44

Romance Completed 28168

LAPORAN demi laporan dibelek oleh Zaid. Kes Hamid yang sempat tergendala suatu masa dulu dibacanya dengan teliti. Dulu, kes itu hampir berjaya dirungkai oleh Bakri. Tetapi disebabkan kekangan bukti, maka pihak polis tidak dapat menyabitkan Hamid dengan segala tuduhan.
"Kes Hamid ni, putus tengah jalan kan?"
Pertanyaan Zaid, disambut Erika dengan anggukan kepala.
"Kita kekurangan bukti untuk sabitkan dia dengan apa-apa tuduhan. Jadi dia terlepas sebelum sempat kita hadapkan ke penjara" sampuk Mariam pula.
"Kita kena bukak balik kes dia" usul Zaid. Wajahnya serius menatap seraut tampang Erika. Sejak dua menjak ini, lain benar perasaannya saat berhadapan dengan gadis kacukan Serani itu.
"Bukak balik? Are you sure?" Mariam tidak percaya. Kes itu pernah diletakkan di bawah tanggungjawab Bakri sebelum ini. Kes yang sungguh rumit dan misteri! Masakan mereka mahu memfailkan semula kes Hamid dengan tanpa bukti? Lagipula, Hamid orangnya cukup bijak. Dia bisa membaca dan menghidu pergerakan polis.
"Yeah, I am very sure and I'm serious! Takkan nak biarkan kes dia tergantung? And one more thing. Nahas jalan raya yang menyebabkan Bakri terkorban..." Dia pandang wajah Erika dan Mariam silih berganti. "Kena sabotaj!"
Erika dan Mariam ternganga. Seluruh unit berfikiran bahawa memang sudah takdir Bakri pergi menghadap Ilahi di usia begitu. Tidak pernah mereka menyangka kes Bakri adalah kes sabotaj. Kalau betul, siapa pelakunya?
"Tuan yakin ke? Kalau betul kena sabotaj, siapa pulak yang sabotaj?" tanya Erika.
"Tu yang kita kena siasat! Tapi korang tak pernah fikir ke? Dalam kes Hamid ni, Bakri yang in-charge dulu kan?" Zaid melihat anggukan dari kedua mereka. "Dan disebabkan Bakri jugak, Hamid tak dapat jalankan kegiatan dia. Dia bersembunyi dan jadi buruan polis. Lama dia menyepi. Dan bila Bakri dah meninggal, kes dia tertutup macam tu je. Korang tak rasa ke yang kes Hamid dan Bakri yang tiba-tiba meninggal ni ada kaitan?"
"Maksud you, Hamid yang sabotaj kereta Bakri?" Mariam meluahkan pendapat.
"Or in other word, Hamid yang bunuh Tuan Bakri!" sampuk Erika pula.
"Yes. Truely agreed! Sebab tu kita kena bukak balik kes ni. Kalau kita berjaya sabitkan Hamid dengan bukti-bukti yang cukup, kita jugak akan dapat siasat siapa yang sabotaj Bakri!"
Zaid mulai menggerudi otak. Memikirkan kembali semua rentetan peristiwa dan kata-kata Firdaus beberapa bulan yang lalu. Untuk menyelesaikan misteri itu, dia harus bermula dari titik pertama. Dan untuk itu, dia harus kembali kepada Firdaus!

HUJUNG minggu itu, Rossa membawa Firdaus untuk ke tempat Aina. Dia sudah berjanji untuk melawat Aina jika ada kelapangan waktu. Sempat juga dia membeli beberapa buah tangan untuk dibawa kepada Aina.
"Masuklah, Rossa, Fir. Aina masih mandi. Kejap lagi turunlah dia" pelawa Ainida.
Rossa dan Firdaus sudah melabuh punggung di atas sofa kecil. Buah tangan yang dibawanya untuk Aina sudah diserahkan kepada Ainida. "Duduklah dulu. Akak nak ke belakang kejap" Ainida minta diri.
Mereka duduk membelakangkan bilik Aina. Mata Rossa melilar sekeliling. Hiasan rumah yang cantik dan sederhana itu memang sedap mata memandang. Warnanya yang hijau kedaunan menambahkan lagi keselesaan pada segenap ruang.
Mata Rossa tertancap pada dua buah buku di atas meja. Dia mengerut dahi saat membaca tajuk novel tersebut. Sepohon Rindu Terlerai dan Kerana Dia Cinta! Seingat dia, novel itu ada dalam resit pembelian Firdaus semalam. Takkanlah?
"Rossa!" Aina terjerit kecil saat melihat Rossa yang menanti di ruang tamu. Rossa menoleh lantas mendekati Aina. Tubuh keduanya bersatu.
"Sorry, baru dapat masa jenguk Aina" Rossa menuturkan kata-kata.
"Takpe. Saya faham, Rossa sibuk"
Rossa mengukir senyum. "Oh lupa pulak! Abang, Rossa nak kenalkan. Ni Aina"
Rossa menoleh ke arah Firdaus. Dilihatnya suaminya itu memusingkan tubuh menghadap mereka. Saat itu, Firdaus terpana apabila melihat Aina di hadapan mata.
Aina kaget menerima kehadiran Firdaus. Dia masih ingat seraut wajah yang penuh dengan senyuman. Wajah itu juga yang membuatkan dia seperti orang bodoh, menunggu lama di kedai buku!
"Awak.." tukas Firdaus dan Aina serentak. Kemudian, mereka berbalas senyuman.
Rossa mengerut dahi. Cemburu mula bertandang dalam hati. Mereka kenal ke? Jangan-jangan? Rossa kerling dua buah novel yang sempat dia baca tadi.
"Abang kenal Aina ke?" Rossa sudah berdiri di sebelah suaminya.
"Kenal. Ingat tak, abang pernah cerita pasal gadis yang tolong abang cari buku haritu? Dia nilah..." Firdaus tersenyum ceria. Tidak menyangka dapat bertemu lagi dengan Aina.
Ohh! Rossa mengangguk kepala. Disebabkan gadis itu, dia diamuk dengan perasaan cemburu. Hmmm..
"Saya tak sangka pulak, dia suami Rossa" Aina tersengih.
Rossa hanya mengukir senyum. Tiba-tiba hilang moodnya untuk bersuara. Dilihatnya Aina memandang Firdaus tak berkelip, menambahkan lagi debaran dalam dada. Perasaannya mulai tak sedap... apatah lagi setelah melihat Firdaus dan Aina berbalas senyuman.
Rossa emosi! Seakan ingin hatinya mengamuk ketika itu juga!

SELESAI makan tengah hari, Rossa dan Firdaus menghirup udara di beranda rumah. Pokok-pokok yang berkembang mekar mencantikkan lagi halaman rumah. Ketika itu, muncul Aina sambil menatang dulang yang berisi air. Diletakkan di atas meja.
"Minumlah dulu" pelawa Aina sambil tersenyum.
"Thanks" ucap Rossa sepatah. Seboleh mungkin, dibuang perasaan cemburu dan emosinya yang tidak menentu itu. Lagipula, dia menahan pening kepala yang tidak pernah surut itu.
"Cantiklah ruang rumah awak ni Aina. Seronok kalau untuk ambik angin" sampuk Firdaus. Matanya melilau sekeliling.
"Memang pun! Kalau awak nak ambik angin sini, datanglah selalu"
Rossa naik menyampah pula dengan keramahan Aina. Takkan tidak tahu dengan dirinya yang ada di antara mereka berdua? Hello, Rossa masih wujud kat sini okey?!
Raut wajah Firdaus mulai berubah. Pelik pula dengan kata-kata Aina itu. Segera, dia pandang wajah Rossa yang memang sedang mencuka itu. Tahulah dia isterinya sedang diamuk cemburu.
Didekati Rossa, lantas dipeluk bahunya. "Kalau Rossa ada, in Shaa Allah saya ada jugak. Kan sayang?"
Rossa terpujuk dengan sikap Firdaus. Diangguk kepala sambil tersenyum.
"Maksud saya, bawak Rossa sekali" Aina terasa hendak menampar mulut sendiri. Dia lupa dengan kehadiran Rossa di situ. Malu tak sudah dengan sikap sendiri. Aduhhh!
"Abang nak pergi hujung sana sekejap. Nak tengok-tengok sekeliling. Sayang nak ikut?"
Rossa menggeleng lemah. Kalau diturutkan hati, dia ingin menemani Firdaus tetapi pening yang semakin menyucuk kepala, membatalkan niatnya.
"Takpe. Saya boleh temankan" Aina menawar diri. Rossa semakin terjerut. Moodnya kelaut semula. Tak boleh ke Aina duduk saja dengan dirinya di situ? Berborak dan berkongsi rasa? Kenapa harus menemani Firdaus?
"Errr.. " Firdaus serba salah. Wajah mendatar Rossa dipandang penuh debaran.
"Takpelah kot! Saya duduk dengan Rossa je kat sini" Firdaus tidak mahu Rossa tersakiti. Setiap bahasa badan dan raut wajah Rossa mampu dia fahami. Dan saat itu, dia tahu Rossa sedang cemburu!
Rossa menarik nafas lega dengan kata-kata Firdaus. Moodnya kembali stabil. Bersyukur dengan sikap Firdaus yang sentiasa berusaha menjaga hatinya.
Aina hanya mampu tersenyum. Terbit rasa cemburu dengan nasib baik yang menimpa diri Rossa. Sedangkan dia? Gadis yang sudah hilang kesucian dan harga diri!

HARI sudah hampir gelap. Rossa dan Firdaus pamit diri. Rossa bersalaman dan berpelukan dengan Aina da Ainida. Tersungging senyuman hambar di wajah apabila Aina sempat berpesan, "Kalau ada masa, datanglah lagi sini" Rossa hanya mengangguk saja. Bukan dia tidak tahu maksud omongan Aina itu. Tetapi tidak mahu pula dia terlalu melayan perasaan.
Rossa dan Firdaus sudah menapak ke kereta. Tiba-tiba, Aina hendak terjatuh ke lantai dek kerana tidak dapat mengimbangi tubuh badannya. Lantai tersebut licin kerana dimop oleh Ainida tadi. Dan kecuaian Ainida membuatkan Aina hampir jatuh. Namun belum sempat tubuhnya mencium badan lantai, dia ditarik oleh Firdaus. Laju saja tangannya memaut leher lelaki itu.
Rossa kaget. Cemburu dan marah mula menguasai diri. Benci hatinya melihat drama yang ada di depan mata itu. Bibirnya diketap.
"Are you okay?" tanya Firdaus sesudah melepaskan Aina dari sisi.
Aina yang berona merah hanya mengangguk kepala tanpa bersuara. Dadanya berombak kencang. Malu dan mula tidak menentu.
"Thanks God!" ucap Firdaus. "Next time, hati-hati. Lantai ni licin. Nasib baik awak tak jatuh"
Aina tergelak. "Dua kali dah awak selamatkan saya.Terima kasih ye?"
Firdaus hanya mengangguk. Pertolongan kecil dari saudara sesama Muslim. Tiada yang istimewa pada pertolongan tersebut.
Rossa menahan hati. Dua kali? Ohh maksudnya dah dua kali lah mereka macam ni? Dan Firdaus tidak memberitahu dia apa-apa pun soal itu. Hati Rossa memberontak!
Ainida mulai tidak senang hati. Melihatkan kemesraan Aina yang semacam itu, dia sudah mampu memahami. Dalam hati, tak henti-henti dia berdoa agar dijauhkan dari prasangka tersebut.

DARI dalam kereta petang tadi sehinggalah ke larut malam, Rossa tidak bersuara walau satu patah sekalipun. Apabila Firdaus mengajaknya makan, dia hanya menggeleng kepala dan terus menyelinap masuk ke bilik. Maghrib dan Isyak juga dia hanya tunduk menyalami tangan Firdaus tanpa apa-apa kata. Makan minum Firdaus tersedia di atas meja namun lelaki itu tidak berselera hendak menjamah. Risau dengan keadaan Rossa itu.
Derap kaki diatur mendekati Rossa. Tubuh kecil Rossa dilihatnya sudah berbaring di atas katil. Pucat saja bibir isterinya. Hati Firdaus semakin bingung.
"Sayang.." Tubuh Rossa digoncang lembut. "Kita makan jom. Abang tak makan lagi ni"
Rossa beku. Tidak memberikan sebarang respon kepada suaminya. Entah kenapa, dia begitu terluka dengan Firdaus hari itu. Emosinya betul-betul terganggu.
"Kenapa ni? Dari petang tadi asyik senyap je ni. Abang risaulah" Keluhan berat keluar dari bibir Firdaus. Tidak pernah Rossa membuat onar seperti itu.
"Rossa nak tidur" Suara Rossa mendatar saja. Dia menolak tangan Firdaus yang membelai tubuhnya. Kemudian, diselimuti tubuhnya dengan comforter.
Firdaus tersentak dengan kelakuan Rossa. Dia menahan sabar dengan sikap isterinya yang menolak belaiannya itu. "Okey, go to sleep. Nanti nak apa-apa, panggil abang ye?" Dahi Rossa dikucup.

JAM sudah berginjak ke pukul 12. Rossa tidak mampu untuk melelapkan mata. Puas dipaksa matanya untuk lelap, namun tidak berhasil. Dia perasan tangan Firdaus sedang memeluk pinggangnya. Rossa melepaskan keluhan kecil. Peristiwa tadi mula terbayang-bayang di tubir mata. Bukan dia tidak sukakan Aina tetapi entah kenapa hatinya kurang enak dengan kehadiran gadis itu. Dia tahu, Aina meminati Firdaus. Walaupun tidaklah 100% yakin, tetapi peratusan itu tetap ada. Dia boleh nampak dari bahasa tubuh gadis itu. Kehadiran Aina betul-betul telah memecahbelahkan hatinya saat ini.
Dia mula membayangkan dirinya kehilangan Firdaus. Kuatkah dia menghadapi semua itu? Dia takut jika kehilangan Firdaus sama ada rela atau terpaksa. Dia tidak mampu untuk terus berdiri jika harus tanpa Firdaus. Dia tahu, Firdaus setia dan hatinya mampu untuk menjaga kepercayaan yang terjalin. Tetapi dia tidak mampu untuk terus mengawal hati wanita lain yang menaruh perasaan pada suaminya. Inikah dugaan? Setelah dia benar-benar telah jatuh cinta, ujian ini pula mendatang dalam kehidupan mereka.
Rossa tidak dapat menahan emosi. Dia sudah teresak-esak sendirian. Airmata yang jatuh berguguran semakin deras mengalir.
Firdaus tersedar dari tidur. Mendengar esakan Rossa, hatinya dipaut seribu kedukaan. Lantas, dia memusingkan badan Rossa untuk menghadapnya.
"Kenapa ni? Cuba bagitau abang. Dari tadi senyap, tak bercakap. Bila abang tanya, sayang tak nak jawab. Sekarang sayang menangis pulak. Kenapa ni? Abang ada buat salah ke?"
Rossa terus-terusan menangis tanpa menjawab satu pun soalan daripada suaminya. Dia tiada upaya hendak menjawab, apatah lagi setelah pening di kepala terasa semakin menyucuk. Semuanya serba tak kena.Dia tak sukakan Aina! Dia tak sukakan Firdaus! Dan dia benci dengan dirinya yang sungguh lemah ketika ini!
Tangisan Rossa semakin kedengaran. Firdaus semakin bingung. Puas dipujuk, namun Rossa tetap beku. Dugaan apa lagi yang sedang melanda hubungan mereka? Adakah gara-gara Aina? Tetapi dia tidak pernah mempunyai perasaan istimewa terhadap gadis itu. Mereka bertemu di kedai buku hanya secara kebetulan. Dan pertemuan kali kedua di rumah Aina juga kerana satu kebetulan. Perasaannya hanya milik Rossa. Kenapa Rossa membuat onar seperti ini?
"Sayang..." Firdaus juga sudah menangis. Dipeluk erat tubuh itu dalam cinta yang penuh membara.Tanpa Rossa, dia tidak mampu mengecapi apa yang dirasakannya saat ini.
Dapat Firdaus rasakan betapa erat Rossa memeluknya. Dia tahu, Rossa sedang berduka. Tetapi atas alasan apa, dia masih kurang pasti.Dibelai lembut belakang Rossa da dikucup bahunya berkali-kali. Dia ingin Rossa tahu, tiada siapa yang berhak menggantikan posisi Rossa di hatinya!
"Rossa marahkan abang ye? Abang mintak maaf kalau abang ada buat salah" Dahi Rossa dikucup. "Abang tak reti nak jaga perasaan Rossa. "Bibirnya berlabuh pada pipi kanan Rossa. "Abang tak mampu nak jadi yang terbaik untuk Rossa, sebab tu sayang selalu sedih".Kali ini, sasaran bibirnya tepat mengena ke pipi kiri Rossa. "Tapi abang tak pernah dustakan cinta abang. Abang tak tahu apa yang dah buat Rossa sedih, tapi abang boleh agak ianya berkaitan dengan Aina" Dagu Rossa dipaut. Saat itu, mata mereka bertentang. Ada cahaya cinta yang begitu mendalam dalam sinaran mata Rossa. Dan dia tau, sinaran itu untuk dirinya.
Rossa semakin galak menangis. Wajahnya disembamkan ke dada bidang milik Firdaus. Mendengarkan saja nama Aina, hatinya mula berkocak hebat.
Firdaus menghela nafas. Terlerai sudah sebuah persoalan. Aina punca segala-galanya! Disebabkan itulah, perangai Rossa berubah 100%!
"Rossa mintak maaf" Ngongoi Rossa dalam tangisan. Firdaus mengangguk kepala. Belakang Rossa diusap. "Sayang tak salah. Abang faham. Tapi abang takde apa-apa perasaan pun pada Aina. Tak pernah pun terdetik di hati abang nak jadikan Aina sebagai pengganti. Sayang kena faham.. ini dugaan hidup kita. Kalau kita tak kuat, tak sabar, bahtera kita hancur! I don't want to lose you"
Rossa semakin galak mengalirkan airmata. Entah kenapa, emosi dan perasaannya tidak mampu dia kawal. Mudah saja dia tewas dengan perasaan sendiri. Dia mengetatkan pelukan dan tidak sedar dirinya tertidur dalam dakapan hangat sang suami...

"AINA, kenapa fikir macam tu? Firdaus tu suami orang! Suami Rossa! Rossa tu satu-satunya orang yang Aina percaya, dan jugak kawan Aina" Berombak rasanya hati Ainida saat Aina menyatakan hasrat yang sangat tak masuk akal! "Aina sukakan Firdaus!"
Kalau Firdaus masih lagi bujang, mungkin dia akan merisik lelaki itu buat Aina. Tetapi Firdaus sudah memegang status suami orang. Dan Rossa, adalah seorang yang sangat baik pada pandangannya. Benarlah telahan hatinya siang tadi. Aina memang menaruh hati pada Firdaus!
"Aina tahu. Tapi Aina dah terlanjur sukakan Firdaus! Akak ingat, Aina dapat ke kawal perasaan Aina? Ini pertama kali Aina percayakan seorang lelaki setelah peristiwa tu.." Ada getaran pada nada suaranya saat menyatakan itu. "Aina tahu, salah untuk Aina sukakan suami orang. Tapi ini perasaan Aina, hak Aina. Akak tolonglah hormat. Jangan halang Aina"
Ainida mendengus. "Habis tu Rossa macam mana? Pernah fikir tak, apa akan jadi pada Rossa kalau dia tahu perasaan Aina? Aina cuba letak diri Aina pada tempat Rossa. Apa Aina akan rasa kalau ada perempuan lain sukakan suami Aina? Aina boleh terima ke?" Bertubi-tubi soalan yang Ainida kemukakan, dengan harapan Aina akan membuang jauh-jauh perasaannya pada Firdaus.Memang tidak berdosa untuk jatuh cinta,tetapi sangat salah untuk mencintai hak orang lain.
Aina terdiam. Mula menghadam kata-kata Ainida. Dia memeluk tubuh sambil mengerut dahi. Dia juga tidak pernah memaksa untuk jatuh cinta pada Firdaus tetapi nasi sudah menjadi bubur. Dia tidak mahu berundur. Tidak apalah jika Firdaus tidak mempunyai getaran yang sama seperti dirinya. Yang penting, dia ingin Firdaus tahu akan perasaannya. Titik!
"Dek.." Bahu Aina dipaut lembut. "Kita balik Sekinchan ye? Kita usahakan tanah arwah abah dan mak kat sana. Kita majukan perniagaan yang mereka tinggalkan untuk kita. Tak payah balik KL ni lagi. Kita tinggalkan segala-galanya di sini dan bina hidup baru di kampung" Ainida separuh merayu. Wajah Aina ditatap penuh pengharapan.
Aina mengeluh. Dia tidak bisa melakukan apa yang diinginkan oleh Ainida. Jika sebelum dia berkenalan dengan Firdaus usul tersebut disarankan oleh Ainida, mungkin dia akan bersetuju tanpa berfikir panjang. Tetapi tidak dengan keadaan sekarang! Dia tidak akan tinggalkan Kuala Lumpur, dia tidak akan berganjak dari sisi Firdaus!

"ROSSA!" Jeritan dari satu suara menyentakkan Rossa. Dia yang hendak ke kaferia terus membantutkan langkah. Saat itu, wajah Zaid dan Erika menghiasi ruang mata. Dia melemparkan senyuman lantas didekati oleh mereka.
"Zaid, Erika! Hai" Dia menyapa.
"Hai" Zaid dan Erika serentak.
"Nak jumpa siapa kat sini?" Rossa melemparkan soalan. Jika dilihat Zaid dan Erika bersama, mereka nampak sangat padan. Bagai pinang dibelah dua lagaknya.
"Nak jumpa Azhan. Dia ada ke?" jawab Zaid.
"Ohh ada. Tapi tengah meeting" sahut Rossa. Teringat peristiwa pagi tadi. Mereka berdua langsung tidak bercakap ketika di dalam kereta. Entahlah, Rossa sendiri sudah buntu, cemburu, kurang enak. Dan segala macam perasaan mula bersarang dalam hati. Terseksa dia dengan menjeruk rasa seperti ini.
"Ohh takpe. Kalau macam tu, saya tunggu dia" Sahut Zaid. Dia mengangguk kepala saat Erika pamit untuk menjawab panggilan telefon.
"Ada hal apa awak cari dia?" Rossa merisik tahu.
"Ada kerja sikit. Nak mintak tolong dia"
"Tuan" Erika kembali ke sisi Zaid. "Saya kena balik balai. Ada emergency case"
Zaid mengerut dahi. "Emergency? Kenapa?"
"Errr..." Erika serba salah untuk mengkhabarkan berita itu di hadapan Rossa. "Salah seorang dari banduan kita" Erika memberi klu. Zaid mulai faham lantas mengangguk kepala.
"Awak nak balik sorang ke?"
"Aah. Mazlan dah tunggu dalam kereta. Tuan settlekan dengan Tuan Firdaus dulu. Nanti ada apa-apa, saya inform tuan"
Erika segera pamit. Langkahnya terus-terusan mencuri pandangan Zaid. Mazlan? Hati Zaid mula diterpa cemburu.
"Ehem" Rossa berdehem. "Tak baik pandang anak dara orang lama-lama. Kalau suka, masuklah meminang" sakat Rossa lagi.
Wajah Zaid membahang. Rossa ni tak ubah seperti Firdaus! Pandai betul serkap jarang orang!
"Awak nak tunggu dia kat mana? Nak join saya lunch?" Rossa mempelawa Zaid.
"Takpe ke ni?" Zaid mulai serba salah. Risau jika Firdaus salah tanggapan.
"Takpelah! Jom" Mereka beriringan menuju ke kaferia.

USAI sudah agenda mesyuarat mereka. Hasil perbincangan, Firdaus akan ke Indonesia bagi menguruskan projek terbaru yang berjaya diraih daripada Datuk Husin. Dia berkira-kira hendak membawa Rossa bersama. Kasihan pula dengan isterinya itu. Sejak mereka berkahwin, terlalu banyak hal yang berlaku sehingga mereka tidak mempunyai masa untuk berbulan madu. Nasib baik Rossa seorang isteri yang memahami. Jika tidak, pasti bernanah telinganya mendengar kompelin itu ini.
"Anita, where is Rossa?" Firdaus lihat meja kerja Rossa kosong. Dilihatnya Nani pula sedang khusyuk membuat kerja. Biasanya, Rossa akan keluar bersama Nani.
"She was here just now. I rasa, dia keluar lunch"
Firdaus kerling jam di tangan. "Lunch hour is over. She should be here by now. Dia lambat keluar ke?"
"Yup! Tadi dia ke toilet. Muka dia pucat. Bila I tanya, dia kata dia loya. Muntah-muntah dalam toilet. So I bagi dia keluar lunch and take her time. Perut dia kosong barangkali"
Firdaus mengangguk. Muntah-muntah? Sejak minggu lepas, dia perasan perubahan itu dalam diri Rossa. Selalu mual dan emosi mudah terusik. What is going on?
"I keluar kejap. I need to see her"
Anita hanya mengangguk. Langkah kaki Firdaus dihantar sehingga ke pintu. Dahinya berkerut. "That boss, and that little Rossa. Do they have something to confess?" Hmmm..

DARI jauh, Firdaus memerhati gelagat Rossa yang sedang bergelak tawa dengan Zaid. Hatinya dipagut rasa cemburu. Kenapa Zaid ke sini? Sengaja mencari Rossa?
"Kalau dengan aku, muka tu nak masam je. Kalau dengan orang lain, happy bukan main!" Sempat dia mengomel, serentak itu langkah kaki dilajukan mendekati mereka. Dia tidak tahan melihat adegan itu. Rossa memang sengaja mencabarnya!
"Happy nampak?" sindir Firdaus lantas mendekati mereka. Dahi Rossa dikucup. Sengaja menunjuk-nunjuk kemesraannya di hadapan Zaid. Biar Zaid tahu Rossa itu dia punya!
Rossa mati kutu. Pelik semacam perangai Firdaus. Sempat dia perhati sekeliling, risau jika ada yang melihat adegan Firdaus mengucup dahinya. Dia menghela nafas lega. Line clear!
"Rossa ni bercerita zaman dia kanak-kanak dulu. Tu yang aku gelak" sahut Zaid tanpa mengetahui apa-apa.
"Yeke? Rossa tak pernah cerita pun dengan abang" Riak Firdaus berubah drastik.Dari cemburu, dia diamuk radang. Namun sengaja dimaniskan wajah agar tak dikesan oleh Zaid.
"Err.." Hati Rossa berdebar.
"It's okay!" Dia senyum pada Rossa. Kemudian, berpaling pada Zaid. "Kau nak jumpa siapa kat sini?"
"Aku nak jumpa kau. Tapi Rossa cakap kau tengah meeting. Tu yang tunggu kau kat sini.Kau ada masa tak? We need to talk. It's urgent!"
"Okey, sure" Firdaus ambil posisi di sebelah Rossa.
"Err privately?" Zaid berkias. Rossa memahami kiasan tersebut.Dia bingkas bangun lalu mengatur langkah untuk kembali ke pejabat.
Setelah Rossa berlalu, Zaid membuka fail kes Hamid dan diserahkan kepada Firdaus.
"Kes Hamid. Re-case" tukas Zaid.
Firdaus mengerut dahi. Fail di hadapan ditilik seketika. Kes yang pernah diselesaikan oleh Bakri suatu masa dulu pernah tergendala dan diberhentikan setelah Bakri meninggal dunia. Banyak kekangan yang mereka hadapi dek kekurangan bukti.
"Kenapa kau nak re-case?"
"Ada benda tak kena pasal kes Hamid"
Kening Firdaus terangkat. "Like?"
"Punca kematian Bakri. Besar kemungkinan kena sabotaj!"
Wajah Firdaus mengerut. Dia juga pernah memikirkan hal yang sama. Kes kematian Bakri seolah ada kaitan dengan Hamid. Tetapi dia tidak berani mengatakan kerana tiada bukti yang kukuh untuk itu.
"Aku pun fikir benda yang sama dulu. Tapi bukti takde, so I couldn't do anything!"
"Sebab tu aku nak re-case semua ni! Sekaligus nak rungkai kematian Bakri"
"Mana kereta Bakri yang kena sabotaj tu?"
"Masih dalam simpanan polis. Kenapa?"
"Hantar pada pihak forensik. Bagi diorang buat kerja. Kalau betul kena sabotaj, mesti ada something yang musuh ubah pada kereta dia. Kena suruh diorang go for details! Benda sebesar hama pun akan tolong kita"
Zaid mengangguk. Menerima pakai idea Firdaus. Itulah sebabnya dia lebih suka bekerjasama dengan lelaki itu. Think out of the box, itu prinsip Firdaus yang sangat dikaguminya sehingga ke hari ini!

PINTU pagar teratak Umi Za terbuka saat ada yang menekan loceng. Tersembul wajah seorang lelaki di situ dengan senyuman manisnya. Umi Za mengerut dahi. Siapa lelaki ini? Dia tidak pernah melihatnya sebelum ini.
"Ni rumah Firdaus ke?" tanyanya ramah.
Umi Za menggeleng kepala. "Ni rumah mentua dia. Anak ni siapa? Kenapa cari dia?"
"Saya, Khalid. Kawan lama dia. Sama jabatan polis dengan dia dulu" Khalid berbohong. Dia ke situ kerana ingin mengerjakan Firdaus, atas arahan Hamid. Kerana Firdaus sangat kebal pada senjata, dia menggunakan kaedah psikologi pula. Yang pasti, Firdaus akan jatuh tersungkur tidak lama lagi!
Umi Za pamer senyuman. "Masuklah dulu. Kita berborak di dalam"
"Ehh takpe makcik. Saya datang ni sebab nak bagitau, orang yang pernah dia langgar dulu, kami tak dapat jumpa keluarga dia. Jadi saya datang ni nak bagitau dia pasal ni"
Dahi Umi Za berkerut seribu. "Orang yang dia langgar?"
"Aah. Dulu masa bertugas, Fir tak sengaja terlanggar sebuah kereta Honda City. Dan penumpangnya seorang lelaki dan isterinya yang ketika tu sedang sarat nak melahirkan"
Hati Umi Za mulai berdetak hebat. Kenapa cerita itu seperti sama dengan kisahnya yang lampau? "Siapa nama orang yang dia langgar tu?"
"Kalau tak silap, nama pakcik tu Azman"
Sah! Itu arwah suaminya. Apa semua ni? Siapa Firdaus sebenarnya? Apa kaitan dia dengan arwah suaminya?
Khalid mengukir senyum sinis. Pancingnya mengena. Tunggu masa saja lagi! "Dulu, Fir pernah melanggar pakcik Azman ketika sedang menjalankan tugas. Disebabkan kecuaian dia, pakcik Azman meninggal dunia dan anak dalam perut isterinya pulak tidak dapat diselamatkan. Disebabkan hal tu, dia disenaraihitamkan dari menyertai mana-mana perkhidmatan kerajaan. Tujuan saya datang ni sebab nak bagitau dia yang kami tak berjaya menemui keluarga pakcik Azman. Dah lama dia cari keluarga arwah, sebab nak mintak maaf"
Umi Za menggenggam penumbuk. Dadanya berombak menahan amarah. Rupa-rupanya, Firdauslah yang telah membunuh ahli keluarganya. Lelaki itu juga punca kebahagiaannya musnah. Dia tidak akan memaafkan Firdaus, walau apa pun yang terjadi! Dan dia harus menjauhkan Rossa dari pembunuh suaminya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience