71

Romance Completed 28168

KELUHANNYA termuntah jua. Kepala dipicit-picit sementara matanya terpejam rapat. Kedatangan Hafizi ke pejabat menambahkan lagi bebanan di hatinya. Hafizi sempat bertanyakan khabarnya dan Rossa. Dia menyelidiki status hubungan mereka yang sebenarnya. Setelah menghidu sikap tak profesional Aina, dia dapat merasakan ada sesuatu yang telah terjadi di dalam hubungan mereka berdua.
"What kind of husband of me that never trusts my own wife?"
Tersentak Hafizi mendengarnya. Wajah sugul Firdaus ditatapi.
"Pardon?" tanya Hafizi perlahan.
Mata Firdaus tercelik. Pandangannya dipusatkan ke arah Hafizi yang sedang duduk bertentangan dengannya. Kemudian, dia meluruskan badan yang sengaja disandarkan ke dada kerusi.
"Abang tak percayakan Rossa sebelum ni" Firdaus berjeda. "Dia marah sangat dengan abang" Apabila mengingat kembali apa yang telah terjadi, dia seakan tidak mampu untuk memaafkan dirinya sendiri. Apatah lagi kandungan Rossa gugur gara-gara dia.
"Have you tried to talk to her?"
Mata Firdaus galak memerhatikan setiap inci wajah Hafizi. Sorotan matanya seakan menginginkan penjelasan di sebalik kata-kata Hafizi barusan.
"I mean, slowtalk" sahut Hafizi lagi.
"Nope. Dia takkan dengar pun. She hates me so much" Satu kenyataan yang harus ditelan. Rossa bencikan dia! Sangat-sangat! Kalau tidak, masakan Rossa mahu menuntut cerai?
Hafizi mendiamkan diri. Soal rumah tangga Firdaus dia tidak boleh komen lebih-lebih. Dia orang luar. Apa yang termampu dia lakukan, hanyalah mendoakan agar semuanya dalam keadaan baik saja dan memberikan nasihat yang berguna. Dipandangnya wajah sugul Firdaus dan rambutnya yang kusut-masai. Dulu, dia sangat mengagumi figura itu. Pada pandangannya, Firdaus adalah seorang lelaki yang kuat dan tidak semudahnya rebah pada anasir jahat. Dia tega dan cekal mengharungi segala rintangan. Namun kenapa kali ini dia merasakan Firdaus seperti orang lain? Kekuataannya entah hilang ke mana. Jiwanya seakan rapuh. Dan dia seakan seperti berputus asa dengan kehidupannya. Mungkinkah kerana cintanya pada Rossa? Tetapi bukankah cinta itu menguatkan? Arghh! Sungguh dia tidak mengerti akan maksud cinta.
"Abang kenalah redha. If everything does not go along with your plan, you have to accept it. Ada hikmah di sebalik semua ni. Allah dah tetapkan semuanya. Tapi kalau Allah dah tentukan korang berdua masih ada jodoh, Allah akan balikkan hati tu lagi"
Empangan mata Firdaus seakan pecah. Dadanya berombak kencang. Redha? Kehilangan Rossa? Tegakah dia? Dia sangat mencintai Rossa. Mana mungkin dia mampu melepaskan Rossa sebegitu mudah. Hatinya telah mati pada wanita lain. Inikah pengakhiran hubungan mereka?
"Sebenarnya, Fizi datang sini bersebab"
Suara garau Hafizi menerbangkan fikiran Firdaus yang jauh menerawang.
"There's something you should know"
Wajah Hafizi yang serius ditatap.
"And it's really important"
Firdaus mengerut dahi.
Hafizi menghela nafas. Dia harus memberitahu perkara sebenar kepada Firdaus. Hal ini justeru bersangkut-paut dengan kehidupan lelaki itu. "About someone"
Kening Firdaus bertaut. 'Someone?' Kejutan apa lagi yang bakal menyunsung?

"ROSSA sihat ke?" Pelukan yang dieratkan seakan tidak mahu dilepaskan. Air matanya mengalir setitik apabila mengenangkan nasib yang bakal menimpa rumah tangga anak dan menantunya. Betapa dia kasihkan Rossa, bak menatang minyak yang penuh. Jika dia tahu begini caranya Firdaus meladeni Rossa, tidak akan dia izinkan mereka berkahwin. Namun nasi sudah menjadi bubur. Tidak ada benda yang harus dikesali lagi. Meskipun perit keputusan Rossa tersebut, namun dia tetap harus menerimanya.
"Rossa sihat ma" sahut Rossa seraya merungkaikan pelukan. Air mata di pipi Datin Qasry dikesatnya perlahan. Seperti mana mama terluka, seperti itu juga hatinya.
"Mama janganlah nangis. Mama buat Rossa sedih"
"Macam mana mama tak nangis? Rossa nak tinggalkan mama" Datin Qasry masih dalam mood sedih. Suaranya pula antara dengar dan tidak sahaja.
"Siapa cakap Rossa nak tinggalkan mama?" Tangan Datin Qasry dikucup mesra.Hatinya sudah jatuh sayang pada wanita itu.
Kepala Datin Qasry menonggeng memandang wajah manis milik Rossa. Rossa tak tinggalkan dia? Itu bererti Rossa dan Firdaus tidak akan bercerai. Hatinya mulai berlagu riang.
"Be...betul ke ni?" Tubuh Rossa dia bawa kembali dalam dakapan. "Jadi Rossa tak jadilah bercerai dengan Fir?"
Rossa serba salah. Mama salah faham rupanya. Atau mungkin juga kerana mama terlalu excited sehinggakan dia salah faham dengan maksud sebenar Rossa.
"Ma.. Rossa akan tetap tuntut cerai"
Wajah Datin Qasry mencuka. Pelukan dilepaskan. Wajah serius Rossa hinggap pada bebola matanya.
"Tapi tadi Rossa cakap..."
"Rossa takkan tinggalkan mama tapi tak bermaksud yang Rossa tak jadi bercerai. Ma, Rossa nak mintak maaf. Tapi Rossa tak mampu nak teruskan lagi. Rossa masih boleh terima kalau Fir ada perempuan lain. Tapi Rossa tak boleh terima kalau Fir tuduh Rossa mengandungkan anak orang lain..." Suara Rossa tenggelam timbul. Selama ini, dia merahsiakan saja tuduhan Firdaus kepadanya daripada semua orang. Bahkan daripada Umi Za sekalipun. Tetapi semua orang tetap mendesaknya untuk terus 'tinggal' dalam hubungan yang dia sendiri tidak tahu hujung pangkalnya.
Terpempan Datin Qasry mendengar semua itu. Wajah Rossa dia tilik sedalam-dalamnya. Kata-kata Rossa sedaya upaya dicerna dalam kotak fikiran. Firdaus menuduh Rossa curang? Ya Allah! Terasa sesak hujung nafasnya.
"Fir dengan bersahaja tuduh Rossa ni buat benda tak baik belakang dia. Bahkan dia sempat tak mengaku anak dalam perut Rossa tu anak dia. Hati isteri mana yang tak terluka ma? Rossa tertekan dengan apa yang terjadi. Satu persatu dugaan datang. Rossa ingatkan Rossa masih mampu bertahan. Tapi Rossa silap. Rossa tak mampu nak teruskan ma" Rossa mengesat air mata dengan hujung bajunya. Hati dia telah dilukai oleh suami sendiri. Untuk itu, dia masih belum cukup kuat untuk memaafkan Firdaus.
"Takde cara lain ke Rossa?" Datin Qasry sudah menangis. Sedih dengan keputusan Rossa dan malu dengan tindakan terburu-buru Firdaus.
"Rossa minta maaf ma. Rossa betul-betul minta maaf. Tolonglah jangan paksa Rossa lagi. Rossa tak boleh" runtun Rossa dalam tangisan. Dia menekup wajah dengan kedua telapak tangannya.
Belas Datin Qasry melihat tingkah Rossa. Dia turut merasa sebak. Tubuh Rossa ditarik dalam dakapan. Kedua mereka hanyut dalam kesedihan dan air mata yang mulai bergenang.
"Cerita dengan mama, sayang. What actually happened"

FIRDAUS menghempas tubuh di atas katil. Tangannya melonggarkan ikatan tali leher. Keluhan terlepas jua. Dia masih pening memikirkan kata-kata Hafizi siang tadi.
"Please give her chance. She deserves it"
Peluang?! Hmmm.. Firdaus tersenyum hambar. Dia saja yang ringan tulang memberikan peluang dan ruang pada orang lain sedangkan dirinya? Tidak pernah sedikit pun mendapat peluang tersebut daripada orang lain. Kenapa semua orang mendesaknya? Hafizi sekalipun?
Hati Firdaus telah mati. Tetapi tidak tahu pada siapa. Dia benar-benar sudah berputusa asa dengan semua perjuangan ini. Dia inginkan Rossa, tetapi wanita itu sudah menjauh dari dirinya. Haruskah dia meneruskan rancangannya? Tetapi tidakkah itu akan melukakan hati Rossa lagi? Sudah cukup isterinya terluka gara-gara dia. Tetapi jika tidak diteruskan rancangannya, dia akan kehilangan Rossa untuk selama-lamanya. Arghhh!! Apa yang harus dia lakukan?
Bunyi loceng dari arah pintu mengejutkan Firdaus. Mulanya, dia malas hendak ambil peduli. Tetapi setelah ditekan berkali-kali, akhirnya dia hayunkan juga langkah menuju ke pintu.
"Mama!" Tersentak Firdaus menerima kehadiran mama tatkala pintu terkuak luas. Bertambah nanar apabila dia melihat wajah mama serius semacam..Firdaus telan liur.
"Mana perempuan tu?" jerkah Datin Qasry dengan suara yang lantang. Dia bergerak ke sana sini demi untuk mencari perempuan yang bernama Aina seperti yang diceritakan oleh Rossa sebentar tadi.
Mengerut seribu dahi Firdaus. Perempuan?
"Mama tanya kan? Mana perempuan tu?"
"Perempuan mana ma?"
"Aina!"
Firdaus menelan liur. Serta-merta, wajahnya berubah. Maknanya, mama sudah mengetahui mengenai Aina. Tetapi siapa yang bagitau?
"Kenapa nampak terkejut?" Pertanyaan Datin Qasry seolah-olah menyindir Firdaus.
"Ma.. Fir.." Firdaus cuba untuk menjelaskan duduk perkara sebenar tetapi lidahnya terasa kelu. Otaknya jammed tiba-tiba. Hilang semangatnya apabila dijerkah sebegitu oleh mama barusan.
"Pandai Fir kan? Lukakan hati Rossa, lepas tu buat dia keguguran. Sorokkan Aina, dan paling mama tak boleh terima bila Fir tuduh Rossa buntingkan anak orang lain. Puaslah hati Fir sekarang kan?! Fir dah bunuh anak Fir sendiri yang Fir anggap anak orang lain!" Datin Qasry menghambur kemarahan. Sifat sopan dan lemah lembutnya dalam menutur bicara lenyap sudah.
"Mama tak pernah ajar anak-anak mama untuk sakitkan hati sesiapa, terutama sekali hati seorang perempuan! Kurang apa Rossa tu? Sampai Fir sanggup buat Rossa macam tu? Mama ingatkan Fir akan berubah lepas kawen dengan Rossa tapi mama silap. Fir masih lagi dengan sikap lama Fir! Mana mama nak sorokkan muka dari Umi Za? Malu mama Fir!" Terduduk Datin Qasry di atas sofa. Wajahnya muram dan tidak bermaya. Sungguh hampir tidak percaya dia dengan apa yang didengarinya dari bibir Rossa. Walaupun tiada kenyataan sebenar dari Firdaus mengenai hubungannya dengan Aina, namun dia dapat merasakan Aina adalah punca untuk semua yang terjadi.
Firdaus menangis. Dia melutut di hadapan Datin Qasry. Cukuplah menambah bebanan lagi, hatinya benar-benar tidak kuat.
"Mama kecewa dengan kamu Fir"
Tersentak Firdaus mendengar kata-kata mama. Pilu rasa hatinya apabila mama mengungkapkan itu. Nampak benar dia sudah tidak berguna sebagai seorang anak.
"Ampunkan Fir mama. Ampunkan Fir! Tapi sungguh, Fir tak sejahat tu. Fir tak pernah ada hubungan dengan mana-mana perempuan, dengan Aina sekalipun. Fir setia dengan Rossa"
Datin Qasry mematungkan diri. Dia sudah tidak mampu untuk berkata-kata lagi. Sedalam mana pun perasaan kecewa menyelubungi, namun tetap tidak mampu untuk menewaskan rasa sayang dan belasnya pada Firdaus. Lantas, kepala Firdaus yang terbenam di atas ribanya diusap lembut.
Tangisannya berselang-seli dengan tangisan Firdaus!

SEBULAN KEMUDIAN...
SETELAH menimbang-tara baik buruk keputusannya, dia akhirnya yakin dengan kata hati. Selama tempoh ini dia berusaha keras untuk merebut hati Rossa kembali, namun hampa bertemu kecewa. Hati Rossa tetap enggan terpujuk. Dia harus bagaimana lagi? Rossa tetap dingin dengannya. Bahkan dengan bersahaja Rossa mendoakan kebahagiaannya bersama Aina. Sungguh tiada riak kecewa atau terpaksa pada saat Rossa mengungkapkan itu. Dia sedih dan hatinya mula tidak sepakat dengan mindanya.
Kereta milik Firdaus berhenti betul-betul di hadapan rumah Nani. Baru sekejap tadi, dia mengekori Rossa dari arah belakang. Untung saja isterinya tidak menyedari itu. Dia ingin bertemu Rossa sebelum memberikan persetujuan terakhir di atas hubungan mereka.
Ketika itu, Firdaus dengan jelas menyaksikan betapa mesranya Rossa melayan Taufiq di hadapan rumah. Meskipun Nani ada bersama, tetapi perasaan cemburunya tetap menguasai.
"Rossa tu masih isteri akulah!" gumam Firdaus dari dalam kereta. Sebal hatinya saat itu.
"Ini ke sebabnya Rossa nak sangat cerai? Supaya Rossa dapat bersama lelaki tu kan?! Hebat kan Rossa?! Tuduh abang ada hubungan dengan Aina, tapi alih-alih Rossa sendiri yang menjalin hubungan dengan Taufiq!"
Hati Firdaus panas. Dia tidak tahu apa yang dirasakannya saat ini tetapi yang pasti, dia tidak akan melepaskan Rossa ke dalam tangan Taufiq!
Bunyi deringan telefon bimbit menyentakkannya. Lantas, diangkat panggilan tersebut tanpa memandang nama di skrin.
"Hmm? Macam mana? Dapat apa yang aku nak tu?"
"Dapat boss. Ada dalam tangan aku ni. Kejap lagi, aku emelkan kat kau" Aziz di hujung sana tergelak kecil. Mana tidaknya, dia ditawarkan upah sebanyak RM50,000 hanya untuk mencari segala maklumat mengenai Taufiq. Gila tak untung!
"Arghh! Lama sangat nak bukak emel. Aku nak tau siapa Taufiq pada isteri aku. Tu je"
"Okay, kejap boss" Aziz membuka sampul berwarna kuning itu. Ditarik keluar sekeping kertas putih lantas tersenyum sumbing. "Ada boss"
Hati Firdaus berdetak hebat. Pandangannya pula dipusatkan ke arah mereka bertiga di hadapannya sana. Wajah ceria Taufiq ketika mendapat layanan mesra Rossa. Dan Nani sedari tadi sibuk dengan telefon bimbitnya.
"Apa dia?" Berdebar-debar hatinya saat ingin mengorek rahsia masa silam Rossa. Adakah hasilnya mengejutkan dia? Atau sebaliknya? Dia benar-benar tidak sabar.
"Empat tahun lepas, Rossa pernah putus dengan seorang lelaki sebab mak lelaki tu tak restu hubungan diorang.Jadi Rossa pun bawak diri dan diorang tak bertemu lagi. Lelaki tu kawen dengan perempuan pilihan mak dia, tapi sayangnya hubungan mereka tak lama. Diorang cerai, tak lama jugak. Lima bulan lepas. Lepas tu, Rossa bertemu balik dengan lelaki ni. Bekas kekasih dia. Taufiq Zulkarnain bin Zaidi"
Firdaus mendiamkan diri. Hatinya berdegup kencang. Nafasnya turun naik. Dia menggenggam stereng kereta sekuat hati. Wajah Rossa dipandang tidak berkelip. 'Sampai hati Rossa tipu abang!'
Panggilan dimatikan. Firdaus merasa tertipu. Kenapa Rossa merahsiakan kisah silamnya bersama Taufiq sebelum ini? Bukannya dia tidak pernah bertanya, bahkan gara-gara Taufiqlah mereka bertengkar. Namun Rossa tetap dengan kedegilannya untuk merahsiakan kewujudan Taufiq empat tahun lalu.
"Rossa nak abang jadi jahat balik kan?" Akal jahat Firdaus mulai menguasai. Dia sudah tidak fikirkan apa-apa lagi. Yang dia inginkan saat ini hanyalah Rossa!

"KAU baik-baik tau kat rumah? Kita orang pergi tak lama. Kejap je" Ujar Nani kepada Rossa. Entah apa mimpi Rossa, tiba-tiba saja sahabatnya itu menyatakan hasrat untuk bermalam di rumah sewanya. Nani turutkan saja. Kebetulan pula, Taufiq singgah di rumahnya. Mengirimkan kuih buatan Mak Lang Inas untuknya.
Dia perasan, Rossa juga agak mesra dengan Taufiq. Kadang-kadang, dia seriau juga. Dia tahu, Rossa masih isteri Firdaus. Namun siapalah dia hendak berlebih-lebihan. Rossa yang dikenalinya dulu jauh berbeza dari sekarang. Sahabatnya itu degil dan gemar berahsia. Hmm..
"Kalau ada apa-apa, call kita orang ye?" sambung Taufiq pula sambil mengenyit mata. "Tapi kalau rindu saya, call saya" sambung Taufiq lagi.
Rossa tertawa halus. Ada-ada je lah dia ni!
Nani menyiku Taufiq. Geram betul dia dengan sikap tak faham bahasa sepupunya itu! Aihh!
"Okeylah, kita orang gerak dulu. Ni pintu, tingkap, kunci semua tau?" pesan Nani lagi.
"Iye, aku tahulah! Risau tak bertempatlah kau ni!" omel Rossa.
"Risaulah. Kau kan kawan aku. Merangkap isteri boss aku" Sengaja Nani tekankan perkataan 'isteri' itu agar dua-dua mereka faham. Berharap yang Rossa sedar bahawa dia itu masih isteri orang dan menyindir Taufiq yang tak habis-habis dengan ayat pickup line dia!
"Rossa kan dah nak cerai dengan Fir?" sahut Taufiq, bengang pula dengan Nani!
"Excuse me! Selagi diorang belum ke mahkamah dan boss aku yang baik hati tu tak lafaz cerai, selagi tu lah Rossa ni masih isteri dia! Faham!" tekan Nani lagi membuatkan Taufiq terdiam akhirnya.
Rossa membatu. Apabila nama Firdaus dibangkitkan, automatik bulu romanya menaik. Ada debaran di hatinya.
"Kau ni pun satu..."
"Iye, aku tahu apa yang kau nak sampaikan!" cantas Rossa sebelum sempat Nani menghabiskan ayatnya. "Baik korang pergi sekarang. Nanti lambat pulak"
Wajah Nani masam. Eihhh! Aku liku jugak kepala si Rossa ni!
Nani dan Taufiq meninggalkan Rossa di hadapan rumah. Setelah kereta Taufiq menghilang, Rossa menutup pintu rumah lantas bergerak ke dapur. Baru saja empat langkah, loceng pintu berbunyi. Rossa kehairanan.
"Aik, takkan dah balik?" Rossa tergelak sendiri. Langkah kaki diatur menuju ke pintu. Saat pintu terbuka luas, nafasnya terasa tersekat. Hatinya berdegup kencang.
Wajah serius Firdaus terpamer di hadapan pintu. Dia menapak selangkah demi selangkah lantas menutup daun pintu dan menguncinya.
"Awak buat apa kat sini?" tanya Rossa yang sedang dalam ketakutan. Tapi dineutralkan riak wajahnya kerana tidak mahu Firdaus menghidu rasa takutnya.
"Takkan tak boleh jumpa isteri sendiri?" tempelak Firdaus lagi. Dia menapak selangkah demi selangkah sedangkan Rossa semakin berundur ke belakang. Debar di hatinya bukan main lagi. Dia takut dengan tingkah laku Firdaus saat ini.
"Kita takde apa-apa yang nak dibincangkan. Untuk apa berjumpa?!"
Firdaus mematikan langkah. "Abang nak tahu pasal Taufiq!"
Wajah Rossa semakin mengeruh. "Kenapa dengan dia?"
"You should tell me! You know him better!"
Tersentak Rossa dengan jerkahan Firdaus itu.
"Takde apa yang awak perlu tahu mengenai dia. Nothing's important" Rossa bergerak menaiki anak tangga. Firdaus menyusul dari belakang. Dia tidak akan berpuas hati selagi Rossa tidak menceritakan hal sebenar.
"Really?" tanya Firdaus penuh sinis. "Then, who is Taufiq Zulkarnain bin Zaidi?"
Langkah Rossa terhenti. Riak wajahnya berubah drastik. Peluh di dahi mulai berkumpul. Dia takutkan Firdaus, namun lebih gerunkan kebenaran yang bakal tersingkap sebentar lagi.
"Tell me Rossa! Who is Taufiq Zulkarnain?" Firdaus merentap lengan Rossa dengan kasar. Dia tidak mampu menahan sabar lagi dengan taktik tarik tali isterinya.
"Lepaslah!" Rossa meronta dalam pelukan Firdaus.
"No! Until you tell me the truth" Tubuh Rossa dibawa sehingga ke dalam bilik. Kemudian, dibaringkan di atas katil. Rossa meronta namun Firdaus lebih tangkas menepis.
"Kenapa susah sangat nak bagitau siapa Taufiq?" Kedua tangan Rossa didepakan. "Dia bekas kekasih Rossa kan? Sebab tu selama ni Rossa tak nak bagitau perkara sebenar sebab Rossa masih sayangkan dia! You still love him but yet, you're flirting with me!" Tuduh Firdaus melulu. Bibir Rossa dikucup dengan ghairah. Tidak dihiraukan tubuh Rossa yang mula meronta-ronta.
"Rossa bodohkan abang selama ni" sambung Firdaus lagi setelah puas menindih bibir Rossa. "Rossa buat abang jatuh cinta dengan Rossa tapi pada masa yang sama Rossa masih ada hati pada lelaki lain! Rossa kejam dengan abang. Rossa kejam dengan hati abang! You're so mean. Dan sekarang, Rossa nak cerai sebab lelaki tu dah balik pada Rossa kan? Patutlah selama ni Rossa selalu cari pasal dengan abang. Rupanya sebab Rossa ada lelaki lain!"
Mata Firdaus memerah. Nafasnya turun naik. Dia tidak fikirkan apa-apa. Nafsunya mulai menguasai diri. Dia tahu, Rossa masih isterinya. Dan tidak salah jika bersama dengan isteri sendiri. Walau harus dalam keadaan terpaksa!
"Takkk! Rossa takde niat pun macam tu. Abang dengarlah dulu" Rossa mula menangis mengenangkan nasib diri. Dia tahu, Firdaus saat ini sudah di luar kawalan. Apatah lagi setelah dia merasakan bibir Firdaus mulai hinggap pada bahagian-bahagian sensitifnya.
"Abang, tolonglah! Jangan buat Rossa macam ni" Rossa terus merayu namun Firdaus buat tidak peduli. Ditariknya kasar baju Rossa sehingga menampakkan sebahagian dadanya. Melihatkan itu, hati Firdaus berdebar. Nafsunya yang satu itu semakin menguasai. Lebih-lebih lagi, setelah melihat adegan mesra Rossa dan Taufiq sebentar tadi.
"Abanggg!!" Rossa mula menjerit apabila merasakan bibir Firdaus hinggap pada buah dadanya. Dia menolak tubuh itu tetapi kudrat Firdaus ternyata lebih kuat berbanding dirinya.
"Rossa nak sangat cerai? Fine! Tapi lepas Rossa lahirkan zuriat abang!" Firdaus membenamkan kepalanya ke leher Rossa. Kemudian, satu persatu baju Rossa ditanggalkan.
Rossa hanya mampu menangis tanpa melawan. Kudratnya terlalu penat untuk terus memberontak.
'Abanggggg!'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience