FAHMI menggenggam penumbuk. Giginya diketap. Deruan nafasnya turun naik. Barusan, dia dikejutkan berita dengan perkahwinan Rossa dengan seorang pemuda bernama Bakri. Wajahnya manis, sengaja dipamerkan kepada semua bahawa dia gembira dengan berita itu. Bahkan berkali-kali dia mengucapkan tahniah kepada Rossa. Tetapi terlukanya hati tiada siapa yang tahu.
Pada saat dia betul-betul telah jatuh cinta, jalan ceritanya harus berubah pula. Dia benar-benar ikhlas mencintai Rossa. Bahkan sempat berangan-angan membina hidup bersama gadis itu, di samping anak-anak mereka yang comel. Namun kini, harapannya harus punah tanpa sempat ditunaikan.
Fahmi memerhati setiap inci wajah Rossa yang ketika itu sedang seronok berbual dengan Kak Siti dan Mak Ayu. Topiknya berasaskan perkahwinan. Sakit telinganya mendengar butir bicara gadis itu. Namun lebih sakit lagi hatinya menerima tamparan hebat itu. Terbayang-bayang momen indah mereka bersama sebelum ini. Dia tahu, Rossa juga cintakan dia kerana setiap kali gadis itu tersenyum atau ketawa, dia dapat melihat sinar cinta dalam anak mata Rossa. Mungkin Rossa terpaksa atau dipaksa untuk berkahwin dengan Bakri. Tidakk!! Dia tidak sanggup kehilangan Rossa. Dia selalu tewas pada cinta sebelum bertemu dengan Rossa. Kali ini, dia tidak akan membiarkan rasa itu menumpaskan dirinya lagi!
Langkah diatur mendekati Rossa dan pandangan matanya hanya tertumpu kepada gadis itu.
"Rossa, saya nak bercakap dengan awak kejap" Rossa yang sedang sibuk berborak mesra dengan Kak Siti dan Mak Ayu lantas menoleh. Sebuah senyuman manis dilemparkan kepada Fahmi. Tanpa sebutir bicara, dia membontoti langkah Fahmi sehingga ke belakang dapur.
"Awak nak cakap apa?" tanya Rossa, ramah. Bibirnya tak lekang dari senyuman.
Fahmi berjalan mengelilingi Rossa sambil tak putus-putus menjamah seraut wajah itu. Beberapa pusingan dikelilingi sehingga Rossa naik pening.
"Fahmi, apa yang awak nak cakap?" Rossa mulai berasa tidak sedap hati. Bulu tengkuknya meremang tiba-tiba. Perlakuan lelaki itu sangat aneh. Mengelilinginya tanpa henti sambil tak lekang memandangnya.
"Betul ke awak nak kawen?" tanya Fahmi. Wajahnya serius.
Rossa menelan liur. "Aah"
"Dengan siapa?"
Rossa mengerutkan dahi. Pagi tadi, dia sudah mengkhabarkan berita tersebut kepada mereka semua di kedai. Bahkan Fahmi turut berada di situ. Tetapi kenapa dia bertanya lagi?
"Dengan siapa?!" Fahmi ulang soalan, tetapi sedikit keras sehingga membuatkan bahu Rossa sedikit terhinjut.
"Bak.. Bakri" Dia mulai gugup. Gugur jantung mendengar suara kerasa itu. Apa kena dengan Fahmi hari ini?
"Kenapa kawen dengan dia?"
Soalan itu kedengaran pelik di telinga Rossa. Salahkah dia memilih teman hidup sendiri?
"Sebab.. se..bab cin.. cinta"
Fahmi mencerlungnya tajam. Serentak itu, langkahnya terhenti.
"Cinta? Cinta yang dah awak beri pada saya, awak kongsikan pada dia?"
Rossa kaget. Apa maksud kata-kata Fahmi?
"Awak ajarkan saya erti cinta! Awak tunjukkan saya erti cinta! Dan awak jugak buat saya jatuh cinta! Sekarang, awak nak kawen dengan orang lain? Kejam!" Fahmi menghambur separuh dari perasaannya. Dia merapati Rossa tetapi gadis itu menapak selangkah ke belakang.
"Awak cakap, hati itu ibarat kertas! Sekali dah dihancurkan, amat payah untuk kembali ke asal! Dan itu... yang dah awak buat pada hati saya!"
Rossa menelan liur. Dia tidak pernah menyangka perkara seperti itu akan terjadi. Dia menganggap Fahmi hanya sebagai seorang kawan. Layanan yang diberikan juga sama rata, sama seperti dia melayan orang lain. Apa mungkin Fahmi yang menyalahertikan maksud layanannya?
"Awak kejam Rossa! Awak kejam! Awak akan bertanggungjawab ke atas hati saya yang dah awak ronyokkan!" bentak Fahmi dengan suara yang keras. Langkah dihayun memasuki dapur. Lantas hilang di sebalik ruang kecil itu.
Rossa semakin resah. Kenapa semuanya harus berakhir seperti ini?
"HEY, what's wrong?" tegur Bakri apabila melihat Rossa termenung jauh di sebelah. Sejak dia mengambil Rossa dari kedai sehinggalah sekarang, gadis itu hanya mematungkan diri. Dia stress ke?
Rossa menoleh. Saat itu, pandangan mereka bercantum. Ada rasa cinta yang membara dari anak mata Bakri. Dia dapat merasakan semua itu.
"Penat kerja ke?" tegur Bakri lagi, tetapi kali ini dalam intonasi yang lebih lembut.
Rossa tersedar. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangan. Kelakuan dan bicara Fahmi tadi mengganggu mindanya. Adakah Fahmi betul-betul serius memaksudkan kata-katanya?
"Tengok, dia menung lagi. Kita bercakap tak dilayan" Bakri separuh merajuk.
Rossa tergelak. "Ee ada hati nak merajuk!" tempelak Rossa lagi.
"Memanglah ada hati. Dan dalam hati ada awak!"
Spontan tetapi penuh makna, membuatkan Rossa tersipu malu. Bakri ini kadang-kadang tak ubah seperti Firdaus! Percakapan yang hampir mirip, membuatkan dia kalah tanpa sempat berhujah! Mengingatkan Firdaus, hatinya jadi rindu pula pada sahabat itu. Dia belum sempat menceritakan apa yang telah berlaku baru-baru ini kepada lelaki itu. Tidak apa! Dia akan menghubungi Firdaus nanti.
"Tu.. menung lagi. Is there something happened to you?" Bakri mulai dipagut kerisauan.
"Haaa? Errr takde!" Rossa cepat-cepat menyangkal. "Saya teringat kawan lama"
"Kawan lama? I thought that you only make friends with your novels" usik Bakri sambil mengekek.
"Bakkk!!" Rossa meleret.
"Ye sayang?"
Rossa menutup wajah. Bahangnya terasa di situ. Malu apabila dipanggil begitu oleh Bakri. Rentak jantung sudah salah iramanya.
Bakri ketawa melihat kelakuan Rossa. Sangat kebudak-budakan! Tetapi dia senang. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Sempat tangannya menggapai novel di tempat duduk belakang. Kemudian, diserahkannya kepada Rossa.
"This is for you"
Rossa menyoal dengan pandangan.
"Roman"
Rossa kaget. Dia menangkap maksud yang lain. "Romance?"
Bakri tergelak. Nampak sangat gopohnya Rossa apabila diusik sedikit sehingga salah maksud yang diterimanya.
"Sayang, romance tu bila kita dah kawen nanti!" Bakri tersenyum nakal. "Yang ni 'roman'. French says 'roman', means novel!" Sengihannya melebar.
Rossa merona. Apa kena dengan aku ni? Malu pulak apabila dikenakan oleh Bakri. Seketika novel tersebut bertukar tangan.
"Terima Kasih Cinta" Rossa tersenyum lebar. Dia faham maksud Bakri. Novel-novel yang pernah diterimanya mengungkapkan perasaan lelaki itu melalui judulnya. Walaupun jalan cerita setiap novel tak pernah sama dengan kisah hidupnya.
"Ni novel yang kesembilan saya terima dari awak. Lama dah saya nak tanya,kenapa novel? Dan kenapa 9 buah?"
Bakri tersenyum. Dia lihat pipi Rossa yang tembam itu, hatinya sedikit geram. Kalau sudah sah, pastinya gadis itu berada dalam pelukannya saat ini. Mengirim rasa cinta melalui pelukan asmara.
"Sebab awak suka novel. Saya nak jadi sebahagian dari yang awak suka, yang awak sayang, yang awak sentuh" Bakri berjeda. Dia melihat senyuman nipis dari bibir Rossa.
"Dan kenapa 9 buah? Okey, tolak novel yang tu" Bakri menunjukkan ke arah novel yang dipegang oleh Rossa. "Jadi 8 novel kan?" Bakri lihat Rossa mengangguk. "Because I love you" ucapnya tanpa segan silu.
Rossa merona. Tetapi dia tetap menggerudi otak, mencari jawapan di sebalik kata-kata Bakri.
"Tak faham?" Seolah memahami kekusutan otak Rossa, dia pantas menebak.
Rossa mengangguk laju.
"Cuba kira berapa banyak huruf yang ada dalam I Love You?"
Umpama lembu dicucuk hidung, Rossa turutkan saja. Mulut mungilnya bergerak sambil jarinya mengikut kiraan tersebut.
Bakri menahan hati. Wajah comel dan sikap lurus Rossa menggundah-gulanakan hatinya. Walaupun tidak pernah bersentuhan, tetapi Rossa tetap mampu menggoda hati dan perasaannya. Membuat jiwanya semakin membuak-buak untuk memiliki gadis itu.
"Ohh sekarang saya faham. I Love You ada 8 huruf. Itulah maksud 8 buah novel yang awak hantar" Suara comel Rossa memecah lamunannya.
"Bijak. That's my girl!"
Rossa tersenyum manja. Bakri sungguh romantis dalam meluahkan perasaan. Mengungkap rasa melalui judul-judul novel serta bait-bait kata yang indah.
"Yang ni pulak?" Novel yang ada dalam genggamannya diajukan kepada Bakri. Merujuk kepada penjelasan yang lebih daripada lelaki itu. "Semua novel awak ada terselit kata-kata yang indah. Yang ni takde ke?"
"Biasanya lepas dapat novel, awak terus bukak bahagian dalam dia. Sebab nak cari nota tu kan?" Bakri menjawab dalam bentuk kiasan.
Seolah memahami bicara Bakri, laju saja tangan Rossa bergerak mencari nota tersebut. Senyuman memekar saat bertembung dengan nota kecil yang dilipat bentuk hati itu.
"Read it loud" arah Bakri.
"You embrace me with your love. Filled it with gasp air, that enchaunted me with your charms. I fell from a nightmare but you saved me with your emotions. Baby, thank you would not be enough for all, yet thanks with your love that complete me enough"
Rossa mengakhiri kata-kata dengan sebak di dada. Ayat terakhir itu meresap jauh ke lubuk hati. Cintanya menyempurnakan Bakri.
"Awak jangan nangis. Karang saya stop kereta tepi jalan, saya peluk awak kang. Tak pasal-pasal hari ni jugak saya bawak awak jumpa tok kadi" Bakri mulai bimbang dengan ketidakwarasan mindanya. Mahu saja tangannya hendak menyentuh bahu dan belakang Rossa, tetapi dia tidak mahu memperlakukan Rossa seperti itu. Betapa dia menyanjung tinggi dan menghormati seorang makhluk bernama wanita.
"Mana ada saya nangis!" sangkal Rossa padahal air mata sudah hampir ke tubir mata. Jarinya menyeka bahagian itu.
"Yeke tak nangis? Yang jari tu buat kat tepi mata tu apa? Eksenn je lebih" usik Bakri.
Rossa mencebirkan bibir. Ada-ada saja bicara lelaki itu yang membidas kata-katanya!
RUMAH BANGLO dua tingkat itu tersergam indah di hadapan matanya. Sudah 8 tahun dia tidak menginjak ke situ. Dalam tempoh itu juga, sudah tidak ada sapaan mesra dan gurauan senda yang menghiasi hatinya. Dia sengaja ke situ untuk bertemu Bakri. Menceritakan hal yang sebenar dan menyelesaikan yang telah tergantung.
Firdaus menilik jam di tangan. Sudah pukul 1.27 pagi. Malam semakin beransur pergi. Dia harus menjelaskan segala-galanya kepada Bakri sebelum pagi menjelma. Langkah diatur kemas menuju ke pintu pagar yang berukiran bunga itu. Matanya melilau memandang sekeliling, seraya memanjat pagar besar itu. Dengan langkah yang perlahan-lahan, dia bergerak ke pintu dapur. Memusing tombol pintu dan membuka kuncinya menggunakan dawai besi. Tidak menunggu lama, pintu terbuka sedikit. Firdaus tersenyum lalu menapak ke dalam. Pintu dapur dikatup semula. Gelap gelita keadaan seluruh rumah. Terimbau pula kenangannya bersama keluarga Bakri saat tapak kaki mencium lantai ruang tamu.
Firdaus menaiki anak tangga menuju ke bilik tidur Bakri. Setahu dia, lelaki itu tidak pernah mengunci biliknya. Menurut Bakri, kalau berada di dalam rumah, tidak perlulah mengunci bilik kerana keadaannya aman dan selamat.
Dia sudah berdiri di hadapan pintu bilik Bakri. Penuh debaran di hatinya ketika itu. Bagaimana agaknya reaksi Bakri apabila mereka bersua kembali? 8 tahun bukanlah suatu tempoh yang pendek. Dengan berhati-hati, dia memusing tombol pintu Bakri dan pintu terbuka luas, seolah menunggu kedatangannya.
Lantas, dia menapak masuk dan menutup pintu kembali. Segera mengatur langkah ke katil yang terletak di tengah ruang bilik itu. Tetapi dia bertembung dengan hampa apabila tiada sesusuk badan Bakri di situ.
Hampir terjatuh, Firdaus mengelak apabila ada tangan kasar hendak menumbangkan dia ke lantai. Dan dia berjaya. Tetapi si penyerang pula tangkas bertindak. Tidak dibiarkan Firdaus menarik nafas lega, kedua-dua kaki lelaki tersebut menjadi sasaran. Firdaus terjelepok. Dalam kegelapan itu, dia cuba untuk fokus. Tidak kelihatan wajah dan bayang-bayang si penyerang tadi. Firdaus tersenyum sinis. Bakri memang bijak membaca pergerakannya.
"Kau siapa? Lawan atau kawan?" Tanpa sedar, Bakri terlebih dahulu mengikat kedua tangannya ke belakang.
"Kau tahu siapa aku! Takkan dah lupa pada lawan kau masa berlatih dalam gelap?"
Bakri mengerut dahi. Seketika ingatannya terlayang ke wajah ceria Firdaus. Tapi takkanlah? Dia kan dah lama menghilang!
"Az...Azhan.." Serentak itu dia melepaskan tangan Firdaus.
"Kau memang tak boleh lupakan aku kan?" takuk Firdaus pula.
Bakri bergerak ke tepi pintu lalu menghidupkan suis lampu. Saat itu, dia hampir tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Seorang sahabat yang terlalu lama dirindui, menghilang bertahun-tahun. Kini muncul tetapi kembali sebagai pencuri pula! Senyap-senyap menceroboh masuk ke dalam rumah.
Firdaus sememangnya mempunyai bakat dalam menyelinap masuk ke mana-mana lorong. Campaklah dia ke lorong paling sempit sekalipun, dia tetap mampu untuk keluar. Berbeza dengan Bakri, kehebatan dirinya juga jangan sebarang dipertikaikan. Walau dalam apa keadaan sekalipun, dia mampu untuk mengesan bau musuh. Gabungan kedua mereka suatu masa dulu sangat ditakuti pihak musuh.
Bakri menapak selangkah demi selangkah. Apabila berdepan dengan Firdaus, dia tidak dapat menahan sebak di dada. Lantas dipeluk erat tubuh sasa itu lalu menghambur segala tangisan.
Firdaus menepuk belakang Bakri. "Kau ni cengenglah! Tak payahlah menangis macam perempuan" omel Firdaus, berusaha menyembunyikan air mata yang mulai bertakung.
Pelukan terlerai. Bakri mengesat mutiara jernihnya. Bahagia menyambut kemunculan sahabat lama. Terasa hidupnya lengkap, apatah lagi selepas ini dia bakal berkahwin dengan gadis pujaannya. Pada saat-saat seperti ini, Allah mengurniakan dia dua orang insan yang paling dia sayang dalam hidupnya. Firdaus dan Rossa!
"Aku happy tengok kau balik! Dekat nak 8 tahun kau hilang. Kau pergi mana? Kau tinggalkan aku sorang-sorang!" adu Bakri. Dia mengengsot ke belakang, memandang Firdaus dari atas ke bawah. Terlalu banyak perubahan pada lelaki itu. Terutama sekali pada wajahnya. Sudah berjambang bagai!
"Aku cari diri aku yang pernah hilang suatu masa dulu" sahut Firdaus. Pertemuan semula dengan Bakri menghimpun kembali semua memori indah.
"Dah jumpa ke diri kau tu? Ke tak jumpa lagi?"
"Jumpa, ada dalam diri kau!" sahut Firdaus.
Bakri tersenyum nipis, sedikit terharu dengan pengakuan Firdaus. "Dah, tak payah nak ayat aku! Aku bukan gay!"
Dan ketawa keduanya bersabung, membelah kesunyian malam.
TANPA membuang masa, Firdaus menjelaskan kedatangannya ke situ. Mereka ketika itu duduk di atas lantai, tetapi bersandar pada hujung katil.
Segala penerangan Firdaus, Bakri hadam satu persatu. Dia tekun mendengar. Sesekali hatinya mendongkol geram. Begitu licik Hamid menyembunyikan diri dan bermain dengan pihak polis. Patutlah selama ini usaha mereka tidak membuahkan hasil. Rupa-rupanya, Hamid lagi bijak daripada mereka.
"Sekarang aku masuk dalam kumpulan Hamid. Untuk curi lebih banyak maklumat supaya kau dan pasukan kau dapat tumbangkan dia. He's too smart! Aku tak mampu nak baca fikiran dia" jelas Firdaus.
Bakri senyap. Otaknya ligat memikirkan sesuatu. Kemudian, ringan saja mulutnya bertanya. "Are you Qim? Lelaki yang bagi semua maklumat Hamid pada pihak polis?"
Firdaus pamer senyum. Alang-alang sudah berterus-terang, ada baiknya jika kebenaran terus terungkap. "Sorry"
"You should!"
"Aku bukan tak nak jumpa kau dari dulu. Cuma aku tak nak Hamid hidu gerak-geri aku. Macam yang aku cakap, dia tu bijak. Kalau dia tahu apa yang aku buat, nyawa aku di hujung tanduk!"
Bakri terdiam lalu mengangguk, mulai menyetujui kata-kata lelaki itu. "So apa plan kau?"
Firdaus mengeluh. Dia juga tidak mempunyai sebarang perancangan. "Not even thought of that!"
Bakri pula yang mengeluh. Begitu bersemangat Firdaus membuka cerita sebenar, tetapi belum juga tersedia dengan perancangan sebenar!
"Aku dengar, kau nak kawen" ujar Firdaus. Suaranya mendatar. Hatinya sedikit berdebar. Cuba diusir senyuman Rossa yang memenuhi kotak fikiran, tetapi dia gagal. Arghh!
Bakri melemparkan senyum bahagia. "She's the one that I love"
"Yeah, I know that"
"Pardon?" Bakri mengangkat kening. Sedikit curiga dengan bicara Firdaus.
"If you aren't in love with her, you won't want to marry her. Right?"
Bakri mengangguk laju. Perasaan curiga yang sempat bertandang sebentar tadi berterbangan ditiup angin.
"You should meet her"
Kali ini, giliran Firdaus pula mengangkat kening. "Pardon?"
"Aku cakap, kau kena jumpa Rossa, my future wife. She's a nice woman. Beautiful but a bit clumsy"
"I know" Senyuman Firdaus melebar.
"You do?" Bakri disapa perasaan curiga semula.
Firdaus mengetap bibir. Hampir terkantoi! Sebolehnya dia tidak mahu Bakri tahu mengenai hubungannya dengan Rossa sebelum ini. Rossa bakal mengahwini sahabat baiknya. And that's it! Dia akan melupakan Rossa dan menjalani kehidupan seperti biasa. Dia juga akan berpura-pura tidak pernah mengenali gadis itu.
"Yelah, kalau dia tak baik, kau takkan kawen dengan dia kan? Sebab kau pun baik" Firdaus mencipta alasan. Berharap agar Bakri mempercayainya.
"Ohh betullah tu" Bakri angguk kepala. "Kau pergilah wedding aku. Temankan aku macam kau teman aku 10 tahun lalu"
"In Shaa Allah, I can't promise you" Bagaimana mungkin dia melihat Rossa menjadi milik lelaki lain? "Aku risau, Hamid tahu gerak-geri aku"
"So we have to put an end to this! Takkan nak biarkan Hamid kawal hidup kau?"
"Kau ada plan?"
Bakri geleng kepala. Otaknya benar-benar zero saat ini. Hanya terisi dengan acara perkahwinannya yang bakal berlangsung seminggu saja dari sekarang.
"You know, he asked me to kill you" Akhirnya Firdaus buka mulut juga mengenai perkara itu. Mulanya dia tidak mahu isu itu terdedah kerana risau dengan penerimaan Bakri. Lagipula, dia tidak mahu menambahkan lagi kekusutan Bakri yang kini sedang tertekan dengan persediaan perkahwinannya.
"So kau datang sini, cerita semua ni kat aku, pasal Hamid, but end up killing me?" Bakri menyeringa. Mula memandang serong akan niat murni Firdaus.
Firdaus tetap tenang. "Kalau aku datang nak bunuh kau, aku patut bawa sesuatu. A gun. Or grenade I suppose? Aku datang memang nak bagitau semua ni pada kau. Kalau aku datang dengan niat nak bunuh kau, we won't be sitting together like so! Aku tak sanggup nak bunuh kau. Kerja aku bunuh musuh, bunuh lawan, bukan kawan!"
Bakri senyap. Ada kebenaran pada kata-kata Firdaus. Tidak tahu kenapa dia sempat berfikir negatif seperti itu.
"We have to plan something before he comes up with something bigger!" usul Firdaus. Mula berkira-kira mengatur rencana di kotak fikiran. "Tapi sebelum tu, kau kena pastikan bakal isteri kau, Rossa selamat. Sebab dia akan sasarkan Rossa jugak. Just what happened to Marlia before"
Bakri memuntahkan keluhan. Itulah yang paling ditakutinya. Rasa trauma mula mengisi ruang hati semula. Bagaimana sakitnya dia harus kehilangan Marlia dulu, dia tidak mahu merasakan itu untuk kali kedua. Sementelah dia juga pernah menerima mesej berbaur ancaman daripada Hamid.
"Dia pernah sent gambar Rossa pada aku. Dan sesuatu yang berbunyi ugutan..."
"So betullah? Yang dia akan jadikan Rossa sebagai mangsa dia jugak?" celah Firdaus. Licik betul Hamid. Menggunakan Rossa sebagai senjata untuk melemahkan Bakri, dan juga dirinya!
Bakri mengangguk lemah. Terpaksa bersetuju dengan kenyataan itu. Itulah juga salah satu sebabnya mengapa dia memilih untuk mengahwini Rossa.
"Azhan" Dia memanggil Firdaus tetapi tidak memandang wajah lelaki itu.
Firdaus menoleh ke sebelah. "Ya?" Mula merasakan ada yang tidak enak bakal berlaku.
"Promise me something" pinta Bakri.
"Say it" tukas Firdaus.
"Tolong lindungi Rossa, in case aku takde nanti"
Firdaus kaget. Merapu apa mamat ni? "Idiot!" marahnya.
"Please" Bakri sudah mengajukan telapak tangannya pada Firdaus.
"Aku tak nak! Rossa bukan hak aku. Dia hak kau! Kaulah kena lindungi dia. Merepek apa kau ni?!"
"Azhann"
"No means no!"
"Aku cakap, in case aku takde kan? Tapi aku masih lagi ada kat sini. Kau ni emo sangatlah!" rungut Bakri pula.
Firdaus pula yang senyap. Dia faham kiasan Bakri tersebut tetapi hanya hatinya enggan mahu memahaminya.
"Please. Kau je yang aku boleh harapkan" Bakri masih tidak berputus asa. Telapak tangannya masih terbuka, mengharap agar Firdaus mahu mengotakan janji.
"Kau ni degillah!"
"I don't care!"
"Jangan paksa aku!"
"But I will!"
Firdaus mendengus kasar. Mula mengalah dengan rayuan Bakri. Menjaga Rossa apabila dia sudah tiada lagi nanti. Kenapa Bakri harus berfikiran begitu? Adakah dia mampu merasakan sesuatu yang buruk bakal terjadi?
Dengan hati yang berat, Firdaus turutkan juga kehendak Bakri. Dia meletakkan telapak tangannya di atas telapak tangan Bakri.
"I promise! Take my words"
Bakri tersenyum senang lantas menggenggam tangan Firdaus. Jika suatu hari nanti dia sudah tiada, dia dapat pergi dengan tenang. Kerana akan ada si gagah Firdaus yang akan menjaga permaisuri hatinya.
"Thanks man!"
Share this novel