LULUH hatinya saat mendengar cerita sebenar yang disampaikan oleh Tuan Ihsan. Dia terduduk di sofa diringi dengan airmata yang merembes keluar. Umi Za menggeleng kepala berkali-kali. Sukarnya hendak menerima kenyataan yang satu itu. Laporan yang ditunjukkan oleh Tuan Ihsan membuktikan bahawa memang Firdaus tidak terlibat di dalam kemalangan yang meragut nyawa suaminya. Tetapi kesalahan sebenar adalah pada bahu arwah Bakri!
Umi Za menyesali keterlanjuran sikapnya yang menuduh Firdaus. Ego hatinya menyebabkan dia sukar untuk menerima dan mendengar penjelasan dari mana-mana pihak. Berdosanya rasa apabila pernah memaksa Rossa meminta cerai dari Firdaus.
"Umi.." Tanpa sedar, Firdaus sudah berlutut di hadapannya sambil menggenggam erat jari-jemarinya.
"Umi bersalah pada kamu, pada Rossa"
"Umi jangan cakap macam tu. Takde siapa pun yang bersalah dalam hal ni. Apa yang telah terjadi, anggap jelah semuanya kurniaan Allah untuk kita semua"
Umi Za merenung anak mata Firdaus dalam-dalam. Dia tahu, Firdaus bukanlah seorang pendendam. Dia seorang lelaki yang baik. Dia saja yang terlalu mengikut kehendak hati dan memanjakan sangat egonya itu.
"Umi mintak maaf. Umi dah salah sangka pada Fir"
"Ye umi. Takpe. Fir tak pernah salahkan umi. Fir cuma harap, umi dapat benarkan Rossa kembali ke sisi Fir"
Umi Za mengangguk. "Rossa isteri kamu. Memang seharusnya dia berada di sisi kamu. Maafkan umi yang dah pernah pisahkan kamu berdua"
Firdaus mengulum senyum bahagia. Akhirnya, segalanya dipermudahkan oleh Allah. Siapa sangka, Nizam rupa-rupanya yang membuka kisah sebenar kepada Zaid dan Tuan Ihsan. Sehingga akhirnya Tuan Ihsan sendiri berhadapan dengan umi dan menjelaskan duduk perkara sebenar. Dibawa sekali segala bukti dan pengakuan dari Bakri termasuklah surat terakhirnya kepada Tuan Ihsan. Kebetulan pula Umi Za baru sahaja balik dari Kedah dan menginap di rumah kawan zaman sekolahnya iaitu Angah Yan yang juga merupakan pembantu rumah Tuan Ihsan. Dan di situlah segala-galanya terungkai. Ya Allah, terlalu banyak kasih sayangMu melebihi harta dunia!
"APA Mak Nab ni? Rossa tak naklah!" bentak Rossa dengan cadangan Mak Nab. Apabila mengetahui kedatangan Firdaus di situ, hati Rossa terus memberontak. Sudahlah umi juga tidak pulang-pulang. Jika umi ada, pasti Firdaus tidak berani menjejakkan kaki ke situ.
"Ehh ehh kamu ni! Hari tu bukan main lagi rindukan suami kamu tu. Dia dah kat bawah tu. Pergilah jumpa dia. Dah berjambang dah Mak Nab tengok dia"
"Tak nak! Orang tak nak! Orang tak nak jumpa Firdaus!" Rossa bengang dengan paksaan Mak Nab. Dia masih marahkan Firdaus gara-gara hal Aina. Sedih dan kecewa hatinya apabila Firdaus memperlakukan dia seperti itu.
"Rossa, kenapa ni? Apa lagi yang tak kena? Cuba cakap dengan Mak Nab" Lembut suara Mak Nab menyapa gegendang telinga Rossa. Risau juga dia apabila Rossa tiba-tiba tantrum seperti ini.
Rossa senyap. Namun sedu-sedannya jelas kedengaran. Dan airmatanya pula semakin galak munculkan diri. Bencinya dia dengan dirinya saat ini. Terlalu mudah tewas dengan emosi. Mungkin juga kerana pembawakan bayi, sikapnya berubah sebegitu sekali. Dan yang pastinya, kesalahan itu ada pada Firdaus! Titik!
Tanpa sedar, Firdaus sudah menapak ke dalam bilik dengan langkah yang perlahan. Dia menyentuh lembut bahu Mak Nab lantas memberikan isyarat agar Mak Nab senyap dan memberikan ruang untuknya bersama Rossa. Mak Nab memahami lantas bergerak keluar dari bilik. Langkahnya sangat perlahan tanpa disedari sedikit pun oleh Rossa.
Setelah Mak Nab berlalu, Firdaus melihat belakang tubuh Rossa yang berdiri di hadapannya.Tubuh Rossa semakin kurus. Kasihan pula dia melihat keadaan Rossa itu.Dan rindunya semakin memuncak sehingga hampir-hampir saja tubuh itu dia dakap dari arah belakang.
"Abang tu, dia tak pernah nak faham orang! Selalu sangat buat orang sedih! Dah tahu orang kuat cemburu, kenapa tak cerita je pasal Aina tu? Tak pasal-pasal orang kena tahu dari mulut orang lain! Sedih tau tak?!" Rossa sudah mula meluah rasa. Dia berpeluk tubuh.
Firdaus mematungkan diri. Luahan Rossa begitu menyengat di hati. Benarkah dia tidak mampu hendak memahami sekeping hati Rossa? Ya, dia akui kesalahannya yang tidak jujur pada Rossa mengenai Aina. Tetapi dia juga tidak mahu Rossa salah faham.
"Orang penatlah macam ni! Hari-hari ke nak kena tagih kejujuran dari dia?! Orang ni manusia, bukan tunggul tau tak?!"
Keadaan mulai panas. Rossa sudah memberontak. Ketara betul pada suaranya saat itu.
"Abang tu tak pernah sayangkan Rossa, tau tak?!"
"Siapa cakap abang tak sayangkan Rossa?" Firdaus mulai menyampuk dengan suara yang keras.Teruji juga hatinya dengan tuduhan melulu Rossa. Dia datang hendak membawa Rossa kembali ke sisinya, seperti yang dijanjikan. Namun Rossa sengaja mulakan 'perang' dingin!
Bibir Rossa terkunci. Serentak itu, laju sahaja kepalanya menoleh ke belakang. Melihatkan insan itu, hatinya rapuh tiba-tiba. Ingin saja dia berlari ke dalam dakapan Firdaus, namun kakinya seolah sengaja digam.
"Rossa ni suka fikir yang bukan-bukan" rungut Firdaus lantas mengatur langkah mendekati isterinya. Namun Rossa pantas bertindak dengan berundur dua tapak ke belakang.
"Kenapa lagi ni? Abang datang nak bawak Rossa balik ke kondo kita" Dia bergerak setapak ke hadapan, namun Rossa mengundur dua langkah ke belakang.
"Tak nak!"
Langkah Firdaus terhenti. Wajahnya sugul. Rossa benar-benar menguji hatinya. Sudahlah dia kepenatan seharian dalam flight, Rossa pula menyambut kedatangannya dengan bersikap degil seperti ini.
"Rossa jangan nak buat hal boleh tak? Bagi abang jelaskan segala-galanya dulu. Lepas tu kalau Rossa nak tampar ke pukul ke, abang relakan saja" Firdaus masih dalam mood memujuk. Tidak sabar hendak memeluk Rossa agar rindunya terlerai.
"No! Orang tak nak balik kondo! Orang nak duduk sini!"
Firdaus mengeluh. "Aduiii! Rossa ni memang sengaja kan nak buat abang macam ni? Nak abang buat sesuatu ke baru Rossa tak melawan? Kenapa degil sangat ni?!"
"Degillah! Tu sebab abang sorokkan Aina dari Rossa kan?" sahut Rossa dengan suara kasar.
Kesabaran Firdaus semakin menipis. Dia tidak sanggup diperlakukan seperti itu oleh Rossa. Dia ingin disambut dengan kasih sayang dan senyuman manja. Bukannya dengan pergaduhan seperti ini! Laju saja langkah kakinya mendekati Rossa yang sudah kelam-kabut hendak melarikan diri. Tangan Rossa dicapai lalu tubuh itu dicempung.
"Lepaskan Rossalah! Tak sukalah abang buat orang macam ni!" Dada Firdaus sudah ditumbuk sekuat hati.
Firdaus tidak menghiraukan kemarahan Rossa, bahkan selambanya dia meletakkan tubuh Rossa di atas katil. Kemudian, tubuh kecil itu ditindih. Kedua tangan Rossa didepakan. Bibir mungil Rossa dikucup sehingga akhirnya Rossa berhenti melawan.
"Dah puas ke melawan? Ke nak abang cium lagi?" Wajah bengis Firdaus terpamer jua.
Rossa tersedu-sedan. Kudratnya tidak mampu hendak melawan tubuh sasa Firdaus. Dibiarkan saja tubuhnya ditindih dengan tubuh sasa itu.
"Rossa tak boleh ke bagi abang peluang untuk jelaskan segalanya? Ya, abang salah sebab tak bagitau apa-apa pasal Aina kerja kat situ. Tapi bukan abang yang ambik Aina bekerja, Nizam yang recruit dia! Abang tahu, Rossa cemburukan Aina. Takkan abang sesuka hati nak upah dia kerja kat company abang tu? Berapa kali abang dah cakap? Kasih sayang abang tak berubah sedikit pun pada Rossa. Kenapa susah sangat nak faham tu?"
Tangisan Rossa sudah semakin kuat. Dia takut dengan suara keras Firdaus itu. Ditambah lagi dengan keadaannya sekarang, sungguh dia bagaikan insan lemah yang tak berguna di mata Firdaus!
Mendengarkan tangisan Rossa, Firdaus bangkit lalu duduk berteleku di sisi Rossa yang terbaring. Bukan niatnya hendak mengasari tubuh badan Rossa tetapi kesabarannya juga sudah menipis dek tuduhan melulu isterinya. Dia tidak suka dituduh di atas perkara yang tidak dia lakukan sementelah setianya selama ini hanya pada Rossa. Kadangkala sikap Rossa yang terlalu cepat melompat ke dalam kesimpulan itu seringkali menyukarkan laluan hubungan mereka.
Kesenyapan Firdaus menyuntik api sesalan dalam bara hati Rossa. Memang silapnya yang terlalu mengikut perasaan sehingga dalam diam merobek ketenangan jiwa Firdaus. Bukan juga niatnya hendak meragui kesetiaan suaminya. Tetapi apabil berkait hal Aina, entah kenapa ada sesuatu seperti sedang mengganggunya.
Rossa bingkas menghadap Firdaus yang kelelahan itu. Terpancar jelas di wajahnya akan kepenatannya sebelum ini. Itu membuatkan Rossa semakin rasa bersalah.
"Abang, Rossa mintak maaf!" Tangan Firdaus digapai lalu dikucup.
"Ye, takpe sayang. Lain kali, jangan buat macam tu lagi. Abang tak suka" Tubuh Rossa dia tarik dalam pelukan. Dia sudah penat hendak bergaduh dan merajuk lama-lama. Rasa rindunya mengatasi segala-galanya saat ini.
"Abang tak marah Rossa ke?" Tubuh Firdaus dia dakap erat.
"Nak abang marah sayang ke?" Firdaus tawa kecil. Rossa itu adakalanya tak ubah macam budak kecik! Rindunyaaaaa!!
"Tak nak!" Laju saja kepala Rossa menggeleng.
Firdaus menghambur tawa. "Dah tu buat apa tanya lagi?"
"Hmmm" gumam Rossa. "Awalnya abang balik.Kata lagi seminggu kat sana"
"Dah tu, ada sorang budak ni merajuk tak tentu pasal dengan abang. Habis dengan Mak Nab sekali dia mengamuk. Dahsyat betul!"
Rossa mengekek ketawa. Hilang sudah segala perasaan negatifnya sebentar tadi. "Rossa mintak maaf ye?"
"Ye takpe. Tapi kena bayar dengan sesuatu ni" Firdaus sengih nakal. "Sakit tau dada abang, sayang pukul kuat sangat. Tu tak kira lagi dengan sakit kat dalam ni"
Rossa membahang. Dia faham maksud Firdaus. Tapi dia malu. "Nanti Mak Nab nampak. Pintu tak tutup tu"
Mak Nab keluar tadi, lupa Firdaus pesan untuk tutup pintu. Terbuka luas pintu bilik tersebut.
"Alaa abang mintak kiss jelah! Bukan mintak tu! Otak kuninglah sayang ni!" perli Firdaus sambil tergelak. Hidung mancung Rossa dia cuit.
Pipi Rossa merona lagi. "Abanglah yang ajar Rossa fikir macam tu!"
"Aikk? Salahkan abang pulak?"
"Selalunya abang nak..."
Rossa berjeda tatkala terperasankan pandangan menggoda Firdaus.
"Nak apa?" Suara romantis Firdaus hinggap di pendengaran Rossa. Bibirnya singgah di dahi Rossa.
"Abang pergilah mandi! Abang bau busuklahh!" Tubuh Firdaus dia tolak jauh-jauh.Padahal sengaja nak cover malu!
"Yelah tu busuk. Nanti yang busuk ni jugak sayang peluk masa tidur"
"Eeeee pergilah mandi!"
"Okey, tapi sayang temankan abang!" Tubuh Rossa dia cempung sehingga ke bilik mandi. Riuh suara Rossa melawan dan Firdaus tak sudah-sudah mengekek, tetapi sesudah tiba di dalam bilik mandi, tiada lagi kedengaran suara mereka.
Yang kedengaran hanyalah bunyi pancutan air hujan yang menyatukan dua hati yang kian lemas dalam asmara rindu.
Share this novel