Maksud abang, masa Rossa dengan Aina kena culik"
Rossa memejam mata. Seboleh mungkin cuba diusir kenangan pahit itu. Terlalu sakit rasa hati tatkala mengenang kembali perbuatan Fahmi.
"Dia perkosa Aina depan mata Rossa"
Firdaus mengerut dahi. Dapat dia rasakan pelukan Rossa semakin erat.
"Rossa takut sangat masa tu. Berkali-kali Rossa panggil nama abang. Berharap supaya abang datang selamatkan Rossa.Abang tahu tak, masa tu Rossa betul-betul menyesal sebab tak jadi isteri yang baik untuk abang. Rossa takut kalau masa tu jugak Allah cabut nyawa Rossa, tapi Rossa tak sempat nak mintak maaf pada abang. Tak tertanggung rasa dosa dan bersalah tu pada abang" Rossa diiringi dengan sedu-sedannya. Wajah disembamkan ke dada bidang Firdaus. Kemudian, dia mengangkat wajah dan bertentang mata dengan lelaki itu.
"Rossa banyak dosa pada abang. Berhimpun dosa Rossa, tapi abang tak pernah pun tinggalkan Rossa. Maafkan Rossa" Tangan Firdaus diraih lalu dibawa ke bibir. Ikhlas dari hati dia meminta maaf.
"Hey, kenapa sebak ni? Abang dah lama maafkan Rossa. Tak pernah pun simpan dendam pada Rossa. Jauh sekali nak menghukum sayang. Everyone makes mistakes. Syukurlah, sayang dah sedar. Lepas ni jangan buat lagi. Terseksa tau batin ni" ucap Firdaus. Walau berapa banyak pun kesalahan Rossa, dia tetap hulurkan kemaafan. Marahkan Rossa tidak bererti dia membenci.Bahkan dia bersyukur sangat menerima Rossa kembali dalam hidupnya. Dia tidak mengimpikan apa-apa lagi. Cukup dengan kehadiran Rossa sebagai peneman dalam hidup. Betapa dia sayang dan kasihkan wanita idamannya itu.
"Terima kasih abang" Rossa kucup pipi kiri Firdaus. Malunya sudah lama dia buang jauh-jauh. Berjanji pada diri sendiri untuk sentiasa menjadi yang terbaik buat suaminya.
Firdaus senyum bahagia. Dia membalas juga kucupan Rossa di pipi dan dahi. "Abang nak tanya sesuatu boleh?"
Rossa mengangguk.
"Masa hari kita jumpa mayat malam tu, macam mana Rossa boleh hilang? Masa tu abang dah pesan Rossa kan? Jangan pergi mana-mana" Sudah lama dia hendak utarakan pertanyaan itu namun tidak pula kesampaian.
"Ohh yang tu" Rossa berjeda. Dia ligat memikirkan sesuatu. "Masa tu Rossa tengok ada bayang-bayang orang kat pagar pintu. Rossa pergi tengok. Lepas tu, Rossa dapat rasakan ada tangan seseorang tutup mulut Rossa dari belakang. Rossa tak tahu apa jadi. Sedar-sedar je Rossa dah kat dalam sebuah bilik"
Seriau hatinya apabila menceritakan kembali kejadian itu. Kalaulah dia tidak mengikuti bayang-bayang tersebut, sudah pasti nyawanya tidak di hujung tanduk. Tetapi setiap kejadian ada hikmahnya. Buktinya, dia menginsafi kekhilafan diri di atas dosanya pada Firdaus. Jika tidak, mungkin sehingga ke saat ini dia masih memegang gelaran isteri durhaka.
"Everything happens for a reason, right sayang? Thanks to Fahmi. Kalau bukan kerana dia, takdelah Rossa melekat macam ni dengan abang. Kalau tak muka tu asyik nak masam je" Firdaus tergelak sendiri. Dalam hati, dia panjatkan kesyukuran di atas setiap kejadian yang menimpa rumah tangga mereka.
Rossa mencubit manja pinggang Firdaus. Tetapi dia tetap bersetuju dengan kata-kata suaminya. "Terima kasih dari jauh jelah. Rossa seram nak jumpa dia lagi"
Firdaus menyambung tawa. Dahi Rossa dikucup mesra. Faham benar dengan perasaan serik isterinya itu. "Let bygones be bygones. Kita berdua masih diberi kesempatan untuk menggapai bahagia bersama. This is our second chance. Use it wisely sayang"
Rossa mengangguk laju. Peluang kedua ini akan dia gunakan sebaik mungkin. Hati dan perasaan Firdaus tidak akan disakiti lagi. Segala rasa dia mahu berkongsi bersama suaminya.
Rossa tatap mata suaminya. Perasaan cinta bersatu dalam diam. Terlalu banyak yang ingin dia ungkapkan tetapi buat masa sekarang, hanya ada sesuatu yang ingin dia ucapkan. "Rossa cintakan abang" Bibirnya hinggap pada dahi Firdaus.
Firdaus sebak. Romantisnya Rossa menghimpun segala rasa dalam jiwa. Sudah lama dia nantikan detik berharga itu bersama Rossa. Mendengar ungkapan kasih dan sayang dari bibir Rossa. Tak terkira bahagianya.
"Abang pun cintakan Rossa. So deep in my heart" Bibir Rossa ditindih. Untuk seketika,asmara mereka berlabuh lagi.
SUDAH tiga hari keadaan Aina stabil. Pun begitu, dia masih belum bersedia untuk berjumpa sesiapa. Hanya Ainida dia mahu ketemu. Zaid dan Erika pernah menyatakan keinginan untuk berjumpa dengannya, namun dia tetap dengan pendiriannya. Dia masih dibayangi perasaan takut untuk membenarkan sesiapa memasuki ruang hidupnya.
"Aina betul-betul tak nak jumpa Encik Zaid ke? Dia teringin sangat nak jumpa Aina. Kesian dia dek. Beberapa hari ni dia ulang-alik dari balai ke hospital semata-mata nak jumpa Aina" Tiga hari ini sejak Aina sedar dan keadaannya stabil, dia perasan kehadiran Zaid dan Erika di situ. Dia faham benar maksud kedatangan mereka. Namun masakan dia mahu memaksa Aina untuk menerima kedatangan mereka. Dia hanya mampu menasihati, selebihnya terpulang kepada Aina sendiri.
Aina menggeleng kepala. Tetap dengan pendiriannya. Wajahnya yang sentiasa pucat lesi itu dipandang Ainida dengan tatapan penuh kasih. Airmata yang jatuh berguguran tidak mampu diseka lagi. Dibiarkan saja membanjiri ruang wajah.
"Aina okey. Cuma buat masa ni Aina tak nak jumpa sesiapa pun"
"Rossa?"
Mendengarkan saja sebaris nama itu, hati Aina tersentap. Dia menjamah wajah Ainida dan hanya mampu menyoal dengan pandangan.
"Dia ada datang jumpa Aina beberapa hari yang lepas. Dengan suami dia. Dia ada bagitau yang dia nak jumpa Aina. Tapi kalau Aina tak nak jumpa dia, akak faham"
"Akak ada nombor dia?"
Ainida tersentak. Namun segera dia anggukkan kepala. Jika Aina sudi untuk berjumpa dengan Rossa, sekurang-kurangnya ada perubahan dalam diri adiknya itu. Rossa pun baik orangnya. Dan dia percaya mereka mampu menjalin hubungan yang lebih baik.
"Aina nak jumpa Rossa" putus Aina tanpa berfikir panjang. Buat masa sekarang, dia hanya percayakan Rossa dan hanya akan ketemu dengan gadis itu.
Ainida seakan tidak percaya dengan omongan Aina. Namun dia mampu menarik nafas lega dengan keputusan Aina. Jika itu kemahuan Aina, maka akan diturutinya tanpa was-was.
"Tapi Aina nak jumpa Rossa saja. Tak nak orang lain. Aina percayakan Rossa sorang je" Aina sempat memberi amaran kepada Ainida.
Ainida hanya mengangguk kepala. Dia melangkah keluar dari bilik Aina dan di situ, dia terserempak dengan Zaid dan Erika.
"Aina nak jumpa kami tak?" Soalan sama yang diajukan oleh Zaid setiap kali mereka bertembung. Dan seperti biasa juga, hanya gelengan kepala Ainida yang menjawab.
"Aina nak jumpa Rossa je. Dia tak nak jumpa sesiapa selain Rossa" Ainida memberitahu. Berharap agar Zaid dapat meminta pertolongan daripada Rossa. Dia menjarakkan diri dari Zaid dan Erika kerana hendak membuat panggilan telefon.
Zaid dan Erika saling berpandangan. Mengeluh dan hampir berputus asa. Namun mendengar saja nama Rossa, harapan mereka kembali menyinar. Hanya Rossa harapan mereka ketika ini.
"Macam mana tuan?" Erika meminta kepastian.
"Rossa. She's our only hope!"
MENERIMA panggilan daripada Ainida, memekarkan senyuman di bibir Rossa. Dia mendapat tahu keadaan Aina yang sudah sedar dan dalam keadaan stabil. Dia juga diberitahu akan hasrat Aina untuk ketemu dengannya. Rossa terus bersetuju tanpa berfikir panjang. Dia akan mengatur masa untuk berjumpa dengan Aina dalam masa yang terdekat.
Deringan telefon bimbit Firdaus menyentakkan Rossa. Dikerlingnya Firdaus yang masih dalam bilik air. Dia menggapai telefon bimbit Firdaus. Tertera nama Zaid di situ. Nak jawab ke tak? Nak jawab ke tak? Rossa mula berkira-kira.
Firdaus menapak keluar dari bilik air. Wajah Rossa ditatap. "Kenapa ni?"
"Zaid calls" Firdaus mengerut dahi. Dirapati sang isteri lantas menyambut huluran Rossa. Dalam fikirannya mulai tertanya-tanya maksud Zaid meghubungi dirinya.
"Ye Zaid. Aku sihat je. Kenapa?"
Firdaus diam mendengar bicara Zaid di hujung talian.Sekali-sekala dia mengangguk kepala.Pandangannya jatuh pada Rossa yang sedang sibuk mengemas katil mereka.
"Okey, nanti apa-apa aku bagitau kau" Firdaus mematikan panggilan. Segera didekati Rossa yang berdiri di hujung katil.Pinggang Rossa dipeluk dari belakang.
"Rossa ada rahsiakan apa-apa dari abang ke?" Garau suara Firdaus menyapa gegendang telinganya.
Rossa tersentap. Dia mengangkat kening. Tidak memahami maksud Firdaus. Tubuhnya dipusingkan menghadap lelaki itu. Wajah Firdaus ketat, tidak seceria seperti selalu. Rossa mula berdebar. Mula memikirkan yang bukan-bukan. Apa lagi dugaan dalam rumah tangga mereka?
"Rahsia? Rahsia apa?" Rossa pulang soalan. Dia memaut leher Firdaus. Wangian Bvlgari dari tubuh Firdaus menggetarkan jiwa wanitanya.
"Hmmm wangilah.. Abang pakai Bvlgari ke? Rossa suka perfume tu" Aksi Rossa yang menggoda hampir menggoyahkan hati lelaki Firdaus.
"Soalan abang tak jawab" Firdaus masih berwajah ketat. Sedaya upaya cuba ditahan tawanya. Niatnya hanya ingin bergurau.
"Mana ada rahsia. Semua rahsia Rossa abang dah tahu. Rahsia mana pulak yang Rossa tak bagitau lagi?"
"Zaid"
Rossa mengerut dahi. "Kenapa dengan Zaid?"
"Zaid cakap nak jumpa sayang. Rahsia apa yang sayang sembunyi dari abang? Pasal Zaid pulak tu"
Rossa kerut dahi seribu. Puas juga dia berfikir, kot-kot ada sesuatu yang dia lupa nak bagitau Firdaus berkenaan Zaid. Tapi rasa-rasanya takde satu rahsia pun yang berkait lelaki itu.
"Takdelah bang! Rossa cuma jumpa dia dua kali je. Pertama kali masa kita kawen dulu. Kali kedua masa abang selamatkan Rossa dari Fahmi haritu. Lepas tu, mana ada jumpa dia lagi. Kenal rapat pun tak" jelas Rossa panjang lebar bersama mimik wajahnya.
Firdaus tidak dapat menahan diri. Dikucup mesra pipi itu berkali-kali. Dia sering tewas jika berhadapan dengan Rossa.
"Abang gurau jelah!" Firdaus mengekek ketawa. Saja menguji. "Tak tahan abang tengok muka Rossa ni. Rasa nak gigit-gigit je"
"Mengadalah abang ni! Buat orang suspens je" kutuk Rossa namun dia juga tertawa. Bibir Firdaus ditolak lembut. Hampir tak bernafas dia dek kucupan suaminya itu.
"Zaid nak apa?" tanya Rossa sesudah Firdaus melepaskan tubuhnya.
"Nak mintak tolong Rossa katanya"
"Tolong apa?"
Rossa duduk di riba Firdaus yang sudah melabuh punggung di sofa sebelah balkoni. Leher Firdaus dipaut. Wangian Bvlgari mencampakkan dia ke sisi suaminya itu.
"Berkaitan Aina. Katanya Aina tak nak jumpa sesiapa selain Rossa. Zaid ada benda nak tanya Aina. Masalahnya Aina tak nak jumpa dia, atau sesiapa. Ainida bagitau yang Aina nak jumpa sayang je"
"Kak Aini pun ada called Rossa tadi. Dia pun cakap benda yang sama. Aina nak jumpa Rossa. Aina dah sedar. Keadaan dia pun dah stabil"
Firdaus tersenyum sambil membelai rambut panjang Rossa yang ikal mayang itu. "So sayang nak jumpa Aina tak?"
"Naklaaahhhh!" Rossa menjawab bak anak kecil. Menyuntikkan getaran maha hebat dalam jiwa Firdaus.
"Nanti kita jumpa dia. Tapi abang nak upah dulu" Firdaus menayangkan wajahnya kepada Rossa. Bersedia untuk menjadi sasaran bibir mungil Rossa.
Rossa senang hati. Dia mencium seluruh wajah Firdaus dengan penuh kasih sayang. Sejurus selepas itu, tubuh mereka bersatu.
"I love you" bisik Firdaus.
Share this novel