38

Romance Completed 28168

KEPULANGAN Rossa dan Firdaus disambut mesra oleh Umi Za dan Mak Nab. Pelbagai sajian hidangan disediakan bagi menyambut kedatangan mereka. Setelah berehat sekejap di Apartment Crystal, Rossa mengajak Firdaus untuk singgah di rumah bagi bertemu Umi Za dan Datin Qasry. Selain itu, Rossa juga hendak mengambil beberapa helai baju dan keperluan dirinya untuk dibawa pindah ke kondominium mereka. Destinasi pertama setelah puas merehatkan tubuh di Apartment Crystal adalah di rumah Umi Za. Selepas itu, mereka akan ke rumah Datin Qasry pula.
"Waaah, banyaknya makanan! Ni macam makan 10 orang ni umi" ujar Rossa apabila melihat jenis hidangan tersaji di atas meja makan.
"Mak Nab tu semangat sangat nak sambut kamu datang. Berhabis barang di Tesco dia beli tadi" sahut Umi Za.
Mak Nab tergelak. Mana tak semangatnya? Kali pertama Rossa kembali setelah pulang dari 'penjara' itu. Betapa dia khuatirkan keselamatan Rossa ketika itu. Setiap kali selesai solat, tak pernah lekang bibirnya berdoa agar Rossa baik-baik sahaja. Alhamdulillah, Allah mendengar doanya.
"Uiii, nasib Mak Nab tak sapu habis barang kat Tesco tu" usik Rossa lagi. Dia memeluk tubuh Mak Nab yang kebetulan ketika itu sedang berdiri di sisinya.
Mak Nab mengekek. Ditepuk manja lengan Rossa. "Ish, budak ni! Bukan nak berterima kasih dengan kita!" Mak Nab pura-pura marah.
"Alaa, dramatiklah Mak Nab ni! Kayalah tauke Tesco tu gara-gara Mak Nab" Rossa semakin galak mengusik.
Firdaus tergelak. Rossa memang manja dengan semua orang. Syukur, dia bahagia melihat keceriaan Rossa dan orang sekelilingnya.
"Tauke Tesco tu kaya dengan duit. Rossa kaya dengan makanan. Sedap niii" komen Rossa lagi. Bibirnya tak henti-henti mengusik. Menghangatkan lagi suasana ketika itu.
"Eh, eh budak ni! Tak habis lagi menyakat Mak Nab tu" Umi Za pula campur tangan. Dia menggeleng kepala melihat sikap Rossa yang adakalanya macam budak-budak itu.
"Alaa bukannya selalu usik Mak Nab" tokok Rossa lagi.
"Dah, jom kita makan. Nanti sejuk pulak lauk ni. Lepas ni kamu berdua nak ke rumah Fir pulak kan?" Umi Za bertanya sambil menyedok nasi dan lauk ke dalam pinggannya.
Mak Nab sudah ambil posisi di hadapan Rossa. Dia turut menyedok nasi ke dalam pinggan. Jarang-jarang dapat bersama begini sejak Rossa kahwin. Jadi masa itu dia manfaatkan sebaik mungkin.
Rossa menyedok nasi ke dalam pinggan Firdaus. Kemudian, lempah ayam masak merah diletakkan di dalam pinggan suaminya.
"Aah umi. Balik rumah Fir kejap. Lepas tu, nak ke supermarket, beli barang dapur. Rumah tu dah lama tak berasap. Tu pun nasib baik ada Che Mon yang tolong jagakan rumah tu. Kalau tak, berdebulah rumah tu lama ni" balas Firdaus. Dilihatnya Rossa sudah mula menjamah makanan. Lapar sungguh lagaknya. Mungkin terlalu rindukan umi dan Mak Nab, selera Rossa bertambah. Tadi mereka ada menjamu selera di kondonya namun hanya sedikit sahaja Rossa makan. Firdaus tersenyum.
"Beli kat Tesco, tambahkan kekayaan tauke Tesco tu" Giliran Mak Nab pula mengusik.
Firdaus tergelak. Rossa dan Mak Nab ni dah macam adik-beradik pulak! Ada sahaja benda yang mereka sakatkan. Hati dan fikiran mereka seolah bersatu.
"Ohh Mak Nab balas dendam ye?" Rossa menyampuk. Tahulah dia, giliran dirinya pula menjadi bahan usikan Mak Nab.
"Bukan balas dendam. Saja meluah kata-kata!" sahut Mak Nab.
Riuh ruangan makan tersebut dengan celoteh Rossa dan usikan Mak Nab. Firdaus tidak pernah menyangka sebegitu rapatnya Rossa dengan Mak Nab. Bahkan ada saja topik yang mereka bualkan.
Umi Za adakalanya menyampuk perbualan mereka. Selebihnya, dia hanya menjadi pemerhati dan kadangkala mengekek dengan gurauan dua beranak itu. Dalam hati, dia panjatkan kesyukuran di atas limpah kurnia yang tak ternilai ini.

MEREKA tiba di perkarangan rumah agam Firdaus dua jam selepas itu. Terlalu banyak pesanan yang dititipkan oleh Mak Nab kepada Rossa. Mengalahkan Umi Za pula lagaknya! Namun dia faham. Rossa sudah tidak lagi duduk serumah dengan mereka. Tanggungjawab Rossa kini tergalas di bahu Firdaus. Oleh itu, banyak pesanan dan nasihat yang Mak Nab berikan kepada mereka berdua.
"Paklonggg" Adriana menjerit dari kejauhan. Dia berlari mendapatkan Firdaus yang baru saja menapak keluar dari kereta.
Farah dan Nizam hanya menggeleng kepala dengan sikap Adriana. Mereka faham keakraban Adriana dengan Firdaus. Dulu kalau Farah marahkan Adriana, Firdauslah tempat dia bersembunyi. Firdaus terlalu meyayangi Adriana. Tidak pernah dia membenarkan Farah atau sesiapa saja memarahi Adriana. Balik-balik mereka pula yang terkena tempias.
Firdaus menarik Adriana rapat. Dibawa dalam dukungan lantas sebuah ciuman hinggap pada pipi Adriana. "Makin gemuklah Ana ni. Makan apa ni sayang?"
"Makan nasilah. Pastu, makan ayam goreng" Laju sahaja bibir comel itu berceloteh. "Paklong, bila kita nak pergi KFC?"
Rossa tergelak dengan celoteh Adriana. Dicubit manja pipi gebu itu. Mereka sudah sampai di hadapan pintu. Di situ, mama dan Farah serta Nizam sudah menunggu kedatangan mereka.
Rossa tunduk menyalami tangan mama lalu memeluk erat tubuh mama. Dapat dia rasakan betapa besarnya kasih sayang mama untuk dia.
"Mama sihat?" tanya Rossa setelah pelukan dileraikan.
"Alhamdulillah, mama sihat" jawab Datin Qasry. Rossa beralih pula ke arah Farah. Mereka berpelukan sebelum keduanya berlaga pipi. Kemudian, dia hanya melemparkan senyuman kepada Nizam sebagai tanda hormat.
Nizam seperti teringat akan sesuatu. Wajah Rossa dikerling lagi. "Rossa ni bukan ke bekerja di bahagian pengurusan? Di bawah seliaan kau kan Fir?"
Firdaus yang sibuk mengagah Adriana lantas mengangguk. Dia mulai tidak sedap hati. Risau rahsianya terbongkar.
"Dia kan yang kau suruh aku recruit that day?" Tanpa memahami apa-apa, Nizam terlepas cakap sekaligus membuka rahsia Firdaus di hadapan semua orang.
Rossa terkebil-kebil. Dia memandang Firdaus dan inginkan jawapan daripada suaminya.
"Errr, nanti abang explain" Seolah mengerti maksud pandangan Rossa, Firdaus terus menjawab.
Farah berdehem. "Seems like somebody is going to get the penalty tonight!"
"Alaa sekali-sekala apa salahnya. Kau apa tahu?" sahut Firdaus.
"Oopss! Ada rahsia terbongkar ke?" Nizam menutup mulut, marah dengan diri sendiri akibat tersasul kata.
"Jangan pulak Rossa suruh kau tidur di luar long! Parah penalty tu" usik Farah lagi. Rossa sudah merona.
"Ek eleh. Memandai je kau. Tup-tup, aku dapat royalty nanti. Ada jugak sepupu Ana nanti. Kau pun dapatlah anak saudara baru. Mama pulak dapat cucu lagi. Kan sayang?" tukas Firdaus sambil mengerdipkan mata kepada Rossa.
Rossa memukul lembut lengan Firdaus. Aduhailah suami...
"Meh kita masuk dalam. Tak elok bercakap depan pintu ni" Datin Qasry mencelah. Farah dan Nizam terlebih dahulu mendahului.
"Jomm" Firdaus ajak Rossa. Mereka beriringan masuk ke dalam rumah.

ROSSA dan Datin Qasry sibuk di dapur. Walaupun sudah diberitahu berkali-kali oleh Rossa, namun Datin Qasry tetap berdegil hendak memasak untuk anak dan menantunya. Rossa bukannya apa, perutnya sudah terlalu kenyang dek kerana lauk yang dihidangkan Mak Nab tadi. Dia tidak menyangka mama akan mengajaknya dan Firdaus untuk makan lagi. Apabila melihat kesungguhan mama hendak memasak, Rossa jadi tidak berani hendak menolak. Risau pula jika mama berkecil hati.
Firdaus membantu dengan mengupas bawang merah. Tergelak Rossa melihat suaminya terkial-kial melakukan itu. Berkali-kali dia memejam mata kerana tidak tahan dengan kepedasan bawang tersebut.
"Meh, bagi Rossa buat. Kesian suami Rossa ni, berangat dah mata tu" Rossa mengambil pisau dari tangan Firdaus. "Abang cucilah tangan tu. Kang tergosok pulak ke mata"
Firdaus akur. Dia menerpa ke arah sinki lantas mencuci tangannya. Kemudian, kembali ke sisi Rossa dan menemani isterinya di situ.
Datin Qasry sibuk mengacau kuah dal. Lauknya hari itu adalah nasi beriani kuah daging, sayur kailan goreng, ikan tilapia masak tiga rasa dan sambal belacan.
"Jadi ke kamu berdua pindah ke kondo?" tanya Datin Qasry.
"Jadi mama. Lepas ni kami balik kondo" sahut Firdaus.
"Kirim salam dekat Che Mon. Lama mama tak jumpa dia"
"Ye ma. Nanti Fir sampaikan"
"Kak Rossaa!" Nabila menjerit dari ruang tamu. Laju sahaja derap kakinya merapati Rossa. Belum sempat Rossa berbuat apa-apa, Nabila sudah memeluk tubuhnya.
"Woii woii! Isteri aku tu. Kang tak bernafas pulak dia!" celah Firdaus seraya meleraikan pelukan Nabila. Dia hanya ingin bergurau. Padahal dalam hati, dia senang hati apabila seisi rumah menerima baik kedatangan Rossa.
"Dengkilah tu!" omel Nabila. Dia duduk di hadapan Rossa. "Bila akak sampai?"
"Tadi" jawab Firdaus sebelum sempat Rossa menyahut.
"Tidur sini tak?" tanya Nabila lagi.
"Tak. Kami balik kondo" Firdaus jawab lagi sebelum sempat Rossa membuka mulut.
"Eihh along ni. Orang tanya kak Rossa. Dia sibuk jugak!" rungut Nabila.
Rossa tergelak melihatkan aksi Nabila. Cemberut saja wajahnya apabila disakat oleh Firdaus.
"Kami kan sehati sejiwa. Apa yang kau nak tanya, kami sepakat jawab dalam hati. Lepas tu, akulah yang tolong jawabkan!" sahut Firdaus bersahaja.
"Ee menyampahnya!" Nabila geram. Abangnya yang satu ini menyibuk tak tentu pasal.
"Kau tak nak tanya apa-apa lagi ke?"
"Malaslah! Kak Rossa, tengok along ni. Macam manalah akak boleh tahan dengan perangai along ni?"
"Rossa boleh je tahan. Kau tu yang lebih-lebih. Bel, along bagitau kau ni. Jangan garang sangat. Karang takde orang yang nakkan kau. Padan muka!" sakat Firdaus lagi.
"Mamaaaaaa! Tengok along niii" Nabila sudah mengadu kepada Datin Qasry.
"Abang ni, tak baiklah doa macam tu. Kata-kata tu satu doa tau?" Marah Rossa. Dia menyebelahi Nabila.
Nabila senyum kemenangan. "Haaa dengar tu long. Kata-kata tu satu doa tau? Karang betul-betul jadi, masaklah along nak bela Abel!"
"Apasal aku pulak?"
"Yelah, kalau Abel tak kawen-kawen jugak, Abel susahkan hidup along. Sebab apa tau? Along yang doa macam tu!"
"Eeee tak hingin akuu!" Firdaus buat muka kegelian, niat hanya ingin bergurau.
"Mamaaaaa!" panggil Nabila. Rossa sudah tergelak.
Datin Qasry mendekati mereka. Lantas, kedua-dua telinga Firdaus dan Nabila dipulas.
"Tak habis lagi dua beradik ni! Mama luku dengan senduk karang..." Datin Qasry pura-pura marah.
Firdaus dan Nabila buat muka. Rossa sudah mengekek. Dua-dua kena hukuman dari bos besar!

"ROSSA tahu tak kenapa Fir nak sangat bawak Rossa pindah ke kondo?" tanya Datin Qasry. Ketika itu, mereka sama-sama sedang mencuci pinggan di sinki. Kak Pah disuruh mama berehat saja.
"Kenapa ma?" Rossa pulang soalan.
"Fir tak cakap apa-apa ke?"
"Ada. Abang cakap, dia nak kami hidup berdikari sendiri"
"Tu je?"
Rossa mengangguk laju. Ada lagi ke yang dia tak tahu?
"Fir pernah bagitau mama. Dia tak sanggup nak tengok Rossa trauma kalau tidur kat bilik kamu tu. Kat situ kan, mayat kena jumpa hari tu? Dia risaukan sangat kat Rossa. Kalau Rossa meracau ke apa ke, dia tak sanggup nak hadap semua tu"
Demi mendengarkan kata-kata mama, hati Rossa terharu. Begitu prihatin sekali Firdaus menjaga hati dan perasaannya.
"Rossa tahu tak? Masa Rossa hilang dulu, Fir tak pernah balik rumah ni tau?"
Rossa menoleh ke sebelah. Bertaut pandangan dengan mama, lantas menyoal dalam mata redupnya.
"Dia tak boleh tengok bilik tu. Kat situlah Rossa hilang. Fir tidur kat balai. Agaknya tak tidur dalam masa yang panjang. Gigih dia gali maklumat pasal kehilangan Rossa. Dan sepanjang tu jugak, dia pesan pada kami semua yang dia tak nak terima apa-apa gangguan dari kami selagi kes tak selesai. Masa tu mama bimbangkan Rossa, mama risaukan Fir. Tak terurus langsung makan minum dia. Syarikat pulak, Nizam yang uruskan. Tender yang sepatutnya company dapat yang mencecah jutaan ringgit, dia lepas macam tu je. Katanya, Rossa lagi penting dari semua benda bernilai dalam dunia ni"
Semakin terharu hati Rossa dengan cerita yang disampaikan oleh mama. Rupanya, begitu banyak Firdaus berkorban untuk dirinya.Sedangkan dia, sehingga ke tahap ini masih belum mampu memberikan kebahagiaan kepada suaminya.
"Tapi mama happy tengok Fir berubah macam tu. Dia jumpa nur dalam diri Rossa. Dia tinggalkan semua kerja lama dia semata-mata untuk Rossa. Dan Rossa nak tahu tak? Fir tak pernah lagi jatuh cinta sebelum ni"
Tercengang Rossa mendengarnya. Takkanlah? Wajah segak bergaya macam Firdaus itu tak ada yang berkenan?
"Kalau setakat suka macam tu, adalah. Tapi kalau tahap jatuh cinta bagai, tu memang tak pernah. Mama tahu, sebab mama yang lahirkan Fir. Lagipun hubungan kami rapat. Fir akan cerita banyak benda pada mama. Dan setakat ni, belum pernah dia bercerita tentang mana-mana perempuan selain Rossa"
Rossa menyudahkan cucian terakhir. Setelah itu, dia membawa mama ke meja makan dan duduk berehat di situ. Menyambung perbualan mereka yang sempat tergantung sebentar tadi.
"Mama harap sangat, Rossa akan faham dan terima baik buruk Firdaus. Dia tu nampak je matang tapi ada masanya kalah jugak dengan emosi. Manja katakan" Datin Qasry mengorak senyuman.
"In Shaa Allah ma. Rossa sayangkan abang. Rossa banyak dosa pada dia dulu. Sekarang, Rossa nak tebus semua dosa Rossa pada abang. Terima kasih ma, sebab selalu ada di sisi abang dulu. Sekarang, biar Rossa ambik alih tugas mama ye?" Jari-jemari mama digenggam erat. Menyalurkan sepenuh kepercayaan pada mama dan meminta sokongan dari wanita itu.
Datin Qasry tersenyum. "Bila dah berumah tangga ni, akan ada banyak dugaan dan ujian yang menimpa. Kalau Firdaus tak mampu nak kuat, Rossa kena teguh. Kalau dua-dua mengalah, tak selamatlah rumah tangga tu. Kena saling faham, saling jujur.Itu yang penting. Dan dapatkan keredhaan Allah bersama-sama. Barulah hidup akan bahagia dan hubungan berkekalan"
Rossa mengangguk. Nasihat mama dia cernakan dalam minda. Terpahat satu-persatu dan akan dibawa sehingga ke akhir hayat.
"Terima kasih mama" Tubuh Datin Qasry dipeluk erat.

HATI Rossa berdebar saat mendekati bilik tidur mereka. Dia tahu Firdaus ada di dalam. Maka itulah debarannya semakin terasa. Dia tercegat di hadapan pintu bilik dan berkira-kira hendak masuk.Macam-macam sudah ada dalam fikirannya.
Fuuhh! Rossa meletakkan telapak tangan di dadanya. Apasal berdebar sangat ni? Seram sejuk seluruh anggota badannya. Walaupun sudah berkali-kali dia berduaan dengan Firdaus, tetapi situasi kali ini berbeda. Dulu mereka sering bertelagah meskipun berkongsi satu bilik. Setiap sentuhan dan kucupan Firdaus, dia tolak kasar. Bagaikan Firdaus itu tidak punya hak ke atas dirinya. Kini, semuanya sudah berbeza. Dia sudah sepakat membenarkan Firdaus memasuki ruang hidupnya. Itu bererti dia tidak akan menafikan dan menolak hak Firdaus sebagai suami. Persoalannya, bersediakah dia?
"Ehh sayang. Kenapa tak masuk?" Rossa terkejut saat Firdaus menegurnya. Suaminya itu bagai tahu sahaja kehadiran dia di situ.
"Jom" Firdaus membawa Rossa masuk ke dalam bilik. Pintu ditutup perlahan.
"Abang nak lelap kejap. Lepas Maghrib nanti kita balik kondo ye?" Firdaus sudah menguap. Sejak beberapa hari ini, lenanya sering terganggu.
Rossa kasihan pula melihat kepenatan Firdaus. Dia terus saja mengangguk tanpa berfikir.
"Thanks sayang" Sebuah kucupan singgah di pipi kanan Rossa. Laju saja derap kaki Firdaus merangkak ke katil. Dipanjat ranjang lantas menghempas tubuh ke situ.
"Sayang tak nak tidur ke?" Firdaus menyoal dengan mata tertutup rapat. Badannya mengiring ke arah Rossa.
"Abang rehat jelah. Rossa tak mengantuk. Rossa nak pergi toilet kejap"
"Sayang, toilet masih dalam renovation. Haritu abang ada called kontraktor. Diaorang tengah buat renovation tu" Sempat Firdaus memberitahu.
Rossa memberhentikan langkah. Mendengarkan itu, hatinya tiba-tiba teringat pada peristiwa tempoh hari. Bulu tengkuknya tiba-tiba meremang. Ketakutan mula beraja di hati. Dia berundur ke belakang lantas mendekati Firdaus. Tubuhnya dibaringkan ke sisi suaminya.
"Abang,Rossa takut" adu Rossa.
Namun Firdaus tiada respon. Jauh sudah lenanya membawa dirinya.
Rossa memeluk erat pinggang Firdaus. Dia memejam mata perlahan-lahan. Lama kelamaan, dia turut terlena dalam dakapan sang suami.

TEPAT jam 8 malam. Firdaus tersedar dari tidur. Dia membuka mata dan terkejut saat melihat Rossa berbaring di sebelah. Wajah polos Rossa mencuri perhatiannya.
Lama dia menatap wajah tersebut sehingga azan Isyak berkumandang. Firdaus mengerling jam di dinding. Sudah 8.02 malam. Dia mengeluh. Terlajak tidur rupanya. Dikejutkan Rossa di sisi.
Rossa terpinga-pinga. "Kenapa bang? Abang nak apa-apa ke?"
"Dah Isyak ni sayang. Abang tertinggal Maghrib. Sayang dah boleh solat ke? Kalau dah boleh, kita solat sama jom. Abang imamkan"
"Belum lagi bang. Rossa masih cuti" Rossa sudah bangun dari tidur.
"Okey, abang solat Isyak kejap. Pastu qada' Maghrib sekali. Then, kita balik kondo ye?" Tak sempat Rossa menjawab, Firdaus sudah berlalu sesudah melayangkan sebuah kucupan di dahi dan pipi Rossa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience