73

Romance Completed 28168

"KAU ada call Rossa? Tanya dia apa-apa ke?"
Saat disoal begitu oleh Taufiq, kening Nani terangkat. Mulalah tu nak menyibuk! Hishhh! "Takde!" Nani jawab acuh tak acuh. Tapi betullah, dia memang tidak ada menghubungi Rossa sejak kejadian tempoh hari. Sekembalinya dia dan Taufiq dari melawat Mak Lang Inas, Rossa didapati hilang entah ke mana. Ada juga dia mencuba untuk menghubungi Rossa tetapi jawapan gadis itu cuma, 'aku okey!' Dia pelik dengan sikap Rossa itu. Sejak semenjak ini, Rossa gemar berahsia. Dia sukar pula untuk menebak perasaan Rossa yang kadang betul kadang tidak itu. Haihhh...
Dapat tahu pula Firdaus itu kahwin dengan Aina, makinlah dia kusut! Entah apa yang merasuk bossnya itu sampai sanggup mengambil keputusan seperti itu. Dalam diam, dia rasa kasihan dengan nasib yang menimpa Rossa. Entah apa khabar agaknya sahabat baiknya itu.
"Mesti dia tak okey kan?"
Pertanyaan Taufiq membuatkan Nani mendongak wajah. Riak polos Taufiq cuba diselidiki. Kurang mengerti sebetulnya.
"Maksud kau?"
"Aku dapat rasa, dia tak okey" sahut Taufiq sesudah duduk melabuh punggung di hadapan Nani. Siaran televisyen langsung tidak dipedulikan.
"Hmm?" Kening Nani terangkat dengan wajah penuh persoalan. Seolah ada tanda tanya sedang berawangan di udara ketika itu.
"Aku dah lama kenal Rossa. Sebelum kau dan sebelum suami dia tu. Aku dulu yang muncul dalam hidup dia sebelum korang berdua. Aku tahu setiap cerita dia. Aku tahu, suka duka dia. Aku tahu apa dia tak suka, apa yang dia suka. I know her well" ungkap Taufiq sambil menghela nafas kecil. Pandangannya hanya berpusat pada bingkai foto Rossa dan Nani yang terletak indah di atas para-para.
Nani diam memandang wajah sepupunya itu. Dalam kata-kata Taufiq itu, terserlah kejujuran dan keikhlasan pada setiap butir bicaranya. Ternyata, cinta Taufiq pada Rossa masih membara. Semua itu jelas pada pandangan mata Nani. Tapi sayang, Rossa sudah pun menjadi milik lelaki lain. Tidak mungkin dia akan membenarkan Taufiq menjadi racun di dalam mahligai indah mereka meskipun mahligai tersebut hampir goyah.
"Kau sayangkan dia sangat-sangat kan?"
Tertawa halus Taufiq saat diajukan soalan itu. Gila tak sayang! First love tuuu...
"Tapi aku tahu, dia tak sayangkan aku lagi" keluh Taufiq, seakan kesal dengan masa lalu. Kalau dulu dia kuat mempertahankan Rossa, pasti hidup mereka sedang dilimpahi bahagia saat ini.
Nani pula yang mengeluh. Memang sukar untuk memahami cinta. Tapi lebih sukar untuk melupakan cinta. Itulah yang terjadi pada Taufiq saat ini. Salahkan siapa? Semua yang berlaku adalah kehendak Ilahi. Redha dan tawakal saja. Allah pasti punya rencanaNya tersendiri.
"Aku tak nak kau rosakkan hubungan Rossa dengan suami dia. Kau pernah lukakan hati dia suatu masa dulu. Jadi aku harap sangat yang kau takkan buat perkara yang sama lagi lepas ni" pesan Nani, agak sinikal.
Tersentak Taufiq mendengarnya. Makan dalam sungguh!

TUBUH Rossa dipeluk seerat mungkin. Seboleh mungkin, dia tidak mahu Rossa terus tinggal di kondo Firdaus. Apatah lagi setelah kehadiran Aina dirasakan agak tidak selesa.
"Betul ni Rossa tak nak ikut umi?" Tangan Rossa digenggam erat. Dalam hati, dia berharap agar Rossa dapat mengubah keputusannya.
"Tak umi" balas Rossa setelah pelukan terurai. "Rossa nak duduk sini dulu. Nanti dah okey semua, Rossa balik rumah umi. Selama-lamanya" Rossa menahan getar di jiwa. Dia seakan ingin menangis namun ditahan saja sebak di dada. Risau jika umi banyak bertanya sedangkan dia masih belum bersedia untuk memberi jawapannya.
Umi Za mengerut dahi. Suara dan intonasi Rossa kedengaran aneh. Hatinya walang tiba-tiba. Ada sesuatukah yang dia tidak tahu?
"Rossa okey tak ni?" Wajah Rossa dielus.
Rossa hanya mengangguk kepala tanpa menjawab. Tangan Umi Za diraih lalu dibawa ke bibir. "Nanti kalau Rossa senang, Rossa pergi lawat umi ye?"
Umi Za hanya mengunci bibir. Dia masih tidak berpuas hati dengan respon Rossa. Mahu saja bibirnya bertanya lebih lanjut, namun kelibat Firdaus yang semakin menghampir membatalkan niatnya.
"Umi tak nak stay untuk beberapa hari lagi ke?" tanya Firdaus setelah menapak di sisi Rossa. Dia perasan mata dan wajah itu agak sembab. Firdaus mengeluh dalam diam.
"Takpelah. Lagipun, Mak Nab sorang je kat rumah tu. Kedai umi tu siapa pulak nak jaga?" Kalau diikutkan hati, tidak ingin dia melayan Firdaus tetapi disabarkan hatinya beberapa kali. Demi Rossa, dia kuatkan hati untuk berhadapan dengan menantunya itu.
"Yelah umi" sahut Firdaus lalu tunduk menyalami tangan Umi Za. Dia tahu, wanita itu juga sedang terluka gara-gara keputusan yang diambilnya. Namun dia juga tiada pilihan. Inilah salah satu cara untuk mengajar Rossa supaya lebih menghargainya.
"Nak Fir hantarkan ke?" pelawa Firdaus, ramah.
"Tak perlulah. Umi dah called teksi. Kejap lagi sampailah tu"
"Umi jaga diri baik-baik. Nanti senang-senang, datanglah sini lagi. Kalau ada masa, kami ke sana jenguk umi"
"Hmmm" jawab Umi Za mendatar.
Sebuah teksi berhenti di hadapan mereka. Rossa membantu menyimpan beg Umi Za di dalam bonet teksi. Kemudian, tubuh umi dipeluk kembali. Betapa ingin dia meluah rasa saat itu juga dan menangis sepuasnya. Namun dia tidak boleh membiarkan Firdaus menghidu kelemahannya.
Terbungkam Umi Za dengan reaksi Rossa. Dia tahu, ada yang tidak kena di dalam rumahtangga Rossa. Namun tidak mungkin dia sewenangnya bertanya kerana tidak mahu Firdaus menghidu semua itu. Diusap lembut belakang Rossa dengan kasih sayang.
"Rossa..."seru Firdaus perlahan. Sebak pula hatinya melihat perlakuan Rossa. Dia tahu apa yang terbuku di dalam hati wanita itu. Namun Rossa tetap dengan egonya, tidak mahu beralah, bahkan membiarkan dirinya tersakiti sendirian seperti itu. Jika sahaja Rossa meluahkan perasaannya, pasti akan diraihnya kembali cinta dan kasih sayang Rossa.
"Umi dah nak gerak ni. Kalau Rossa buat perangai macam ni, macam mana umi nak lepaskan Rossa?" Berat hati Umi Za melihat perlakuan Rossa.
Dalam keterpaksaan, dilepaskan juga pelukan tersebut. Sembab wajah Rossa dengan air mata. Dia masih belum puas untuk bermanja dengan umi. Kalau dulu, umilah tempatnya meluah rasa. Tetapi kini, dia hanya keseorangan dalam merungkai setiap jeritan batin!
"Dah, jangan nangis. Tak cantik dah anak umi ni" Umi Za mengusap pipi Rossa. Dia mengukir senyum sebagai tanda untuk menyalurkan kekuatan pada anak gadisnya itu.
"Umi nak jalan dah ni" Pipi Rossa dikucup. Kemudian, dia mengalihkan pandangan ke arah Firdaus yang sedang galak memerhatikan tingkah laku mereka. "Fir, tolong jaga Rossa baik-baik. Umi tahu, anak umi ni degil. Keras kepala. Tak dengar cakap. Tapi dia je satu-satunya anak yang umi ada. Terluka dia, terlukalah umi. Sakit dia, sakitlah umi. Dan bahagia dia, bahagialah umi"
Tersentak Firdaus seketika. Kelu lidahnya untuk menjawab. Dia benar-benar terasa dengan kenyataan Umi Za kali ini. Dia tahu, dialah yang banyak menyebabkan Rossa terluka dan menangis. Dalam diam, dia mula dihantui rasa bersalah.

"SERONOK kau kan Rossa?! Tergedik-gedik dengan suami aku. Hiihhh!! Sepatutnya, Fir tu dekat dengan aku. Sebab kami masih lagi pengantin baru. Yang kau pergi rampas dia dari aku tu, apasal?! Hahhh!!" Di sebalik jendela bilik, Aina merungut sambil matanya tak lepas memerhatikan tingkah laku Rossa dan Firdaus yang berbual dengan Umi Za di bawah sana. Sebal hatinya melihat sikap mengada-ngada Rossa yang kononnya menangis dan meminta simpati dari Firdaus. Arghh!! Aina menggigit bibir.
"Firdaus tu milik aku! Tahu tak??!"
Aina menggenggam jeriji jendela dengan perasaan yang membuak-buak dengan api kemarahan. Betapa sabarnya dia mengatur rancangan agar dapat memiliki Firdaus. Sudah sejauh ini dia melangkah, dan dia tidak akan sesekali mengalah dan menoleh ke belakang. Firdaus harus dimiliki tak kira apa pun yang terjadi!
"Takpe. Masa ni, kau manjalah puas-puas dengan Firdaus. Sebab tak lama lagi, aku akan pastikan kau menyesal sebab tinggal serumah dengan aku!"
Bibir Aina mengukir senyum sinis. Akal jahatnya mula menguasai. Dia cintakan Firdaus. Dan akan sentiasa berusaha untuk memiliki lelaki itu. Dia tidak akan membenarkan Rossa mengisi walau sehama ruang pun di dalam kehidupan Firdaus selepas ini. Kerana Firdaus adalah miliknya seorang!
Che Mon mengerut dahi dari luar bilik. Mendengarkan kata-kata yang keluar dari bibir Aina, membuatkan bulu romanya meremang. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Gelojak hatinya mula menuntun yang bukan-bukan. Keselamatan Rossa mula menjadi kerisauan buat dirinya. Aina itu tidak berapa cun pada pandangan matanya. Jika terjadi sesuatu kepada Rossa dan Aina adalah puncanya, tidakkah itu bahana namanya? Kedua-duanya pula isteri Firdaus! Aduhh, dia pula yang pening kepala!

MALAM itu, Rossa dan Aina masing-masing menyediakan makan malam untuk Firdaus. Mulanya, Rossa dibantu oleh Che Mon. Kata Che Mon, dia sudah lama tidak memasak di dapur bersama Rossa. Rindu pula hatinya. Namun tidak sampai setengah jam, Aina pula turut menyertai mereka dan menawarkan diri untuk mengganti tempat Che Mon. Dan wanita tua itu hanya menurut. Tetapi dengan syarat, dia hanya akan menjadi pembantu saja jika mereka memerlukan apa-apa. Sebenarnya, di dalam hati Che Mon, dia mula risaukan keselamatan Rossa dan fikiran tidak waras Aina itu.Disebabkan itulah, dia sengaja terus berada di situ agar tidak berlaku apa-apa yang tidak diingini.
"Ikan ni nak kena goreng ke? Atau masak menu lain?" tanya Aina apabila ikan patin yang siap disiang Che Mon sebentar tadi terduduk elok di dalam besen kecil. Kalau diikutkan, dia tak mahu berada di dapur tersebut bersama Rossa. Tetapi mengenangkan Firdaus yang berfikir yang bukan-bukan nanti, dia terpaksa juga maniskan wajah untuk berhadapan dengan Rossa.
"Ohh tu nak masak lemak cili api. Awak nak masakkan?" tanya Rossa, ramah.
"Ohh.. Masak lemak cili api" Sajalah tu! Nak baik-baik dengan aku! Nak tunjuklah yang kau tu isteri pertama yang baik dengan isteri kedua! Cemuh Aina di dalam hati. Tetapi wajahnya manis saja mengukir senyum.
"Nak masakkan ke?" Giliran Che Mon pula bertanya. Dia sudah berdiri di antara Rossa dan Aina. "Kalau tak nak, Che Mon boleh masakkan"
'Eihhh! Dia ni, sibuk jugak nak masuk line!' Aina mengutuk Che Mon pula. Sebal hati melihat kerajinan Che Mon yang dirasakannya sengaja ditonjolkan.
"Kalau Che Mon nak masakkan, Aina okey je" jawab Aina, angkuh. "Lagipun, Aina kan pengantin baru. Masih dalam mood pengantin. Jadi, Aina skip dululah buat kerja-kerja dapur ni"
Che Mon buat muka tatkala mendengar kata-kata Aina. Naik menyampah pulak dia! "Yelah-yelah. Tapi sepatutnya pengantin baru duduk dalam bilik, buat anak. Bukannya ke dapur ni. Tak caya, tanya Rossa ni. Dulu masa jadi pengantin baru, duduk dalam bilik je dengan Fir. Buat apa tu, takkan Che Mon nak bagitau jugak kan? Faham-faham jelah" tempelak Che Mon. Haaa, ambik kau! Nak sangat, padan muka!
Wajah Aina masam mencuka. Sekali mendapat dengan Che Mon, bukan alang-alang dia kena! Rossa yang sedari tadi mendiamkan diri, dijeling sekilas. Naik muak dia dengan wajah polos dan sok-sok suci Rossa itu.
Hangat membara muka Rossa menahan malu. Eee Che Mon ni! Ke situ pulak dia melelat! Pinggang Che Mon dicubit perlahan.
"Apa?" sergah Che Mon perlahan. Wajah Rossa yang memerah membuatkan dia geli hati. Terimbau kembali saat-saat mereka dulu. Sungguh dia terkejut melihat gigitan pada leher Rossa. Aishhh!
"Che Mon ni kannnn!!" Rossa menahan malu. "Benda dah lamalah Che Mon!"
"Lama apa pulak? Betullah kan?"
Rossa menggigit bibir. Che Mon ni kalau bercakap, tak pandang kiri kanan langsung! Wajah Aina tu dah muram menahan marah.Aduhh!
"Masak apa?" Tiba-tiba Firdaus mencelah dari arah depan. Didekati mereka bertiga lalu segera mengambil posisi di sebelah Rossa. Namun Aina pantas bertindak dengan menarik lengan Firdaus ke sisi.
Rossa cemburu. Wajahnya keruh. Namun ditahan rasa yang mulai bercambah kembali itu. Che Mon tayang muka menyampah. Eee budak ni! Tak menyempat!
"Aina nak masak ikan ni. Nanti abang makan ye?" rengek Aina manja sambil memaut lengan Firdaus erat. Senang hatinya apabila Firdaus berada di sisi.
Wajah Che Mon berubah kelat. Aikkk, tadi suruh aku masak! Sekarang lain pulak!
Rossa menyimpul senyum tawar. Tidak tahan melihat adegan mesra itu, dia kembali ke sinki untuk memotong lobak dan brokoli. Malam itu, dia akan menyiapkan daging paprik kesukaan Firdaus.
"Hmmm okey" jawab Firdaus namun ekor matanya hanya berpusat pada setiap pergerakan Rossa. Rindunya dia pada wajah manis itu. Tetapi Rossa tak pernah mengerti perasaannya.
Aina senyum riang. Berbunga hatinya apabila Firdaus sudi untuk merasai masakannya. Tetapi terpaksa pula dia bekerja keras untuk mengambil hati Firdaus malam itu.

SEUSAI makan malam, Rossa dibantu oleh Che Mon untuk mengemas dapur. Aina awal-awal lagi sudah mengundur diri. Katanya mahu melayan Firdaus yang bersantai di ruang tamu. Rossa hanya mengiakan. Malas pula dia hendak bertekak dengan madunya itu.
"Rossa.." Che Mon berbisik setelah mendekati Rossa yang sedang sibuk berbasuh di sinki.
"Apa dia Che Mon? Che Mon nak apa-apa ke?"
"Che Mon ada benda nak tanya ni"
"Tanyalah"
"Pasal madu Rossa tu"
Rossa menelan liur. Sakitnya mendengar perkataan 'madu' itu! "Kenapa dengan Aina?"
"Che Mon tak sedap hatilah dengan dia tu"
Rossa tergelak. "Tak sedap hati kenapa?"
"Dia tu macam tak betul je"
Rossa tergelak lagi, namun agak sedikit nyaring sehingga menarik perhatian Firdaus di ruang tamu.
"Che Mon ni kan. Kalau Aina tu tak betul, dah lama dah kita orang hantar dia pergi hospital sakit jiwa. Tapi elok je dia. Tang mananya yang tak betul tu?"
Che Mon menampar lembut lengan Rossa. Geram pula dia dengan respon gadis itu. "Che Mon tak main-mainlah! Siang tadi, Che Mon dengar Aina tu bercakap sorang diri. Pastu dia kata, dia akan pastikan Rossa menyesal sebab tinggal serumah dengan dia"
Berubah terus wajah Rossa. Senyumannya tiba-tiba mati. Bulu romanya meremang. Seriau...Tapi takkanlah?
"Che Mon ni, tak payahlah nak takutkan Rossa macam tu. Aina tu okey je. Mana ada dia nak buat tak elok macam tu pada Rossa" Sehabis mungkin, hatinya menyangkal prasangka buruk Che Mon tersebut.
"Che Mon bukannya nak takutkan Rossa. Che Mon bagitau je. Lepas ni, Rossa kena extra hati-hati dengan Aina tu. Kita tak tahu apa ada dalam hati dan fikiran dia" pesan Che Mon.
"Yelah Che Mon" akur Rossa, tenang. Walhal dalam hati sudah bergelojak rasanya. Takkanlah Aina sanggup nak mencederakan dia? Tetapi bak kata Che Mon, hati dan fikiran orang kita tak tahu. Buatnya dugaan Che Mon itu tepat belaka, macam mana?
Deringan telefon bimbit menyentakkan Rossa. Dikerling sejenak ke arah skrin telefonnya yang terletak di atas peti sejuk, bersebelahan dengan sinki. Rossa mengerut dahi. Nama Taufiq terpampang di situ. Eishh, apa dia ni nak? Malas melayan, Rossa biarkan saja telefon bimbitnya berdering. Seketika, dia mampu menarik nafas lega kerana panggilannya terputus. Namun selepas itu, Taufiq kembali menelefon. Dan kali ini, dia seakan tidak berputus asa dengan menelefon banyak kali.
"Kenapa tak angkat?" soal Che Mon yang membantu Rossa mencuci di sinki.
"Ohh, tak penting pun" sahut Rossa dengan mimik muka tak bersalahnya. Tidak lama kemudian, Taufiq berhenti menelefon. Membuatkan Rossa menarik nafas lega. Aman! Buatnya Firdaus dapat tahu, naya dia dikerjakan lelaki itu!
"Rossa" Suara garau itu mendebarkan hati Rossa. Dia menoleh dan bertembung dengan wajah Firdaus yang ketat.
"Che Mon, buatkan Fir kopi panas" pinta Firdaus sesudah mendekati Rossa. Che Mon menurut, seraya berlalu.
"Tak tahu ke diri tu isteri orang?"
Rossa blurr. Terkebil-kebil matanya memandang wajah Firdaus. Aku ada buat salah ke?
"Pardon?" tanya Rossa. Dia betul-betul runsing!
"Bekas kekasih awak" Firdaus menuding jari ke arah balkoni rumah. "Tunggu kat luar"
Rossa menelan liur. Taufiq? Baru sekejap tadi, dia merasa aman dengan tidak diganggu oleh lelaki itu. Kini, timbul pula masalah lain!
"Sebab tu lah saya tanya. Awak tak tahu malu ke, jemput lelaki lain bertandang ke kondo saya ni? Benci sangat ke awak dengan saya sampai sanggup ajak lelaki lain datang rumah? Tak sabar sangat kan, awak nak berpisah dengan saya?" Dalam kemarahan, Firdaus masih mampu mengawal suaranya. Bimbang jika Che Mon menghidu permasalahan mereka.
Hati Rossa memberontak. Firdaus menuduhnya melulu. Dia pamerkan wajah masam lantas membasuh tangan di sinki. Baru dua langkah dia menapak, lengannya diragut kasar oleh Firdaus. "We're not done!" bentak Firdaus dengan wajah memerah. Dia benci apabila Rossa mengabaikannya. Lebih-lebih jika kerana Taufiq!
"Lepaslah!" jerit Rossa lantang.
Terpana Che Mon saat menyaksikan pergaduhan tersebut. Hatinya mula berteka-teki. Apa sudah jadi?
"Che Mon, tinggalkan Fir dengan Rossa sekejap!"
arah Firdaus dengan wajah bengisnya. Che Mon yang ketakutan hanya menurut saja.Apabila Firdaus sudah beriak seperti itu, alamatnya baik selamatkan diri saja! Marahnya Firdaus lebih bahaya dari ribut taufan!
"Apa tujuan Taufiq cari awak malam-malam macam ni? Dia tak tahu ke yang awak tu masih isteri orang?"
"Isteri siapa? Isteri awak ke? Seingat saya, saya bukan sesiapa pada awak. Awak dah ada isteri baru" Sinis Rossa menjawab. Terluka hatinya dengan setiap bait-bait kata dari Firdaus itu.
"Rossa!!" jerkah Firdaus. "I am still your husband! Where do you put your respect towards me?!"Panas membahang hati Firdaus, ditambah pula dengan kehadiran Taufiq secara tiba-tiba itu. Mencari Rossa, cukup lengkap membuatkan hatinya diburu cemburu yang bukan sedikit.
"Dahlah. Rossa tak nak gaduh" Rossa mengalah dengan cuak di wajah. Risau jika Firdaus bertindak di luar kawalan seperti tempoh hari. Perit rasanya apabila tubuh dikasari tanpa rela.
"Don't ever see Taufiq again" Firdaus memberi amaran. Nada suaranya kedengaran serius. Dia cintakan Rossa. Dan dia takkan sesekali melepaskan Rossa kepada Taufiq, atau mana-mana lelaki lain!
Rossa terus melangkah tanpa mempedulikan Firdaus. Sesakit apa Firdaus, tidak seperit jiwanya kala ini. Dituduh curang padahal dia setia separuh nyawa!
"I mean it, Aleeyah Rossa!!" jerit Firdaus dengan suara lantangnya, membuatkan langkah Rossa mati di tengah jalan. Kecut perutnya dengan suara Firdaus.
"Kalau Rossa masih jumpa lelaki tu lagi, go ahead. But don't you ever blame me for doing this to you!" Wajah Rossa dipandang serius. Dia menapak beberapa langkah mendekati Rossa. Kemudian, dia membisikkan sesuatu ke telinga isterinya. "Gantung tak bertali!"
Rossa terbungkam. Kelu lidah untuk terus menjawab!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience