ROSSA merenung sajian makanan yang disediakan di meja makan. Pagi itu, dia bangun awal untuk menyiapkan sarapan pagi untuk Firdaus. Che Mon sudah tiga hari ke Sarawak bagi menemani anaknya di sana. Sengaja Rossa menunggu Firdaus di meja makan kerana dia ingin bersarapan dengan suaminya.
"Abang tak sarapan dulu ke?" tanya Rossa tatkala kelibat Firdaus mulai memunculkan diri di dapur. Firdaus masih berwajah ketat. Tiada segaris senyuman yang dipamerkan seperti selalu.Pertanyaan Rossa dibiarkan sepi. Dia mogok dan terasa hati dengan isterinya. Semalam pun dia tidur di ruang tamu. Subuh pula dia solat seorang, tidak mengimamkan Rossa seperti selalunya.
Air mata Rossa mulai bergenang. Firdaus mengabaikannya. Adakah kerana Aina sudah mula mendapat tempat di hati suaminya? Atau Firdaus sudah tidak sabar hendak memadukan dia?
"Makanlah dulu. Rossa dah goreng mihun untuk abang" Dalam tangisan, dia kawal suaranya agar tidak dihidu oleh Firdaus.
Bebola mata Firdaus menangkap sembamnya mata Rossa. Hatinya jadi kasihan pada wanita yang sangat dicintainya itu.Bagaimana bisa dia mengabaikan dan melukakan hati Rossa sedangkan hatinya sendiri terpalit duka? Firdaus mengalah juga pada rayuan Rossa. Ditarik kerusi lalu punggungnya dihantar ke situ. Dibiarkan saja perlakuan Rossa yang mencedok mihun goreng ke dalam pinggannya.
"Cukuplah. Perut ni tepu sangat" Raih Firdaus yang menghentikan tindakan Rossa. Sudu dia tarik lalu dimulakan selera makannya.
Keadaan sepi mula mengambil tempat. Hanya bunyi air-con yang kedengaran saat itu. Rossa merenung wajah serius Firdaus. Tiada lagi seri pada wajah itu. Gurauan dan usik manja juga sudah tidak kedengaran. Rossa benar-benar tertekan. Pada saat dia begitu memerlukan Firdaus, lelaki itu seakan jauh dari sisinya.Saat itu juga, dia mula terbayangkan nasibnya selepas ini. Adakah Firdaus akan meninggalkannya dan melebihkan Aina? Bagaimana dengan nasib bayi dalam kandungannya? Tidakkah Firdaus teruja menantikan detik kelahiran bayi mereka? Mengenangkan semua itu, Rossa mula diserbu rasa takut yang bukan sedikit. Lantaran itu, laju saja wajahnya basah dengan air mata. Diiringi pula dengan esakannya, membuatkan Firdaus mati akal tiba-tiba. Seleranya juga mati serta-merta. Wajah Rossa dipandang.
"Abang dah makan ni kan? Kenapa Rossa menangis lagi ni?"
"Kalau abang tak ikhlas nak makan masakan Rossa, tak perlulah abang nak paksa diri abang"
Dada Firdaus mulai berombak. Pagi-pagi begini, dia pantang apabila dituduh sebegitu rupa. Hilang sudah moodnya pagi itu.
"Rossa suka kan kalau kita gaduh macam ni?" tukas Firdaus lantas mengangkat punggung. Pinggan yang berisi mihun tadi dia bawa ke sinki lalu sisanya dibuang ke dalam tong sampah. Termenung seketika sambil bibirnya mengeluh berat.
Hati Rossa semakin pedih dengan kelakuan Firdaus.Jika tidak sukakan masakan dia sekalipun, tidak perlulah protes sampai ke tahap begitu. Dia masih punya hati dan perasaan. Tidak bisakah Firdaus menjaga perasaannya?
Derap kaki Firdaus mendekat ke sisi Rossa. Briefcase di atas meja digapai lalu langkah diatur laju ke pintu. Semakin lama dia berada di situ, semakin lantang pula kata-katanya mengecilkan hati Rossa. Jadi, ada baiknya jika dia terus berlalu dari situ bagi mengelak sebarang ketidakinginan berlaku.
"Abang memang tak sayang Rossa! Kalau dah benci sangat, abang pergilah kat perempuan tu! Rossa takkan halang abang untuk kawen dengan dia!!" Rossa sudah membentak seraya berlalu ke bilik tidur. Pintu bilik dia hempas dengan kuat sekali.
Bibir Firdaus mengeluh lagi. Sakitnya hati apabila Rossa menuduhnya seperti itu. Suka sangat ke Rossa untuk bermadu dengan Aina? Kenapa terlalu cepat isterinya membuat kesimpulan? Ya Allah, benar-benar dia tertekan dengan semua ini!
AIR MATA yang jatuh ke pipi, dia seka perlahan. Masih terimbau peristiwa pagi tadi di ruang makan. Dia tahu, Rossa marahkannya. Dia juga tahu, Rossa berkecil hati dengannya. Kebiasaannya, sebelum berangkat ke tempat kerja, dia akan menghadiahkan sebuah kucupan di dahi dan pipi Rossa. Tetapi kebiasaannya itu tiba-tiba pudar sedari pagi tadi.
Beratnya dugaan mereka kali ini. Saban hari, dia mencuba bertahan dan beralah dengan Rossa. Dek kerana terlalu cintakan Rossa, dia sanggup menelan semua kata-kata kesat Rossa suatu masa dulu. Layanan buruk yang Rossa berikan, tak pernah sekali dia simpan dalam hati.Dan apabila cinta sudah menyapa dalam hati Rossa, betapa bahagianya dia menerima cinta itu. Dia berjanji akan sentiasa membahagiakan Rossa, selagi nafasnya belum terhenti.
Rumah tangga mereka bahagia sebelumnya. Meskipun kehadiran dia pernah disangkal oleh umi, namun jodoh mereka tetap kuat. Pada akhirnya, Rossa kembali semula ke pangkuannya. Kini, hubungan mereka diuji sekali lagi. Namun dugaan kali ini lebih besar berbanding sebelumnya. Mengahwini seorang wanita lain yang sedang berperang dengan kesakitan di kala isteri sendiri sedang mengandung benihnya, sejujurnya dia tertekan dan keliru. Dia tidak ingin melukakan hati Rossa tetapi isterinya tetap berdegil memaksanya untuk menerima Aina. Belum lagi dia membuat sebarang keputusan, Rossa terlebih dahulu membuat onar sekaligus meletakkan dia di dalam keadaan sukar.
Bagaimana dia dapat berfikir dengan tenang jikalau diasak oleh semua pihak dari pelbagai sudut? Arghhh!! Haruskah dia berkorban? Atau membenarkan pengorbanan itu diberikan kepada Rossa? Jika pengorbanan sudah meniti di jambatan hati, adakah penghujung jalannya mereka menemui bahagia?
Pintu pejabat diketuk sekali. Dengan suara yang garau, Firdaus mengarahkan Yunus untuk masuk. Yunus sudah pulang dari Indonesia dua hari yang lepas.
"Bos, ada orang nak jumpa" adu Yunus tatkala tubuhnya sudah terpacak di hadapan Firdaus.
"Siapa?" Dengan bermalasan dia menyoal. Kalau diikutkan, dia tidak mahu menerima kunjungan daripada sesiapa pun hari itu. Niatnya ingin kembali saja ke kondo tetapi mengenangkan sisa kemarahan Rossa yang masih berbakul-bakul terhadap dirinya, dibatalkan saja niat tersebut. Apatah lagi setelah dia terkejut dengan sikap Rossa yang menghempas pintu bilik pagi tadi.
"A woman. Ainida"
Mendengarkan saja sebaris nama tersebut, degupan jantung Firdaus berdetak hebat. Mahu apa lagi Ainida menemuinya? Sudahlah moodnya hilang sedari tadi, Ainida pula memunculkan diri! Arghhh!! Kacau betul!
"Okay, let her in"
"SAYA nak mintak maaf kalau mengganggu masa awak. Tapi saya datang cuma nak tahu keputusan awak. Awak dah berbincang dengan Rossa kan? "
Mata Firdaus hanya meliar ke jendela. Memerhati setiap pergerakan kenderaan di atas jalan raya sambil menghela nafas kecil. Dia tiada mood hendak berbincang mengenai perkara tersebut. Kenapa semua orang memaksanya membuat keputusan? Jikalau dia tidak bersetuju dengan permintaan Aina, apakah yang akan terjadi?
Ainida mengeluh. Dia tahu dia terlalu memaksa lelaki itu. Tetapi dia juga tidak punya pilihan. Aina sering kali mendesaknya untuk berhadapan dengan Firdaus.
"Saya ada benda nak tanya awak" Akhirnya, Firdaus bersuara setelah sekian lama membungkam sepi. Dia sudah berdiri di hadapan Ainida lalu perlahan-lahan mendekati gadis itu. Duduk di bucu meja sambil memeluk tubuh. Wajah Ainida hinggap pada bebola matanya.
"Apa dia?" Agak berdebar dengan pertanyaan Firdaus kerana wajah itu kelihatan ketat dan serius. Kecut juga perutnya.
"Let say..." Firdaus berjeda. Sempat dia berdehem sebelum menyambung kembali.. "Saya tolak permintaan Aina. Apa yang akan terjadi?"
Serta-merta Ainida bangkit dari duduknya. Kaget dengan soalan Firdaus yang semacam itu. Sesungguhnya dia tak punya jawapan kerana dia tahu asbab Firdaus mengambil keputusan tersebut. Tetapi pada masa yang sama, dia tidak mahu mengecewakan Aina. Di dalam hal ini, harus ada seseorang yang mengalah. Dan Ainakah orangnya?
"Awak... awak tak nak tunaikan permintaan Aina ke?"
"Let me be frank to you. Saya tak nak lukakan hati Rossa. She is still my wife. Kalau saya kena memilih untuk tak lukakan hati sesiapa, I would go to Rossa's! Please understand our situation. Kami sedang berbahagia sebelum semua ni berlaku! Saya faham sebagai seorang kakak, awak tak nak lukakan hati Aina. Tapi pernah ke awak fikir apa yang ada dalam hati saya? Rossa tak mampu memahaminya kerana dia fikir, dia dah cukup buat yang terbaik untuk semua orang. But still, she hurts my feeling! Dan saya tahu dia pun terluka. Tapi dia pendam sebab dia tak nak bebankan saya"
Air mata Firdaus mengalir sekali lagi. Dia rasa berdosa harus melukai hati Rossa, namun tiada siapa mampu menduga sejauh mana takdir membawa haluan kita.
Helaan nafas Ainida terasa berat. Dia tahu, dia telah melukai hati banyak pihak. Namun seperti Firdaus, dia juga tidak mempunyai pilihan. Jalan apa yang harus dia pilih apabila ianya melibatkan Aina?
"We are in the same shoes. Sebab tu, saya nak awak bincang dengan Aina. Tell her, I can't fulfill her wish. I do not mean to hurt anyone"
Relung hati Ainida terasa hampa dan padat. Sesak nafasnya menerima keputusan Firdaus. Dia bisa saja menerima semua itu tetapi bagaimana dengan Aina? Kuatkah dia?
"AKAK tipu!! Akak tipu Aina!! Akak cakap, Fir akan kawen dengan Aina. Tapi akak tipu!! Akak penipu!!" Dengan kekuatan yang masih bersisa, Aina mengamuk sakan. Segala bantal, selimut dan apa-apa saja yang mampu digapai tangannya akan ditikam sesuka hati sebagai tanda protes. Dia jelik melihat wajah Ainida ketika itu. Dia inginkan Firdaus, rela atau paksa, dia tetap akan pastikan Firdaus menjadi miliknya!
Ainida sudah basah dengan airmata. Dia mencuba untuk menghentikan perlakuan Aina yang sudah menggila tersebut, tetapi kudratnya seakan tidak setanding dengan taufan menggila Aina ketika itu.
"Fir akan tetap kawen dengan Aina! Aina tak kira. Kalau dia tak kawen dengan Aina, Rossa akan terima padahnya!" amuk Aina lagi. Dia sudah berdiri di sisi katil lalu menolak tubuh Ainida ke lantai.
Terkontang-kanting Ainida dibuatnya. Semakin laju airmatanya mengalir ke pipi tatkala melihat perlakuan Aina itu.
"Ini semua salah akak! Kalau akak mampu yakinkan Fir, mesti semua ni takkan jadi! Akak yang hasut Rossa untuk suruh Fir tolak permintaan Aina kan? Aina tahulah! Akak memang sayangkan Rossa lebih dari Aina kan?! Dari dulu lagi, akak selalu sebelahkan Rossa padahal dia bukan adik akak!!"
Tubuh Ainida dipukulnya sekuat hati. Teresak-esak Ainida merayu, meraung namun Aina enggan ambil peduli. Tiada apa yang mampu dilakukan selain berdoa agar Aina kembali tenang. Sungguh tak terkawal keadaan adiknya, membuatkan Ainida hanya pasrah pada setiap tumbukan dari Aina.
p/s : sorry lambat update. sy tgah dlm pantang.. terima kasih pd yg masih setia menunggu cepisan demi cepisan karya sy ini. In Shaa Allah, akan disambung lagi selepas ini ??
Share this novel