13

Romance Completed 28168

AHAD sudah menjelma. Betapa dia begitu menantikan hari itu. Kerana enam hari sebelumnya, dia terpaksa memerah keringat dan membanting tulang untuk membantu umi di Selera Kampung. Kini, dia sudah tidak punya cukup waktu untuk menghabiskan novel-novelnya. Apabila sudah ada kesempatan untuk berdua-duaan dengan sang novel, peluang itu harus diguna sehabis baik. Adakalanya, masa untuk diri sendiri juga dia tidak punya. Tetapi hari ini, dia sedang dihimpit masalah yang berpunca dari dirinya sendiri. Huhh!!
Telefon sengaja dia matikan. Dia tidak mahu diganggu oleh sesiapa. Bakri, Umi Za, Mak Nab, Hafizi bahkan Fahmi sekalipun! Apabila teringatkan Fahmi, hatinya jadi sebal. Sejak dia setuju untuk membantu Fahmi, tidak habis-habis lelaki itu mengganggunya, walaupun pada jam 3 4 pagi! Ketenteramannya sudah terusik. Dia juga tidak menyangka lelaki itu mampu mencari nombor telefonnya melalui Nabila. Silap dia kerana tidak memesan kepada Nabila untuk tidak menceritakan apa-apa kepada Fahmi. Arghh! Stress! Kini dia pula yang harus menghadapi semuanya. Gara-gara lelaki itu, dia jadi trauma dan fobia apabila mendengar bunyi deringan telefon.
"Jauh termenung nampak?" tegur seseorang yang sedang bersandar di balik pokok.
Rossa menoleh ke arah suara itu. Seketika, dia terpinga-pinga. Penampilan lelaki itu sungguh berbeza. Kebiasaannya, dia mengenakan seluar jeans yang terkoyak sana sini dan jaket yang sudah lusuh warnanya. Tetapi hari ini penampilannya sangat santai. T-shirt berlengan paras siku dan berseluar jeans. Dan jeansnya tidak ada cacat cela! Bahkan rambutnya yang separas bahu juga sudah dipotong pendek. Aku bermimpi ke?
"Awak tak pernah nampak saya ke sebelum ni? Pandang saya macam tu kenapa?" Tanpa sedar, Firdaus sudah duduk di hadapannya. Menyungging senyum manis. Semanis kurma!
Rossa kembali ke alam nyata. Ternyata kehadiran Firdaus yang lain macam hari itu membawanya jauh ke dasar paling dalam. Kenapa hari ini dia nampak tertiba macho? Pipi Rossa merona tanpa dia sedar.
"Mawarrrr..."
Rossa tersentak. Dia menoleh ke sebelah. Ternyata, Firdaus turut sama memandangnya. Beriak serius sambil mengangkat kening.
"Are you okay?"
Rossa mengangguk pantas. Hati, jangan kau buat hal!
Keadaan sepi antara mereka. Sudah agak lama mereka tidak bertemu. Masing-masing seolah kekok untuk memulakan perbualan. Kehilangan idea tiba-tiba. Rossa juga buntu dengan apa yang menimpanya saat itu. Tiba-tiba saja hatinya berdebar. Dan biasanya ada saja topik yang mereka bahaskan sehingga dia sendiri mengaku kalah, tidak sanggup hendak berperang mulut dengan lelaki itu.
"Lama tak nampak awak? Pergi mana?" tanya Firdaus, memecah kesunyian ruang antara mereka. Selama itu juga sebenarnya dia selalu menanti Rossa di situ. Tidak pernah terlepas waktu sekalipun. Disebabkan itulah dia sudah mula merubah penampilannya. Walaupun Rossa tidak pernah mengatakan ketidakselesaannya terhadap penampilan dirinya, tetapi dia tahu gadis itu adakalanya tidak betah dengan gayanya. Untuk itu, dia sanggup berubah asalkan Rossa selesa dengannya.
"Saya kerja dengan umi sekarang"
"Kerja dengan umi? Umi awak kerja apa?" Firdaus angkat kening, tidak faham. Sempat dia kerling ke arah bahagian dalam bakul piknik Rossa.
"Kami ada kedai makan. Arwah abah tinggalkan kedai tu untuk sara hidup kami. So nak dipendekkan cerita, saya tolong umi kat sana sementara tengah takde kerja ni" cerita Rossa lagi.
"Awak ada apply mana-mana kerja ke?"
"Ada, tapi takde jawapan. Rasa bosan pulak menunggu. So nak hilangkan rasa bosan tu..."
"Awak selalu duduk sini, habiskan masa dengan novel-novel awak. Kadang awak baca sampai habis. Kadang awak baca setengah muka surat je. Kadang tu awak tak baca langsung. Sebab awak takde mood. So bila takde mood, awak duduk sorang-sorang kat sini hilangkan stress. Macam sekarang"
Rossa terdiam. Wajah Firdaus sempat dia jamah sebelum kembali memandang ke hadapan.
"Mana awak tahu saya tengah stress sekarang?"
"Sebab awak tak angkut boyfriends awak tu. Biasanya kalau satu tangan tengah sibuk baca novel, mesti satu novel lagi awak sorok dalam bakul piknik awak ni. Sebab awak takut kalau saya 'cederakan' boyfriends awak kan? Tapi saya tak nampak mana-mana novel pun sekarang. Dan seorang manusia tu kan, kalau tengah bingung atau ada masalah, dia banyak termenung. Tak banyak cakap. Semua tu ada pada diri awak sekarang. Lagi satu, awak kan obses sangat dengan novel awak tu. Sebab pada awak hanya novel tu aje yang boleh gembirakan awak. Tapi bila awak tengah runsing macam sekarang, awak tak rasa yang novel boleh hiburkan awak. So terjadilah sneak out without your boyfriends. Betul kan?"
Rossa mengangguk perlahan. Entah kenapa dia merasakan lelaki itu sangat memahami keadaannya sekarang. Patut ke dia ceritakan mengenai Bakri dan Fahmi?
"Ada masalah ke?" soal Firdaus kembali. Dari tadi dia perhatikan gelagat gadis itu. Termenung jauh dan adakalanya mengeluh.
"Fahmi" tercetus juga nama itu dari bibirnya.Serentak, keluhan dimuntahkan.
Firdaus mengerut dahi. Siapa Fahmi?
"Budak tu kerja dengan umi. Kiranya kerja dengan saya jugaklah. He's someone like....." Rossa berjeda. Sedang mencari perkataan yang sesuai yang bisa digambarkan akan seketul Fahmi itu! "Pathetic!" Akhirnya itu yang terluah menyebabkan Firdaus tertawa.
"Is he that bad?" tanya Firdaus ingin tahu. Dia tahu bahasa tubuh dan mimik muka Rossa ketika bercerita. Kalau sudah serius sahaja bunyinya dan wajah pula seolah tidak dicampur perisa, sudah pastinya dia menceritakan kebenaran. Apa yang terzahir dari wajah Rossa adalah daripada perasaannya yang benar-benar dia maksudkan.
"More than that! Huhh!" gerutu Rossa lagi.
"Kenapa ni? Come, share it with me. It would less your burden"
Lembut nada suara itu bak hujan yang menimpa panas hatinya sekarang. Hujan yang beralun lembut dan titik iramanya seakan tidak sekongkol dengan hati. Pelangi yang berwarna-warni muncul sesudah hujan di hati seakan-akan mencantikkan lagi perasaannya yang sedang bercampur-baur saat itu. Ehhh, apa benda aku merepek ni??
"Mawar..." Suara itu mendekat di cuping telinga.
Rossa menoleh dan tiba-tiba tidak sengaja tertolak tubuh Firdaus yang mendekat dengannya.
"Sorry" ucap Rossa dalam debaran yang cuba hendak dikawal.
Firdaus berlagak selamba. Dia kembali menegakkan tubuhnya lalu berjarak sedikit dengan gadis itu. Bimbang jika dia terbang pula dikerjakan oleh Rossa!
"Kenapa dengan Fahmi? Tadi awak sebut nama budak tu" Firdaus kembali ke topik asal. Irama biola dan muzik yang beralun indah sengaja diabaikan. Apa sudah jadi pada dia? Semenjak bersama Rossa, dia selalu terdengar geselan biola di kiri dan kanannya tanpa disedari. Jatuh cintakah dia?
"Dia tu tak pernah bercinta. Lepas tu, dia minat kat satu perempuan ni. Nama dia Aina. Tapi Aina tak layan dia. Sebab dia buat Aina rimas" Rossa memulakan cerita.
"Dia selalu call Aina ke? Dia jumpa Aina tiap-tiap hari? Dia selalu mesej Aina?" Firdaus menebak dengan pelbagai kemungkinan.
"Aah. Dia selalu call dan mesej Aina. Pastu dia bagitau Aina yang dia sukakan Aina. Awak tahu tak, dalam satu hari tu berpuluh-puluh kali dia bagitahu Aina pasal perasaan dia. Mana tak rimasnya si Aina tu? Kalau saya di tempat Aina, confirm tolak dia mentah-mentah!" Rossa sambung cerita.
Firdaus ketawa kecil apabila melihat gelagat Aina. Bercerita sambil tangannya berkerja sekali! Dibawa ke awangan kemudian diturunkan semula, dan aksi itu berulang-ulang kali berlaku. Namun ditahan tawanya kerana tidak mahu membangkitkan amarah Rossa yang jelas ternyata di wajahnya ketika itu.
"He's a psycho!" Firdaus membuat kesimpulan.
Rossa memaling wajah, menyoal Firdaus dengan pandangan.
Seakan faham dengan anak mata Rossa, dia menyahut, "Orang kalau tak pernah bercinta memang perangai dia macam tu. Dalam satu kajian yang dibuat ke atas dua lelaki dan dua perempuan. Lelaki A dan perempuan A pernah bercinta. Manakala lelaki B dan perempuan B pulak tak pernah bercinta. Kajian pulak menunjukkan yang selepas perpisahan berlaku, lelaki B dan perempuan B akan cari seribu satu cara untuk dapatkan kembali cinta lama. Dorang tak boleh terima perpisahan. Pada dorang, jatuh cinta hanya sekali dan berkahwin dengan orang yang dicintai juga hanya berlaku sekali dalam hidup. Bila menghadapi kehilangan, dorang tak boleh terima dan kat situ bermulalah berlaku hal-hal yang tak diingini.."
Rossa terpinga-pinga, sedikit blurr dengan penerangan lelaki itu. Panjang lebar penjelasan Firdaus, satu hapak apapun dia tak faham!
"Apa perempuan A, lelaki A ni?"
"Tu contoh saja! Okey, saya mudahkan penjelasan saya. Aina tu rimas dengan Fahmi sebab sikap Fahmi macam tu. Tapi awak tau tak kenapa Fahmi jadi macam tu?"
"Sebab Fahmi tak pernah bercinta?"
"Exactly! Kalau dia tak pernah bercinta, dan pada saat dia jatuh cinta, dia akan pastikan perempuan tu selesa dengan dia but in his own way. Dan dia akan pastikan perempuan tu jadi milik dia. That's what we call psycho. Dia tak boleh terima kekecewaan. Tapi tak semualah macam tu. Some people with that kind of disease.." jelas Firdaus lagi. Dan kali ini, dia tahu Rossa mengerti maksudnya kerana gadis itu terangguk-angguk mendengar penerangannya.
"Tapi itu satu masalah kan? Saya pasti ada masalah yang lain lagi, yang sedang membelenggu fikiran awak kan?" tebak Firdaus lagi.
Tanpa segan-silu, Rossa mengangguk pantas. Entah kenapa dengan lelaki itu dia selesa bercerita dan meluah rasa. Seolah-olah ada magnet yang mampu menarik dia untuk terus mempercayai Firdaus.
"Pasal apa? Don't tell me that he wants you to help him with Aina..."
"Yes, indeed!" Rossa meluahkan keluhan. Perlahan dan panjang.
"Dia nak mintak tolong macam mana?"
"Dia suruh saya pikat Aina bagi pihak dia! Dan tolong dia buat rasa macam mana bercinta"
"So kenapa tak tolong je? Lepas awak tolong tu, dah menjadi dia dengan Aina nanti, awak dan si Fahmi tu senanglah! Awak lega sebab dah selamatkan satu hati. Fahmi senang sebab dah dapatkan cinta sejati dia. Win-win situation! Both parties win, lose nothing!"
"Itu kalau menjadi! Kalau tak menjadi macam mana?"
"Kalau tak menjadi, awaklah yang kena jadi kekasih paksa rela dia!" tukas Firdaus sambil mengekek.
Rossa naik geram dengan lelaki itu. Dia serius, tetapi Firdaus mempermainkannya. Lantas, sebuah cubitan singgah di atas lengan lelaki itu. Firdaus mencuba untuk mengelak tetapi usahanya gagal. Rossa lebih bijak dan tangkas kali ini. Apabila melihat Rossa semakin bersemangat hendak memerangkapnya, dia segera bangkit dan menjarakkan diri.
Rossa tidak mahu mengalah. Dia mengejar Firdaus dari belakang. Terjadilah aksi kejar-mengejar antara mereka. Burung-burung yang bertenggek di dahan pokok saling berkicauan, daun-daun kering mulai gugur lalu berbaring di atas rumput. Bunga-bunga yang tumbuh di tepi jalan mulai memekar dengan sendiri. Seperti dua hati itu yang tanpa sedar mulai mentuntaskan benih cinta.

MEREKA berteduh di balik pokok apabila sayup-sayup kedengaran titik hujan mula membasahi bumi. Pokok yang bercabang dua itu mempunyai daun dan dahan yang cukup besar, membolehkan mereka menumpang di situ.
Rossa menjenguk ke tempat kegemarannya. Tempat di mana dia selalu lepak dan bersantai sambil membaca novelnya. Tidak sempat dia menyelamatkan barangnya kerana hujan sudah semakin lebat.
"Macam mana nak balik ni? Awak punya pasallah ni!" omel Rossa sambil tangannya turut sama hinggap di pinggang Firdaus. Kelihatan lelaki itu mengelak sedikit.
"Ehhh saya pulak! Yang awak kejar saya kenapa?"
Rossa terdiam. Betullah apa yang diperkatakan Firdaus. Jika bukan kerana dia bertindak mengejar lelaki itu, mungkin saat ini dia sudah duduk goyang kaki di rumah. Itulah, gatal sangat nak main kejar-mengejar! Huhh!
"Awak tu yang gatal sangat kejar saya. Awak mesti ingat kita ni macam dalam filem Kuch Kuch Hota Hai tu kan?" Firdaus mengusik.
"Eeeee jangan nak perasanlah! Bila pulak saya gatal nak kejar awak? Mengadaaa!"
Firdaus mengekek ketawa. Seketika, dia membuang pandang ke dada langit. Hujan kian membasahi bumi. Gelap pula di atas. Dan tiada tanda-tanda hujan akan berhenti.
"Tadi awak naik apa sini?" tanya Firdaus. Dia terpaksa menguatkan suaranya kerana bunyi hujan yang agak lebat membataskan percakapannya.
"Tarik? Tarik apa?"
Firdaus menepuk dahi. Lain yang aku tanya, lain pula yang dia dengar. Nasib muka lawa!
"Bukan tariklah!" Firdaus tiada pilihan melainkan mendekat diri ke sisi Rossa. Dia menunduk sedikit bagi menyamai ketinggian Rossa. Kemudian, dia berbisik di telinga gadis itu. "Awak datang sini naik apa?"
"Grab! Saya tak drive tadi. Kenapa?" Rossa turut menguatkan suaranya.
"Saya hantar awak balik. Kalau tunggu lama kat sini, rasa-rasanya esok baru berhenti ni. Saya parking kereta kat hujung sana" Firdaus memberikan cadangan. Hari pula sudah mahu berganjak ke malam. Kalau malam-malam di sini, dia tidak tahu apa yang akan terjadi kepada dia. Apatah lagi berada di samping Rossa saat ini.
Rossa mengunci mulut. Tidak berani hendak membuat keputusan. Buatnya umi nampak dia dengan lelaki lain, mahu naya dia dikerjakan umi! Tetapi kalau tidak pulang, takkan mereka bermalam di sini?
"Jomlah.. " Rossa mengalah akhirnya. Tahulah dia menjelaskan kepada umi nanti.

SETELAH selesai menunaikan solat Isyak, Rossa bersandar pada dinding katil. Telekung putih bercorak bunga berwarna kuning masih melekap pada badan. Seketika dia mengeluh. Kemudian bibirnya merekah dengan senyuman. Teringat akan peristiwa siang tadi.
Firdaus itu agak romantis orangnya. Setelah penat bermain kejar-mengejar, mereka sempat melabuh duduk di tepi tasik. Berborak panjang dan berkongsi rasa. Dengan Firdaus, dia tidak mampu menyembunyikan rasa hati. Termasuklah hal Bakri yang turut membelenggu otaknya, diceritakannya kepada lelaki itu. Namun pada Firdaus, dia menggelarkan Bakri itu Si Kening Bersatu! Firdaus mengekek mendengar gelaran tersebut.
Dia sempat dinasihati oleh lelaki itu. Menurut Firdaus, Bakri itu lelaki pengecut kerana awal-awal lagi sudah menarik diri dari bertempur dalam peperangan cinta.
"Meskipun pernah terluka dengan masa lampau, itu bukanlah alasan dari berhenti mempercayai cinta. Kerana cinta itulah pemberi semangat dan penawar bagi hati yang telah mati. Dengan cinta, kita bisa percaya pada semua perkara. Sebagai contoh, kita yang hidup di muka bumi ini mempunyai kepercayaan dan keyakinan masing-masing. Dengan cinta kita percayakan Tuhan kita masing-masing. Kalau tanpa cinta, kita takkan mempercayai Dia. Dan kerana cinta pada Dia, kita akan sentiasa kuat dan percaya semuanya akan baik-baik sahaja"
Rossa tersenyum lebar saat mengingat kembali kata-kata Firdaus itu. Hmm.. sungguh, lelaki itu punya pendapat dan falsafah yang berbeza untuk setiap perkara. Dan untuk setiap falsafah itu, Rossa tenang mendengarnya. Tadi sebelum pamit, Firdaus sempat meninggalkan nombor telefonnya pada Rossa.
"Kalau ada apa-apa masalah, call saya. Tangan saya tak mungkin dapat gapai awak, kaki saya tak mampu untuk sampai ke tempat awak, tapi hati saya akan sentiasa ada untuk setiap hari-hari awak. Jangan lupa tu!" Sempat lagi lelaki itu mengerdipkan mata sebelum memecut laju Nissan Almeranya.
Dan di situ, Rossa terasa debar di dadanya kian memuncak. Degupannya semakin kuat bunyinya. Jantungnya seakan laju mengepam darah. Wajahnya memerah.
"Apa dah jadi dengan aku ni?" Rossa menampar lembut pipi sendiri. Lama dia begitu sehinggalah ruang dengarnya menangkap suara umi mengajaknya untuk makan malam bersama.
Cepat-cepat dia menanggalkan telekung dan menyimpannya bersama sejadah di besi penyidai. Nasib sahaja umi tiada di rumah sewaktu dia pulang tadi. Kalau tidak, jenuhlah dia hendak menjawab pertanyaan dari bibir uminya itu.

HARI ITU, Rossa sudah minta izin dengan Umi Za untuk kerja setengah hari saja. Dia berjanji akan mengemas dan menyiapkan segala-galanya sebelum pamit. Apabila ditanya umi mengenai permintaannya itu, Rossa hanya menjual nama Bakri sebagai penyelamat. Dan umi seperti tertarik dengan nama tersebut hanya mampu tersenyum dan mengangguk kepala tanpa sebarang pertanyaan lagi.
Rossa menghela nafas lega. Dia sebenarnya tidak mahu berhadapan dengan Fahmi dalam keadaan yang terlalu lama. Risau jika lelaki itu akan bertanya yang macam-macam. Semalam saja, dia menerima 12 panggilan daripada Fahmi tetapi tidak satu pun terbalas. Huhh! Adakalanya Rossa rasa bersyukur kerana bukan dia yang menjadi teman wanita lelaki itu. Kalau tidak, entah macam mana huru-haralah hidupnya nanti!
Setelah selesai dengan pekerjaannya, Rossa mencapai beg sandit yang tergantung di dinding dan mahu segera beredar. Dia sempat melihat Fahmi sedang sibuk memasak di dapur. Belas juga hatinya melihat gelagat lelaki itu. Apabila teringat kembali nasib yang menimpa Fahmi, dia jadi kasihan pula. Lelaki normal seperti dia tidak pernah bercinta? Macam tak masuk dek akal! Haihh!! Sudahlah hati. Kau kasihan pada orang seperti itu, tapi yang menanggung deritanya engkau!
Rossa cepat-cepat keluar dari situ sebelum terserempak dengan Fahmi. Langkah diatur menuju ke kereta. Dalam pada itu, dia sempat menghubungi Bakri. Tetapi panggilannya tidak berjawab. Dia mengeluh lalu memboloskan diri ke dalam perut kereta. Didail lagi nombor Bakri tetapi tiada sahutan. Rossa mengalah. Kepala disandarkan ke dada kerusi.
"Kenapa dia tak jawab panggilan aku? Busy sangat ke?"
Rossa terasa seperti memperbodohkan diri sendiri. Seolah-olah dia yang berkehendakkan lelaki itu padahal niat sebenarnya hanyalah untuk menolong Bakri bangkit dari masa lampaunya sahaja. Malu pula apabila mengingatkan kebodohannya sendiri. "Ni mesti dia ingat aku rindukan dia ni! Aduhhh! Apa yang dah kau buat ni Rossa? Takkan nak patah balik? Kau dah janji nak tolong Hafizi kan? Kembalikan abang dia yang separuh normal tu ke paksi semula! Ini yang payahnya kalau berjanji tanpa berfikir kesannya! Arghhh!"
Rossa meletakkan kepala ke stereng kereta. Memejamkan mata sambil berfikir arah tujuannya selepas ini. Dia dapat melepaskan diri dari Fahmi, tetapi tidak Bakri! Dan untuk esok dan seterusnya, dia pasti akan berhadapan dengan Fahmi juga.
Rossa mencelikkan mata. Fikirannya agak berserabut. Hal Bakri harus dikemudiankan. Dia harus menyelesaikan dulu kusut di hati dan minda Fahmi. Kasihan juga melihat nasib lelaki itu. Dia tidak membuat apa-apa kesalahan, kecuali jatuh cinta! Itupun satu masalah kerana cintanya tak terbalas!
Enjin kereta dihidupkan. Dia harus ke kedai buku Popular, tetapi bukan untuk mencari novel. Kali ini, sasarannya adalah buku cinta!

TELEFON BIMBITNYA diletakkan kembali di atas meja. Barusan, dia menerima panggilan telefon dari Rossa sebanyak 4 kali. Apa yang dia inginkan? Fikirnya, urusan mereka sudah selesai tempoh hari. Dan setelah itu, mereka tidak akan berurusan lagi. Nombor Rossa juga sudah dia padam dari senarai kontaknya. Pun begitu, otaknya masih mampu mengingati dengan jelas 11 angka nombor telefon milik gadis itu.
Bakri melepaskan keluhan. Dia tidak ingin hatinya terjerat dengan cinta lagi. Dia serik jika harus kehilangan orang tersayang lagi. Untuk itu, dia sedaya upaya mengelak dari terus bertembung dengan Rossa. Tetapi jika hanya dia yang bersikap begitu sedangkan Rossa buat tidak tahu, dia juga tidak mampu melawan kehendak hati yang begitu menginginkan gadis itu.
Bakri kusut. Bohonglah kalau dia tidak ingin merasa mencintai dan dicintai semula. Kehadiran Rossa umpama menjawab segala teka-teki selama ini. Tetapi dia keliru. Risau jika nyawa Rossa pula yang menjadi taruhan. Dia mempunyai banyak musuh, bahkan musuh dalam selimut sekalipun! Dia tidak ingin Rossa menemui nasib seperti arwah Marlia. Jika itu yang terjadi, dia tidak akan mampu memaafkan dirinya sendiri.
Foto Rossa yang terselit di sebalik buku catatannya diselak. Dia memandang wajah Rossa yang sedang dalam senyuman itu. Teringat pula saat mula-mula mereka bertemu dahulu. Gadis itu sengaja berpakaian selekeh dan menyembunyikan ayu wajahnya di sebalik mekap yang tebal. Setelah membersihkan diri, barulah Bakri melihat tampang sebenar Rossa. Ayu dan manis. Persis arwah Marlia. Dan foto itu sepatutnya menjadi milik Hafizi kerana mereka akan dijodohkan. Tetapi jodoh Hafizi tidak tertulis untuk Rossa. Kini, foto itu masih berada dalam tangannya. Dia jadi takut untuk memulangkan foto itu kepada pemilik asalnya, risau jika rindu tak terubat!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience