TANGAN Fahmi digari di belakang. Dia ditempatkan di sebuah bilik gelap bersama dengan beberapa orang pegawai polis yang bertugas.
Zaid mengetuai, diikuti Erika, Mazlan dan Mariam. Mereka harus menyoal siasat dan mengorek lebih banyak maklumat mengenai kehilangan enam gadis yang masih belum lagi ditemui.
Fahmi didudukkan di atas kerusi kayu. Ada sebuah meja segi empat yang memisahkan dia dan Zaid. Wajahnya sinis memandang pegawai muda itu.
"Permainan kau dah tamat Fahmi! Takde orang yang akan tolong kau. Mahkamah pun takkan benarkan kau diikat jamin. Jadi ada baiknya kau berterus-terang!" Zaid memulakan mukadimah. Wajah Fahmi ditenung tajam.
Fahmi mengekek. Wajahnya tetap sinis, sengaja hendak menyakitkan hati Zaid. Kemudian, dia pandang pula Erika atas bawah sambil menjelirkan lidah.
"Cantik! Sayangnya kau bukan dalam senarai aku" tukas Fahmi lalu tertawa.
Zaid melayangkan sebuah tumbukan ke wajah Fahmi. Dia tidak boleh menahan sabar apabila berdepan dengan lelaki itu. Pantang dia apabila mana-mana lelaki menginjak maruah seorang perempuan.
"Sabar Tuan. Kita tak boleh cederakan dia" Erika mengingatkan.
"Jawablah sial! Mana kau sembunyikan lagi enam gadis tu?!" Zaid sudah hilang sabar.
"Aku nak gunakan hak berdiam diri boleh tak?" tanya Fahmi, sekadar hendak bermain-main. Padahal dia sedia maklum tidak ada peguam pun yang boleh diupah untuk menangani kesnya.
"Kau jangan nak main-mainlah! Baik kau berterus-terang sekarang sebelum lenyek kau aku kerjakan!" ugut Zaid. Dia semakin tertekan dengan permainan Fahmi. Sejak Fahmi ditangkap, mereka tetap menemui jalan buntu untuk mencari tahu kehilangan enam gadis tersebut.
Mazlan menenangkan Zaid. Dia mengambil alih tugas Zaid yang sudah bangkit dari kerusi. "Fahmi, kau bakal dihadapkan ke muka keadilan tak lama lagi. Kemungkinan besar untuk kau bebas atau dikurangkan hukuman itu tipis. Tapi setidak-tidaknya sebelum kau pergi tinggalkan dunia yang fana ni, kau dah buat satu ihsan dengan memberi kerjasama kepada kami. Tak ke kau rasa itu adalah tugas kau yang terakhir? Biar kami buat kerja kami yang lain"
Fahmi senyap. Mula menerima baik kata-kata lembut daripada Mazlan. Wajahnya sedikit mengendur,tidak seperti sebelumnya.
"Aku suka kau" Fahmi maksudkan Mazlan. Wajahnya tersenyum. "Tapi aku tak suka dia" Dia menoleh ke arah Zaid pula dengan wajah yang menyeringai.
Mazlan dan Zaid saling berpandangan. Sedikit lega kerana taktik Mazlan menjadi. Pendekatan halus dan tutur kata yang lembut harus digunakan sebagai serangan psikologi terhadap musuh atau suspek seperti Fahmi. Itu yang dipelajarinya melalui Firdaus ketika mereka sama-sama menyelesaikan kes tersebut tempoh hari.
"Okey, kalau kau suka aku, maknanya aku dah jadi kawan kau kan? Sebagai kawan, kita tak boleh berahsia. Kawan mesti menolong antara satu sama lain. Kan?" Mazlan menyerang lagi. Tetapi dengan lebih halus. Kali ini, dia gunakan jiwa dan perasaan Fahmi.
"Aku akan bagitau kau tapi aku tak nak dia ada sini" Fahmi membuang pandang ke arah Zaid. "Dia buat aku macam benda tak hidup tempoh hari!Sakit badan aku dia kerjakan!!" Fahmi sempat mengadu.
Mariam mendekati Zaid. "I rasa, ada baiknya you keluar. Dia tak suka you kat sini. Nanti apa-apa update, we will inform you"
Zaid mengalah. Dia menapak keluar dari bilik gelap itu. Pintu bilik dihempas sekuat hati. Setelah Zaid berlalu, Mazlan kembali ke agenda utamanya.
"Musuh kau dah keluar. Kau boleh cerita dekat aku"
Fahmi senyap kemudiannya. Dia mengetap bibir. Seketika, dia terimbau kembali peristiwa beberapa minggu yang lepas. Dia tersenyum lalu tertawa. Wajah Warda, Imani, Zulaikha, Sofia, Riana dan Fazz silih berganti mengambil tempat di tubir mata.
Mazlan, Erika dan Mariam saling berpandangan. Mereka menanti dengan sabar akan respon daripada Fahmi. Mazlan meletakkan pita perakam di atas meja. Dia ingin merakam setiap perbualannya dengan Fahmi untuk dijadikan bukti dan sebagai petunjuk.
"Warda. Dia cantik. Dia sebaya aku. Lemah lembut, sopan, pandai masak. Siapa je yang tak jatuh cinta pada dia? Aku kenal dia masa dia kerja kat kedai mamak tepi jalan tu. Aku selalu order mi goreng mamak. Aku tahu dia sukakan aku. Tahu tak macam mana aku tahu?" Fahmi memandang wajah Mazlan.
"Macam mana kau tahu dia suka kau? Dia bagitau kau?" tebak Mazlan. Dia melibatkan diri di dalam 'permainan' Fahmi.
"Bijaklah kau ni! Sebab tu aku suka kau" Fahmi tergelak. Kemudian, dia menyambung lagi. "Kita orang dah nak jadi pasangan kekasih tau? Tapi satu hari tu dia tolak cinta aku dengan alasan, aku ni kerja gaji ciput je! Dia sukakan aku, tapi suka dan cinta je tak cukup untuk teruskan hidup. Aku apa lagi! Aku marahlah! Aku tak suka dia buat aku macam tu. Lepas tu, aku kenal pulak dengan Fazz"
Fahmi berjeda lagi. Wajah Fazz yang suka ketawa menghiasi tubir mata. "Fazz tu macam tomboy. Tapi takpe. Aku tetap suka dia. Tapi dia gunakan aku untuk kesenangan je. Dia tu suka merempit. Jadi satu hari tu, dia ajak aku keluar malam. Aku syoklah. Dia ajak aku pergi lepak dengan kawan-kawan dia. Masa tu aku dah luahkan perasaan aku pada dia. Tapi dia gelakkan aku. Semua kawan-kawan dia pun gelakkan aku. Aku malu"
Kata-kata Fahmi terhenti di situ. Mazlan membiarkan saja Fahmi melayani emosinya.
"Tapi takpelah. Aku anggap Fazz tu gurau je. Dari Fazz, aku kenal Riana. Fazz cabar aku untuk pikat Riana. Kalau aku dapat Riana, dia nak jadikan aku kekasih dia. Aku pun mulalah plan aku untuk pikat Riana.Bila dah berjaya pikat dia, aku dapat tahu yang Riana dan Fazz sengaja mainkan aku. Diaorang bersekongkol kenakan aku" Wajah Fahmi mula sayu. Kemudian bertukar merah. Sakit hati dan benci bercampur menjadi satu. Dia tidak akan lupakan penghinaan dan kata-kata cacian yang keluar dari mulut dua gadis itu.
"Imani. Gadis yang penuh beriman. Tapi dia jugak tolak cinta aku tanpa beri aku peluang. Dia tak jahat macam gadis-gadis lain. Dia baik, macam Rossa" Fahmi teringatkan Rossa secara tiba-tiba. Tetapi mengenangkan perlakuan mereka, hatinya menggeledak sakit.
Mazlan mendengus. Betapa tak matangnya pemikiran dan sikap Fahmi. Membunuh hanya kerana cintanya ditolak. Nampak sangat yang lelaki itu tidak berani menerima hakikat tersebut.
Erika menggenggam penumbuk. Dia menahan sabar dengan setiap cerita daripada Fahmi. Dia juga seorang perempuan, hatinya terkesan dengan cara Fahmi memperlakukan kaum sejenisnya.
"Sofia. Dia janda. Ada anak satu. Aku sukakan dia. Dia bijak menggoda. Aku yang tampung hidup dia tapi bila dia dapat balak baru, dia lupakan aku macam tu je! Bodoh punya perempuan!"
Erika mengetap bibir. Dia mencerlung Fahmi tajam. Tidak puas rasa hatinya jika tidak dilepaskan amarahnya pada lelaki kejam itu.
"Apa jadi pada Zulaikha?" Mariam pula mencelah setelah lama menjadi pemerhati.
"Dia... Ha ha ha" Fahmi tiba-tiba tergelak. Mengingati wajah Zulaikha dalam kotak fikirannya.
"Kenapa dengan Zulaikha?" tanya Mazlan pula.
"Dia tu sepupu Balqis. Aku ingatkan dia betul-betul sukakan aku tapi tak. Dia anggap aku sebagai kawan je. Setelah banyak aku berkorban untuk dia, alih-alih dia cakap dia lebih selesa berkawan. Tapi berkepit dengan balak sana sini. Arghhh! Tu satu lagi perempuan bodoh!!" Fahmi menggigit bibir.
Mariam mendekati Fahmi. "Apa jadi pada perempuan yang kau bunuh dengan Ainul? Kami jumpa mayat mereka bersama. Kau bunuh dia jugak kan?"
Fahmi menyandarkan badan ke dada kerusi. Selesa rasanya apabila kerusi itu mampu menampung berat badannya. Dia tertawa halus.
"Dia sama je macam perempuan lain! Mainkan perasaan aku sesuka hati dia. Lepas tu, mintak maaf banyak kali. Haihhh, aku bosanlah kena permain macam tu! Jadi aku bunuh dia dan Ainul sama-sama. Aku bunuh diaorang kat bawah jambatan. Lepas tu mayat tu aku simpan dalam bilik Ainul. Bijak kan aku?"
Mariam menjarakkan diri daripada Fahmi. Wajahnya sempat singgah pada tampang Mazlan.
"Apa jadi pada keenam-enam gadis tu? Kau bunuh diaorang ke? Atau kau sembunyikan kat mana-mana?" Mazlan segera mencungkil rahsia sementelah Fahmi dilihatnya mahu memberikan kerjasama.
"Apa yang aku dapat kalau aku bagitau kau? Kau sendiri yang cakap hukuman aku takkan berkurang. Dan untuk bebas juga tak mungkin kan?" Fahmi mula bermain tarik tali. Wajah Mazlan singgah pada tubir mata.
"Ya, hukuman kau takkan berkurang. Dan kau jugak takkan bebas. Tapi satu benda yang pasti. Kau dah jadi kawan aku dalam hal ni. Dan sebagai kawan, aku percayakan kau sangat-sangat" ucap Mazlan dengan tulus.
Mata Fahmi tidak berganjak dari menjamah tampang Mazlan. Dari sinar mata lelaki itu, dia dapat merasakan ketulusan yang sungguh dalam dari dasar hati.
"Dan sebagai seorang kawan, aku akan sempurnakan kematian kau nanti" tambah Mazlan lagi.
Fahmi terusik dengan kata-kata ikhlas dari Mazlan. Walaupun dia jahat, tetapi itu bukan penghalang untuk Mazlan berbuat ihsan kepadanya. Jadi untuk apa dia terus-terusan bermain tarik tali?
"Keenam-enam mayat gadis tu aku dah bakar. Korang takkan jumpa apa-apa pun dari mayat diaorang. Tapi kalau kau nak double check, kau boleh ke rumah Ainul. Tempat aku sorokkan Rossa dan Aina. Kat situ aku bakar diaorang" Nada suara Fahmi sudah mengendur.
Mazlan memuntahkan keluhan berat saat mendengar penerangan Fahmi. Nasi sudah menjadi bubur. Misteri kehilangan enam gadis sudah terungkai. Tetapi mereka bakal bertembung dengan spekulasi banyak pihak kerana kesemua enam gadis tersebut sudahpun menjadi mayat.
Erika dan Mariam kaget saat mendengar penerangan daripada Fahmi. Tidak pernah mereka berdepan dengan musuh sekejam Fahmi sepanjang perkhidmatan mereka sebagai pegawai polis. Erika tidak dapat menahan amarah saat mendengar cerita dari Fahmi. Dia mara ke arah Fahmi lalu menumbuk lelaki itu sepuas hati. Fahmi tersungkur ke lantai. Dia tidak melawan bahkan dibiarkan saja setiap tumbukan Erika mengena ke wajah dan badannya.
"Kau memang binatang! Apa dosa mereka pada kau? Sanggup kau buat mereka macam tu?"
Erika sudah diamuk badai taufan yang menggila. Mariam dan Mazlan cepat-cepat menahan Erika. Tubuh Erika dipisahkan dari Fahmi. Namun Erika pantas menolak Mazlan dan Mariam sehingga mereka terdorong ke belakang.
"Kau memang binatang! Tak guna! Kejam! Binatang pun tak macam kau!" Sumpah seranah Erika bersama jeritannya bergema di segenap ruang.
Zaid yang mengintip dari luar pantas menapak masuk. Terkejut dia melihat perlakuan Erika yang menggila itu. Mariam dan Mazlan tidak berani mendekat. Dengan hati yang sedikit berani, Zaid menarik tubuh Erika rapat ke sisinya. Erika tidak melawan kali ini. Dia ditenangkan oleh Zaid.
"Inhale. Exhale" Zaid ulang berkali-kali perkataan itu. Erika patuh pada kata-kata Zaid. Wajahnya yang mengganas tadi kembali tenang.
Mazlan membantu Fahmi bangkit. Teruk juga keadaan Fahmi dibelasah oleh Erika. Kecut perutnya menyaksikan adegan tersebut. Mariam membantu Mazlan.
"Tugas kau dah selesai. Terima kasih" ucap Mazlan apabila berdiri di hadapan Fahmi.
Fahmi tertawa. "Kau ucap terima kasih pada musuh? Aku takkan terima melainkan kau tepati janji-janji kau pada aku"
Mazlan mengangguk seraya membawa Fahmi keluar dari bilik gelap tersebut. Saat melimpasi Zaid, sempat dia bisikkan sesuatu. "Kau kena hati-hati lepas ni. Ada singa yang dah lepas dari kandang" Namun Zaid hanya tergelak kecil. Kurang memahami kata-kata Mazlan.
Erika menjegilkan mata kepada Mazlan. Melihatkan respon Erika, Mazlan berlalu dengan sedikit perasaan cuak. Kecut perut bhaiii...
"STATEMENT Fahmi dah ada dalam tangan. Dan kisah dia pun kita dah rungkaikan. Tapi macam mana nak berdepan dengan ahli keluarga keenam mangsa? Aku tak rasa diaorang akan terima semua ni dengan terbuka" Zaid meluahkan kebimbangan.
Meskipun semuanya sudah hampir selesai, namun tekanan dari pihak keluarga masih menghimpit. Dia dapat mengagak, semua kesalahan akan dicampakkan ke bahu pihak polis selepas ini. Pastinya kredibiliti dan kecekapan mereka dipersoal. Kalau seorang mangsa, tidak mengapa. Tetapi ini soal enam nyawa, enam mangsa dan enam buah ahli keluarga. Ditambah pula dengan keadaan mangsa yang meninggal dalam situasi yang mengaibkan. Mayat dibakar dan proses pengembumian sama sekali tidak berlaku.
"Sekurang-kurangnya kita dah mara satu langkah ke depan. Kes dah selesai walaupun mayat keenam gadis dibakar. Kita tak terlambat bertindak. Cuma keadaan yang tak mengizinkan. Jangan salahkan diri sendiri. Kita semua menanggung risiko ni" Mazlan menepuk bahu Zaid sekaligus memberikan ketenangan.
"Thanks to you! Pandai kau pujuk dia" Zaid tersenyum senget. Mendengarkan perbualan di antara Mazlan dan Fahmi, dia belajar sesuatu, iaitu kekerasan akan mengeruhkan lagi keadaan!
"Credit to Firdaus! Dia yang bagitau aku semua ni. I learnt a lot from him"
Zaid menggeleng kepala. Sungguh tidak menyangka dengan sikap Firdaus. Walaupun sudah meninggalkan tugas sebagai pegawai polis, dia tetap tidak lokek berkongsi ilmu dengan pegawai yang lain. Wajar sajalah dia disenangi oleh semua anggota di balai.
"Nanti aku jumpa dia, aku puji dia tinggi-tinggi" seloroh Zaid. Kata-kata Zaid disambut dengan tawa oleh Mazlan.
SATU-PERSATU baju tidur yang menjolok mata itu mencuri tumpuannya. Ada yang berwarna merah, lengkap dengan renda di bahagian dada. Tapi cukup menampakkan lurah apabila dipakai. Gaun tidur itu hanya separas lutut. Kainnya jarang dan tidak berlengan. Rossa menelan liur. Mana Firdaus dapat ni? Dia beli untuk siapa? Hati Rossa mula diterpa curiga.
Gaun tidur yang berwarna putih pula menjadi sasaran matanya. Gaun itu lain pula rekaannya. Sangat tipis sehingga hampir boleh nampak keseluruhan tubuh. Bahagian dadanya terdedah sedikit kerana ianya berbentuk V. Rossa meremang. Wajahnya cemberut. Dia dikunci dengan perasaan cemburu dan curiga.
Firdaus menapak keluar dari bilik mandi. Dia hanya mengenakan tuala separas lutut. Wajah cemberut Rossa ditatap. Dia tersengih saat melihat gaun tidur tersebut berada dalam tatapan Rossa.
"Ni apa?" tanya Rossa dengan suara yang mendatar.
"Baju tidur" Firdaus jawab sepatah. Pelik pula dengan pertanyaan Rossa itu. Takkan tak pernah tengok baju tidur? Dia sudah berdiri di belakang Rossa. Pinggang Rossa dipeluk lalu sebuah kucupan dilayangkan ke bahu Rossa.
"Tahulah baju tidur. Tapi siapa punya?"
"Laaa sayang punyalah. Takkan abang pulak yang punya" sahut Firdaus. Bibirnya hinggap pada telinga Rossa pula.
"Tipu! Bila masa abang beli ni? Rossa tak tau pun. Tadi masa singgah kat Tesco, takde pun abang ambik baju ni" Rossa menggeliat kegelian saat bibir Firdaus menyentuh cuping telinganya.
"Laaa tipu apa pulak sayang? Abang dah lama beli baju tu. Dari mula-mula kita kawen lagi" Firdaus berkata jujur. Sejak Rossa menjadi miliknya yang sah, dia sudah mula berfikir dengan lebih mendalam lagi mengenai status hubungan mereka. Sehingga 'gatal' fikirannya lalu mendesak hati untuk membeli gaun-gaun tidur tersebut buat Rossa. Namun apakan daya. Kedinginan dan sikap acuh tak acuh Rossa suatu masa dulu meleburkan keinginannya untuk bermanja. Natijahnya, gaun tidur tersebut terus menghuni almari baju berbulan lamanya.
Rossa tidak percaya. Hatinya masih was-was. Penerangan Firdaus tidak masuk akal. Kalau betul suaminya membeli gaun tersebut dari awal perkahwinan mereka, kenapa baru sekarang gaun tersebut hadir di hadapan mata?
"Rossa tak percayalah! Abang janganlah main-main. Cakap betul-betullah. Abang beli untuk siapa ni? Gaun ni seksi sangat. Rossa mana pakai baju seksi"
"Memang abang beli untuk sayanglah. Rossa memanglah tak pakai seksi. Tapi sekarang dah kawen dengan abang, biarlah semua yang ada pada Rossa ni jadi tatapan mata abang je. Rossa tak pakai baju pun abang sorang je yang tengok" Firdaus bernada nakal. Hatinya sudah bergelojak, kepinginkan kehendak yang satu itu.
Wajah Rossa terasa hangat. Bicara nakal Firdaus menggetarkan hati wanitanya. Dia tergoda dengan kata-kata Firdaus apatah lagi apabila tangan Firdaus sudah galak membelai tubuhnya.
"Baju tu abang beli masa kita mula-mula kawen. Okey, abang mengaku yang abang gatal masa tu. Abang fikir yang bukan-bukan dengan Rossa. Sayang faham kan? Jadi kebetulan masa tu abang ternampak baju ni, abang belilah. Harap hati nak suruh sayang pakai masa tu, tapi hubungan kita kan tak baik masa tu. Jadi abang campak dalam almari jelah. Rossa pun tak pernah nak ambik tahu pasal kebajikan abang masa tu. Jenguk almari baju abang pun jarang. Jadi mana Rossa nak perasan dengan baju ni?"
Rossa menelan liur. Apabila Firdaus sudah mengeluarkan hujah-hujahnya, dia jadi terdiam. Semua kata-kata suaminya menembak terus ke dasar hatinya. Memang salah dia sebab tak pernah mengambil tahu soal kebajikan Firdaus. Hmm, berdosa lagi! Sebab sempat curiga pada suami sendiri.
Rossa memusingkan badan menghadap Firdaus. Wajahnya menunduk. Rasa malu kerana mencurigai kesetiaan Firdaus mula menebal dalam diri.
Firdaus menarik dagu Rossa. Pandangan mereka bersabung. "Kenapa ni?"
"Rossa mintak maaf. Rossa dah curiga pada abang. Rossa... Rossa cemburu. Takut abang ada orang lain" luah Rossa, teragak-agak.
Firdaus tergelak kecil. Rossa cemburu. Cemburu tandanya sayang. Pahit bagi Rossa, tapi manis bagi dia.
"Takpe. Abang faham. Cemburu maksudnya sayang. Jadi Rossa sayang abanglah ni kan?" Sengaja Firdaus menduga hati isterinya.
Rossa mengangguk perlahan. Dia tolak tepi perasaan malu tersebut kerana dia benar-benar tidak mahu kehilangan Firdaus lagi.
Firdaus mengorak senyum bahagia. Dahi Rossa dikucup. "Sayang masih cuti ke?"
"Dah habis. Kenapa?"
Firdaus tersenyum nakal. Hatinya mula berbunga indah. Sebuah kucupan singgah lagi di pipi Rossa.
"Pick either one" Arah Firdaus sambil menayangkan kedua-dua gaun tersebut di hadapan Rossa.
Rossa berdebar. Dia sudah mampu memahami maksud kata-kata Firdaus. "Merah" Rossa membuat pilihan.
"But I like white more" sahut Firdaus. Mana tak sukanya? Gaun putih itu kelihatan lebih mengancam kalau dibandingkan dengan warna merah.
Rossa menggeleng kepala. "Merah!"
"Putih!" Firdaus tidak mahu kalah.
"Alaaa merahlah bang!"
"Hmm, dua kali dah ingkar arahan ni. Nak bagi hukuman apa ye?"
Rossa sudah tarik muka.Dia terdiam sudahnya. Malas mahu bertekak dengan Firdaus. Menerima hukuman bererti Firdaus sudah menunjukkan kemenangan yang bakal berpihak pada suaminya itu.
"Kiss sini. Cepatt! Dua kali" Firdaus menayangkan pipi kirinya kepada Rossa. Dengan debaran yang penuh di hati, Rossa turutkan juga. Ciuman pertama melekat pada pipi kiri suaminya. Apabila Rossa hendak mengucup untuk kali yang kedua, Firdaus pantas mengelak lalu bibirnya bertemu dengan bibir Rossa.
Seketika, Rossa hanyut dalam asmara dan aksi romantik Firdaus. Kucupan yang bertaut di bibir dibalas dengan asyik. Dapat dia rasakan tangan Firdaus mulai bekerja.
"Pakai gaun putih ni. Abang tunggu sayang.." Ujar Firdaus sesudah melepaskan Rossa. Dia membiarkan Rossa berlalu ke bilik air sambil menunggu dengan penuh debaran.
ROSSA memandang diri sendiri melalui pantulan cermin. Dia mengerutkan dahi sambil menelan liur.Gaun tidur berwarna putih sudah tersarung ke tubuh. Dia meraup wajah berkali-kali serentak dengan gelengan kepala.
"Seksi gilalah baju ni! Eee tak naklah aku keluar. Eee malulah!" rungut Rossa sambil menggaru kepala. Dia memandang dirinya dari atas ke bawah. Hampir nampak keseluruhan badannya saat itu.
"Ni tak payah pakai apa-apa pun takpe! Haishh, kenapalah ada orang cipta baju tidur ni?" omel Rossa. Dia terasa hendak menangis. Belum pernah lagi dia berpakaian begitu di hadapan mana-mana lelaki.
Dari luar bilik, Firdaus menanti penuh sabar. Jam di kerling di dinding. Sudah setengah jam Rossa di dalam bilik air. Hatinya mulai dipaut kebimbangan.Lantas, dia bergerak ke bilik air lalu dipusingkan tombol pintu.
"Sayang, apa lama sangat dalam tu?"
Rossa tersentak. Alamakk!! "Err kejap bang. Rossa dah nak siap ni"
"Ke nak abang masuk dalam ni?" Firdaus tersengih nakal. Mula membayangkan yang bukan-bukan. Tombol pintu dipusing-pusing, semakin menambahkan getaran di hati Rossa.
"Ehh jangan!! Kejap lagi Rossa keluar" Rossa menarik nafas dalam-dalam lalu dihembus keluar. Arghh! Lantaklah apa nak jadi. Dia suami aku.
Firdaus berdiri di birai katil. Menanti penuh sabar dengan kehadiran Rossa. Semakin berdebar saat menunggu detik itu. Dia tidak berbaju, hanya mengenakan boxer sahaja.
Pintu bilik mandi terkuak luas. Menapak saja keluar dari situ, Rossa merapati suaminya. Hatinya sedari tadi dipenuhi debaran. Dia sudah berdiri di hadapan Firdaus.
Ternyata, mata Firdaus tak lari dari terus-terusan memandang Rossa. Dia menelan liur apabila melihat keseksian isterinya saat itu. Apabila Rossa berdiri di bawah pantulan cahaya, dapat dia lihat hampir kesemua tubuh Rossa meskipun bergaun tidur. Laju saja tangannya menarik Rossa sehingga rapat ke sisi. Tubuh mereka bersatu.
Gelojak jiwanya terlalu ingin dimanjai dan bermanja. Bibirnya mula melekap pada dahi Rossa. Kemudian, beralih pula ke hidung mancung isterinya. Seterusnya, berubah ke pipi kanan dan kiri Rossa. Dagu Rossa turut menjadi sasaran bibirnya.
Belum sempat bibirnya hinggap pada bibir Rossa, isterinya terlebih dahulu bertindak. Menindih bibir Firdaus sambil merapatkan tubuh mereka bersama. Kucupan demi kucupan dari Rossa menggalakkan nafsu Firdaus. Tangannya mula bekerja, meraba-raba ke dalam dada Rossa.
Firdaus tidak dapat mengawal perasaan. Dicempung tubuh Rossa ke katil. Kemudian, tubuh itu ditindih. Asyik mereka memadu asmara. Saling menampiaskan rasa cinta yang menggunung.
Firdaus membenamkan kepalanya ke leher jinjang milik Rossa. Digigit manja sehingga terjerit kecil isterinya itu. Firdaus mengangkat wajah seraya tersengih. "Sorry sayang"
Rossa hanya mampu tersenyum. Kepala Firdaus dia bawa ke lehernya. Membiarkan Firdaus menyambung 'kerjanya' yang sempat tergendala sebentar tadi.
Rossa juga tidak dapat menahan nafsu. Godaan Firdaus memukaunya. Dia hanyut dalam asmara cinta Firdaus. Sempat dia bisikkan sesuatu ke telinga suaminya. "Turn me on" Romantis dan berbaur nakal!
Firdaus membuka boxernya. Gaun tidur Rossa juga dilucutkan lalu dicampak ke lantai. Dua jiwa sedang bersatu dalam rasa yang sama. Membibitkan benih-benih cinta yang mula tertuntas dan berkembang mekar. Di luar, hujan sudah mula membasahi bumi. Setitik.. Dua titik..
Share this novel