KEPALA yang berdenyut dipicit berkali-kali. Masuk hari ini, sudah seminggu dia mengalami sakit kepala. Fikirnya, pening itu akan menghilang keesokan hari. Namun semakin hari semakin terasa pula denyutannya.
"Aina, mana fail yang I mintak you ambik dari Bahagian Pergudangan?" suara Irish menyentakkan Aina. Kepalanya didongakkan memandang gadis kacukan Arab itu. Seingat dia, tidak ada pula Irish memintanya fail dari bahagian pergudangan.
Aina menggeleng kepala berkali-kali. "Ada ke you mintak tadi? Seingat I, I tak terima apa-apa arahan dari you"
Irish mencekak pinggang. Wajahnya mencuka. Pulak dah? Baru tadi je aku pesan kot?
"Tadi I mintak you ambik fail dari sana. You dah lupa ke? Tak sampai satu jam I pesan"
Aina bangkit dari kerusi. Wajah mencuka Irish ditatap. Rasa bersalah pula kerana otaknya benar-benar tidak mampu untuk berfungsi saat itu. "I'm truly sorry. I betul-betul tak ingat. I ambik sekarang"
Lemah saja langkah Aina berjalan ke lif. Arahan daripada Irish harus ditunaikan. Bukan apa, setahu dia, Irish itu merupakan sepupu Firdaus merangkap PA tak bergajinya! Semua maklumat pekerja dan syarikat akan sampai ke telinga Firdaus melalui pandangan Irish. Dia tidak mahu terlepas akan itu. Dia ingin Irish memujinya di hadapan Firdaus. Demi mengingatkan nama Firdaus, semangat Aina semakin berkobar-kobar.
MENATAP wajah comel Rossa di sebalik tatapan telefon bimbit sebenarnya belum cukup untuk merungkai rindunya yang terikat rapi di dalam hati. Namun apakan daya, dia harus tetap bersabar menunggu waktu mereka untuk disatukan semula.
"Abang bila nak balik?" Suara Rossa separuh merengek dan manja itu menggegarkan hati lelakinya. Dia lihat bebola mata Rossa mulai bergenang dengan airmata. Hatinya sebak tiba-tiba.
"Abang baru je sampai sayang. Jumpa kontraktor pun belum. Lepas semua selesai nanti, abang baliklah jumpa sayang ye?"
Rossa senyap. Wajah Firdaus dipandang penuh kasih. Sejak sejam yang lalu, mereka berhubung melalui video call dan melepaskan rindu masing-masing. Baru saja satu hari Firdaus menghilang dari sisi, dia sudah mulai tidak keruan. Dia bencikan perpisahan ini!
"Kenapa senyap ni? Hmmm?"
Gusar pula hati Firdaus melihat kesenyapan isterinya. Dia memahami gelojak hati Rossa namun saat ini mereka harus terpaksa berpisah buat sementara waktu.
"Rossa rindu abang" rengek Rossa dengan suaranya yang tenggelam timbul.
Keluhan berat termuntah juga dari bibir Firdaus. Dia juga merindukan isterinya itu. Bahkan terlalu rindu! Kalau saja Rossa di hadapannya saat itu, sudah pasti didakapnya erat tubuh Rossa.
"Ye, abang tahu. Abang pun rindu. Sayang janganlah macam ni. Nanti abang tak kuat kat sini" pinta Firdaus dengan sebak yang ditahan dalam hati. "Umi macam mana? Masih dingin ke dengan sayang?" Teringat pula pada ibu mertuanya itu.
"Umi macam tu lah. Tak bercakap dengan Rossa langsung! Rossa ni duduk terperap je kat dalam bilik. Mananya umi nak pedulikan Rossa. Sedihlah hati Rossa sebab umi buat Rossa macam tak wujud. Padahal Rossa ni anak dia. Kalau hari-hari hadap perangai umi macam ni, maunya tak makan hati!" Rossa sudah meluah perasaannya setelah sekian lama disimpan dalam hati. Airmata yang jatuh berguguran dikesatnya perlahan. Emosinya kurang stabil sejak berpisah dari Firdaus.
"Kesian isteri abang ni. Hmm, abang tak tahu macam mana nak buat umi percayakan abang. Abang ingatkan, kalau biarkan sayang duduk dengan umi, hati umi sejuk sikit. Tapi macam tu jugak rupanya" Keresahan Firdaus sengaja timbulkan diri.
"Takpelah bang! Rossa buat semua ni sebab abang. Abang janganlah risau sangat ye?" Sebuah senyuman manis terlakar di wajah Rossa.
"Hmm" Firdaus mengangguk kepala. "Sayang ada baca tak buku yang abang bagi tu? Kata nak terbang ke Korea"
"Rossa tak nak bacalah buku tu! Rossa nak abang! Tak dapat pergi Korea pun takpe. Asalkan dapat bersama dengan abang semula"
Bibir Firdaus memekar dengan senyuman. Geram hatinya melihat muncung dan wajah cemberut Rossa itu.
"Betul ni?" Firdaus inginkan kepastian.
Kepala Rossa terangguk-angguk. Tak dapat pergi Korea pun takpe, asalkan dia dapat melihat Firdaus di depan mata, bukannya melalui video call seperti sekarang!
"Kalau abang nak mintak dengan benda lain, sayang bagi tak?" Wajah nakal Firdaus terpamer.
"Naklahhhh!" Jawab Rossa tanpa berfikir panjang. "Abang nak apa?" Rossa tayang wajah comel.
"Abang nak baby"
Mendengarkan saja permintaan Firdaus, wajah Rossa merona merah tiba-tiba.
"Baby per year!" Senyuman nakal tersungging di bibir Firdaus. "Every year abang nak baby. Kalau dapat 8 ke 9 babies, mesti best kan sayang?"
"Abanggg!!" Suara Rossa separuh menjerit. Dia diserbu dengan perasaan malu apabila Firdaus mengutarakan permintaan yang tak masuk akal itu. Bukan dia tidak menginginkan anak dari benih Firdaus, tetapi kalau sudah sampai ke tahap itu, mahu pengsan dibuatnya!
Firdaus sudah mengekek ketawa. Wajah kemerahan Rossa sungguh mengelikan hatinya.
"Abang saja tau! Suka buat orang marah! Bencilahh!"
"Sayang suka kan? Kalau marah-marah, suka bahasakan diri dengan 'orang'. Tak baik tau? Nanti derhaka pada suami, nak ke?"
"Yelah-yelah. Rossa tak buat lagi. Sorry" Tetapi wajah Rossa tetap cemberut.
"Tapi permintaan abang tu, jangan nak buat tak tahu pulak!" Firdaus mengingatkan.
"Takkan sampai 8 9 orang? Rossa bukannya kilang buat anak"
"Laaa dah kita selalu tak boleh jauh. Asyik nak melekat je. Mana tak jadinya 8 9 orang? Sayang lah, asyik nak goda abang!"
"Apa salah Rossa pulak?! Hishhh abang ni kannn!"
"Betullah kan? Kalau Rossa tak jual mahal dulu, rasanya sekarang ni mesti sayang dah pregnant lagi"
Bibir Rossa terkunci sudahnya. Kata-kata Firdaus menusuk terus ke jantung. Betullah tu! Kalau dia tidak bermain tarik tali dahulu, sudah pasti saat ini mereka sedang mengecapi kebahagiaan.
"Marah ke? Kenapa emosi sayang selalu tak menentu je sejak akhir-akhir ni? Sayang...."
Rossa memandang wajah Firdaus, sabar menanti omongan seterusnya.
"Berisi ke?"
Serentak itu, tangan Rossa menyentuh perutnya. Kalau difikirkan, memang betul emosinya selalu tak menentu sejak akhir-akhir ini. Ditambah pula dengan hubungannya dengan Firdaus sebelum mereka terpisah beberapa minggu lalu. Firdaus ada menyentuhnya tidak lama selepas dia keguguran. Tapi tak mungkin dia mengandung secepat itu?
"Sayang pergilah periksa. Who knows, we have another good news" Firdaus mengerdipkan mata. Teruja sudah hatinya untuk menimang cahaya mata bersama Rossa. Sejak Rossa keguguran beberapa bulan lepas, fikirannya selalu dibayangi akan suara kanak-kanak.
"Lagipun, kita kan dah dua kali..."
Bicara Firdaus terhenti tatkala melihat bahang kemerahan di wajah Rossa.
"Nantilah Rossa check" Malu-malu Rossa mengatakan itu. Kalau betul dia mengandung lagi, dialah insan paling bahagia di sisi Firdaus. Dan kali ini, dia akan pastikan semuanya akan dijaga dengan rapi.
"Love you. Gotta go sayang. Abang nak solat, nak makan. Nanti apa-apa, abang call sayang okay? Take care sayang"
Sesudah mematikan panggilan, Rossa mengeluh. Dunianya kembali terasa sepi. Perutnya yang kosong itu ditatap.
"Kalau ada lagi..." Rossa simpul senyum. Bahagianya hati kalau itu betul-betul terjadi.
Share this novel