DARI tadi, Sheila perhatikan sahaja gerak-geri Rossa. Wajahnya mencuka. Bencinya terhadap Rossa semakin meluap-luap. Walaupun sering disindir dan dicaci, namun Rossa tampaknya sungguh berhati kebal. Tak pernah berlatah langsung dengan provokasinya.
"Senang kau kan? Buat kerja dalam office je! Orang lain semua buat kerja kat luar. Ada yang sibuk promotekan produk syarikat, cari keuntungan. Tapi kau??" selar Sheila. Sempat dia melihat kesibukan Rossa yang bekerja di hadapan mesin fotostat.
Rossa diam. Malas rasanya hendak melayan si perempuan sihir itu! Itu gelaran yang dia dan Nani cipta untuk si meroyan Sheila itu! Setiap hari, ada saja yang bikin dia tidak puas hati. Sudahlah tak jemu-jemu mempamerkan wajah tempoyak basinya itu, eee naik rimas Rossa dibuatnya!
Sheila panas hati. Rossa tidak memberikan sebarang respon terhadapa kata-katanya. Hatinya bagai mencurah minyak ke dalam bara api apabila Rossa dengan selambanya berjalan meninggalkan dirinya.
"Hey perempuan! Kau dengar tak?" Sheila menarik tangan Rossa dengan kasar. Jatuh berterbangan semua kertas kerja yang sempat dia fotostat tadi.
Sheila senyum mengejek. Apabila Rossa tunduk mengutip kertas kerja itu, dia bertindak menolak tubuh genit itu. Rossa terjatuh ke lantai.
"Sheila!!" Satu jerkahan dari jauh menyentakkan mereka. Wajah menyeringai Firdaus membuatkan perutnya kecut.
"What the hell are you trying to do?" sergah Firdaus apabila tiba di hadapan mereka. Dia memimpin Rossa untuk bangun. Pada mulanya, Rossa agak keberatan untuk menyambut tetapi demi menjaga air muka Firdaus di hadapan Sheila, dia terpaksa mengalah jua.
"Are you okay? Cedera kat mana-mana?"
Rossa menjawab dengan gelengan kepala.
"Glad to hear that!" Firdaus menarik nafas lega. "And you..." Dia pandang Sheila yang menunduk wajah ketika itu. "Do you have any reason for this?" Wajahnya kembali bengis dan ketat.
Melihatkan Sheila yang bagai disampuk jin itu, hati Rossa melonjak gembira. Padan muka kau!
"So..sorry boss.. Sa.. saya tak senga...ja tolak Rossa" Sheila bela diri.
"Tak sengaja?" Firdaus menoleh ke arah Rossa. "Is that true?"
Rossa mengetap bibir. Sheila berbohong! "Tak tahulah dia sengaja atau tak, tapi dia dah mintak maaf. Takpelah"
"Are you sure?" Firdaus kurang pasti. Melalui apa yang disaksikannya sebentar tadi, dia tahu Sheila sengaja hendak mencederakan Rossa. Tidak disangka pula Rossa akan membela Sheila.
Rossa mengangguk pantas. Lebih baik berdiam diri. Dia pun malas hendak memperbesarkan hal tersebut. Buat semak kepala saja!
"Okay then" Firdaus menepuk perlahan kepala Rossa. "Masuk bilik saya kejap. Ada benda yang saya nak tanya" arah Firdaus.
Rossa akur. Sedikit terkesan dengan perilaku Firdaus sekejap tadi. Fuhh! Apa debar-debar ni?
Saat Rossa dan Firdaus menghilang di sebalik pintu, Sheila menggumam geram. Dia masih tidak berpuas hati. Tunggulah kau Rossa!
"AWAK nak tanya apa?"
Firdaus tayang senyum. Dia menggamit Rossa untuk lebih dekat padanya. Bagaikan lembu dicucuk hidung, Rossa turutkan saja. Dia berdiri hampir dengan Firdaus. Dan tanpa sedar, Firdaus menariknya untuk duduk di atas pangkuan.
Rossa tersentak. Dia ingin melarikan diri namun Firdaus terlebih dahulu mengunci tubuhnya.
"Apa ni? Jangan nak ambik kesempatan boleh tak?!" rungut Rossa. Benci apabila Firdaus sewenang-wenangnya menyentuh dan memeluknya. Meskipun lelaki itu sah memperlakukan dirinya seperti itu, namun dia tetap tidak bersedia.
Firdaus tergelak. "Ambik kesempatan? You must be kidding! Dah lupa ke siapa abang?" Tubuh Rossa dibelai. Sungguh, dia terlalu ingin dimanjai oleh isterinya saat itu.
"Jangan nak buat hal lah! Lepaskan saya boleh tak?!"
"Buat hal apa? Abang tak buat apa-apa pun! I am just hugging you and you are the one who trying to escape which will hurt yourself"
Rossa mengetap bibir. Sikap Firdaus sungguh sukar untuk diramal. Berkali-kali ditolak, tetapi tetap berusaha merapati dirinya kembali. Dia meronta-ronta dalam pangkuan Firdaus. Penyudahnya, dia pula yang merasa sakit. Sedangkan Firdaus hanya terus-terusan mengukir senyum kemenangan.
"Fine.." Rossa mengalah. Dibiarkan saja tangan Firdaus membelai dan menyentuh tubuhnya. "Tadi nak tanya apa?"
"Takde. Saja!" Firdaus mengerdipkan mata. Tangannya sudah menyelak ke dalam baju kurung Rossa. Entah kenapa, hasrat yang satu itu meronta-ronta dalam diri.
Rossa mengelak. "Tolonglahh Fir.. I'm not ready! I'm begging you" Rossa sudah teresak-esak. Tiba-tiba ketakutan beraja di hati. Melihatkan kelakuan dan keinginan Firdaus, hatinya mula diserang kebimbangan yang bukan sedikit.
Firdaus menghentikan perlakuannya. Dia mempamerkan riak kesal. Sekali lagi, haknya dinafikan oleh Rossa.
"Okey" Nadanya kedengaran mendatar. Dia melepaskan Rossa dari pangkuan. "Go back to your work! Petang nanti, kita balik sama. Mama nak jumpa" Beritahu Firdaus tanpa memandang ke arah Rossa.
Rossa menelan liur. Wajah Firdaus ketat lagi! Tahulah dia maksud riak itu.
BERDUAAN di dalam kereta sungguh merimaskan Rossa. Entah kenapa, dia merasakan Firdaus seolah-olah sengaja melambatkan pemanduan ketika itu. Bibirnya terlalu berat untuk bertanya sementelah tampang lelaki itu kelihatan sangat bengis. Dia jadi takut tiba-tiba.
"Kita bermalam rumah mama malam ni" kata Firdaus. Suaranya garau dan mendatar saja. Sejak peristiwa ditolak oleh Rossa pagi tadi, dia sudah hilang mood untuk bermesra. Hatinya dirobek setiap kali sentuhan dan belaiannya ditepis gadis itu. Meskipun dia sudah berjanji dengan hati sendiri untuk memberikan ruang pada Rossa, namun dia hanyalah manusia biasa yang acapkali ingkar pada janji sendiri. Dia tidak mampu mengawal diri apabila Rossa ada bersama. Seolah ada tarikan magnet yang memaksanya untuk terus menempel dengan isterinya itu.
Rossa tersentak. Bermalam? Dengan tak bawa apa-apa? Dia menggumam. Kaget dengan berita yang disampaikan oleh suaminya. Last minute betul!
"Kat banglo tu ada sorang mak orang dan seorang anak dara. You can choose which tshirt you want to use. Do not worry about that. Or else, if you don't want to use any of theirs, you can just stay without any clothes!"
Rossa tambah kaget. Takkan tak pakai apa-apa? Merepeklah dia ni!
"Anyway, I'm the only person whom you can dress up without clothes! Do not deny that" Ada sedikit sindiran berbentuk teguran pada hujung ayatnya.
Rossa menelan liur. Semakin hari, semakin dia takut dengan keinginan Firdaus. Semakin dia mengelak, semakin lelaki itu menghampiri. Argh! Dia mahu semua ini berakhir. Dia belum sedia menerima Firdaus. Dia belum bersedia mencari pengganti Bakri.
"Don't think of Bakri when I'm around! You don't know how to please people, do you?" Ada nada merajuk pada bicaranya.
Rossa terkesima. Firdaus mampu membaca fikirannya. Dia tahu Firdaus sedang marah kerana setiap kali itu berlaku, dia perasan Firdaus bertutur dalam English. Arghhh! Dia lupa! Suaminya itu psiko!
"Mana ada!" nafi Rossa. Wajahnya cemberut.
"I thought you lost your voice!" tempelak Firdaus lagi.
Rossa menahan amarah. Sabar Rossa! Jangan pedulikan dia. Rossa menyandarkan badan pada dada kerusi. Memejam mata dan berdoa agar mereka cepat tiba ke destinasi.
"Rossa boleh abaikan abang sekarang. But not later! Ingat Rossa, I'm your husband. And I have my rights on you! Jangan cabar abang!"
Rossa terasa hendak menangis. Bencinya pada Firdaus melebihi segala-galanya. Dia ingin mencampakkan diri keluar agar tidak perlu berhadapan dengan Firdaus lagi.
I hate you!
DATIN QASRY memeluk Firdaus dan Rossa silih berganti. Saat bertembung mata dengan Rossa, hatinya diserbu sejuta rasa. Menantu yang satu ini terlalu manis orangnya. Padan sajalah Firdaus tergila-gilakan dirinya.
"Maaf mama. Baru sekarang Rossa ada masa untuk jumpa mama. Rossa busy"
"It's okay! Mama faham. Umi sihat?"
Datin Qasry menarik Rossa sehingga ke ruang tamu. Firdaus menurut dari belakang. Mereka masing-masing menghenyak punggung ke sofa.
"Alhamdulillah, umi sihat. Tadi Rossa ada called dia. Dia kirim salam" Rossa menyampaikan amanat umi. Sempat juga dia menelefon Umi Za, mengkhabarkan mengenai kepulangannya ke banglo Firdaus. Sekaligus menitipkan pesan untuk tidak menunggu mereka pulang.
"Waalaikummussalam. Nanti ada masa mama nak jumpa dengan umi. Sejak jadi besan ni, dah takde nak melawat satu sama lain. Mama sibuk sangat dengan arisan kelab mama. Nak ajak umi join sekali. Manalah tahu dia berminat" Datin Qasry bercerita penuh semangat. Di dalam mindanya sudah terangka pelbagai aktiviti yang akan diisi bersama Umi Za.
Rossa tergelak. Senang dengan sikap peramah Datin Qasry. Hilang segala keluh-kesah sebentar tadi.
"Rasanya umi berminat tu! Ajak Mak Nab sekali. Mesti bertambah riuh" Rossa sudah membayangkan situasi riuh tersebut. Wajahnya tampak ceria.
Firdaus tergelak dengan riak yang dipamerkan oleh isterinya. Macam budak-budak! Nampak comel. Rasa nak gigit-gigit pipi tu! Walaupun dia tahu Rossa tak suka!
"Haaa bagus sangatlah tu! Nanti mama ajak Mak Nab sekali" Datin Qasry bersetuju dengan cadangan Rossa.
"Ma, sunyi je rumah? Farah mana? Ana?" tanya Firdaus. Dia baru perasan kereta Ford milik Nizam tiada di garaj.
"Farah ke rumah mak mentua dia. Ana ikut sekalilah. Lusa balik kot. Ehhh ni haa! Bermalam kat sini ye? Mama sunyi dok sorang-sorang kat rumah. Papa outstation. Ada mama dengan Kak Pah je kat rumah. Bosanlah" adu Datin Qasry.
"Aah ma. Kitaorang memang nak bermalam. Tu yang sengaja ajak Rossa ke mari. Esok Sabtu kan? Tak kerja. Bolehlah teman mama dua tiga hari"
Rossa kaget. Dua tiga hari? Bukan malam ni aje ke? Kenapa dia suka buat keputusan tanpa beritahu aku?
"Haaa baguslah tu. Bermalam sini tau Rossa? Boleh jugak kita borak-borak panjang"
Rossa pamer senyum..Walaupun agak sukar untuk menerima keputusan tersebut, namun dia terpaksa bersetuju demi mama.
USAI makan malam, Rossa terus menapak ke dalam bilik. Dia dilarang oleh Datin Qasry untuk melakukan apa-apa kerja. Kata mama, dia perlu berehat. Biarkan saja Kak Pah melakukan kerjanya.
Pintu bilik air terkuak. Rossa terpana. Saat bertentang mata dengan Firdaus, bermacam rasa mulai singgah di jiwa. Lelaki itu tampak bersahaja mempamerkan badannya yang putih dan sasa itu. Dia hanya mengenakan tuala paras lutut.
Jantung Rossa mula berdetak hebat. Apalagi setelah senyuman menggoda Firdaus hinggap pada matanya. Dia bertambah kalut saat lelaki itu menghampirinya. Duduk di hadapannya sambil tak berkedip memandang wajahnya. Rossa hilang arah! Tak keruan rasanya.
"Kenapa ni? Hmmm? You lost something?" Wajah resah Rossa ditilik. Entah kenapa hatinya berbunga indah saat menatap wajah comel itu.
Rossa menggeleng laju. Dia kehilangan kata-kata sejujurnya. Aura Firdaus mampu menundukkan egonya.
"Baju siapa yang Rossa pakai ni?" Dia sempat melihat baju yang dipakai oleh Rossa. Tampak besar dari saiz tubuhnya yang kecil itu.
"Errr mama cakap, baju Farah"
"Farah taklah besar mana. Ke Rossa yang semakin mengecik ni?" Tanpa sedar, tangannya sudah hinggap pada bahu Rossa.
Rossa kalut. Dia tahu apa yang Firdaus inginkan. Dia faham apa yang sedang berlegar di kotak fikirannya. Namun dia betul-betul belum bersedia. Dia takut.
"Why are you avoiding me?" Firdaus melihat Rossa mengundurkan diri ke belakang, menjarakkan diri darinya. Itu yang dia tidak suka. Dia tidak akan mengapa-apakan Rossa. Bahkan akan dibelai dan dicurahkan sepenuh kasih sayang kepada gadis itu.
"Ma...mana ada!" Jawab Rossa berketar-ketar. Deruan nafasnya semakin sesak tatkala Firdaus semakin mendekat.
"Are you sure?" Firdaus mengukir senyum sinis. Tubuh mereka bersatu. Dipeluk erat pinggang Rossa sehingga gadis itu sempat mengeraskan badan.
Firdaus tidak dapat mengawal perasaan. Leher jinjang Rossa cukup membuatkan dia melayang jauh. Dibenamkan kepala ke leher tersebut. Aksinya semakin rancak, apatah lagi tiada sebarang penolakan dari si isteri.
"I love you" Ucapan itu singgah di cuping telinga Rossa lantas menggetarkan hati wanitanya. Benarkah apa yang didengarinya barusan?
"Fir..."
Rossa tidak jadi meneruskan kata-kata. Bibirnya sudah dikunci oleh bibir Firdaus. Asyik mereka beradu asmara. Tubuh Rossa dibaringkan ke katil. Rossa ingin menolak, namun Firdaus pantas menepis tangannya.
"Firrr..." Rossa sudah menangis. Dia menolak lembut tubuh Firdaus yang sudah menindihnya. Tangan Firdaus sudah meraba-raba ke tempat sensitifnya. "Firdaus!" Rossa terjerit kecil saat Firdaus menggigit lehernya.
Firdaus mengangkat wajah. Saat itu, dia dapat melihat airmata yang bergenang di wajah Rossa. Keluhan berat termuntah jua. Dia melepaskan tubuh Rossa ke katil lalu berganjak ke bilik air.
Rossa tersedu-sedan di atas katil. Bukan dia tidak sudi bersama Firdaus, namun hatinya sendiri belum bersedia sepenuhnya. Berdosakah dia kerana enggan melayani suami sendiri?
PAGI sudah menjelma. Matahari tampak indah menunjukkan diri pada sekalian alam. Rossa tersedar dari tidur lantas menggeliat. Jam di dinding dikerling. Sudah pukul 8.30 pagi. Dia menepuk dahi. Dia sudah telat bangun. Bangkit dari katil lantas menapak ke bilik air. Seketika, dia menoleh kembali ke ruang tengah.
Mana dia? Rossa tidak melihat bayang-bayang suaminya sejak semalam. Bahkan dia juga tidak dikejutkan bangun Subuh. Selalunya, Firdauslah yang akan membangunkannya untuk solat Subuh bersama.
Mana dia? Rossa ulang soalan tersebut. Merajukkah dia di atas apa yang telah berlaku semalam? Agak lama dia berfikir, kemudian langkah diatur menuju ke bilik air. Tubuh badan harus disegarkan dahulu. Selepas itu, barulah dia akan mencari Firdaus.
FIRDAUS mengerutkan dahi. Laporan yang diterimanya daripada Zaid sudah mampu mengganggu ketenteraman hatinya. Satu laporan tetapi mengandungi tiga kes! Kes yang sama tetapi orang yang berbeza. Yang pasti, pembunuhnya adalah orang yang sama!
"Apa pandangan kau?" tanya Zaid setelah selesai laporan tersebut dibaca oleh Firdaus.
"Motif dia dendam. Ada cinta, but more to revenge! Pembunuh seorang yang sunyi dan dalam masa yang sama agak berbahaya" Ulasan mukadimah yang mampu dia utarakan buat masa ini.
Zaid mengeluh. Pendapat mereka sama. Kalau betul dendam, atas kerana apa?
"Ni kes pembunuhan bersiri. He is a serial killer. Dia boleh membunuh dalam masa yang sama. Aku tak terkejut kalau lepas ni akan ada lagi kes. You have to be prepared!"
"Tak boleh ke kau masuk campur sekali? Just for this time. Kes ni tak pernah berlaku sebelum ni. Kes yang paling berat pun kes Hamid. Tu pun under arwah Bakri dulu. Tapi sampai sekarang kes tu postponed! Hamid terlepas sebab tak cukup bukti"
Firdaus senyap. Bukanlah dia tidak mahu membantu, tetapi saat ini kepalanya juga sarat dengan masalah rumah tangganya.
"Aku boleh tolong tapi hanya dari jauh je. Aku tak boleh nak join any team lagi"
"Aku faham. Kau lebih arif dalam bidang ni. Sebab tu aku datang nak mintak pendapat engkau"
Firdaus mengangguk faham. Laporan tersebut ditilik kembali. "Darah pada nota kecik ditulis dengan darah mangsa. Ini yang menyulitkan kita. Takde langsung darah pembunuh! Bijak betul dia. Macam mana dia boleh hilangkan bukti dan kesan sampai pihak forensik pun tak dapat nak kenalpasti dia?"
Firdaus memejam mata. Seketika wajah Rossa menghiasi tubir mata. Lantas, dicelikkan kembali matanya. Arghh! Rindu pulak!! Setinggi mana pun kesalahan Rossa, dia tetap tidak sampai hati hendak merajuk lama-lama.
"Azhan?" Melihatkan gaya Firdaus yang senyap tak berkutik, dia pula dipagut rasa bimbang.
"Sorry, I was thinking of something..." Firdaus kembali ke alam nyata. "Kau ada siasat latar belakang mangsa?"
Zaid mengangguk laju. "Ada. Tapi takde apa-apa yang mencurigakan yang boleh dikaitkan dengan kes ni"
"Bagi aku info tu. Kau kena double check, untuk pastikan kau tak tersilap pandang. First impression sometimes does confuse us!"
Zaid tersengih. Dia menyerahkan laporan penyiasatannya kepada Firdaus.
"Can I have this copy?" Firdaus maksudkan laporan forensik. Zaid mengangguk laju.
"Aku akan bantu kau untuk settlekan kes ni. Ada yang tak kena. Firasat aku cakap yang pembunuh sebenarnya nak buktikan sesuatu. At the same time, dia sengaja nak cabar pihak polis"
Telefon bimbit Zaid bergegar. Lantas, panggilan diangkat dan bertembung dengan suara Mazlan di hujung sana.
"Kau kat mana?"
"Somewhere. Aku jumpa Azhan. Kenapa?"
"Kau kena datang sini. Ada dua mayat yang baru ditemui"
Zaid bangkit dari duduk. "What??!"
Firdaus terkesima. Wajah cemas Zaid dipandang.
"Azhan, kau kena ikut aku" Cemas Zaid menyampaikan berita. Dia sudah bersiap-siap hendak pergi.
"Ke mana?"
"Ada penemuan dua lagi mayat. Mazlan called, bagitau aku tadi"
"What?!" Firdaus seakan tidak percaya. Dia mengekori langkah Zaid dari belakang. Nampak gayanya, kes ini sudah menjadi semakin serius! Dan dia, tidak boleh duduk diam sahaja!
Share this novel